Followers

Thursday, March 15, 2007

10 TELADAN MENJADI AYAH YANG BAIK

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Thursday, March 15, 2007
1. Ayah sebagai seorang penganut agama yang baik.Anak adalah anugerah Tuhan yang paling berharga, sebagai seorang ayah anda seharusnya membekalkan dan mendidik mereka dengan ajaran agama yang secukupnya. Untuk itu anda sendiri seharusnya berpengetahuan dalam hal keagamaan, ini bukan sahaja dapat membentuk anak anda menjadi seorang yang berperibadi tetapi mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.2. Ayah sebagai pemimpin.Seorang ayah yang pasif akan gagal membantu anak-anak belajar menanggung risiko dan seorang ayah yang terlalu mengongkong akan menunjukkan kepada anak-anak penguasaan kekuasaan yang salah untuk alasan peribadi. Oleh itu cubalah menunjukkan sifat-sifat kepimpinan yang baik.3. Ayah sebagai lelaki.Anak-anak akan berfikar sesuatu yang barbeza ketika mereka berbicara kepada ayah dibandingkan apabila mereka bercakap dengan ibunya. Dan yang pasti mereka memerlukan kedua-duanya.4. Ayah sebagai pencari nafkah.Pujian harus diberikan kepada para ayah yang tidak melupakan tanggungjawabnya untuk bekerja demi memenuhi keperluan keluarga. Bagaimanapun ramai ayah yang mempunyai fikiran yang sempit, seperti mereka membawa hadiah untuk anak-anak tetapi tidak mendidiknya. Terlalu banyak lelaki berada terlalu lama di tempat kerja untuk memenuhi keperluan kewangan tanpa menyedari mereka juga perlu memenuhi keperluan emosi anak-anak.5. Ayah sebagai pengasuh.Anak-anak memerlukan pengasuhan dan perkara ini tidak seharusnya dipandang sebagai tindakan yang tidak menunjukkan kejantanan.6. Ayah sebagai pengajar.Cara paling berpengaruh bagi ayah mengajar anak-anak adalah melalui dirinya sendiri. Jadilah cermin kepada anak-anak.7. Ayah sebagai orang berdisiplin.Anak-anak memerlukan batasan kerana mereka tidak cukup bijak untuk menentukan semua aturan bagi diri sendiri. Tidak seharusnya ayah membiarkan anak-anak membesar tanpa mengetahui cara menetapkan batas-batas dan menjaga diri mereka sendiri dari masalah.8. Ayah sebagai pelindung.Bantulah anak-anak mengenalpasti masalah, tetapi jangan terlalu melindungi kerana anak anda akan membesar dan menjadi terlalu bergantung serta tidak dapat mengambil risiko dari masalah yang di hadapi.9. Ayah sebagai pelatih.Ajarlah anak anda cara untuk bersaing dan bekerjasama, tetapi hindarilah setiap tekanan untuk menjadi yang menang-kalah.10. Ayah sebagai sahabat.Ayah perlu menerima anak-anak sebagaimana adanya mereka dan menikmati kehidupan bersama mereka. Terlalu banyak anak-anak mengenal ayah mereka sebagai musuh lebih dari seorang kawan, tetapi ayah yang sering meninggalkan anak-anak yang dalam proses pembesaran tidak akan dapat memahami anak mereka. Tetapi anda juga perlu berhati-hati kerana terlalu banyak menjadi “ seorang kawan” akan menjadi suatu beban yang tidak adil bagi anak-anak mereka.SELAMAT HARI BAPA….!!!!
. Ayah sebagai seorang penganut agama yang baik.Anak adalah anugerah Tuhan yang paling berharga, sebagai seorang ayah anda seharusnya membekalkan dan mendidik mereka dengan ajaran agama yang secukupnya. Untuk itu anda sendiri seharusnya berpengetahuan dalam hal keagamaan, ini bukan sahaja dapat membentuk anak anda menjadi seorang yang berperibadi tetapi mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.2. Ayah sebagai pemimpin.Seorang ayah yang pasif akan gagal membantu anak-anak belajar menanggung risiko dan seorang ayah yang terlalu mengongkong akan menunjukkan kepada anak-anak penguasaan kekuasaan yang salah untuk alasan peribadi. Oleh itu cubalah menunjukkan sifat-sifat kepimpinan yang baik.3. Ayah sebagai lelaki.Anak-anak akan berfikar sesuatu yang barbeza ketika mereka berbicara kepada ayah dibandingkan apabila mereka bercakap dengan ibunya. Dan yang pasti mereka memerlukan kedua-duanya.4. Ayah sebagai pencari nafkah.Pujian harus diberikan kepada para ayah yang tidak melupakan tanggungjawabnya untuk bekerja demi memenuhi keperluan keluarga. Bagaimanapun ramai ayah yang mempunyai fikiran yang sempit, seperti mereka membawa hadiah untuk anak-anak tetapi tidak mendidiknya. Terlalu banyak lelaki berada terlalu lama di tempat kerja untuk memenuhi keperluan kewangan tanpa menyedari mereka juga perlu memenuhi keperluan emosi anak-anak.5. Ayah sebagai pengasuh.Anak-anak memerlukan pengasuhan dan perkara ini tidak seharusnya dipandang sebagai tindakan yang tidak menunjukkan kejantanan.6. Ayah sebagai pengajar.Cara paling berpengaruh bagi ayah mengajar anak-anak adalah melalui dirinya sendiri. Jadilah cermin kepada anak-anak.7. Ayah sebagai orang berdisiplin.Anak-anak memerlukan batasan kerana mereka tidak cukup bijak untuk menentukan semua aturan bagi diri sendiri. Tidak seharusnya ayah membiarkan anak-anak membesar tanpa mengetahui cara menetapkan batas-batas dan menjaga diri mereka sendiri dari masalah.8. Ayah sebagai pelindung.Bantulah anak-anak mengenalpasti masalah, tetapi jangan terlalu melindungi kerana anak anda akan membesar dan menjadi terlalu bergantung serta tidak dapat mengambil risiko dari masalah yang di hadapi.9. Ayah sebagai pelatih.Ajarlah anak anda cara untuk bersaing dan bekerjasama, tetapi hindarilah setiap tekanan untuk menjadi yang menang-kalah.10. Ayah sebagai sahabat.Ayah perlu menerima anak-anak sebagaimana adanya mereka dan menikmati kehidupan bersama mereka. Terlalu banyak anak-anak mengenal ayah mereka sebagai musuh lebih dari seorang kawan, tetapi ayah yang sering meninggalkan anak-anak yang dalam proses pembesaran tidak akan dapat memahami anak mereka. Tetapi anda juga perlu berhati-hati kerana terlalu banyak menjadi “ seorang kawan” akan menjadi suatu beban yang tidak adil bagi anak-anak mereka.SELAMAT HARI BAPA….!!!!

0 comments on "10 TELADAN MENJADI AYAH YANG BAIK"

Post a Comment

Ulama'

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

Tolabah

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya

Akhbar

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

Tv Online

tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
 

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez