Manfaat Buku

Sebelum balik Malaysia nanti, anta kena siapkan paling kurang sebuah buku untuk rakyat Malaysia. Kalau mampu tambah lagi, buat untuk ringkasan madah paling susah untuk kuliah anta. Mungkin Balaghah ke? Apa sahaja boleh"

Semanis Tawakkal

"Alhamdullilah, akhirnya imtihan dah selesai, Bolehlah ana balik selepas Asar nanti" sapaku kepada Hanif yang baru keluar dari pintu gerbang Al-Azhar. " Iya, tapi anta kena ingat kita ada syafawi ( ujian lisan) lagi. Kiranya aku bersyukur banyaklah", jawabnya sambil memandang ke arah ladang gandum.

Imam Bukhari

Imam al-Bukhari, Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari (194H-256H) adalah seorang tokoh hadis yang paling unggul dalam sejarah perkembangan ilmu Hadis sehinggalah ke hari ini, ketokohan beliau masih tiada tolok bandingnya.

Followers

Tuesday, June 30, 2009

Apa sebenarnya terjadi di Iran?

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Tuesday, June 30, 2009 1 comments
Salah kalau kita mengatakan bahawa tunjukan perasaan di Tehran dan kota-kota lain di Iran sebagai protes hanya tentang pilihanraya sahaja. Hakikatnya Mahmoud Ahmadinejad telah menang.

Juga salah untuk mengatakan bahawa tunjuk perasaan ini antara golongan liberal yang menentang golongan konservatif alias kolot. Hakikatnya kedua-dua kumpulan yang sedang bertelagah sama-sama mewakili theocracy yang kolot.

Mir Hossein Mousavi sebelum ini pernah menjadi perdana menteri dari 31 Oktober 1981 hingga 3 Ogos 1989. Kemudian jawatan perdana menteri dilupuskan.

Memang betul Amerika Syarikat semenjak dari zaman George W Bush menganjurkan dan mengeluarkan dana untuk membuat kerja-kerja jahat terhadap Iran. Amerika Syarikat menyokong kumpulan-kumpulan dan parti-parti politik yang menentang kerajaan di Tehran. Ia memang tugas kuasa imperial Amerika Syarikat.

iran election protest khamenei for leadership 190609 02Tetapi Mousavi dan Ahamadinejad tidak pro-Amerika - ini amat jelas. Mereka bukan boneka Amerika.

Amerika Syarikat masih dianggap sebagai "setan dunia" oleh kelas pemerintah di Iran. Tidak ada pemimpin politiknya secara terang-terangan yang akan berani membuat dasar pro-Amerika kerana sebab-sebab sejarahnya.

Pada 1953, Mohammed Mosaddeq memenangi pilihanraya dan dilantik sebagai perdana menteri Iran. Mosaddeq yang menjalankan dasar nasionalis telah memiliknegarakan semua telaga minyak Iran. Mosaddeq akhirnya telah ditendang keluar.

Rampasan kuasa menendang Mosaddeq ini perancangan agensi perisikan CIA. Setelah Mosaddeq ditendang, syarikat minyak Anglo-Amerika dibawa masuk kembali.

Untuk menggantikannya, Shah Ahmad Reza Pahlavi dinobatkan oleh CIA sebagai raja sehingga tahun 1989 apabila revolusi Iran melupuskan sistem beraja di Iran.

Maklumat ini fakta sahih. Pada 4 Jun lalu, presiden Amerika Syarikat yang baru Barack Obama sendiri mengakui perkara ini dalam ucapan di Kaherah. Ucapan Obama kepada "warga Islam" sejagat dibuat dalam usaha Amerika ingin berbaik-baik kembali dengan Iran.

Mari kita memahami siapa penyokong Ahmadinejad dan siapa pula penyokong Mousavi.

Semua yang menyokong Mousavi dan Ahmadinejad adalah orang Iran atau Parsi. Mereka semua beragama Islam – aliran Syiah. Hanya wujud kumpulan kecil di beberapa wilayah seperti di Baluchistan yang bermazhab Sunni.

Mereka ini amat bersedia untuk menjadi khadam Amerika. Dua minggu sebelum pilihanraya dijalankan, ada letupan bom di Zehdan – ibu kota Baluchistan. Pengeboman ini kerja barua Amerika. Hakikatnya mazhab Sunni amat kecil untuk dapat melakukan apa-apa perubahan sosial.

tehran protest iran election crisis 220609 02Jadi apa sebenarnya yang berlaku di Tehran?

Semua analisis akhiranya menjurus kepada kepentingan ekonomi dan kelas.

Ahmadinejad mewakili golongan bawahan – kaum tani di kampung-kampung dan kaum buruh di kota. Wajib difahami bahawa Iran bukan Tehran sama seperti Kuala Lumpur bukan Malaysia. Kaum tani dan kaum buruh ini dimanifestasikan melalui organisasi Basij.

Basij asalnya kumpulan anak-anak muda kampung dan anak muda miskin kota yang direkrut ketika Iran dan Iraq berperang – 1980-1988.

Basij berasal dari kumpulan sukarelawan tetapi dua tahun lalu ia diserap dalam pentabiran Ahmadinejad, sebagai presiden. Basij mendapat kontrak pembangunan, lesen-lesen dan memegang jawatan di lembaga-lembaga di beberapa pusat pentabiran kerajaan yang ditubuhkan oleh Ahmadinejad.

Lembaga ini samalah seperti perbadanan kemajuan ekonomi negeri atau SEDC yang ditubuhkan oleh perdana menteri Razak Hussein dahulu.

Ahmadinejad juga mendapat sokongan Pasdaran atau soldadu Penjaga Revolusi. Ia adalah pasukan tentera yang muncul di zaman Ayatolah Khomeini untuk memantapkan revolusi.

Pasukan ini muncul sesudah revolusi untuk membersihkan tentera Iran di bawah pentadbiran Shah yang banyak menjadi tali barut Amerika Syarikat. Pasukan Pasdaran ini mendewasa dalam kancah perang Iran-Iraq.

Basij dan Pasdran kini asas sokongan yang amat kuat untuk Ahmadinejad di kawasan luar bandar dan kawasan miskin di kota. Kuasa ekonomi baru Basij yang telah dilembagakan ini mula menghakiskan dua kumpulan kelas ekonomi lama.

Kumpulan pertama adalah kelas borjuis industri yang diwakili oleh Rafsanjani, seorang multibilionaire.

tehran protest iran election crisis 220609 06Rafsanjani – wakil kelas borjuis nasional - melihat dasar Ahmadinejad telah mengetatkan lagi sekatan ekonomi yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat terhadap Iran.

Rafsanjani taukeh kacang Pastichio ini sedang melihat bertan-tan kacangnya tidak dapat dieksport. Kelas ini juga ingin berkembang luas – dari borjuis nasional untuk menjadi pemodal yang besar – multinasional - untuk mencari pasaran dunia.

Mereka juga bercita-cita untuk menjadi kelas industri tetapi telah gagal kerana wujudnya sekatan ekonomi.

Kumpulan kedua pula adalah apa yang dikenali sebagai Bazaari – ini kelas lama yang mucul dari zaman feudal. Bazaari adalah peniaga tradisional. Kalau di Malaysia mereka ini peniaga-peniaga Cina yang memiliki jaringan kedai-kedai perniagaan.

Bazaari muncul sebagai kelas ekonomi yang kuat kerana mereka memonopoli dan mengendalikan jual beli di Iran. Ketika gerakan anti-Shah dahulu, kumpulan Bazaari ini menyokong Ayatolah Khomeini sehinggkan Iran menjadi lumpuh dan Ahmad Reza Pahlavi lari.

Kelas bazaari ini juga memiliki pertalian yang amat kuat dengan struktur Syiah yang berpusat di Qum, kota suci penganut Syiah. Mereka memerlukan satu sama lain.

Golongan agamawan di Qum memerlukan sokongan ekonomi alias duit kelas bazaari. Kelas ini pula memerlukan fatwa untuk "menghalalkan" apa sahaja perniagaan mereka, termasuk pelacuran yang ditafsirkan sebagai "nikah sementara".

Kelas peniaga kecil ini melihat perniagaan di bazar mereka terbantut dan kelas mereka tidak dapat berkembang. Pelancong tidak masuk. Permaidani mereka tidak terjual dan tidak dapat dieksport.

Kelas bazaari yang komprador - yang bergantung perniagaan dengan peniaga luar - kini melihat barangan mereka amat susah untuk diimport atau dieksport kerana sekatan ekonomi.

Justeru amat jelas ada pertentangan kelas di sini. Ada pertentangan kepentingan ekonomi. Kumpulan borjuis lama - borjuis nasional dan kelas komprador yang diwakili oleh Rafsanjani-Mousavi sedang bertempur dengan kumpulan ekonomi kelas baru – kapitalis daulah yang diwakili oleh Ahmadinejad.

Justeru, keadaan ini membuktikan bahawa apa yang berlaku di Iran sekarang tidak ada sangkut-paut dengan Islam, dengan mazhab Syiah atau dengan agama.

iran protest election results 190609 01Krisis di Iran hari ini adalah pertentang kelas dan perebutan ekonomi.

Jangan kita lupa, ada lagi satu kumpulan – monarki – saki-baki penyokong Shah Ahmad Reza Pahlevi. Mereka ini kelas feudal yang sedang menggelabah seperti polong tidak bertuan.

Tuannya Reza Pahlavi anak Shah kini tinggal di Kaherah kerana menjadi menantu Anwar Sadat, bekas presiden Mesir.

Kumpulan feudal kelas elit atasan ini bersarang di bahagian utara Tehran – kawasan ini samalah seperti Bukit Kenny di Kuala Lumpur atau Country Height di Kajang.

Kumpulan ini berkumpul bawah televisyen satelit yang dimiliki oleh Reza Pahlavi yang dipancarkan dari Kaherah.

Kelas feudal dan elit atasan ini – kumpulan Gucci dan Louis Vuitton – ini tidak ada sangkut-paut dengan demokrasi. Mereka ini lintah darat yang hidup senang-lenang ber-shopping di hujung minggu di London dan Paris di zaman Shah dahulu.

Mereka ini sama dengan kaum keluarga anak beranak kroni-kroni Mahathir Mohamad. Mereka melihat "gaya hidup" mereka menjadi kacau-bilau sesudah berlakunya revolusi tahun 1979.

Jadi, siapakah pula yang berdemonstrasi di jalan raya yang membantah keputusan pilihanraya?

Semua yang kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka tidak selari dengan dasar Ahmadinejad sedang turun bermandi darah di jalan raya.

Mereka bersatu bawah bendera dan slogan "undur-undur Ahmadinejad". Ia sama seperti slogan zaman Reformasi (1998) ketika rakyat satu Malaysia berdemonstrasi untuk menjatuhkan regim Mahathir.

Awas! Dari semua kumpulan ekonomi ini ada lagi satu kumpulan. Mereka ini kumpulan anak-anak muda yang tidak memiliki kepentingan ekonomi atau kelas.

Mereka inilah yang gugur ditembak oleh peluru Basij. Mereka inilah yang sedang bertempur dengan tentera dan polis antirusuhan.

iran election recount protest 180609 01Anak-anak muda ini datang dari semua kelas. Mereka adalah kaum pelajar muda. Mereka juga adalah "penanam anggur" yang tidak memiliki kerja dan masa depan.

Mereka melihat Ahmadinejad sebagai musuh yang mengganggu-gugat gaya kehidupan muda mereka. Mereka adalah Mat Rock dan Mat Kool dari utara Tehran. Mereka juga Mat Rempit dari kawasan miskin wilayah selatan Tehran.

Mereka sedang mendobrak segala nilai kolot yang menyusahkan kehidupan harian mereka. Mereka adalah generasi Myspace, Facebook dan Friendster.

Ibu bapa mereka adalah Siti Internet dan Lebai Google. Bapa saudara mereka adalah Blogspot Dot Com. Mereka adalah pembuat filem di YouTube. Mereka adalah wartawan SMS dan Twitter.

Mereka bermazhab Ali Shariati, tokoh sarjana yang membakar semangat kebebasan. Mereka menganuti fahaman Mao, Lenin, Bakunin dan Che Guevara.

Seperti biasa anak-anak muda inilah yang menjadi barisan hadapan untuk membawa perubahan. Mereka jugalah yang sedang bermandi darah membuka harapan baru untuk Iran.

Mereka ingin membebaskan Iran daripada theocracy yang kolot.

Hakikatnya dasar Ahamadinejad dan dasar Mousavi tidak ada bezanya. Dasar ini ingin men-tua-kan naluri muda mereka. Di tahap sejarah pada Jun 2009 ini, anak-anak muda ini sedang berpayung bawah lambang Mousavi kerana pekikan perjuangan yang dilaungkan olehnya.

Untuk sementara waktu, Ahmadinejad adalah presiden Iran yang terbukti telah menang dalam pilihanraya. Ahmadinejad akan terus berkuasa. Amerika Syarikat bawah Barack Obama – untuk kepentingan berjangka panjang – tidak akan menggugat Iran.

Waspada! Iran memiliki tradisi perjuangan dan tamadun yang lama. Ia memiliki tradisi Tudeh yang memimpin kaum buruh di industri minyak. Iran, memiliki tradisi Fedayeen Al-Khalaq.

Iran memiliki tradisi Mujahideen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi tempur Syiah yang dinobatkan sebagai Islam Kiri oleh Ali Shariati.

Tiga kumpulan inilah penyusun dan penjana awal revolusi Iran 1979 sebelum dirampas oleh Ayatollah Khomenei yang dilihat oleh kuasa Anglo-Amerika pada ketika itu sebagai kuda yang lebih selamat.

Akhirnya anak-anak muda ini akan mengundur dan menilai kembali garis perjuangan mereka. Yakinlah dalam masa yang tidak lama akan muncul kembali satu pertempuran yang lebih tersusun.

Anak-anak muda di mana sahaja di dunia ini akan berkumpul apabila terdengar pekikan perjuangan. Ia adalah sifat dan naluri anak muda. Anak-anak muda di Iran memiliki waktu untuk menunggu.

Sumber : Hishamuddin Rais

Sunday, June 28, 2009

Kehidupan Yang Bermakna

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, June 28, 2009 0 comments


Selamat menghadapi hari-hari mendatang. Sudah saya katakan kita mesti bersungguh-sungguh dalam kehidupan. Hari-hari mesti kena berdoa supaya rahmatNya turun pada kita, keluarga kita ( yang dah berkeluarga sahaja) dan masyarakat.

Hidup ini tidak beerti apabila kita bancuhi dengan perkara-perkara yang tidak baik. Tapi sedar tak, tanpa kita dunia tak akan complete. Maka kita dijadikan untuk menyempurnakan seluruh kehidupan ini untuk alam maya ini.

Jadinya, ini semua kerana telah Allah jadikan sebagai sunnatullah. Alangkah ulat di dalam tanah pun ada gunanya, inikan kita yang Dia ciptakan sempurna dengan akal fikiran yang waras.

Apabila hari-hari kita menghadapi hidup ini dengan tabah, maka bartambahlah pengalamanlah kita sebagai khalifah di dunia ini. Ada yang gagal dan ada yang berjaya.

Sepatutnya kita kena tengok hidup sebagai perjuangan. Kita tidak boleh kalah walaupin kita tahu bahawanya kekalahan itu memang akan berlaku. Bila berlaku, tentunya ada hikmah yang tersurat dan tersirat dan kita tidak boleh terus menerus kalah. Ada masanya kita rasa nak macam-mana rasanya dapat first class dan mumtaz.

Sebab itulah kita kena anggap hidup ini sebagai perjuangan dan persaingan. Kita tidak boleh ketinggalan dan keciciran.

Jadi, janganlah katakan tidak-tidak kerananya semuanya Allah telah tentukan hidup kita ini dengan teratur dan kemas dengan syarat, usaha dahulu dan tawakal selepasnya. Maka nescaya, kita akan dapati Dialal yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.

Sebaik-baiknya adalah perjuangan dalam kehidupan untuk mencari redhaNya dan inayahNya. Amin.

Saturday, June 27, 2009

Iklan Kicap aBi_uMMi Di pasaran Alex Dan Damanhur

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Saturday, June 27, 2009 0 comments


Assalamualaikum. Hari ini, saya nak promosi kicap manis aBi_uMMi. Saya tinggal di kawasan Mandarah, Alexandria, Egypt. Oleh itu, mereka yang tinggal beredekatan dengan saya sama ada pelajar perubatan Universiti Iskandariah, pelajar Al-Azhar Alex atau Damanhur, atau mana-mana individu yang berminat untuk membeli atau menempah sama ada jumlah sedikit atau jumlah ( bandle) , boleh hubungi saya ditalian +20161100359.

Friday, June 26, 2009

Fitnah Telefon Bimbit

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Friday, June 26, 2009 1 comments


SEJAJAR dengan kemajuan teknologi maklumat (IT) yang bergerak pantas, kita mempunyai banyak pilihan mendapatkan maklumat.

Kita tidak hanya bergantung kepada media massa untuk mendapatkan berita kerana banyak media pilihan boleh dijadikan sumber maklumat.

Paling dominan ialah telefon bimbit, kerana cirinya lebih mesra pengguna dan kos yang murah menyebabkan segala urusan menjadi mudah.

Alat komunikasi itu yang diperkenalkan di Jepun 30 tahun lalu, bukan sekadar penghubung komunikasi malah dilengkapi pelbagai fungsi seperti aplikasi e-mel, siaran radio, televisyen dan capaian internet.

Kajian mendapati ada 3.3 bilion pengguna telefon bimbit pada 2007 dengan 2.4 bilion pengguna mesej pesanan ringkas (SMS).

Ini membuktikan telefon bimbit sebagai media interaktif popular bagi penduduk dunia.

Asasnya, media itu membawa kebaikan, tetapi ia tidak sunyi daripada keburukan, khususnya apabila jatuh di tangan golongan tidak bertanggungjawab.

Golongan terbabit akan menggunakannya sebagai saluran menabur fitnah, membuka aib orang lain dan menyampaikan maklumat tidak tepat hingga bertentangan dengan prinsip agama.

Fitnah secara umumnya bererti menyebarkan sesuatu yang palsu seperti berita, cerita, gambar dan rakaman yang tidak benar, khusus membabitkan hal yang menjatuhkan imej dan personaliti orang lain.

Dalam al-Quran istilah ini dikatakan mempunyai pelbagai makna, tertakluk kepada konteks ayat seperti bermakna syirik, ujian dan cubaan, seksa, dosa, kekufuran, pembunuhan dan kebinasaan, berpaling dari jalan benar dan sesat.

Makna yang boleh difahami melalui hadis, seperti perselisihan dan peperangan, ujian dan cubaan, melalaikan dan melekakan, kemungkaran dan maksiat, tertakluk kepada keadaan.

Bagaimanapun, fitnah bagi pemahaman orang Melayu ialah penyebaran berita bohong atau desas-desus mengenai seseorang yang tidak selaras dengan kenyataan dan kebenaran.

Semua itu dilarang keras dalam Islam, namun disebabkan dengki, suka mengadu domba dan memutarbelitkan fakta oleh segelintir pihak menyebabkan perbuatan itu tidak pernah sunyi dalam kehidupan masyarakat.

Perbuatan fitnah sangat kejam dan balasan kepada yang melakukannya sangat keras. Huzaifah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah." (Hadis riwayat Muslim)

Justeru, bagi mengelak daripada terpengaruh dengan maklumat palsu dan berunsur fitnah, kita bertanggungjawab menyelidiki dulu. Ini sesuai dengan firman-Nya, bermaksud:

"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, selidikilah kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada sesuatu kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (Al-Hujurat: 6)

Selain itu, blog iaitu laman sesawang yang diselenggara secara individu, bagi menyampaikan maklumat dan komentar mengenai sesuatu topik, terutama yang menarik minat masyarakat turut diminati masyarakat.

Blog memberikan kebebasan kepada pemiliknya memuatkan maklumat termasuk berbentuk gambar dan klip video digemari, namun kebebasan itu bukanlah lesen besar untuk menabur fitnah, membuat tuduhan, hasutan dan mencetuskan suasana tidak harmoni.

Laman sesawang terbabit seharusnya tidak menjadi gelanggang untuk tuduh-menuduh yang akhirnya menimbulkan suasana tidak tenteram, bahkan setiap komentar harus diberikan secara adil.

Islam melarang umatnya terbabit dengan perbuatan keji dan tidak membina, termasuk fitnah dan tuduhan palsu. Malah, dalam bab menuduh perbuatan keji (zina), ada hukuman qazaf iaitu dikenakan 80 kali sebatan di khalayak ramai.

Hukum qazaf dikenakan jika penuduh perbuatan keji itu gagal mengemukakan empat orang saksi yang adil iaitu tidak fasik.

Justeru, pengguna media baru, sama ada generasi baru atau lama wajar beretika berpandukan lunas agama dan nilai kemasyarakatan, bukannya menurut kehendak hedonis atau keseronokan semata-mata.(sini)

Wednesday, June 24, 2009

Penyair Arab Terbilang , Al-Khansa

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, June 24, 2009 1 comments

TUMADHAR binti Amru yang lebih terkenal dengan gelaran al-Khansa. Dia merupakan seorang penyair tersohor dalam kesusasteraan Arab.

Al-Khansa berasal dari keturunan Muzar dan mempunyai dua saudara lelaki iaitu Muawiyah dan Sakhr. Ayah al-Khansa ialah ketua keturunan Muzar.

Ayahnya telah memberikan nama Tumadhar kepadanya kerana memiliki kulit yang putih melepak dan cantik. Ini adalah kerana masyarakat Arab pada ketika itu, menamakan anak perempuan mereka yang kulit putihnya dengan gelaran Tumadhar.

Al-Khansa merupakan seorang wanita yang sempurna akal dan jiwanya. Dia merupakan seorang fasih berbicara dan bijaksana dalam menyusun perkataan dalam ucapannya.

Kedua-dua saudara lelaki dan ayahnya selalu memuji kepintaran dan kebijaksanaan al-Khansa dalam berbicara. Al-Khansa pula sangat menyayangi kedua saudara lelakinya dan bangga dengan kemampuan fizikal dan mental yang dimiliki oleh mereka berdua.

Al-Khansa berkahwin dengan Rawahah bin Abdul Aziz dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Abdullah. Walau bagaimanapun, usia pernikahan itu tidak bertahan lama apabila suaminya meninggal pada usia muda.

Kemudian dia bernikah pula dengan seorang pemuda bernama Abdul Azza. Hidup menjadi malang kerana Abdul Azza adalah seorang yang boros dan suka berjudi.

Akhirnya keluarga al-Khansa tidak memiliki apa-apa akibat sikap suaminya yang suka berjudi sehingga habis semua harta bendanya.

"Saya mahu keluar dari rumah ini. Tak ada wang atau harta yang boleh saya gunakan untuk berjudi," kata Abdul Azza pada suatu hari.

"Jangan tinggalkan kami. Saya akan pergi berjumpa dengan Sakhr untuk meminta bantuan wang darinya," pujuk al-Khansa kepada suaminya yang sudah membungkus pakaiannya.

"Baiklah. Saya akan tinggal di sini jika kamu pulang dengan wang nanti," Abdul Azza tidak jadi keluar dari rumahnya.

Al-Khansa berjumpa Sakhr dan mengadukan sikap suaminya yang suka berjudi sehingga mereka tidak memiliki apa-apa harta benda. Sakhr yang simpati dengan saudara perempuannya akhirnya memberikan separuh dari hartanya kepada al-Khansa bagi membantunya.

Namun sikap suaminya yang suka berjudi masih juga tidak berubah. Abdul Azza berjudi lagi sehingga harta yang diberikan oleh Sakhr juga habis.

Al-Khansa berjumpa Sakhr buat kali kedua bagi memohon bantuan kewangan dan sekali lagi dia memberikan separuh lagi hartanya kepada al-Khansa untuk membantunya. Harta yang diberikan oleh Sakhr habis digunakan oleh Abdul Azza bagi berjudi sehingga keluarga al-Khansa tidak memiliki apa-apa.

"Suami al-Khansa itu suka berjudi. Semua bantuan kewangan yang diberikan kepada al-Khansa tidak ada faedah selagi suaminya tak berhenti bermain judi.

"Berikanlah satu perlima harta sahaja daripada harta kamu jika kita masih bersaudara dengan al-Khansa. Saya yakin wang itu pun akan dihabiskan oleh suaminya untuk berjudi.

"Kebaikan dan kejahatan ada pada diri suaminya," nasihat isteri Sakhr kepada Sakhr apabila al-Khansa datang lagi buat kali ketiga bagi mendapatkan bantuan kewangan.

"Al-Khansa adalah saudara saya. Saya tidak mahu berkira menolongnya. Saya akan bahagikan harta yang ada kepada dua bahagian. Al-Khansa, ambil bahagian yang paling baik bagi diri kamu," Sakhr tidak terpengaruh dengan nasihat isterinya kerana terlalu sayang pada saudara perempuannya.

Abdul Azza akhirnya meninggal dunia tidak berapa lama kemudian. Selepas itu al-Khansa berkahwin dengan Mirdas bin Ali Ameer dan mendapat lagi tiga anak lelaki.

Al-Khansa mula menulis dan membaca syair setelah kematian Muawaiyah. Muawiyah terbunuh dalam pertempuran dengan Hashim dan Zaid dari keturunan Murrah.

Ini menyebabkan Sakhr memikul tanggungjawab menuntut dendam ke atas kematian saudaranya. Sakhr dapat membunuh empat orang lelaki keturunan Murrah untuk membalas dendam ke atas kematian Muawiyah.

Ini merupakan adat yang diamalkan oleh kabilah kaum Arab sebelum kedatangan Islam.

Namun demikian keberanian Sakhr itu telah membawa kepada kematiannya. Ini berlaku apabila Sakhr terpanggil untuk menentang keturunan Ashar yang menyerang orang-orangnya.

Dia mendapat luka akibat tikaman lembing Abu Saur al-Asadi yang menentangnya dalam serangan itu. Luka itu sembuh pada luaran tetapi Sakhr tidak sedar pendarahan dalaman badannya telah meragut nyawanya tiga tahun kemudian.

Al-Khansa sedih dan sayu dengan kematian saudara lelaki yang disayanginya. Dia mula menulis pelbagai syair yang ditujukan khas buat Sakhr untuk menyatakan kesedihan dan duka citanya di atas kehilangan Sakhr.

Akhirnya syair-syair itu menjadi syair yang paling terkenal dalam bidang syair duka cita dan kesedihan. Di antara syair yang bagus yang al-Khansa ciptakan adalah:

Kedua mataku menangis dan tiada akan membeku

Bagaimana mata tidak menangis untuk Shakhr yang mulia

Bagaimana mata tidak menangis untuk sang pemberani

Bagaimana mata tidak menangis untuk seorang pemuda yang luhur

Bagaimana mata tidak menangis untuk seorang ketua kabilah yang gagah

Pada suatu hari al-Khansa datang bersama kaumnya dari keturunan Salim berjumpa dengan nabi Muhammad untuk memeluk agama Islam. Nabi selalu meminta al-Khansa membaca syairnya. Nabi telah memuliakan al-Khansa sebagai pakar dalam bidang syair dalam satu pertemuannya dengan Adi bin Hatim.

"Ya Rasulullah, sesungguhnya antara kami ada orang yang pakar dalam syair, ada juga orang yang paling dermawan di antara manusia dan orang yang pakar dalam menunggang kuda," kata Adi bin Hatim kepada nabi yang sedang duduk di rumahnya.

"Siapakah mereka?" tanya nabi.

"Orang yang pakar bersyair ialah Qais bin Hajar, manakala orang yang paling dermawan ialah Hatim bin Sa'ad (ayah Adi) dan orang yang pakar dalam menunggang kuda ialah Amru bin Maarib," jelas Adi bin Hatim dengan bangga.

"Tidak benar apa yang kamu ucapkan tadi. Orang yang pakar bersyair ialah al-Khansa binti Amru, orang yang paling dermawan ialah Muhammad bin Abdullah dan orang yang pakar dalam menunggang kuda ialah Ali bin Abu Talib," kata nabi setelah mendengar penerangan Adi bin Hatim itu.(sini)

Tuesday, June 23, 2009

Salah Siapa ?

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Tuesday, June 23, 2009 0 comments


Sambil membaca artikel dari blog-blog terkemuka tanak air, tiba-tiba ternampak gambar yang sangat mengejutkan saya. Teruja dengan aktiviti 'ko-kurikulum' luaran. Semestinya gambar ini diperolehi dari jurufoto profesional Jinggo-Manaq. Mungkin di dalam simpanannya ada banyak lagi gambar sebegini rupa.


Ini baru yang ringgan. Selalunya akan menjadi berat lagi. Rokok, mungkin selepas itu ganja dan akhirnya dadah.

Salah siapakah ini?

Diri sendiri?

Ibubapa?

Pihak sekolah?

Semua pihak bertanggungjawab. Tidak boleh lepas tangan sahaja. Perkara sampingan yang boleh menyumbangkan kepada gejala ini perlulah dibanteras terlebih awal. Sewajibnya penglibatan yang paling besar adalah keRAJAan. Banyaknya berpunca dari mereka yang memerintah untuk kemewahan dunia. Mengadaikan maruah anak bangsa mereka sendiri.

Gejala sosial yang berluasan.

Hiburan hemogini yang sangat merisaukan.

Kelab malam, pub dan sebagainya.

Yang pastinya kegiatan pelajar seperti ini tidak boleh dibiarkan. Ia akan memporak peranda negara di masa depan. Mereka adalah generasi penerus.Maka setiap antara kita bertanggungjawab menanganinya tidak kira mereka anak siapa.

Tumpukan pada permasalahan nasional dengan mengetepikan pertikaian politik. Mudahan di sana ada jalan keluar bagi kita.

Monday, June 22, 2009

Gambar Yang Sangat Membahagiakan

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, June 22, 2009 0 comments


Alhamdullilah hatiku terasa nyaman dan aman mengenai Pas. Setelah laut bergelora, angin laut bertuip kencang di dalam gerakan Islam terbesar di Malaysia, Pas akhirnya idea asal Kerajaan Perpaduan yang dilontarkan oleh Tuan Guru Hadi Awang telah batalkan.

Oleh itu, langkah yang seterusnya adalah memantapkan parti dalam Pakatan Rakyat dengan mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang akan datang.

Pas telah menyelesaikan kemelut di dalam partinya mengenai salah faham mengenai unity government khususnya antara Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz dengan Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa.

Jadi gambar Ustaz Nasharudin bersalaman dengan TGNA sangat membahagiakanku diwaktu fikiranku serabut dengan pelbagai spekulasi dan tribulasi ijtihad unity goverment. Alhamdullilah.


Ya Allah, teguhkan hati-hati kami dalam menyelusuri bahtera perjuangan Islam ini dan jauhkan akan kami anasir yang membawa kepada perpecahan di antara kami. Amin.



Sunday, June 21, 2009

Pertemuan Yang Membahagiakan

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, June 21, 2009 0 comments


Alhamdulillah selepas saya baca artikel dari blogger terkenal Mohd Sayuti tentang pertemuan delegasi Pas Pusat yang diwakili timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din dengan ketuannya, Tuan Guru Nik Aziz (TGNA), pagi ini terasa sangat damai dan tenang. Saya pelik kenapa ramai sangat dari Jemaah Pas tidak begitu faham mengenai tentang perselisihan faham antara TGNA dan TGHA. Yang pelik, sebahagian jamaah buat saya bikin panas. Selapas itu mungkin Ayah Cik dan Ustaz Nasa. Mudah-mudahan di situ ada jalan penyelesaian yang terbaik.

Cuba kita fikirkan balik, api dah marak selepas itu ditambahkan lagi api jadilah ia semakin membesar. Kan eloknya seorang jemaah itu memperhalusi dengan gaya kefahaman TARBIAH dan kesedaran SOSIAL. Baru kita mampu memikirkan apakah natijah dan rahmat disebalik perselisihan ijtihad di antara kedua-dua orang tok guru.

Ditambahkan lagi dengan kurang adabnya sebahagian ahli Pas dengan menghaburkan kata-kata yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada seseorang yang hanya melontarkan ijtihadnya. Belum pun lagi sampai tahap perbincangan idea apatah lagi pelaksanaan yang jauh sekali.

Dan satu lagi kelakuan 10 ahli parlimen Pas yang menyatakan tidak sokongnya terhadap UG. Sepatutnya mereka mestilah pengadakan pertemuan tertutup dengan mereka yang hanya melontarkan pandangan dan ijtihad untuk mengetahui apakah objektif, peranan dan kesannya. Barulah terzahirnya semangat ukhuwah dalam menerima sesuatu pandangan.

Oleh itu, memaksa seseorang berpegang dengan pendapat kita dan menolak pandangan orang lain itu bukan langkah yang terbaik. Jadinya, jalan yang terbaik adalah berlapang dada dengan pelbagai pendapat.

Jadi semua ini adalah pendapat saya. Setiap daripada ijtihad ulama perlu dinilai dengan neraca pertimbangan yang adil dan saksama. Sata sayangkan TGNA dan TGHA. Islam untuk semua.

Friday, June 19, 2009

Kepentingan Mereka Hanya Untuk Dunia

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Friday, June 19, 2009 2 comments


" Dengarlah wahai sidang Jumaat sekalian, sesungguhnya kehidupan ini adalah untuk beribadah kepadaNya dan kuatlah iman kamu kepada Allah, nescaya itulah jalan yang paling terbaik bagi kamu sekalian," tegas imam khatib sebentar tadi di Masjid Suq Atiah.

" Sebenarnya bukan semua orang yang Muslim itu Mukmin akan tetapi semua orang Mukmin itu Muslim. Maka ramailah yang akan mengaku dia adalah seorang Mukmin yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Tetapi dia Muslim yang Munafiq menyambut dengan Kufur. Jaga-jagalah kamu dengan golongan ini. Mereka akan menggunakan segala kekuatan aqal untuk memusuhi Islam secara terangan atau sembunyi, " sambungnya lagi dengan ayat al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 8-10


وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَمَا هُم بِمُؤۡمِنِينَ (٨) يُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَمَا يَخۡدَعُونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمۡ وَمَا يَشۡعُرُونَ (٩) فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ۬ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضً۬ا‌ۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡذِبُونَ

" dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan Hari Kiamat sedang merka tidak beriman (8) Meraka hendak memperdayakan Allah dan orang yang beriman padahal mereka yang memperdayakan diri sendiri sedang mereka tidak mengetahui (9) dalam hati mereka ( orang munafiq itu) ada satu penyakit (syak dan dengki) maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan bagi merka azab yang pedih dengan sebab apa yang mereka dustakan (10)

KEPENTINGAN MEREKA HANYA UNTUK DUNIA

Orang Munafiq itu ada di mana-mana. Hasrat meraka hanya untuk melihat kesenangan di dunia dan meninggalkan akhirat. Mereka sanggup melakukan apa sahaja kejahatan dan kezaliman kepada manusia lebih-lebih lagi kepada pejuang-pejuang agama Allah.

Amalan ISA, rasuah, menipu, menzalimi, perempuan, wang dan pelbagai lagi menjadi sinonim bagi mereka. Bila dikatakan kepada mereka: kamu zalim, kamu kaki rasuah, kamu kaki perempuan, kaki gengster dan macam kedustaan dan penipuan. Mereka membalas: kami tidak melakukannya, tahan dia dalam ISA untuk menjaga keselamatan negera, ambil ini sebagai upahnya dan pelbagai lagi kejahatan.

Mereka ini tidak layak untuk membuat perjanjian. Mereka dustakan dan memungkirinya. Tali hayat mereka hanya menggunakan nama Islam untuk menyelamatkan kroni-kroni, anak isteri dan perut nafsu serakah. Sepatutnya apabila sudah ada yang terjatuh ke dalam lembah penghinaan, BERSIHkan diri, mePAStikan tidak bergulumang lagi dalam kancah kezaliman dan tegakkan KEADILAN selaras dengan tuntutan agama serta membantu RAKYAT. BArulah mereka boleh menjadi yang terbaik untuk sejagat dan DEMOKRATIKlah sistem negara tanpa ada tangan UBN yang sudah beruBaN.

Mereka ada peluang untuk kembali ke pangkuan jalan dan ingatlah Allah sentiasa bersama-sama orang yang ingin memperbaiki diri daripada melakukan amal kejahatan dan kenistaan sebelum datangnya ajal kematian.


وَلَن يُؤَخِّرَ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِذَا جَآءَ أَجَلُهَا‌ۚ وَٱللَّهُ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ


" Dan tidak sekali-kali Allah melewatkan ( ajal ) sesorang apabila telah sampainya ajalnya dan Allah sangat mengetahui dengan apa yang kamu kerjakan " al-Munafiqun 11.

Thursday, June 18, 2009

Berlapang Dada Dalam Berbeza Pendapat

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Thursday, June 18, 2009 0 comments


Ikhtilaf atau perbezaan pendapat adalah lumrah bagi manusia. Ia berlaku di kalangan para anbiya’, dan turut berlaku di kalangan para sahabat. Ia juga berlaku di zaman Rasulullah, sama ada sewaktu Baginda masih hidup apatah lagi setelah Baginda wafat.

Ikhtilaf berlaku dalam belbagai keadaan sama ada berpunca dari penafsiran sesuatu nas dalil yang mempunyai pelbagai makna, lahjah yang berbeza atau sudut pandangan seseorang. Namun ianya tidak pernah dianggap negatif dalam sejarah para ulama' sehingga terkeluar kata-kata mahsyur:

“Perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah rahmat"

Kata-kata ini ditahkik oleh Dr Yusuf Qardhawi sebagai ‘la aslalah’ (tidak diketahui punca riwayat sebenar), kerana beliau melihat kalau perbezaan pendapat menjadi rahmat, bermakna muafakat adalah bala’, dan ini tentunya bertentangan dengan sifat Islam sebagai rahmat, serta dalil-dalil yang lain.

Saya tidak berhasrat membicarakan persoalan tersebut dari sudut tahqiq atau para perawi, tetapi ianya adalah mahsyur. Lantaran itu rahmat yang disebut dalam kata-kata itu tentulah lahir dari pelbagai natijah hasil ikhtilaf tersebut.

Para ulamak telah membuat huraian panjang lebar berhubung dengan persoalan adab dalam ikhtilaf. Namun adab hanya akan diikuti bila mana adanya tasawur yang jelas terhadap apa yang diikhtilafkan. Sebagai sebuah jamaah Islam, ikhtilaf hendaklah berjalan di atas landasan ukhuwah, bukan kebencian dan memandang rendah kepada sahabat. Ikhtilaf boleh berlaku di kalangan pimpinan dan pengikut demi memperkukuhkan jamaah, ia akan lahir setelah adanya sikap hormat kepada perbezaan pandangan, kerana kemampuan berfikir manusia tidak sama.

Dari sudut jamaah, kita terikat dengan akhlak dan adab jamaie, yang menuntut kita agar berlapang dada dengan perbezaan pendapat, dan tidak memaksa pandangan kita ke atas jamaah, kecuali dalam perkara yang terikat dengan nas yang bersifat qatie. Selagi ianya bersifat ijtihadi, maka ia terikat untuk dibahas, dibincang, diterima atau ditolak.

Sikap Tasaamuh (berlapang dada) dalam ikhtilaf sangat-sangat dituntut. Terkadang kita memandang baik kepada sesuatu perkara, sedangkan ianya tidak baik bagi kita, bahkan terkadang kita membenci sesuatu, sebaliknya ia baik bagi kita. Itulah yang diingatkan oleh Allah - “dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, tetapi ianya baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu mengasihi sesuatu, tetapi ia tidak baik bagi kamu; Allah mengetahui, sedangkan kamu sebenarnya tidak mengetahui."

Oleh kerana perkara masa depan adalah dalam ilmu Allah, maka setiap perbezaan pandangan hendaklah mengharapkan kebaikan dari Allah. Berlapang dadalah dengan perbezaan ini. Apatah lagi kalau kedua-duanya untuk kebaikan jamaah. Kita mempunyai saluran dalam melahirkan perbezaan pandangan, maka gunakan saluran parti bagi menyatakan perbezaan pandangan agar ia tidak merosakkan ukhuwah dalam jamaah.

Kita mempunyai pengikut yang ada kecenderungan tersendiri, sama ada untuk mengikuti pandangan seseorang atau membencinya. Kebencian ini akan memberi ruang kepada musuh untuk memasukkan jarum fitnah, yang boleh menjurus kepada hilangnya wala’ pada pimpinan sedangkan wala’ adalah rukun dalam jamaah.

Sebagai pimpinan kita tidak seharusnya meletakkan ahli dan pengikut dalam situasi serba salah, antara bersetuju dengan sesuatu pendapat dan pandangan atau sebaliknya. Kerana rasa bersalah yang wujud dalam diri ahli untuk menerima atau menolak sesuatu pandangan pimpinan, mendorong kepada dua situsi;

  • Apa orang lain akan kata kepadanya, dan sekiranya ia berlaku, ia mendatangkan kesan besar selepas itu. Tidak mustahil ada yang akan tersinggung, menyisih diri, merajuk dan seterusnya hilang dari jamaah
  • Menjadi golongan kecewa dengan apa yang berlaku dan terus mengambil sikap berdiam diri dari aktif dalam jamaah.

Kedua-dua situasi ini tidak menguntungkan jamaah dan paling besar merugikannya bila mana ia mengadap Allah di akhirat. Lantaran itu, ikhtilaf hendaklah di dalam lingkungan adab berjamaah, ia dikawal dari sikap melampau, membuka ruang kepada musuh, apatah lagi menjerumus kepada hilangnya sikap hormat, kecewa, dan tidak memperdulikan jamaah.

Awasi perangkap musuh yang membesar-besar perbezaan pendapat, meracuni pemikiran ahli agar hilang wala’ pada pimpinan, dan memberi peluru kepada musuh untuk merosakkan jamaah.

Semoga Allah memelihara kita dari fitnah ini.

Dipetik dari angkasanuri.blogspot.com

Tuesday, June 16, 2009

Di sinilah Wang Dunia Disorok

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Tuesday, June 16, 2009 6 comments


Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.

China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika.

Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – hasil kita berjual-beli dengan Amerika.

China dan Jepun negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar. Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika Syarikat.

Pemaksaan ini melalui dua cara. Pertama, Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual-beli minyak wajib menggunakan kertas dolar kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara dengan Saudi pengeluar utamanya.

Sebagai gantinya, kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud daripada dipukul oleh ombak rakyat.

Kedua, dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini.

Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual-beli minyak.

Jawapannya Saddam digantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih daripada kertas dolar, justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.

Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ia dipanggil fiat money - nilai yang dipaksa.

Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru, kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis.

Pada awalnya Amerika Syarikat sebuah negara revolusioner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertasnya sendiri.

Amerika yang merdeka telah membebaskan diri daripada para pemilik bank yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka.

Lalu para pemilik bank menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan mereka.

Pada tahun 1913, setelah beberapa kali percubaan gagal, akhirnya para pemilik bank telah berjaya memaksa (atau menipu) Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913.

Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul.

Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di pinggir Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan.

Siapa ahli-ahli lembaga pengarah Federal Reserve ini juga dirahsiakan. Kongres hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan dicadangkan oleh Federal Reserve.

Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan, pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke, pengerusinya yang terkini.

Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.

Mengikut akta 1913 ini, pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve.

Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar, maka kerajaan wajib meminjam daripada Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan.

Lihat bagaimana liciknya konspirasi para pemilik bank ini.

Seperti tulisan minggu lalu, para pemilik bank ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa-apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika daripada Federal Reserve dan akan dibayar kembali dengan bunga.

Duit membayar hutang dan riba ini datang daripada tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong, para pemilik bank ini telah mencipta harta Qarun.

Inilah punca yang sedang membawa huru-hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah – perkembangan ini di Amerika, apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit?

Sabar dahulu, biar saya terangkan sejelas mungkin.

Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar.

Ia telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para pemilik bank dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia.

Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjadi dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia.

Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini.

Justeru, kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.

Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini, maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF.

Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri daripada sistem kapitalis global ini?

Pertama, banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama.

Kedua, tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Putih yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para pemilik bank dan Central Bank (nama asal Federal Reserve).

Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam daripada Central Bank.

Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini.

Ketiga, tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para pemilik bank dan kaum pemodal ini.

Semenjak 1913, pemilik banker ini telah membuat jaringan, kabel dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus.

Hari ini kabel rahsia para pemilik bank ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika. Hasilnya, media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para pemilik bank dan kaum pemodal ini.

Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu, media cetak masih lagi bergerak bebas.

Hari ini yang tinggal hanya enam buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media.

Syarikat-syarikat media ini pula dimiliki oleh para pemilik bank. Malah jika menyelidik dengan rapi, kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita.

Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabel-kabel rahsia seperti Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull dan Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasai oleh pemodal dan pemilik bank yang sedang merancang untuk memunculkan satu Order Baru Dunia.

Di belakang semua ini, nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya-raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka.

Kabel rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi dan Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom.

Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri.

Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada mereka ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabel rashia ini.

Justeru, kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan, maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan, maka malaon-maloan ini seperti burung kakaktua akan turut bersuara.

Jika ada malaon ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam, maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika maloan ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul Haq, mereka akan diketepikan untuk malaon yang baru naik.

Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan.

Hari ini sebenarnya tidak ada masalah kecairan. Apa yang berlaku, peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para pemilik bank ini.

Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai.

Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini.

Buat ketika ini, di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin.

Dipetik dari Hishamuddin Rais , Malaysiakini

Kunjungan Rahmat Tetamu

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Tuesday, June 16, 2009 1 comments



Handphone berbunyi.

Aku bergegas dari dapur terus ke bilik mencapainya. Dalam fikiranku tentunya sahabat-sahabatku sedang dalam perjalanan jauh menuju bumi Iskandariah. Sememangnya setiap kali aku berjumpa dengan mereka, aku sering menjemput mereka bertandang ke sini. Kataku lagi, di sini banyak tempat-tempat yang menarik yang boleh dikunjungi.

" Assalamualaikum, Mustakim ke ni ?", tanya temanku.

" Waalaikumussalam, naam. Ni mesti korang nak datang rumah ana yer. Ana kenal lah. Hazri.
Bila nak datang sini ?", soalku sambil memandang ke arah isteriku.

" InsyaAllah kami akan sampai pagi esok. Tak yah susah-susah sediakan ape-ape tau. Kami nak tumpang bermalam sahaja tau, " jelasnya kepadaku.

" Ala datang je, nanti pandailah ana sambut dan layan korang semua," aku menjawab keyakinan.

" Ok beres. Nanti bila kami sampai, kami call balik, Assalamualaikum," dia akhiri.

" Waalaikumussalam."

Antaranya Muntazah yang terkenal dengan taman bunganya yang cantik, tepian pantai yang indah, istana Raja Al-Farouq dan banyak lagi. Tempat membeli belah, Mansiah juga menjadi daya tarikan. Sebuah tempat perdagangan barangan hampir keselurujannya dari China yang serupa dengan kemashuran di pasar Hussien, Kaherah. Di sini juga terdapat banyak maqam para nabi dan auliya'. Qal'ah Solahuddin juga tidak telepas dari dilawati. Kedudukannya yang sangat strategik dan unik dan berada di tepi pantai hampir menyerupai kedudukan Qal'ah yang lain yang berada di perbatasan 3 negara.

Selang beberapa hari sahabat-sahabatku yang lain menelefonku mengkhabarkan kenjungan mereka ke rumahku. Alhamdulillah. Mereka membawa rahmat di atas kedatangan mereka dan penghapus dosa kepulangan mereka.

الحث على إكرام الجار والضيف ولزوم الصمت إلا عن الخير
‏حدثني ‏ ‏حرملة بن يحيى ‏ ‏أنبأنا ‏ ‏ابن وهب ‏ ‏قال أخبرني ‏ ‏يونس ‏ ‏عن ‏ ‏ابن شهاب ‏ ‏عن ‏ ‏أبي سلمة بن عبد الرحمن ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏عن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم جاره ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه.صحيح المسلم، كتب الإيمان،67.

Hadis ini diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya." Sahih Muslim, kitab Iman,67.

  • Hadis ini jelas menerangkan beberapa tuntutan lman, antaranya ialah berkata hanya perkara benar dan berfaedah, kurang bercakap, menghormati jiran tetangga dan memuliakan tetamu. Seorang yang benar-benar beriman akan menjaga lidahnya daripada berbicara perkara haram kerana dia akan dipersoalkan di hari qiamat nanti.

  • Selain itu, seseorang lebih senang diam daripada berkata buruk seperti mengumpat, mengeji, mencaci, memaki hamun dan mencarut. Seorang yang benar-benar beriman akan menghormati jiran tetangga dan tetamunya, menyempurnakan hak mereka dan tidak menyakiti mereka. Jiran tetangga adalah suatu golongan yang mendapat perhatian besar dalam lslam. Hormat menghormati, tolong menolong dan hidup berjiran yang muafakat adalah asas keamanan, kemajuan dan keharmonian sesebuah masyarakat.

  • Di samping itu, tetamu yang datang merupakan pembawa rahmat, perginya penghapus dosa". Mungkin lantaran banyaknya dosa kita, maka Allah dengan bermurah hatinya telah mendatangkan tetamu untuk menyucikan dosa kita.
InsyaAllah, seikhlas kerana Allah kita menerima tetamu, rahmatNya dan kurnianNya akan diberikan kepada kita. Apahalpun, insyaAllah, Allah akan bantu.

Monday, June 15, 2009

Rezeki-Nya ada di mana-mana

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, June 15, 2009 0 comments


" Terima kasih banyak-banyak tau. Mungkin Allah nak berikan lapangan rezekiNya pada ana melalui anta " ucapku pada Ustaz Faizal.

" Takpe , ana pun tengok anta sangat memerlukan. Ambillah insya-Allah anta akan dapat yang terbaik kalau usaha dengan lebih gigih lagi. Yang penting sekali, kuatkan azam dan tingkatkan usaha. Insya-Allah anta akan berjaya ," katanya sambil menepuk bahuku.

LUASNYA KURNIAN ALLAH

Janganlah sekali-kali kita berputus harapan dariNya tikamana kita sering dihimpit dengan pelbagai masaalah yang membelengu kehidupan kita seharian. Jagalah tali Allah, maka nescaya Dia akan jaga tali kita bersama hamba-hambaNya. Amalkan doa-doa pembuka rezeki dan pengelak hutang. Bertaqwalah padaNya, itulah jalan yang paling terbaik.



dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)


Imam Abu Nu`aim meriwayatkan daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda, yang ertinya:-
  • Sesiapa yang mencari rezeki halal di dunia untuk menghindarkan dirinya dari mengemis (meminta-minta), untuk mencukupkan keperluan keluarganya dan untuk berbuat baik terhadap jirannya, Allah akan membangkitkannya di hari kiamat dengan wajah seperti bulan purnama.
  • Sesiapa yang mencari rezeki halal di dunia untuk membanyakkan harta semata-mata, untuk berbangga-bangga dan untuk menunjuk-nunjuk (riya`), dia akan menemui Allah di hari Kiamat dalam keadaan Dia murka kepadanya.

Jika sahaja rezeki halal yang hanya dijadikan tompokan harta semata-mata boleh menyebabkan kemurkaan Allah, maka bayangkanlah pula jika harta yang ditompok itu hasil dari rezeki haram? Oleh itu, sentiasa perbaiki niat kita, agar segala usaha dan titik peluh kita diberkati dan diredhai Allah. Carilah rezeki yang halal dengan niat-niat di atas dan segala niat yang baik.

Allahumma zidni rizqan halalan katsiran wa imaanan shohiihan.

Sunday, June 14, 2009

Kembalinya Murabbi Agung , Dr Fathi Yakan

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, June 14, 2009 0 comments


1. Dunia Islam semalam, Sabtu 13 Jun 2009 kehilangan seorang tokoh pemikir dan pendakwah yang berpengaruh bukan sahaja di bumi kelahirannya, Lubnan bahkan di seluruh dunia. Dalam usia 77 tahun Al-Sheikh al-Duktur al-Muhandith Fathi Yakan, ketua parti Islam Lubnan, Jabhah al-Amal al-Islami meninggal dunia di hospital di ibu kota Tripoli setelah beberapa hari terlantar di unit kawalan rapi. Jenazah beliau akan dikebumikan selepas waktu Asar hari ini di Tripoli.

2. Dr Fathi atau nama penuhnya Fathi Muhammad ‘Inayah dilahirkan pada 9 Februari 1933 merupakan diantara pengasas awal kepada gerakan Islam di Lubnan. Pembabitan beliau dalam gerakan Islam di Lubnan telah bermula seawal tahun 1950an dan mengasaskan Jemaah Islam Lubnan, satu cabang kepada gerakan Ikhwan al-Muslimin pada tahun 1960an bersama-sama tokoh lain termasuk Sheikh Faisal al-Mawlawi. Bahkan beliau memegang amanah sebagai Setiausaha Agung sehingga tahun 1992 dan meletak jawatan apabila memenangi pilihanraya sebagai ahli parlimen. Beliau kemudiannya melibatkan diri secara langsung politik Lubnan dan partinya Jabhah turut disertai oleh jemaah-jemaah Islam dan tokoh-tokoh Islam dari kalangan Sunni dan juga Syiah seperti Harakah al-Tawhid al-Islamiy, Sheikh Hashim Minqarah dan lain-lain.

3. Di peringkat global, beliau berpengaruh kepada gerakan Islam dunia bukan sahaja melalui bahan-bahan penulisan dakwah dan haraki beliau. Bahkan apabila Professor Dr Najmudin Erbakan merintis kesatuan gerakan Islam di peringkat global semasa beliau menjadi Perdana Menteri Turki, Dr Fathi dilantik mengetuai fungsi tarbiahnya dengan dibantu oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dari Malaysia.

4. Dr Fathi mendapat pendidikan awal dalam bidang kejuruteraan elektrik di Beirut, tetapi kemudiannya menyempurnakan ijarah kedoktorannya dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab.

5. Beliau mengahwini Dr Muna Haddad Yakan dan bersama-sama isterinya mengasaskan Universiti Al-Jinan Lubnan dimana Dr Muna bertugas sebagai rektornya. Universiti beliau turut dihadiri oleh pelajar-pelajar dari Malaysia khususnya lepasan Madrasah Darul Quran, Rusila, Terengganu. Daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan 4 anak perempuan serta 19 orang cucu.

6. Dr Fathi banyak menulis buku yang menjadi rujukan gerakan Islam di seluruh dunia antaranya ialah:

  • فقه السياحة في الإسلام ونماذج لرحلات دعوية قي أرض الله الواسعة
  • مشكلات الدعوة والداعية،
  • كيف ندعو إلى الإسلام؟
  • نحو حركة إسلامية عالمية واحدة
  • الموسوعة الحركية
  • ماذا يعني انتمائي للإسلام؟
  • حركات ومذاهب في ميزان الإسلام،
  • الاستيعاب في حياة الدعوة والدعاة
  • ، نحو صحوة إسلامية في مستوى العصر
  • ، المناهج التغييرية الإسلامية خلال القرن العشرين،
  • الإسلام فكرة وحركة وانقلاب،
  • الشباب والتغيير،
  • المتساقطون على طريق الدعوة،
  • أبجديات التصور الحركي للعمل الإسلامي
  • ، قطوف شائكة من حقل التجارب الإسلامية

7. Pemergian beliau adalah kehilangan besar kepada gerakan Islam. Semoga Allah mengganjari sebaik ganjaran kepadanya dan semoga beliau menjadi model kepada ahli-ahli gerakan Islam seluruh dunia.

Al-Fatihah

( dipetik dari http://www.nazrichik.com/?p=1414#more-1414 )

Sabar

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, June 14, 2009 0 comments

SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.

Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama

Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.

Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.

Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.

Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

•Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.


•Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.


•Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.

Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.

Saturday, June 13, 2009

Ujian ukur tahap takwa

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Saturday, June 13, 2009 0 comments

HIDUP kita di dunia ini tidak lebih pengembara yang sedang berteduh di bawah naungan sebatang pokok di tengah padang pasir yang terbentang luas. Selepas itu kita akan berlalu meninggalkannya.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Hidup aku di dunia ini diibaratkan pengembara di atas kenderaan, kemudian berhenti berteduh di bawah pokok yang rendang, kemudian aku berlalu."

Kita menikmati kehidupan di dunia ini juga tidak lebih daripada untuk menghadapi ujian Allah, yang dapat mengukur sejauh mana tahap ketakwaan kita terhadap Allah bukannya semata-mata berseronok.

Jika tidak diuji dengan pelbagai cubaan yang sebahagian besarnya adalah perkara tidak diingini oleh nafsu manusia, sudah tentu kita tidak dapat membuktikan diri kita sebagai seorang yang bertakwa.

Ada orang mengatakan kekayaan itulah matlamat hidup di dunia tetapi ia tidak benar kerana kekayaan tidak dapat melahirkan kesejahteraan. Kadangkala harta kekayaan lesap dalam waktu yang singkat.

Sekiranya ada orang mengatakan kecantikan adalah matlamat hidupnya, itu juga salah, kerana kecantikan akan pudar apabila sampai waktunya.

Jika pangkat, darjat dan pengaruhnya boleh mencapai matlamat hidupnya, ia juga salah, kerana ia tidak kekal, ada turun naik, malah boleh lenyap.

Hakikatnya, yang kekal abadi dalam hidup kita di dunia ini ialah keredaan Allah. Justeru, fahamilah hidup kita di dunia ini ialah sementara saja dan akhirat juga yang kekal selama-lamanya.

Justeru, dalam mengejar dunia, berpada-padalah dan jangan sampai bekal untuk kehidupan di akhirat keciciran.


Friday, June 12, 2009

Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Friday, June 12, 2009 0 comments

NABI Ibrahim dijatuhkan hukuman oleh hakim supaya dibakar hidup-hidup kerana memusnahkan patung-patung sembahan mereka.

Semua penduduk Babylon telah dikerahkan mencari kayu api untuk dijadikan unggun api. Unggun api yang besar itu dibina untuk membakar Nabi Ibrahim setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan olehnya.

Semua kayu yang berjaya dipungut telah dikumpulkan di satu kawasan lapang. Kayu-kayu yang dikumpulkan amatlah banyak hingga melepasi ketinggian bangunan yang ada di kawasan itu. Ketinggiannya tidak mampu dijangkau oleh tangan manusia lagi dan memenuhi kawasan yang begitu luas sekali. Kayu-kayu yang dikumpulkan amatlah banyak kerana semua orang tidak kira kecil, besar, tua dan muda semuanya bertungkus lumus mengumpulkan kayu api tersebut.

Apabila kayu api telah banyak, mereka pun mulalah menghidupkan api untuk mencampakkan Nabi Ibrahim. Api marak dengan begitu pantas kerana kayu-kayu yang dikumpulkan itu kering dan berada di kawasan padang pasir yang panas. Bahang kepanasan amat terasa sehingga tidak tertahan oleh kulit manusia.

Namun begitu, mereka semua tidak berganjak walaupun sedikit dari kawasan timbunan kayu tadi kerana ingin melihat sendiri hukuman itu dijalankan.

Sebelum Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api tersebut, kedua-dua tangan dan kakinya telah diikat dengan rantai supaya baginda tidak dapat lari daripada hukuman itu. Bukan sahaja tangan dan kakinya diikat, malah seluruh badannya juga telah dililit dengan rantai.

Ketika orang ramai sangat cemas menantikan upacara tersebut dijalankan, Nabi Ibrahim kelihatan tenang sahaja. Mukanya langsung tidak menunjukkan bahawa baginda takut untuk menempuh dugaan dan ujian tersebut. Lagipun baginda amat yakin dengan janji dan pertolongan yang dijanjikan oleh Allah terhadap hamba-hamba-Nya.

Nabi Ibrahim telah diletakkan di atas pelontar batu sebelum dicampakkan ke tengah-tengah unggun api yang sedang marak itu. Api membakar dengan pantas sekali dan membakar seluruh kayu api yang ada.

Ketika kaumnya hendak mencampakkannya ke dalam api, Nabi Ibrahim hanya berserah diri kepada Allah dan berkata:

"Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung."

Allah SWT juga telah berkata kepada api dalam firmannya:

Kami katakan, wahai api sejukkanlah dirimu dan sejahterakan ke atas Nabi Ibrahim."

Ketika Nabi Ibrahim berada di tengah-tengah unggun api itu, semua rantai dan tali yang mengikat kedua-dua tangan dan kakinya hangus belaka. Namun mukjizat dan keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya menyebabkan seluruh badan dan pakaiannya sedikitpun tidak terusik oleh api.

Setelah beberapa hari, api pun padam dan Nabi Ibrahim keluar dari unggun api yang kayunya itu telah hangus menjadi abu. Semua kaumnya berasa amat hairan dan takjub sekali. Mereka tidak menyangka Nabi Ibrahim masih hidup sedangkan api yang membakarnya amat marak.

Mereka mula merasakan usaha mereka selama ini sia-sia sahaja. Malah ada juga di kalangan mereka yang mengakui tentang kebenaran ajaran yang di bawa oleh Nabi Ibrahim. Walau bagaimanapun mereka tidak berani mengakuinya kerana bimbang dengan hukuman yang akan dikenakan oleh pemerintah.


Wednesday, June 10, 2009

Tahniah Buat Sahabatku, Hamdi

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, June 10, 2009 0 comments



Tahniah buat sahabatku, Ahmad Hamdi Bin Ali kerana dikurniakan Allah seorang puteri sulung pagi semalam. Namanya yang diberi adalah Nurin Haniah. InsyaAllah mudah-mudahan dia akan menjadi anak yang solehah dan dapat berkhidmat kepada Islam. Amin.

Kerajaan Perpaduan: Kenapa kita berpolemik?

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, June 10, 2009 0 comments

Oleh : TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Bilamana Presiden mengutarakan gagasan kerajaan perpaduan, ramai di kalangan kita membuat pelbagai tafsiran dan andaian. Ada pandangan terkeluar dari akhlak jamaah dan sebahagian besarnya masih dalam batas berjamaah. Kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan. Idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan pakatan Rakyat. PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternative bagi rakyat.

Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada presiden disamping mengikuti penjelasan daripadanya. Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya. Saya suka jelaskan bahawa YB Dato’ Sri Presiden akan membuat dan memperhalusi gagasan ini dalam masa terdekat dan satu wacana kepimpinan akan diadakan. Namun bagi mengurangkan sedikit polimik yang sengaja dibesarkan oleh media arus perdana, saya suka menggambarkan beberapa prinsip yang ujud dalam gagasan ini.

Antara asas utama dalam kerajaan perpaduan ini ialah bertolak kepada firman Allah “ dan bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong Bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Konsep taawun yang melahirkan muafakat yang disaran oleh Allah menjadi asas dalam pembinaan Negara perpaduan. Kita mesti membina Negara berasaskan kepada al-bir( Kebaikan ) yang meliputi semua elemen kebaikan bagi rakyat. Kita mesti menyedari pembinaan Negara perpaduan tidak akan lahir dari sistem yang kelam kabut, rasuah dan penyelewengan, pimpinan yang tidak berakhlak, sistem yang penuh dengan kezaliman, dan akta yang digunakan bagi menindas rakyat. Apakah al-bir dari sistem begini. Kita mesti letakkan asas al-bir ini untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Asas ini dittuntut oleh Allah, apakah ada diantara kita yang tidak inginkan kebaikan?

Asas kedua ialah taqwa. Negara mestilah menjurus ke arah melahirkan pimpinan yang bertaqwa, agar rakyat yang kita urus bukan hanya selamat melalui al-bir ( kebaikan sistemn Negara ) tetapi mestilah ujud elemen taqwa. Pemimpin mestilah bertaqwa kepada Allah. Asas al bir bersifat umum, tetapi asas taqwa bersifat khusus bagi pimpinan yang ingin menerajui kepimpinan Negara perpaduan. Semua parti p[olitik yang pimpinannya terdiri dari mereka yang menerima Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul hendaklah sedar bahawa kehidupannya tidak berakhir di dunia. Bagaimana kita ingin melahirkan rakyat yang baik, seandainya kita sendiri bergelumang dengan dosa dan maksiat. Kepimpinan gagal menjadi model bagi rakyat, isteri pimpinan menjadi elemen yang meruntuhkan akhlak dan jati diri bangsa. Hidup tanpa batasan agama dan kawalan wahyu. Negara yang baik lahir dari kepimpinan yang baik, dan taqwa adalah asas bagi semua kebaikan. Rakyat mestilah menyedari betapa Negara kini sangat-sangat memerlukan pemimpin yang bertaqwa bagi memandu Negara.

Kami menawarkan asas yang Allah menyuruh kita berpegang; apakah ada panduan yang lebih baik dari panduan Ilahi?. Apakah parti-parti politik bersedia kearah itu, dan seandainya tidak bersedia apakah alasan dihadapan Allah nanti di akhirat bila Allah meminta kita menjelaskan kenapa dan mengapa.

Asas ketiga ialah kita menyatakan bahawa kita tidak akan berkompromi dalam pembentukan kerajaan ini sabuah kerjasama kearah durhaka kepada Allah. Konsep al-ism yang sangat luas menjadi sempadan pembinaan kerajaan perpaduan. Kita sebagai pimpinan mesti berusaha agar rakyat tidak terdedah kepada dosa dan maksiat. Kita perlu membina Negara yang soleh melalui pemimpin dan rakyat yang soleh. Kita mesti meletakkan asas utama agar semua elemen yang mendatrangkan dosa bagi rakyat dihapuskan; kerana kebaikan tidak akan lahir dari maksiat dan munkar.

Setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, pelbagai sistem yang mendedahkan dosa dipaksakan ke atas rakyat. Amalan riba yang berterusan, pusat-pusat meksiat diberi ruang yang luas oleh pemerentah, program maksiat mendapat tempat di hati rakyat sehingga lahirlah pelbagai gejala social, jenayah dan penyelewengan. Akibat Negara yang tidak diasas kepada benteng kawalan yang menjadi syarat utama kebaikan bagi rakyat. Inilah syarat kami bahawa kami tidak akan berkompromi dengan perkara dosa dan durhaka kepada Allah yang diizinkan oleh pemimpin Negara perpaduan. Apa makna perpaduan, kelau untuk durhaka kepada Allah, kerana tiada makna kemajuan dan perpaduan kalau ia dibentuk kea rah maksiat dan dosa.

Asas keempat yang dinyatakan oleh Allah ialah kami tidak akan berkerjasama kearah permusuhan. Kita mesti menghentikan sebarang elemen perkauman sempit yang mendorong ujudnya jurang antara kaum di Negara ini. Kecintaan kepada bangsa sendiri adalah fitrah manusia. Islam tidak menghalang setiap kaum menyintai kaumnya, tetapi Islam menentang tindakan zalim kepada kaum lain. Kerana kaum, bangsa dan warna kulit adalah ketentuan Allah, bukan pilihan manusia.

Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan sebarang elemen kearah permusuhan, samada di kalangan kaum melayu, cina, India dan lain-lain. Pertembungan antara dalaman setiap keum akan merugikan Negara. Kita tidak akan membiarkan permusuhan antara orang melayu sebagaimana kita tidak akan izinkan permusuhan sesama kaum India dan cina. Ini asas kita. Tindakan mengapi-api permusuhan, elemen genstarism dan kongsi gelap, gerakan anti perpaduan serta membiarkan jurang kaya dan miskin melampau, elemen penindasan dan kezaliman golongan kaya berpengaruh ke aras rakyat miskin dan tertindas akan menjurus ke arah permusuhan.

Saya ingin tegaskan bahawa inilah antara beberapa asas dalam kerajaan perpaduan. Andainya ada pihak yang menentangnya, apakah alasan kalau inilah yang digariskan oleh Allah dalam konsep al-taawun. Taawun sebagai satu gagasan, bukan hanya terikat dengan taawun fardiyyah; tetapi satu gagasan besar yang hebat dari Allah. Di samping asas tersebut, terdapat beberapa asas lain yang akan dijelaskan kamudian.

Anda Bermimpi Buruk ?

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, June 10, 2009 0 comments


MIMPI dialami semua orang. Bezanya ada yang mengalami mimpi baik dan buruk. Mimpi buruk kadangkala menghantui hidup seseorang, lebih-lebih lagi ia menggambarkan keadaan yang mengerikan dan menakutkan.

Justeru, bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah bertindak seperti berikut:

  1. Meludah ke kirinya tiga kali.
  2. Meminta pertolongan kepada Allah daripada godaan syaitan dan mimpinya yang dahsyat, tiga kali.
  3. Membalikkan tubuh (mengubah kedudukan).
  4. Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.
  5. Mengambil wuduk dan bersolat, sekiranya mahu.
Berhubung dengan mimpi, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Mimpi yang baik adalah daripada Allah, sedang mimpi (buruk) adalah daripada syaitan. Apabila seseorang antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang mendengarnya." (Hadis Riwayat Muslim)

Tuesday, June 9, 2009

Tazkirah Remaja: 6 perkara dorong beribadat

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Tuesday, June 09, 2009 1 comments

PADA waktu Rasulullah s.a.w mengembala kambing, ada sekumpulan remaja melepak tidak jauh daripadanya sambil berborak dan ketawa.

Tiba-tiba seorang lelaki tua bernama Thulaihah al-Aamidi datang bertanyakan Rasulullah s.a.w:

"Wahai Muhammad! Kenapa kamu tidak bermain-main dan lepak seperti remaja di sana itu?"

Dengan tegas, Rasulullah s.a.w menjawab: "Saya diciptakan bukan untuk itu."

Jawapan baginda itu memberitahu kita, remaja berhibur bukan satu kesalahan malah kadangkala ia diperlukan. Tetapi hiburan hingga melalaikan, itu yang merosakkan.

Di sebalik jawapan Nabi s.a.w yang agung itu, ada mesej penting iaitu hidup ini untuk beribadat kepada Allah.

Kadang-kadang ada yang lepak hingga lupa untuk menunaikan solat. Mereka yang bermain bola pada waktu petang di padang tidak lagi malu dengan azan yang berkumandang. Padang bola pula bersebelahan masjid.

Haiwan ternakan seperti kambing dan lembu pun balik ke kandang tetapi sesetengah kita asyik berborak dan bergelak ketawa di tepi jalan. Inilah yang dilarang Nabi.

Waktu kerja, waktu rehat, masa tidur, makan dan bermain ada, tetapi sayangnya waktu ibadat tidak dimasukkan dalam jadual.

Ada yang beribadat apabila berkesempatan dan bila tidak sempat qada saja. Ada pula memberikan alasan sibuk. Kadang-kadang ada remaja bertanya, kenapa perlu beribadat?

Dalam ruangan kali ini, saya mengajak remaja memahami tujuan kita mesti beribadat.

Ada enam alasan kita mesti mengabdikan diri kepada Allah. Jika kita memahami enam perkara ini, semangat ibadat kita tidak akan luntur walau bagaimana sibuk.

Pertama, tujuan kita dicipta Allah ialah supaya kita beribadat kepada-Nya. Firman Allah bermaksud: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku." (Al-Quran, surah adz-Dzaariyat: 56)

Jika tugas lain kita boleh ingat, tugas ibadat lebih utama dan lebih-lebih lagi kita harus mengingatinya.

Kedua, kita wajib beribadat sebagai tanda syukur kepada-Nya, atas nikmat yang terlalu banyak. Tidak mampu kita menghitungnya. Terlalu banyak nikmat, malah dapat percuma.

Zaman sekarang tidak ada percuma, semuanya kena bayar. Bil elektrik dan telefon, jika tidak dibayar kena potong.

Tetapi kita dapat jantung percuma, paru-paru percuma dan kalau kena bayar pasti hujung bulan malaikat bawa bil, tidak bayar kena potong. Kita yang tidak beribadat ini matilah.

Ketiga, wajib beribadat sebab kita sudah berjanji di alam roh. Firman Allah maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam daripada (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar, kami menjadi saksi..." (Al-Quran, surah al-A'raaf:172)

Keempat, kita wajib beribadat sebab antara tugas dan kewajipan rasul ialah mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhkan taghut (kejahatan). Jika nabi yang sangat rapat dengan Allah pun tidak terlepas beribadat, apatah lagi kita.

Firman Allah bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut..." (Al-Quran, surah al-Nahl: 36)

Kelima, kita mesti beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah kerana Dia yang paling berkuasa. Allah yang mengatur kehidupan kita, kerana itu tidak boleh kita leka dengan kerja lain, melupakan Allah, apatah lagi jika menyembah tuhan lain.

Keenam, kita mesti mengabdikan diri kepada Allah kerana azab yang amat mengerikan menanti di akhirat. Allah amat murka kepada orang yang derhaka pada-Nya. Al-Quran menyebut bagaimana orang yang mengikut nabi membuat pengakuan.

Ini terbukti dalam firman Allah maksudnya: "Katakanlah: Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari Kiamat)." (Al-Quran, surah al-An'am: 15)



Ulama'

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

Tolabah

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya

Akhbar

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

Tv Online

tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
 

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez