Manfaat Buku

Sebelum balik Malaysia nanti, anta kena siapkan paling kurang sebuah buku untuk rakyat Malaysia. Kalau mampu tambah lagi, buat untuk ringkasan madah paling susah untuk kuliah anta. Mungkin Balaghah ke? Apa sahaja boleh"

Semanis Tawakkal

"Alhamdullilah, akhirnya imtihan dah selesai, Bolehlah ana balik selepas Asar nanti" sapaku kepada Hanif yang baru keluar dari pintu gerbang Al-Azhar. " Iya, tapi anta kena ingat kita ada syafawi ( ujian lisan) lagi. Kiranya aku bersyukur banyaklah", jawabnya sambil memandang ke arah ladang gandum.

Imam Bukhari

Imam al-Bukhari, Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari (194H-256H) adalah seorang tokoh hadis yang paling unggul dalam sejarah perkembangan ilmu Hadis sehinggalah ke hari ini, ketokohan beliau masih tiada tolok bandingnya.

Followers

Friday, February 27, 2009

Surah Al-Hasyr

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Friday, February 27, 2009 0 comments
Assalamualaikum. Apa khabar kawan-kawan? harapnya semua sihat belaka. Mungkin malam ni akan di adakan muzakarah berkelompok. Jadi manhaj yang pertama adalah dari surah Al-Hasyr. Oleh itu,ana kena sedia awal sikit.ringkas sahaja.

Surah Al-Hasyr (Arab: الحشر , "Pengusiran") adalah surah ke-59 dalam al-Qur'an. Surah ini tergolong surah madaniyah yang terdiri atas 24 ayat. Dinamakan Al Hasyr yang berarti pengusiran diambil dari perkataan Al Hasyr yang terdapat pada ayat ke-2 surat ini. Di dalam surat ini disebutkan kisah pengusiran suatu suku Yahudi yang bernama Bani Nadhir yang berdiam di sekitar kota Madinah. Mereka telah membuat perjanjian damai bersama kaum muslimin supaya mereka dapat hidup tenteram di bawah kekuasaan Madinah. Tetapi merekalah yang selau memutuskan apa jua perjanjian.

Pada satu ketika, Nabi bersama beberapa orang sahabat telah dijemput bertamu di salah satu rumah orang yahudi Bani Nadhir. Sebenarnya puah yahudi hendak membunuh Nabi melalui cara menjatuh batu ke kepala Nabi dari atas rumah mereka. Akan tetapi Rasulullah menyedari awal tujuan jahat mereka lalu terus meninggalkan perkampungan tersebut.Sahabat-sahabat yang lain turut serta bergegas pulang tanpa menyedari awal tujuan kepulangan nabi dengan segera.

Disebabkan penghianatan Bani nadhir itu,Nabi telah mengarahkan mereka keluar dari perkampungan itu dengan segera selewat-lewatnya 10 hari. Apabila ketua munafik, Abdullah bin Ubai bin Salul mengetahui perkhabaran tersebut, dia telah menawarkan bantuan 2000 tentera dengan syarat Bani Nadhir tidak perlu keluar dari situ.

Tatkala Rasulullah mendengar keengganan mereka keluar maka baginda bersama para tenteranya menuju ke perkampungan Bani Nadhir dan kedatangannya disambut dengan balingan batu dan panahan.Dalam masa yang sama, bantuan dari puak munafik tidak kunjung tiba sehingga mereka tiada kemampuan bertempur dengan tentera muslimin. Akhirnya mereka menyerah kalah dan terpaksa keluar dengan beberapa syarat:

1) Peralatan senjata,wajib ditinggalkan
2) Hanya dibenarkan membawa barangan secara sandang dan pikul.
3) Pihak muslimin menjamin tidak akan mengganggu proses pengusiran mereka.

Sebelum itu, mereka berpakat untuk merosakkan rumah2 mereka supa manfaatnya tidak boleh digupakai oleh kaum muslimin. Sebahagian mereka menuju ke Khaibar dan ada juga yang ke Syam.Setelah daripada beberapa ketika, kebanyakkan dari mereka mati dengan penuh kehinaan.

Mengenai dengan fai'i(harta rampasan tanpa berperang) telah dibahagikan oleh Baginda kepada yang berhak yang adalah allah, rasul,kerabat(nabi),anak yatim,orang miskin. ibnu sabil.

rujukan: Tafsir Al-Quran Al-A'zim, Ibnu Kathir
Asbab An-Nuzul, Imam Suyuti

Wednesday, February 25, 2009

Kenapa perlu bermazhab?

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, February 25, 2009 0 comments
Assalamualaikum. Kali ini, ana nak bawakan satu kesimpulan mudah kepada mereka yang menolak untuk bermazhab.Jadi kita sebenarnya boleh mengikuti salah satu dari 4 mazhab yang paling muktabar.Jadi, di bawah ini ana akan bagi jawapan yang ringkas untuk sahabat.

1) Ada petanda dari hadis Rasullullah.

# Sebaik-baik manusia ialah yang berada di kurun aku, kemudian mereka yang selepas kurun itu, kemudian mereka yang mengiringi kurun itu pula. (Riwayat Al Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW menyebut bahawa umat Islam sekitar tiga kurun itu secara majoritinya adalah baik-baik, soleh-soleh bahkan sebahagian daripadanya bertaraf muqarrobin. Mereka inilah yang dikatakan salafussoleh (orang soleh zaman dahulu.Manakala keempat-empat Imam Mazhab tersebut hidup pada sekitar tiga kurun selepas Rasulullah SAW. Imam Hanafi dan Imam Malik hidup pada kurun yang pertama lagi; masing-masing lahir pada tahun 80 dan 93 Hijrah. Sementara Imam Syafi’i (lahir 150 Hijrah) dan Imam Hambali (lahir 164 Hijrah) berada pada akhir kurun kedua sehingga kurun yang ketiga. Sedangkan menurut Hadis tadi, secara umum umat Islam sekitar tiga kurun itulah yang patut menjadi ikutan kita.Mereka bukan sahaja ulama pilihan di kalangan para ulama di zaman itu, tetapi mereka juga merupakan ulama yang soleh, warak, kuat beribadah, tegas memegang hukum, bebas (tidak makan gaji atau terikat dengan tugas rasmi).

2) Kemampuan berijtihad

# Ulama-ulama mazhab terkenal dengan pelbagai penguasaaan ilmu yang meluas sama ada al-Quran, Hadis, Usul Fiqh, aqidah, mantiq,qias dan sebagainya. Al-Quran dan Hadis pun mereka sudah hafaz dgn baik.Lantaran itu mereka sangat berkelayakkan untuk mengeluarkan atau mengistinbat hukum dari al-Quran dan Hadis.Imam-imam yang empat tadi patut menjadi ikutan kita. Dan patut pula kita tanyakan fatwa-fatwa mereka. Kalau mereka sudah tiada lagi, ada kitab-kitab yang ditinggalkan oleh mereka. Bahkan kitab-kitab mereka itu telah pun dihurai dan dijelaskan lagi oleh ulama-ulama di belakang mereka. Kalau kita ikut mana-mana mazhab yang empat itu, bererti kita tidak terkeluar daripada apa yang dianjurkan oleh ALLAH dan Rasul. Lagipun orang awam sepatutnya lebih perlu taqlid pada salah satu dari 4 mazhab yang masyhur itu.

3) Ulama hadis

# Siapa tidak kenal dengan Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tirmizi yang pakar dalam bidang hadis dan mereka mempunyai kemampuan menghafaz puluhan ribu hadis yang berbeza2 dan dapat menilai kedudukan sesebuah hadis pun masih berpegang dengan mazhab Imam Syafie. Apatah lagi kita yang tidak mampu menghafaz puluhan ribuan pun, ini kan sudah pandai2 untuk berijtihad dengan sewenang2nya. Kalau lah urusan ijtihad diserahkan bukan pada yang ahlinya, nescaya sesatlah manusia.

Contoh mudah. ulama hadis diumpamakan dengan seorang ahli farmasi yang mengetahui pelbagai jenis ubat dan keperluannya. Dan ulama mujtahid seperti seorang doktor pakar.Oleh itu, ahli farmasi hanya akan memberikan ubat2an yang ditentukan oleh doktor sahaja kepada pesakit.Urusan mengkaji, memeriksa penyakit hanya pada doktor bukan ahli farmasi.

4) Khilaf itu rahmat

# Rasulullah SAW ada bersabda:

Berselisih faham di kalangan umatku itu adalah rahmat. (Riwayat Al Baihaqi))

Hadis ini membuktikan bermazhab itu dibenarkan. Ertinya timbulnya mazhab itu oleh kerana adanya ulama-ulama yang mampu berijtihad. Maka terjadilah berlainan pendapat. Berselisih faham di sini adalah berselisih faham tentang furu’iyah (soal-soal feqah) bukan usuliyah (soal aqidah atau dasar). Berselisih faham dalam soal hukum-hukum furu’iyah hingga menimbulkan bermacam-macam aliran mazhab feqah adalah mendatangkan rahmat.Jadi masyarakat umum ada jalan penyelesaian atau aternatif lain.

Contoh : Mazhab Syafie' sesuai untuk orang nusantara. Mazhab Maliki sesuai dengan orang Maghribi. Mazhab Hanafi sesuai dengan orang Mesir. Mazhab Hanbali sesuai dengan orang Saudi.

Kesimpulannya. Allah memberikan kepada kita pelbagai aternatif dalam melakukan ibadah.Sekiranya umat ini bermazhab, ia adalah lebih selamat dan baik.Imam yang hebat seperti Imam Suyuti, Imam Nawawi pun bermazhab, apatah lagi kita ini yang sangat memerlukan taqlid mazhab.
Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, February 25, 2009 0 comments




Lagu ini kutujukan kepada isteriku tercinta

Tuesday, February 24, 2009

Teori Evolusi Cinta

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Tuesday, February 24, 2009 0 comments

evolusicinta-e

Korang ni asyik bergayut telefon sampai jauh-jauh malam, tak fikir ke yang benda ni salah?” tanya Siti kepada rakan sebiliknya.

“Kami bincang bab persatuanlah. Jangan buruk sangka. Ini benda basic dalam agama. Takkan itu pun nko tak tahu?” balas Nur.

Keras bunyinya.

Terganggu dengan teguran Siti itu barangkali.

“Alaaa, kita orang study je. Bukan ada buat apa pun. Come on la wei!” Zul berasap telinga. Bengang ditegur Farhan.

“Kalau tak boleh macam ni, habis yang orang kat Mekah tu bercampur aduk keliling Kaabah, nko ingat masa tu orang tak ada nafsu ke? Kenapa di situ boleh, tapi kat sini banyak pula songel kau?” bentak Bob yang amat berbulu mendengar tazkirah Halim.

Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka.

‘KEBIJAKAN’ BANI ISRAEL DAN TANGKAPAN IKAN SABTU

s0102

Seperti gelagat Bani Israel yang diharamkan bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya ialah supaya hari itu didedikasikan sepenuhnya kepada ibadah khusus mereka kepada Allah.

Namun kaum yang bijak ini, pantas bermain helah.

Kreativiti minda mereka digunakan untuk memasang perangkap dan jaring supaya ikan-ikan itu tersangkut dengan sendiri tanpa mereka sendiri melakukannya dengan tangan. Justeru bolehlah dihujahkan dengan bijak kepada Allah bahawa mereka tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu yang tertangkap sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mereka.

“Salah ikan, bukan salah kami!” barangkali begitulah helah mereka.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

7_163

“”Dan tanyakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik lagi durhaka” [al-A'araaf 7: 163]

Mereka membelok hujah ke sana sini untuk menyedapkan hati sendiri. Apabila akal fikiran yang dikurniakan Allah digunakan untuk menipu Allah, turunlah darjat manusia kepada kerendahan yang hina. Akal dikurniakan Allah kepada manusia agar dengan akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar belit mencipta alasan menipu Dia. Akal yang digunakan untuk menipu Tuhan, adalah sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia.

Asfala saafileen,” kata al-Quran.

Justeru mereka beralih kejadian, dihukum Allah menjadi makhluk yang lebih sepadan dengan kerendahan itu:

2_65

“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina!” [al-Baqarah 2: 65]

Inilah TEORI EVOLUSI CINTA. Bermula dengan sebaik-baik kejadian, mereka bermain cinta murahan beralaskan akal dan hujah-hujahnya. Dengan cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat kemanusiaannya. Hilang malu yang menjadi benteng iman. Akhirnya menjadi kera.

Kera itulah barangkali yang terkinjal-kinjal dilamun cinta monyet terkena sumpahan Allah ke atas kaum yang mensesiakan akal kurniaan Tuhan untuk menipu Tuhan.

BATAS PERGAULAN

Lupakah kita kepada sebab musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:

33_53

“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]

Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia dengan perantaraan HIJAB.

Hijab itu tafsirannya luas.

Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita. Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.

2245

Apakah tujuannya semua itu?

Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.

Nko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith, ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.

Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.

Iaitulah soal HATI!

33_53-i

“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”

Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?

Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.

Mulut kalian tidak menyebut.

Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu.

Tubuh kamu tidak menampakkan calar.

Tetapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan Iblis yang menembus daging dan tulang temulang jati dirimu.

Jika soal halal dan haram itu terlalu banyak liku-likunya, pertimbangkanlah soal kesucian hatimu.

Wahai anak-anak muda yang kemaruk cinta, sama ada cinta itu versi YOU and I atau versi ANA wa ANTI, bertaqwalah kalian kepada Allah. Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi cinta kera, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik Dia.

Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana!

kerabunga

source

Allah memerintahkan kamu bercinta secara MANUSIA berpaksikan TAQWA, namun sengaja segelintir kamu mengundang sumpahan cinta KERA berbungakan DOSA.

Tersungkurlah kamu penuh kehinaan di lembah teori evolusi cinta.

sumber: ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Monday, February 16, 2009

Jadual pengajian winter ni

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, February 16, 2009 0 comments



















Assalamualaikum. Sahabt2 yg diredhai Allah sekalian. lama dah ana tak menulis n posting kat blog ni. Hmpir setahun setengah. Ape2 hal pun,ana akan perbaiki dri semasa ke semasa. Ni nak habaq kat antum, sape yg nak talaqqi Al-Quran kat Alex ni bersama Syeikh Mohd Al-Husori n Syeikh Hasan, call Us Khairul Nizam RAzali 0117232889. Dan 1 lagi, sape2 yg rasa nk mntapkan ilmu, datanglah kat Alex ni talaqqi dgn Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani. http://al-ghari.blogspot.com/ Ada jadualnya sekali. k. Selamat meMANFAATkan hidup.

Ulama'

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

Tolabah

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya

Akhbar

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

Tv Online

tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
 

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez