Followers

Wednesday, March 31, 2010

Arak di Malaysia Semudah Beli Air Minuman

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, March 31, 2010

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Arak di Malaysia boleh diperolehi dengan mudah seumpama membeli air minuman yang lain sama ada di pasar raya, restoran, hotel, kedai runcit mahupun di kedai serbaneka seperti 7 Eleven yang dijual tanpa kawalan ketat.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang mendedahkan bahawa Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi di dunia dalam pengambilan arak di dunia.

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, dalam kenyataan di Parlimen semalam, Dr Mariah juga mendedahkan bahawa rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.
Penjualan arak berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun.

Mohamad Suhaimi juga merasa terkejut dengan pendedahan AJK PAS Pusat itu bahawa terdapat peningkatan kadar pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

“DPPWP juga merasa kesal kerana arak dengan mudah mendapat tempat untuk tajaan dan iklan di mana-mana akhbar media arus perdana mahupun di televisyen,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Kerajaan pula, katanya dengan sengaja memberikan lesen kepada pengusaha kelab-kelab malam dan pusat hiburan untuk beroperasi tanpa kawalan yang sewajarnya.

“Kelab-kelab malam inilah juga penyumbang kepada berleluasanya minuman arak sehingga menyumbang kepada gejala sosial yang lebih parah,” ujarnya lagi.

Soalnya, bagaimanakah penjualan dan pengambilan arak boleh bertambah dalam keadaan negara Malaysia yang sudah diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam dan termaktub juga di dalam Perlembagaan bahawa agama rasmi negara ini adalah Islam.

Beliau juga mempersoalkan mengapa tidak ada kawalan keras dari kerajaan sebagaimana kawalan yang sama dilakukan terhadap penyalahgunaan dadah yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Dalam Islam, hukuman yang sewajarnya kepada peminum arak adalah disebat dengan 40 hingga 80 kali sebatan. Soalnya, mengapa undang-undang ini tidak terpakai khususnya kepada umat Islam?” soalnya lagi.
Sepatutnya, kata beliau arak perlu diharamkan terus di Malaysia dan alasan bahawa negara ini mempunyai masyarakat majmuk tidak boleh diterima sama sekali kerana kesan arak yang boleh membahayakan kesihatan sama seperti penyalahgunaan dadah dan menghisap rokok.

Tambahnya, arak juga sebagai salah satu penyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.

Justeru, beliau menggesa kerajaan mengetatkan kawalan terhadap penjualan arak seperti mengharamkan penjualannya di kedai-kedai runcit dan serbaneka seperti di kedai 7 Eleven di samping premis-premis hiburan pula perlu ditutup kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada rakyat.

DPPWP juga, katanya meminta kerajaan mengharamkan arak untuk diiklankan di mana-mana media eletronik mahupun cetak agar tidak mendapat publisiti murahan.

“Apakah gunanya hasil cukai yang haram dari arak ini kepada kerajaan sedangkan dalam masa yang sama ribuan umat Islam menderita akibat ketagihan arak dan hidup dalam keadaan berdosa,” ujarnya.

Sumber : Harakahdaily

5 comments on "Arak di Malaysia Semudah Beli Air Minuman"

Ibnu Jamaluddin on March 31, 2010 at 12:55 PM said...

Memang benar, tiada tindakan yang dibuat kerajaan dalam hal ini, kalau kita pergi ke kedai-kedai tersebut kadang-kadang arak itu dijual bersebelahan dengan air berkarbonat, satu peti sejuk! Ruang yang sama!
Jadi inilah Malaysia sebuah negara Islam, pemimpin Islam, Islam pada nama tapi hakikatnya macam mana?
Walaupun hendak menegakkan toleransi antara kaum dan agama sekalipun tapi takkan hendak bertindak sebegini rupa? Melupakan asas Islam sebagai sebaik-baik pentadbiran.
Kata-kata nak majukan bangsa, tapi sebenarnya meruntuhkan bangsa, gelaja sosial meningkat, tiada tindakan berdasarkan Islam diambil, hanya formula entah apa-apa yang dikaji dan diimplementasi.
Wahai pemimpin kalau kamu hendak memperbaiki sesuatu kepada Islam kamu mesti rujuk kembali bukan kepada ideologi pemikiran manusia yang banyak silap dan salah.
Wahai pemimpin, kamu hendak memimpin orang lain tapi adakah kamu telah baik dipimpin olehmu? Muhasabahlah, jangan nak fikir duniawi tapi fikirkanlah ukhrawi.

Anonymous said...

A medicine ball though not essential could
be effective likewise for most abdominal workouts.

Here is my blog bowflex dumbbells 552

Anonymous said...

If not, then you certainly can perform calf raises quite proficiently
around the flooring.

My webpage ... dumbbell sets

Anonymous said...

An additional downside is that you are inclined to not improve weights as often when you should.


Visit my blog post http://www.getfitnstrong.com

Anonymous said...

The SelectTech adjustable dumbbells can be found in two different versions, each one packing
the equivalent of thirty individual dumbbells right into a single
pair.

Here is my page: http://www.getfitnstrong.com/bowflex-dumbbells/bowflex-selecttech-dumbbells-ultimate-home-exercising/

Post a Comment

Ulama'

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

Tolabah

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya

Akhbar

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

Tv Online

tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
 

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez