Manfaat Buku

Sebelum balik Malaysia nanti, anta kena siapkan paling kurang sebuah buku untuk rakyat Malaysia. Kalau mampu tambah lagi, buat untuk ringkasan madah paling susah untuk kuliah anta. Mungkin Balaghah ke? Apa sahaja boleh"

Semanis Tawakkal

"Alhamdullilah, akhirnya imtihan dah selesai, Bolehlah ana balik selepas Asar nanti" sapaku kepada Hanif yang baru keluar dari pintu gerbang Al-Azhar. " Iya, tapi anta kena ingat kita ada syafawi ( ujian lisan) lagi. Kiranya aku bersyukur banyaklah", jawabnya sambil memandang ke arah ladang gandum.

Imam Bukhari

Imam al-Bukhari, Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari (194H-256H) adalah seorang tokoh hadis yang paling unggul dalam sejarah perkembangan ilmu Hadis sehinggalah ke hari ini, ketokohan beliau masih tiada tolok bandingnya.

Followers

Wednesday, March 31, 2010

Arak di Malaysia Semudah Beli Air Minuman

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, March 31, 2010 5 comments

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Arak di Malaysia boleh diperolehi dengan mudah seumpama membeli air minuman yang lain sama ada di pasar raya, restoran, hotel, kedai runcit mahupun di kedai serbaneka seperti 7 Eleven yang dijual tanpa kawalan ketat.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang mendedahkan bahawa Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi di dunia dalam pengambilan arak di dunia.

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, dalam kenyataan di Parlimen semalam, Dr Mariah juga mendedahkan bahawa rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.
Penjualan arak berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun.

Mohamad Suhaimi juga merasa terkejut dengan pendedahan AJK PAS Pusat itu bahawa terdapat peningkatan kadar pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

“DPPWP juga merasa kesal kerana arak dengan mudah mendapat tempat untuk tajaan dan iklan di mana-mana akhbar media arus perdana mahupun di televisyen,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Kerajaan pula, katanya dengan sengaja memberikan lesen kepada pengusaha kelab-kelab malam dan pusat hiburan untuk beroperasi tanpa kawalan yang sewajarnya.

“Kelab-kelab malam inilah juga penyumbang kepada berleluasanya minuman arak sehingga menyumbang kepada gejala sosial yang lebih parah,” ujarnya lagi.

Soalnya, bagaimanakah penjualan dan pengambilan arak boleh bertambah dalam keadaan negara Malaysia yang sudah diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam dan termaktub juga di dalam Perlembagaan bahawa agama rasmi negara ini adalah Islam.

Beliau juga mempersoalkan mengapa tidak ada kawalan keras dari kerajaan sebagaimana kawalan yang sama dilakukan terhadap penyalahgunaan dadah yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Dalam Islam, hukuman yang sewajarnya kepada peminum arak adalah disebat dengan 40 hingga 80 kali sebatan. Soalnya, mengapa undang-undang ini tidak terpakai khususnya kepada umat Islam?” soalnya lagi.
Sepatutnya, kata beliau arak perlu diharamkan terus di Malaysia dan alasan bahawa negara ini mempunyai masyarakat majmuk tidak boleh diterima sama sekali kerana kesan arak yang boleh membahayakan kesihatan sama seperti penyalahgunaan dadah dan menghisap rokok.

Tambahnya, arak juga sebagai salah satu penyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.

Justeru, beliau menggesa kerajaan mengetatkan kawalan terhadap penjualan arak seperti mengharamkan penjualannya di kedai-kedai runcit dan serbaneka seperti di kedai 7 Eleven di samping premis-premis hiburan pula perlu ditutup kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada rakyat.

DPPWP juga, katanya meminta kerajaan mengharamkan arak untuk diiklankan di mana-mana media eletronik mahupun cetak agar tidak mendapat publisiti murahan.

“Apakah gunanya hasil cukai yang haram dari arak ini kepada kerajaan sedangkan dalam masa yang sama ribuan umat Islam menderita akibat ketagihan arak dan hidup dalam keadaan berdosa,” ujarnya.

Sumber : Harakahdaily

Sunday, March 28, 2010

Ciri-Ciri Ringkas Fahaman Wahhabi

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, March 28, 2010 1 comments

Assalamualaikum Warahmatullah.

PENGENALAN

Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga saya sering kali ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. Pelbagai persoalan diajukan kepada saya samada melalui Email dan YM ataupun melalui PM di iLuvislam. Di antara mereka ini ada yang meminta saya untuk menyediakan sedikit sebanyak info dan maklumat berkaitan dengan fahaman Wahabi ini. Di samping itu, saya juga tidak terlepas dari menerima kritikan dan cemuhan dari golongan Wahabi setiap kali saya berhujjah dan berbincang dengan mereka.

Di sini saya cuba memberikan beberapa maklumat untuk dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat semua bagi mengenali fahaman Wahabi. Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya. Bagi mengukuhkan lagi kepercayaan peribadi, pembaca bolehlah menyemak sendiri kitab-kitab yang telah dikarang oleh para ulama muktabar bagi membincangkan fahaman Wahabi ini.

Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:

Dari Sudut AQIDAH:

01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.

02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.

04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.

05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dll.

06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).

07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.

Dari Sudut FIQH:

01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.

02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.

03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.

04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.

05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.

06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.

Dari Sudut MANHAJ:

01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.

02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.

03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.

04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.

05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.

06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.

07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.

08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.

09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.

10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.

11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.

12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.

PENUTUP

Hampir keseluruhan artikel ini saya ambil dari kertas kerja yang pernah disediakan dan dibentang sendiri oleh sahabat saya iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre. Cuma beberapa perkara sahaja saya buang dan tambah agar lebih natural untuk dibaca. Semoga penulisan ini menjawab pelbagai persoalan mengenai fahaman Wahabi ini dan ia boleh membawa manfaat kepada umat Islam sejagat. Saya doakan agar semua pihak mendapat hidayah dari Allah Taala. Aminnn.

‘Memberi dan Berbakti’

Sekian. Wallahualam.

Sumber: JomFaham

Monday, March 22, 2010

Haramkah Anak Haram?

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, March 22, 2010 0 comments
Sumber : Faridrasyidi
Boleh tak ustaz beri komen tentang kes ibu yang melahirkan anak tetapi tidak mempunyai pertalian sah dengan ‘bapa’ kepada anak itu, senang kata anak haram. Harap ustaz dapat komen tentang:
1. Apa yang harus ibu itu lakukan?
2. Peranan orang disekitar, keluarga dan kawan..
3. Bagaimana Islam menguruskan masalah ini?
Itu soalannya.

Sebelum menjawab persoalan yang diberikan, mari kita lihat dan perhatikan apa yang berlaku disekeliling masyarakat kita. Lihat jiran-jiran kita, lihat masyarakat kampung ataupun taman perumahan, lihat lebih jauh lagi. Negeri dan negara kita.

Dahulu, orang kampung akan bising riuh sekampung jika terlahir seorang anak luar nikah. Dengan istilah mereka dilabelkan sebagai ‘anak haram’. Tidak cukup dengan cemuhan dan ejekan pada si ibu, sikap kutukan ini menjadi warisan zaman berzaman. Hebatnya penangan orang berzina bukan?

Hidup si ibu itu seperti ‘cicak tersepit di dedaun pintu’. Mahu lari, sudah tersepit. Akhirnya, mati mengering tanpa dipedulikan orang. Dipandang jelek dan hina. Pandangan dari sisi masyarakat Melayu mengenai perlakuan zina suatu ketika dahulu dianggap jijik dan sensitif.

Malangnya, si anak luar nikah hasil perlakuan ibu dan bapa yang tak dikenal pasti identiti mengalami nasib yang lebih teruk. Masyarakat langsung melabelkan anak itu adalah HARAM secara qat’ei. Perlakuannya, dan sikapnya selalu menjadi buah bicara awam. Hatta si anak itu seolah-seolah bakal menjadi cicak yang akan mati tersepit juga.

Kini, dunia berlari begitu pantas ke hadapan. Bukan lagi pantasnya seperti pelari pecut, tetapi menyamai kepantasan keretapi laju tercanggih di negara bunga sakura – matahari terbit di celahan gunung fuji. Cara fikir manusia kian tenggelam dimamah usia tua dunia. Mereka sudah membudayakan kehidupan kapitalisme.

“Eh, apa yang berlaku kat jiran kita tu?” Tanya si suami pada isterinya suatu malam.
“Entahlah bang, agaknya nak kenduri kahwin kot.” Jawab si isteri sambil menekan alat kawalan TV. Siaran astro menjadi lebih menarik dari cerita jiran sebelah. Walhal bukan kenduri kahwin, tetapi anak jiran meninggal dunia akibat tercekik biji nangka.

Tidak tahu. Sudahlah tidak tahu. Segan pula bertanya khabar. Bimbang takut kalau-kalau beras rumah semakin berkurangan.

Aku adalah aku. Engkau adalah engkau. Engkau mahu mati? Silakan mati tanpa melibatkan aku!


DUNIA KINI

Jika anak luar nikah tiba-tiba muncul di kawasan bandar dan kampung kini, masing-masing mendiamkan diri dan membatu. Alasannya mudah, tanpa analogi yang berjela. Mangsa rogol. Lalu lelaki dihadapkan ke mahkamah, atas alasan merogol anaknya sehingga terlanjur melahirkan manusia lengkap anggota badan dan perasaan. Sedangkan pada asalnya adalah ‘suka sama suka‘.

Si anak itu menjadi bahan eksperimen yang paling kejam. Bayangkan bayi putih bersih, matanya bulat berbinar-binar memerhati ibunya, pipinya gebu, tangannya menggapai wajah si ibu untuk menagih simpati. Lalu ibunya membuang anak diperdu pokok pisang, di parit dan longkang, di kaki lima rumah setinggan dan digantung pula pada jeriji besi masjid. Itu eksperimen pertama.

Eksperimen kedua ialah membiarkan anak itu membesar, lalu tiada pembelaan dilakukan padanya. Sehinggalah tersisih pada pandangan masyarakat dek pecah tembelang perlakuan busuk si ibu bersama jantan murahan.

Justeru, HARAMKAH ANAK ITU?

TIDAK. Anak itu sama sekali tidak bersalah. Anak itu tidak haram. Dia tetap seperti insan-insan lain tanpa ada cacat celanya. Yang begitu bersalah adalah orang yang melahirkannya tanpa ‘bin’. Di sini ada beberapa persoalan lain perlu diselesaikan sebelum menjawab persoalan di atas.

1. Betulkah anak luar nikah itu akan mewarisi sikap dan perbuatan ibunya selama tujuh keturunan?

Jawapannya, adalah tidak. Menurut Syeikh Nuruddin al-Banjari, hadis mengatakan hal itu adalah maudu’. Ini berdasarkan kepada kitab tulisan Syeikh Ismail Uthman Zain di dalam kitabnya bertajuk Qurratul Ain yang mengatakan anak luar nikah yang akan mewarisi perlakuan ibunya selama tujuh keturunan itu adalah maudu’. Apalah salahnya hingga anak itu dihukumi sebegitu, sedangkan anak itu lahir bersama sebuah perasaan yang keliru – mengapa harus dia menanggung kejanggalan ibunya bukan?

2. Bagaimana kedudukan anak itu, adakah dia dan keturunan selepasnya boleh menjadi wali?

Boleh. Berkata Syeikh Nuruddin lagi, “Dia akan menjadi wali, tidak ada masalah, dia akan jadi wali kepada anak cucu keturunannya, jadi status dia sama seperti anak normal. Tidak ada perbezaan hukum. Yang ada perbezaan hanya dipandangan masyarakatnya sahaja mereka akan memandang sinis.”

TINDAKAN IBU

Sewajarnya ibu tidak harus berlepas tangan dalam hal ini. Ibu hendaklah berusaha membesarkannya dengan apa cara sekali pun. Adalah tersangat kejam jika menyambung dosa besar dengan pengakhiran sebuah episod pembunuhan. Sudahlah mendedahkan aurat, melakukan hubungan terlarang dan membunuh pula – bukan cara terbaik!

Carilah sesiapa yang mampu menjaganya agar dia kenal Allah Yang Esa dan tahu agamanya. Jangan biarkan dia mewarisi lahanat perbuatan silam si ibu.
Ibnu Zubair berkata: “Aku tidak mengetahui seseorang yang lebih alim dalam ilmu jururawat, fiqih dan juga syair selain daripada Ummul Mukminin Aisyah r.a.
Aturan Islam sudah menetapkan (baca pada pandangan syariat). Apabila lengkap bukti dan penyaksiaan, Allah SWT menetapkan bahawa penzina lelaki dan perempuan belum berkahwin wajib dikenakan hukuman 100 rotan dan dibuang daerah (negeri). Hikmahnya mencakupi ruang lingkup duniawi dan ukhrawi. Dosa zinanya akan diampunkan Allah SWT dan membersihkan titik noda hitam yang zulmat itu. Jika disabitkan hukuman kepada lelaki dan wanita sudah berkahwin – dikenakan rejam sehingga menemui ajal.

Kedudukan umat Islam sekarang yang tidak punya sistem dan negera keseluruhan mengamalkan peraturan syariat Allah SWT menyukarkan manusia menuju ke arah kemurniaan beragama. Lalu, bagaimana nasib si ibu itu dengan dosa-dosanya? Bertaubatlah nasuha, selebihnya Allah SWT sahaja menghakimi kelak. Wallahu a’lam.
 
PERANAN MASYARAKAT

Masyarakat perlu disedarkan. Jika masyarakat masih enak tidur tanpa sedikit pun rasa sakit dicubit bermakna kepekaan itu belum sampai ke kemuncak. Tanpa masyarakat yang sedar dan faham hakikat agama secara total, amat mustahil kita akan melihat suatu kehebatan bakal berlaku.

Saya menghantar kesedaran kepada kalian yang membaca, lalu tugas itu menjadi amanah untuk kalian sampaikan kepada mereka yang belum sedar. Kerana setiap bahu-bahu kita terpundak segunung amanah. Jika amanah ini tidak diletakkan pada tingkatan sewajarnya, maka jawablah dihadapan Allah SWT kelak.
Biarkan dakwah dan ilmu terus berjalan tanpa henti. Kerana ilmu adalah alat pembanteras kebodohan dan kemunduran. Bantulah agar ianya berjalan tanpa halangan. Kerana Islam tidak akan kembali terlaksana jika kita terus membenci cara hidup dan kemurnian sistem Islam itu.
Kata sebuah syair arab:
Ilmu itu membangun rumah-rumah yang tidak memiliki pondasi # Dan kebodohan itu menghancurkan bangunan yang kukuh dan mulia.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud:
“Allah akan meninggikan beberapa darjat bagi orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang berilmu.”
Justeru, usahlah membenci anak luar nikah, tetapi bencilah kepada perlakuan yang menyebabkannya wujud di dunia.
 
PERSPEKTIF AGAMA

Sebenarnya subtopik di atas sudah pun menjawab persoalan menurut pandangan Islam. Namun begitu, suka untuk saya bawakan bagaimana pula pandangan Islam tentang hak anak luar nikah menurut permasalahan dalam faraid harta dan status penjagaannya.

Mazhab yang empat iaitu Syafie’, Maliki, Hanbali dan Hanafi sepakat mengatakan bahawa anak luar nikah hukum warisan dan hubungan dengan ayahnya seperti hal mula’anah (masalah li’an). Yakni tiada hubungan apa-apa dalam perwarisan harta. Manakala bagi pihak sebelah ibu – hubungan anak luar nikah dengan ibunya adalah boleh waris mewarisi.

Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 32 bermaksud:
“Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seseorang seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia kesemuanya.”
Manakala ayat ini pula mensyariatkan agar manusia mengambil ataupun memelihara anak yang berstatus buangan. Barangsiapa yang menjumpai anak luar nikah yang terbuang tanpa penjagaan, maka hendaklah dia mengambil anak itu lalu menjaga dan mendidiknya sebaik mungkin. Seandainya tiada siapa mengendahkan, sedangkan sudah tahu, maka keseluruhan penduduk kawasan itu dikira berdosa. (Hukumnya fardhu kifayah bagi yang menjumpai).

Diriwayatkan dari Jarir bin Abdullah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang tidak mengasihi manusia, dia tidak akan dikasihi oleh Allah.” (Riwayat Tirmizi)
Nafkah bagi anak itu terpundak dibahu pemerintah yakni Baitul Mal. Jika si anak tersebut mempunyai harta, maka hal pengurusannya tetap saja menjadi milik pemerintah dan penjaga diberi keizinan Baitul Mal untuk mengagihkannya dengan adil.

Cukup lengkap, cukup indah aturannya.

Pokok pangkalnya, sebagai mengakhiri lampiran jawapan ini. Mari setkan minda-minda kita bahawa ANAK HARAM adalah TIDAK HARAM.

Rujukan:
Fiqh Manhaji, Bab Anak Buangan.
Fiqh Mazahibul Khamsah, Bab Faraid.
Adab-adab Islam Dalam Kehidupan Seharian Jilid 2, Mohamad Zulkifli Abd Ghani.
Rahsia kesukksesan Wanita Dalam Berumahtangga, H. Teuku Muhammad Iskandar LC.



Sunday, March 21, 2010

Sekitar Majlis Muhasabah Kepimpinan UMI 09/10

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, March 21, 2010 0 comments
Pada malam jumaat yang lepas 18 Mac 2010, alhamdulillah setelah hampir setengah tahun memangku taklifan bendahari UMI akhirnya mesyuarat agung tahunan UMI dapat berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menjayakan program tahunan ini. Tanpa antum, UMI tidak akan dapat menjalankan tugasannya dengan baik demi menjaga kebajikan bersama dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang berfaedah untuk warga ' orang-orang kawen Iskandariah'. 

Syukran juga kepada mereka yang sudi mencurahkan segala lontaran ideal, cadangan, pertanyaan dan muhasabah untuk kebaikan bersama. Majlis ini dapat berjalan dengan meriah diselangi juga dengan pandangan yang bernas dan tepat. Betullah kata orang tua. Sepakat membawa berkat dan rahmat.

Us Fairuz yang sentiasa tersenyum tu pndai wat ulead dan adobe.kena cover macho.hihi.Kami pun selalu tersenyum je.....Mgkin yang pling hensem tue yang pling tinggi kat belakang.bolh caya? Bangga jgk dpt bergmbar dengan penjaring terbanyak UMI, Us Hafiz Ronaldo.

Sebab aper tue dok tergelak2?  Pandai jugak Us Rezman buat lawak. Ohh, rupanyer pasal PBS ( aku pon xtau bnda singkatan gapo nie). Us Aziz pon pandai wat lawak yer... 2 orang tok guru pon tgh tersnyum. Us Akli dan Us Zamzaini.

 l
fuyyo...nasi aper nie? tak penah nampk pon? tulah...namanyer nasi kabshah tok guru..hihi..Terima kasih jugk kepada Chef Kehormat N The Geng dan juga  Us Nik Rosdi ( Wakil BP PMRAM)kerana datang dari jauh. Jom cari ayam yg menyorok dlm nasi nie..

 
fikri tue tgh wat piki' gapo tue? macm suara balqis je nangis tue... Pastu nak bgtau..tarikh kat gmbr tue, silap.hihi.


Akhir kalam dari saya, UMI sentiasa memerlukan bantuan, sokongan dan  pandangan daripada ahli-ahli untuk terus bergerak membantu dan menjaga kemaslahatan baik untuk mutazawwijin dan akhwat Alex. Kita adalah keluarga saling bantu membantu antara satu sama lain.Berkhidmat kerana Allah.

Saturday, March 20, 2010

Kedudukan Ayahanda Dan Bonda Nabi Muhammad SAW

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Saturday, March 20, 2010 1 comments

 Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

ALHAMDULILLAH, sekali lagi kita diberi peluang melalui hari-hari bulan Rabiulawal yang sarat dengan kenangan dan ingatan terhadap Nabi dan kekasih kita Saiduna Muhammad SAW.

Memperingati dan meraikan kelahiran baginda SAW adalah suatu tanda dan bukti kecintaan kita terhadap baginda yang menjadi salah satu pokok ajaran dalam agama kita. Malangnya, tetap ada di sana, suara-suara yang mempertikaikan keperluan dan keutamaan menyambut Mawlid Nabi SAW.

Insya-Allah, di kesempatan yang akan datang ruangan ini akan membincangkan secara khusus berkenaan isu ini yang sepatutnya sudah tidak perlu ditimbulkan lagi.

Ruangan ini terpanggil untuk menjelaskan suatu persoalan yang jika tidak ditangani dengan baik boleh menyebabkan kita terlibat dengan perbuatan yang menyakiti Nabi SAW lantas bercanggah dengan dakwaan cinta-kasih kita terhadap baginda SAW.

Persoalan yang dimaksudkan adalah dakwaan bahawa ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah di kalangan mereka yang musyrik serta ditempatkan ke neraka.

Kami terpanggil untuk menyentuh soal ini apabila mendapati dakwaan sebegini boleh menimbulkan kekeliruan.

Masyarakat Arab jahiliah

Zaman Jahiliah yang meliputi era kegelapan masyarakat Tanah Arab adalah suatu zaman yang dipenuhi dengan unsur syirik dan kepercayaan animisme yang tebal.

Manusia pada zaman tersebut melakukan amal ibadat berdasarkan kepercayaan nenek moyang mereka yang telah menyeleweng sekian lama.

Diriwayatkan bahawa pegangan asal masyarakat Arab pada peringkat awalnya ialah ajaran Nabi Ibrahim a.s. Lama-kelamaan ajaran ini ditinggalkan dan dipercayai bahawa bermulanya era penyembahan berhala ketika di bawa masuk ke Tanah Arab oleh Amru ibnu Luhay yang terkesan dengan cara penyembahan berhala masyarakat asing.


Berkata al-Hafiz Ibnu Kathir di dalam al Bidayah wa al Nihayah: "Adapun hal keadaan masyarakat Arab itu, mereka tetap sentiasa berada di atas agama Nabi Ibrahim AS sehinggalah 'Amru ibnu 'Amir al Khuza'i memerintah Mekah selepas merampas kuasa menjaga kaabah daripada datuk Nabi SAW. Maka 'Amru ibnu 'Amir telah mengasaskan penyembahan berhala dan amalan-amalan kaum jahiliah yang sesat."


Kesesatan ini tersebar meluas sehinggalah ia dihapuskan oleh Allah melalui perutusan Rasulullah SAW.


Ahli fatrah

Setelah sekian lama amalan penyembahan berhala berterusan dan jarak perutusan seorang nabi dengan nabi yang lain terlalu jauh, maka masyarakat penyembah berhala ini mendapat keuzuran daripada sebarang petaklifan.

Mereka inilah yang digelar sebagai ahli fatrah iaitu manusia yang hidup di suatu zaman yang tiada di sana perutusan sebarang rasul.

Golongan ini walaupun melakukan penyembahan berhala, akan tetap terselamat daripada seksaan neraka menurut jumhur Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan firman Allah SWT: Dan Tidaklah kami mengazab sesuatu kaum melainkan setelah kami utuskan buat mereka seorang Rasul yang menyampaikan seruan Islam. (al Isra': 15)


Agama dan kepercayaan

Dalam keadaan masyarakat yang begitu tebal kepercayaan mereka terhadap amalan penyembahan berhala, terdapat juga agama dan kepercayaan lain yang diamalkan di zaman jahiliah di antaranya; agama kaum Yahudi dan Nasrani yang telah terseleweng daripada acuan asalnya.

Demikian juga tidak sunyi pada zaman tersebut daripada sekelompok manusia yang masih berpegang teguh dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s yang masyhur dikenali sebagai agama hanif.

Ajaran ini tidaklah tersebar luar sehingga menjadi amalan yang tersebar di seluruh Tanah Arab, akan tetapi ia tetap dipegang dan diamalkan oleh kebanyakan anak cucu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sentiasalah ada dari kalangan zuriat Nabi Ibrahim AS, satu golongan manusia yang tetap di atas fitrah (beriman) menyembah Allah.

Ada banyak fakta sejarah yang diriwayatkan yang mendokong beberapa hadis nabi SAW bahawa ramai di kalangan datuk moyang baginda SAW yang berpegang dengan agama hanif tanpa mencampuradukkan ia dengan amalan penyembahan berhala.

Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Adalah Adnan, Ma'ad, Rabi'ah, Mudhar, Khuzaimah dan Asad berada di atas agama Ibrahim AS, janganlah sesekali kamu menyebut perihal mereka melainkan dengan ucapan yang baik.
Daripada perbahasan di atas secara ringkasnya kita mendapati bahawa kebanyakan mereka yang meninggal dunia sebelum perutusan Rasulullah SAW adalah terselamat daripada seksaan neraka, sama ada mereka dari kalangan penyembah berhala mahupun yang berpegang dengan ajaran Nabi Ibrahim.

Oleh yang demikian, tidak bolehlah kita melaung-laungkan suara bahawa nenda, ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah dari kalangan penghuni neraka. Kerana ia secara jelas bersalahan dengan i'tikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menyentuh tentang perbahasan akidah ayahanda dan bonda Rasulullah SAW, pendapat yang tepat dan terpilih adalah mereka ini dari kalangan yang mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim a.sdaripada anak cucu Adnan. Ini juga kerana tidak terdapat nas yang thabit yang menunjukkan bahawa mereka adalah penyembah berhala.

Bahkan fakta-fakta sejarah yang dikutip daripada kitab-kitab sirah banyak merakamkan bukti yang jelas bahawa mereka adalah golongan yang beriman.

Dalam dalil yang umum pula, keimanan mereka dinyatakan melalui firman Allah SWT: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua (Nabi Ibrahim dan Ismail), orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami, umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu. (al-Baqarah: 128)

Dikeluarkan oleh Ibnu Jarir al-Tobari di dalam tafsirnya, daripada Mujahid mengenai pentafsiran ayat 35 surah Ibrahim yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini (Mekah) negeri yang aman dan jauhkanlah aku dan anak-anak cucuku daripada menyembah berhala.

Ibnu Jarir berkata: "Allah telah memperkenankan doa Nabi Ibrahim untuk anak-cucunya, maka tiada seorang pun dari kalangan zuriatnya yang menyembah berhala".


Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim di dalam tafsirnya, Sufyan ibn 'Uyainah r.a ditanya: Adakah terdapat salah seorang daripada zuriat Nabi Ismail a.s yang menyembah berhala?

Beliau menjawab: Tidakkah kamu mendengar firman Allah SWT (bermaksud): Dan jauhkanlah aku (Nabi Ibrahim) dan anak-anak cucuku daripada menyembah berhala. (Ibrahim: 35)

Allah SWT berfirman (maksudnya): Yang melihat pergerakan dirimu di antara orang-orang yang sujud. (al Syu'ara': 219)

Mengenai penafsiran ayat ini, Ibnu Abbas RA berkata: "Dan dari seorang Nabi kepada seorang Nabi yang lain, kemudian kepada seorang Nabi sehinggalah dilahirkan Baginda SAW sebagai seorang nabi".

Ibnu Abbas r.a mentasirkan firman Allah SWT ini sebagai perpindahan benih daripada sulbi seorang nabi ke sulbi nabi seterusnya yang tergolong dari kalangan para sajidiin (mereka yang sujud dan beriman kepada Allah).

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah aku dilahirkan daripada perzinaan kaum Jahiliah walau sedikitpun dan tidaklah aku dilahirkan melainkan daripada hasil pernikahan seumpama Islam".

Diriwayatkan dalam Dalail al Nubuwwah daripada Ummu Sama'ah binti Abi Ruhm, daripada ibunya berkata: Aku telah menyaksikan Aminah bonda Rasulullah SAW ketika gering dan Muhammad ketika itu berusia lima tahun duduk di sisi kepalanya. Maka Aminah memandang wajahnya seraya berkata: "Semoga Allah memberkatimu dari kecil, wahai anak daripada ayahandanya (Abdullah) yang ditakdirkan mati, tetapi telah terselamat dengan pertolongan Allah Raja Yang Memberikan Nikmat, dia telah ditebus pada keesokan paginya ketika hendak disembelih, dengan seratus ekor unta yang mahal. Sekiranya benar apa yang telah aku saksikan ketika tidur, engkau akan diutuskan kepada sekalian makhluk; dari sisi Tuhan Yang Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan; Engkau akan diutuskan di Tanah Halal dan Haram; diutuskan juga dengan kebenaran dan Islam, agama datukmu Ibrahim yang mulia, maka Allah telah menghalangmu daripada mendekati berhala supaya kamu tidak menyembahnya bersama kaum jahiliah".

Mengambil kira pelbagai hujah berkenaan isu ini, jelaslah bahawa ruang untuk mengelakkan tanggapan buruk terhadap nasib kesudahan ayahanda dan bonda Nabi SAW adalah terbuka luas bagi kita.

Marilah kita mengambil sikap yang lebih selamat yang sebenarnya menjadi sikap ulama-ulama terbilang dulu dan kini termasuklah, Al-Imam al-Hafiz Jalaluddin al Suyuti r.a yang dilaporkan berkata: "Aku berfatwa sesungguhnya yang layak (dii'tikadkan), bahawa bonda Rasulullah SAW beriman dan mentauhidkan Allah serta kesudahannya adalah sepertimana mereka yang menganut agama hanif pada zaman jahiliah iaitu agama Nabi Ibrahim al-Khalil yang tidak melakukan amalan menyembah berhala".

Kita juga mendapati Mufti Mesir, Sheikh Dr. Ali Juma'ah dalam koleksi fatwanya (Al-Bayan Lima Yushghilu al-Azhan, ms.170) mengajak kita untuk memahami nas-nas yang bercanggah dengan kesimpulan ini dengan takwilan yang lebih selari dengan nas-nas yang lebih kukuh dan lebih sesuai dengan ketinggian darjat Nabi SAW.

Semoga kita sentiasa digolongkan di kalangan mereka yang memelihara kemuliaan dan menunaikan hak Baginda SAW dengan sebaik-baiknya.

Sumber : Utusan

Monday, March 15, 2010

Jaulah BKAN Selangor Ke Alexandria

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, March 15, 2010 0 comments

Hari       : Selasa
Tarikh    : 16 Mac 2010
Tempat  : Dewan Zajlatul Abidah, Markaz DPMI
Masa     : 3.00 Petang

Diharapkan dapat hadir beramai-ramai bagi menjayakan program ini.

Saturday, March 13, 2010

Kehidupan Nabi Yusuf Dalam Penjara

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Saturday, March 13, 2010 0 comments

NABI Yusuf dipenjarakan bukan kerana mencuri atau membunuh tetapi kerana desakan isteri pembesar Mesir iaitu Zulaikha. Zulaikha mahu Nabi Yusuf dipenjarakan kerana ingin menutup malunya akibat cuba menggoda Nabi Yusuf.

Setelah itu, tinggallah Nabi Yusuf dalam penjara. Kehidupan baginda lebih tenang dan damai. Di sini hidup baginda tidak lagi diganggu oleh wanita-wanita yang selalu menggoda dan mendorongnya untuk melakukan kejahatan.

Tempoh hukuman penjara yang dikenakan ke atas Nabi Yusuf tidak ada seorang pun yang tahu. Semua itu ditentukan oleh pihak berkuasa negeri semata-mata.

Bagi Nabi Yusuf, hidup dalam penjara yang gelap dan sempit lebih baik kerana jiwanya tidak tertekan dan terhindar daripada segala godaan serta tipu daya yang akan menjerumuskannya ke lembah kemaksiatan.
Semasa dalam penjara, Nabi Yusuf dapat menyampaikan dakwah, memberi bimbingan dan nasihat kepada penghuni-penghuni yang lain agar mereka insaf serta tidak melakukan dosa lagi.

Harapan baginda hanya satu, agar orang yang telah melakukan dosa itu akan kembali ke pangkal jalan dan bertaubat dengan sesungguh hati. Bagi mereka yang dimasukkan ke penjara kerana kesilapan pemerintah, Nabi Yusuf telah menyarankan mereka supaya bersabar dan bertakwa kepada Allah supaya kesengsaraan mereka dapat diakhiri dengan cepat.

Pada hari yang sama Nabi Yusuf dimasukkan ke dalam penjara, terdapat dua pegawai istana yang masuk bersama-sama dengannya. Mereka telah berkenalan dengan Nabi Yusuf. Akhirnya mereka telah menjadi sahabat baik dan akrab dalam penjara.

Kedua-dua mereka terlalu sayang dan kasih kepada Nabi Yusuf. Lagipun baginda merupakan seorang yang sangat baik hati.

Pada suatu hari, dua orang sahabat ini telah berkata kepada baginda, "Wahai Yusuf, sesungguhnya kami amat kasih dan sayang kepada engkau".

Nabi Yusuf pun menjawab, "Moga Allah memberi berkat kepada kamu berdua. Lagipun dahulu orang yang menyayangiku akan selalu mendatangkan kecelakaan kepadaku.

"Dahulu saudara perempuanku amat sayang kepadaku, kemudian ia membawa padah terhadapku, kemudian ayahku pula menyayangiku dan ia mengundang sifat cemburu saudara-saudaraku yang lain," jelas Nabi Yusuf.
Kata baginda lagi: "Mereka telah mencampakkan aku ke dalam telaga. Kemudian aku dicintai pula oleh isteri pemerintah maka beginilah jadinya nasibku. Sesungguhnya aku amat bimbang sekiranya ada orang yang menyayangi dan menyintai diriku".

Walaupun Nabi Yusuf berkata begitu, tetapi dua orang sahabat ini masih menyayangi Nabi Yusuf dan berkata, "Meskipun demikian katamu, demi Allah, tidaklah kami sanggup membebaskan diri daripada menyayangi engkau".

Selepas itu mereka pun meneruskan persahabatan seperti biasa selama mana mereka masih tinggal dalam penjara itu.

Thursday, March 11, 2010

SPM: 2 pelajar Maahad Muhammadi dapat 15A

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Thursday, March 11, 2010 0 comments
KOTA BAHRU, 11 Mac: Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+.

Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A.

Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammad Perempuan pula mendapat 10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A).

Pencapaian bagi kedua-dua sekolah tersebut ialah 100 peratus.

Keputusan SPM bagi sekolah bagi Maahad Muhammadi Perempuan diumumkan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ahmad Robert Abdul Rahim pagi tadi.

Pengumuman di Maahad Muhammadi Lelaki dilakukan pengetuanya, Azhar Salleh petang ini.
Seramai 385 calon menduduki peperiksan SPM di Maahad Muhammadi Perempuan.

Daripada jumlah tersebut seorang mendapat 15A, 14A (1), 13A (1), 12A (9), 11A (9), 10A (13) dan 9A (22).

Di Maahad Muhammadi Lelaki, seramai 359 pelajar menduduki SPM tahun lepas, di mana keputusan keseluruhan tahun ini meningkat.
Keputusan tersebut iaitu seorang pelajar mendapat 15A, masing-masing seorang mendapat 14A dan 13A, 12A (5), 11A (10), 10A (14) dan 9A (20).

Sementara itu, Habibah Hanan (gambar) yang juga pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan mendedahkan rahsia kejayaannya dengan mengikuti kaedah yang digunakan pelajar yang telah berjaya sebelum ini.

“Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.

“Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau mengakui, pelajar cemerlang SPM 2008 peringkat negara, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sebagai idolanya untuk mencapai kecemerlangan.

Pelajar berasal dari Jalan Bayam, Kota Bharu merupakan anak bongsu daripada 10 beradik. Ayah dan ibunya merupakan pesara guru.

Ditanya ke mana akan melanjutkan pengajian selepas ini, beliau memberitahu akan berbincang keluarga dan guru terlebih dahulu.

“Namun saya minati Fizik, tetapi saya tidak mendapat A+. Selain itu saya juga meminati bidang kehakiman. Bagaimanapun keluarga meminta saya menyambung pengajian dalam bidang perubatan,” katanya.
Tahun lepas Nik Nur Madihah juga dari Maahad Muhammadi Perempuan muncul pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan apabila mendapat 20A.

Sumber : Harakahdaily

Wednesday, March 10, 2010

Perginya Syeikhul Akbar, Dr Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah..

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, March 10, 2010 2 comments

Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.

Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera.

Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam," katanya.

Audit Syariah Dalam Kewangan Islam

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, March 10, 2010 0 comments

SISTEM Kewangan Islam bukan lagi sebagai alternatif kepada sistem konvensional sebaliknya sekarang ini sistem yang bertunjangkan al-Quran dan sunnah ini telah diterima menjadi satu kemestian dan kewajipan.

Perkembangan yang sihat ini akhirnya mendorong kepada institusi-institusi kewangan Islam khususnya bank Islam dan takaful berlumba-lumba untuk mengeluarkan produk dan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan pengguna.

Namun, dalam keghairahan mengetengahkan produk dan servis terbaik kepada masyarakat, kadang-kadang institusi kewangan Islam terlepas pandang banyak perkara yang akhirnya menjejaskan sifat patuh syariah yang sepatutnya menjadi elemen utama yang perlu dipelihara. Di sinilah bermulanya kepentingan audit syariah.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Abdul Aziz dalam ucapannya di Persidangan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam Yang Kedua bertajuk 'Peningkatan dan Keberkesanan Tadbir Urus Korporat dalam Industri Perkhidmatan Kewangan Islam' berkata: "Ciri utama sistem kewangan Islam terletak pada nilai etika yang tinggi yang menyokong tadbir urus dan operasi perniagaan kewangan Islam.

"Dengan perkembangan industri tersebut yang sangat pesat dan dengan persekitaran yang menjadi semakin kompleks dan lebih mencabar, merealisasikan sistem kewangan yang mantap dan berdaya tahan memerlukan wujudnya satu struktur tadbir urus yang kukuh bagi institusi kewangan Islam.

"Pada asasnya, cabaran yang dihadapi adalah untuk mengembangkan strategi yang akan menggalakkan pelaksanaan amalan tadbir urus korporat yang mantap dan efektif yang juga menyokong inovasi dan operasi perniagaan.

"Perkara penting dalam visi bersama ini adalah untuk mewujudkan rangka kerja tadbir urus yang komprehensif bagi institusi kewangan dan untuk merangka strategi pelaksanaan Islam yang sesuai yang mampu memenuhi keperluan industri yang dinamik di samping meningkatkan keyakinan dan kestabilan dalam sistem kewangan Islam".

Majlis Pengawasan Syariah (MPS) adalah entiti yang sangat penting dalam proses membuat keputusan pengeluaran produk di institusi kewangan Islam. MPS diberi mandat dan kuasa untuk meluluskan sesuatu produk itu sebelum dipasarkan.

Biasanya, MPS akan membuat analisis terhadap kontrak yang digunapakai, rukun-rukun dan syarat-syarat yang diperlukan untuk menyempurnakan kontrak berkenaan.

MPS juga akan melihat sejauh mana produk berkenaan menepati maqasid syariah (objektif Syariah) dan boleh mendatangkan maslahah dan menolak kemudaratan.

Namun begitu, persoalannya adalah bagaimana MPS dapat memastikan syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan dapat dipatuhi sepenuhnya oleh pengurusan syarikat dan warga kerjanya? Penyelesaian yang paling tepat adalah dengan mengaplikasikan audit syariah.

Audit didefinisikan sebagai pemeriksaan dan pengesahan kira-kira manakala syariah adalah hukum Islam (rujuk Kamus Dewan). Pengauditan pula adalah proses di mana individu yang kompeten, bebas mengumpul dan menilai segala bukti mengenai maklumat yang berhubung rapat dengan entiti ekonomi yang spesifik.

Ia bertujuan mengenal pasti dan seterusnya melaporkan tahap pertalian antara maklumat yang dikenal pasti dan kriteria yang ditetapkan.

Syarikah al-Rajhi al-Masrafiyyah lil Istismar mendefinisikan audit syariah sebagai "Pihak yang memastikan sejauh mana sesebuah institusi kewangan Islam mematuhi syariah Islam berdasarkan keputusan yang dibuat oleh MPS institusi terbabit.

"Justeru, audit syariah adalah satu proses untuk menganalisis, menyemak dan memeriksa operasi dan urus tadbir sesebuah institusi kewangan Islam itu bertepatan dengan prinsip dan garis panduan syariah".

Sebagaimana yang digambarkan sebelum ini, institusi kewangan Islam perlu berusaha memastikan segala urus tadbir dan operasi syarikat bertepatan dengan syariah. Keputusan MPS sangat diperlukan di samping bimbingan dan garis panduan untuk mengeluarkan sesuatu produk.

Justeru, fungsi audit syariah yang pertama adalah untuk memastikan semua garis panduan dan keputusan yang dikeluarkan oleh MPS dan dipersetujui bersama tersebut dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Secara umumnya, audit syariah ini diperlukan untuk memastikan semua aktiviti yang berlaku di sesebuah institusi kewangan Islam itu sah dan menepati kehendak syariah. Di samping itu, ia untuk memastikan sesebuah institusi kewangan Islam itu memenuhi objektif dan tanggungjawabnya sebagai sebuah entiti perniagaan Islam.

Tanpa audit syariah yang mantap sesebuah institusi kewangan Islam itu terdedah kepada berlakunya ketidakpatuhan syariah. Hal ini perlu dipandang serius kerana impak tidak mematuhi syariah sangat besar. Di antaranya, melanggar perintah Allah yang memerintah supaya sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan mestilah mengikut syariah.

Ketidakpatuhan kepada syariah boleh menyebabkan hilangnya berkat daripada Allah SWT. Malah ia akan merosakkan reputasi baik sesebuah institusi kewangan Islam. Dan akhirnya, apabila menjalankan aktiviti atau transaksi yang tidak mematuhi syariah boleh membawa kepada penjanaan pendapatan yang tidak halal.

Audit syariah juga berperanan mengenal pasti kesilapan dan kesalahan yang berlaku dalam urus tadbir syarikat. Justeru, ia tidak boleh hanya dalam ruang lingkup berkaitan produk sahaja, tetapi secara menyeluruh meliputi proses pengeluaran, pemasaran, pentadbiran dan sebagainya.

Sebagai contoh, di syarikat takaful, audit syariah perlu terlibat mengaudit proses pengunderaitan, pembangunan produk, kelulusan produk, pemasaran, tuntutan dan sebagainya.

Ia untuk memastikan semua perjalanan syarikat takaful tidak mempunyai sebarang unsur yang bercanggah dengan syariah di samping tidak menjejaskan kepentingan semua pihak termasuk para pemegang saham.

Disiplin ilmu

Oleh sebab itu, seorang juruaudit syariah bukan sahaja perlu memahami perjalanan dan operasi syarikat yang diaudit secara keseluruhannya, bahkan dia juga perlu menguasai beberapa disiplin ilmu berkaitan syariah seperti fiqh dan usul fiqh.

Ini sangat penting kerana terdapat proses ataupun prosedur yang bertepatan dengan garis panduan yang dikeluarkan syarikat, namun bercanggah dengan prinsip dan nilai-nilai syariah.

Ini kerana, di samping mengenalpasti sebarang kesilapan dan kesalahan, juruaudit syariah juga perlu berfungsi dalam menyediakan cadangan penambahbaikan kepada syarikat berkenaan. Ini juga menuntut juruaudit tersebut mengetahui aplikasi sistem dan operasi syarikat-syarikat lain dalam pasaran untuk dibuat perbandingan dan penilaian.

Bertitik tolak dari sini, maka juruaudit syariah akan membuat persediaan terlebih dahulu sebelum melakukan proses audit.

Di samping itu, juruaudit syariah perlu bebas dan telus dalam melakukan proses audit. Proses pengauditan perlu dielakkan dari unsur-unsur yang boleh menyebabkan dapatan-dapatan yang dihasilkan tidak telus dan berat sebelah.

Ini bagi memastikan laporan audit yang dikeluarkan pada akhir proses nanti mempunyai kualiti dan dapat digunakan oleh pihak syarikat untuk membuat pemulihan dan penambahbaikan

Pihak syarikat juga perlu memberikan kerjasama sepenuhnya kepada juruaudit dalam melaksanakan proses pengauditan dengan memberikan ruang masa yang mencukupi, tempat yang kondusif untuk menyimpan bahan, sampel dan data yang ditemui.

Justeru, sebelum proses pengauditan bermula, adalah menjadi kemestian kepada pihak pengurusan syarikat untuk mengetahui kehendak dan keperluan juruaudit sepanjang proses pengauditan.

Mereka juga perlu membuat persefahaman tentang masa, tempoh dan metodologi yang dilaksanakan. Ini untuk mengelakkan sebarang masalah dari berlaku sewaktu pengauditan berlangsung.

Bagi memastikan audit syariah berlaku dengan lancar dan fokus, maka juruaudit syariah perlu memahami terlebih dahulu keputusan-keputusan MPS yang telah dibuat. Juruaudit boleh meminta bantuan sekretariat atau jabatan syariah menyediakan kompilasi keputusan MPS dan bahan-bahan lain yang boleh menjadi sumber rujukan untuk juruaudit seperti manual syariah, syariah checklist, laporan audit syariah pada tahun lepas dan sebagainya.

Audit syariah tidak boleh bersifat terlalu spesifik atau sempit kepada pengeluaran produk semata-mata. Ia perlu selari dengan konsep Islam yang menyeluruh dan merangkumi segenap aspek dan operasi syarikat.

Ini termasuklah hal ehwal pengurusan dan penerapan nilai-nilai Islam dalam semua aspek. Ia bagi memastikan institusi berkenaan bukan sahaja Islam dari sudut produk, tetapi juga merangkumi juga aspek-aspek yang lain.
Rujukan utama untuk merealisasikannya adalah al-Quran, sunnah, ijmak dan qias.

Audit syariah hendaklah diwujudkan sebagai satu aspek dan ciri yang perlu dalam struktur tadbir urus institusi kewangan Islam. Ini penting kerana ia bukan sahaja dapat menanam keyakinan orang ramai terhadap kesucian operasi institusi kewangan Islam malah yang lebih penting daripada itu mendapat keberkatan Allah SWT.

Institusi kewangan Islam perlu memastikan audit syariah dilaksanakan di syarikat masing-masing supaya semua urus tadbir dan operasi syarikat menepati prinsip-prinsip syariah. Sekali gus dapat memberikan gambaran yang jelas bahawa sistem muamalat Islam adalah yang terbaik sesuai dengan maksud hadis riwayat al-Baihaqi: "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam".

Sumber : Utusan 

Tuesday, March 9, 2010

Biografi Imam al-Bukhari

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Tuesday, March 09, 2010 0 comments

Biografi Imam al-Bukhari adalah buku sulung keluaran Institut Kajian Hadis Selangor (Inhad). Ia dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah al-Haj ibni alMarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena sambutan Maal Hijrah tahun 1432H bersamaan 18 Disember 2009.

Sultan Selangor telah mengilhamkan penghasilan buku ini atas titah baginda kepada KUIS setelah baginda pulang daripada lawatan mencemar duli ke Uzbekistan dua tahun lalu. Sementelahan baginda gagal menemukan satu buku biografi lengkap mengenai Imam al-Bukhari dalam Bahasa Melayu.

Buku biografi ini adalah persembahan sintesis kajian keperpustakaan terhadap himpunan data yang terdapat mengenai Imam al-Bukhari. Ia bersumberkan gabungan legasi ilmiah Islam berbahasa Arab klasik imam-imam muktabar dan penulis-penulis semasa.

Penterjemahan maklumat digarap dengan pendekatan prosa moden yang memudahkan para pembaca mengerti perjalanan hidup ilmiah tokoh hadis yang hidup pada abad ke-3 hijrah ini.

Imam al-Bukhari, Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari (194H-256H) adalah seorang tokoh hadis yang paling unggul dalam sejarah perkembangan ilmu Hadis sehinggalah ke hari ini, ketokohan beliau masih tiada tolok bandingnya.

Anak kelahiran Wilayah Bukhara ini terkenal dengan karya agungnya Sahih al-Bukhari yang dinobatkan sebagai kitab kedua paling sahih selepas al-Quran.

Sehingga ke hari ini karya beliau masih berbisa dan relevan di kalangan cendekiawan Islam dan masih berdaya menjadi inspirasi penghasilan lebih banyak karya-karya ilmiah yang bermutu tinggi.

Justeru, Biografi Imam al-Bukhari diterbitkan dalam bahasa Melayu agar dapat mendedahkan keperibadian tokoh ini dengan lebih terperinci kepada lebih ramai pembaca di kalangan masyarakat Malaysia.

Dengan berbuat demikian diharapkan ia dapat menjadi idola inspirasi mereka dalam usaha menyuburkan jiwa penyelidikan sejati di era ledakan maklumat ini untuk membawa negara ke satu tahap yang lebih maju dengan menginovasikan teladan kaji selidik dan kaedah pemprosesan maklumat yang diaplikasikan oleh Imam al-Bukhari.

Jika beliau boleh mengkaji seterperinci itu lebih 10 kurun lalu dengan segala kepayahan dan segalanya secara manual, maka, adalah sesuatu yang mengaibkan bagi kita untuk berpeluk tubuh sedangkan kita hidup dalam progres kemajuan teknologi maklumat yang paling pantas.

Seharusnya, kita mampu berdaya saing dalam penghasilan ilmu pengetahuan dan teknologi global. Perkara yang paling memalukan ialah jika kita masih di takuk lama sebagai penerima maklumat pasif tanpa dikaji secara terperinci seperti yang mampu dilakukan oleh Imam al-Bukhari walaupun beliau hidup pada zaman yang serba-serbinya sangat terbatas.

Perkongsian maklumat mengenai beliau bermula dengan fakta asal-usul, kelahiran, sifat fizikal, aspek ibadah, keperibadian dan akhlak beliau. Kemudian fokus tertumpu kepada kekuatan mental beliau yang sangat mengagumkan sehingga tersenarai antara orang yang diiktiraf memiliki memori fotografi di dalam Wikipedia di bawah bab Photographic Memory.

Kemungkinan besar besar beliau seorang sinestetik yang biasa terjadi setelah seseorang sembuh daripada buta atau pekak sementara seperti yang dialami oleh beliau ketika masih kecil.

Keistimewaan ini banyak membantu beliau membentuk kaedah tersendiri dalam bidang pengajian dan pengkajian ilmu-ilmu Islam semasa yang wujud ketika itu. Ia lebih berasaskan pembelajaran langsung (face-to-face) terutamanya dalam bidang hadis yang sangat memerlukan kekuatan daya ingatan.

Beliau memanfaatkannya dengan berguru sebanyak mungkin ulama semasa pada zaman itu. Beliau dikatakan mempunyai 1018 orang guru; antara tokoh penting disenaraikan di dalam bab Guru-guru Imam al-Bukhari.

Kelebihan ini juga membuatkan beliau muncul sebagai seorang prodigi yang cukup luar biasa sehingga diberi kepercayaan untuk mengajar seawal usianya 17 tahun lagi oleh gurunya. Faktor-faktor ini juga telah menarik berpuluh-puluh ribu orang berguru dengannya. Sambil belajar dan mengajar, beliau gigih berkarya dalam pelbagai bidang agama terutamanya fikah, ilmu kalam dan hadis.

Karya teragung beliau sudah tentulah Sahih al-Bukhari. Keperibadian, kepakaran dan karya-karya beliau mendapat penerimaan baik dan pujian melambung dari kebanyakan ulama.

Harga kelebihan-kelebihan yang dianugerahkan kepadanya itu sangat tinggi. Seringkali beliau terpaksa menghadapi konflik-konflik yang sangat mencabar. Selain diuji dari pelbagai sudut ilmu pengetahuannya, beliau juga difitnah dek orang yang dengki kepadanya bahawa beliau adalah pendokong ideologi al-Muktazilah: al-Quran itu Makhluk agar sumbangannya ditolak kerana ia bertentangan dengan pendirian majoriti ulama.

Namun, beliau tetap teguh mempertahankan akidah ahli al-Sunnah wal-Jamaah sepanjang hayatnya walaupun diusir dari kampung halamannya sendiri di atas ketegasannya dalam hal-hal yang berkaitan dengan kebenaran agama.

Pahit maung yang ditelan selama ini akhirnya membawa kepada ajal beliau di Khartank, Samarkand pada 1 Syawal 256H bersamaan 31 Ogos 870M. Begitu bermakna hidup beliau dan amal jariahnya terus berjalan menghasilkan pahala yang berterusan sehingga ke saat ini.

Secara keseluruhannya, buku ini merupakan satu penulisan akademik berbahasa Melayu yang berformat laporan kajian dengan fakta-fakta terperinci tetapi padat; tidak meleret-leret sehingga membosankan dan terdapat banyak foto-foto menarik yang menghiburkan sepanjang pembacaan anda.

Sumber Utusan 

Nabi Ibrahim meninggalkan Babylon

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Tuesday, March 09, 2010 0 comments

RAJA Namrud berasa amat khuatir dan risau dengan kedudukan dan kekuasaannya. Dia risau peranannya sebagai penguasa negeri Babylon akan terancam. Walau bagaimanapun, Raja Namrud tidak menunjukkan kebencian kepada Nabi Ibrahim.

Dia sedar Nabi Ibrahim merupakan seorang yang cerdik dan pintar ketika berhujah dengannya. Kini dia berasakan bukan senang untuk mengalahkan Nabi Ibrahim. Dia perlu bijak mengatur strategi supaya tindakannya tidak diketahui oleh Nabi Ibrahim.

Raja Namrud masih membiarkan Nabi Ibrahim tinggal dalam negerinya dengan bebas. Tidak ada sedikit pun ditunjukkan tanda-tanda untuk mengusir Nabi Ibrahim. Kini Nabi Ibrahim masih mampu menyampaikan dakwahnya sesuka hati tanpa diganggu oleh sesiapa.

Namun begitu, dalam diam-diam Raja Namrud mengatur pelbagai rancangan untuk memusnahkan dakwah yang disebarkan oleh Nabi Ibrahim. Dia mula mengintip setiap pergerakan Nabi Ibrahim.

Dia tidak mahu semua rakyatnya terpengaruh dengan ajaran baru yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan meninggalkan ketaatan terhadapnya. Dia takut akan ditumpaskan.

Raja Namrud mula berasakan dia perlu mengambil langkah yang bijak jika ingin mengusir Nabi Ibrahim. Setiap langkah perlulah dijalankan dengan teliti agar tidak memberi kesan yang buruk terhadap kekuasaannya selama ini. Jika tersalah langkah pastinya akan membawa kesan yang buruk terhadap dirinya sendiri.

Oleh sebab itu, Raja Namrud tidak mahu menggunakan kekerasan ketika berhadapan dengan Nabi Ibrahim. Dia mahu menyingkirkan Nabi Ibrahim dengan cara yang bijaksana dan teliti.

Tindakan Raja Namrud sedikit sebanyak telah dapat dihidu oleh Nabi Ibrahim. Baginda mula berasa curiga dengan layanan dan kebebasan yang diberikan oleh Raja Namrud kepadanya selama ini. Segala gerakgerinya kini sentiasa mendapat perhatian pihak berkuasa.

Nabi Ibrahim juga sedar Raja Namrud sedang menunggu peluang yang baik untuk menyingkirkannya dari negeri itu. Raja Namrud bukan sahaja akan menyingkirkan Nabi Ibrahim, malah akan membunuhnya dengan kejam kerana menyampaikan dakwah yang bertentangan dengan anutan rakyatnya.

Setelah beberapa ketika berada di Babylon, Nabi Ibrahim berasa perbuatannya tidak membawa apa-apa manfaat kepada agama dan dirinya sendiri. Walaupun Babylon mempunyai penduduk yang ramai, namun mereka masih kuat berpegang teguh kepada agama anutan nenek moyang.

Nabi Ibrahim berasa dakwah yang disampaikan olehnya selama ini sia-sia sahaja. Kebanyakan hati penduduk Babylon telah tertutup rapat untuk menerima sesuatu yang baru.

Demi mengembangkan dakwah dan ajaran yang dibawanya itu, Nabi Ibrahim pun mengambil keputusan untuk keluar dari negeri berkenaan. Baginda benar-benar berharap agar bertemu dengan penduduk yang sanggup menerima ajaran yang dibawanya.

Baginda juga sentiasa berdoa kepada Allah agar ajaran yang dibawanya itu akan mendapat perhatian dan diterima oleh penduduk setempat.

Monday, March 8, 2010

Prestasi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selama 2 Tahun

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, March 08, 2010 0 comments


Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir umno-barisan nasional.

Selangor

Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 6.76 billion pada tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20 753 peluang pekerjaan. Dari jumlah pelaburan tersebut, RM 2.752 billion(40.8%) merupakan pelaburan tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di Negara ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan sebanyak 3.87 peratus tahun lepas.

Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010. Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.

Pulau Pinang

Pulau Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri(ketiga tertingi). Dasar CAT (daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan belanjawan(surplus) sebanyak RM 88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM 35 juta(belanjawan 2008)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul. Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai) kepada pelajar terbaik SPM dan STPM serta para huffaz.

Bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM 97 ribu per sekolah, RM 60 ribu kepada setiap sekolah cina dan RM 63 ribu kepada setiap sekolah tamil. Jumlah keseluruhan ialah RM 11.3 billion. Berjaya membasmi kemiskinan tegar dalam masa satu tahun dan menjamin setiap keluarga mendapat RM 500 sebulan.

Kedah

Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta.

Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. Sedangkan di bawah pentadbiran umno-bn, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.

Kelantan

Semenjak 20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan. Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri. Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu.

Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan. Selain itu PMBK menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990.

Kerajaan Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan. Kemahiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh.

Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat.

Sumber : KasiPecah

ILIM Peneraju Latihan Islam

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, March 08, 2010 0 comments

PEMBANGUNAN negara bukan sahaja memerlukan kepakaran daripada aspek teknikal dan ekonomi malah meliputi bidang keagamaan yang menjadi pemangkin kepada pemikiran intelektual, sekali gus menjana kemajuan negara sebagai sebuah negara Islam di rantau ini.

Justeru, penubuhan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) adalah simbol kepada usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap kecekapan para pegawai agama dengan menjadi penyambung kepada peranan sebuah universiti dalam melahirkan sumber manusia berpengetahuan.

Hakikatnya, 13 tahun penubuhan, ILIM telah berjaya memainkan peranan pentingnya dalam meningkatkan kualiti dan integriti para pegawai agama hal ehwal Islam demi mengembangkan syiar Islam ke seluruh pelosok dunia.

Pengarahnya, Paimuzi Yahya berkata, ILIM merupakan sebuah institusi tunggal di Malaysia yang melatih para pegawai hal ehwal Islam dengan tujuan untuk melahirkan profesional dalam pentadbiran, penyelidikan, dakwah, pengurusan zakat dan baitulmal, kehakiman syarie, pentadbiran undang-undang, pembangunan keluarga serta pentadbiran masjid.

"Ini berdasarkan kepada objektif, misi dan visi ILIM yang berusaha untuk muncul sebagai institusi bertaraf dunia di dalam aspek pengurusan dan melatih pegawai hal ehwal Islam dengan menggunakan pendekatan bersepadu berteraskan prinsip-prinsip Islam," ujar beliau yang mula bertugas di ILIM sejak 12 Disember 2007.

Terang beliau lagi, dunia global hari ini bukan sahaja memerlukan para profesional yang terlatih dalam bidang perakaunan, kejuruteraan, seni bina dan perubatan. Yang pastinya, kerjaya bidang keagamaan juga harus bersaing bagi meningkatkan taraf profesional mereka.

Sejarah ILIM bermula pada 1 Januari 1997, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dinaikkan taraf menjadi sebuah jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Fungsi utama ILIM ialah melahirkan para profesional dalam pengurusan hal ehwal Islam melalui latihan, bengkel, seminar, simposium dan sebagainya.

Sebelum kewujudan ILIM fungsi latihan dilaksanakan oleh Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH), Bahagian Ugama Jabatan Perdana Menteri (JPM). INDAH ditubuhkan pada April 1974 iaitu hasil Persidangan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Keenam pada 16 Disember 1971 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-2, Tun Abdul Razak Hussein.

Selaras dengan pembesaran fungsi Bahagian Hal Ehwal Islam (Baheis) kepada Jakim, maka pada 1 Januari 1997, INDAH telah bertukar dan diwujudkan tiga bahagian iaitu Dakwah, Latihan dan ILIM.
ILIM mula beroperasi di Bandar Baru Bangi Selangor mulai Julai 1999 dengan penubuhan dua pusat pengajian iaitu;

  • Pusat Pengajian Hal Ehwal Islam (PPHEI)
  • Pusat Pengajian Undang-Undang dan Mahkamah Syariah (PPUMS)
  • Selaras dengan perkembangan struktur organisasi dan pertambahan perjawatan baru, Bahagian Latihan ILIM mempunyai tujuh pusat satu unit yang bertanggungjawab melaksanakan program latihan iaitu;
  • Pusat Bahasa (PB)
  • Pusat Pengajian Sains Dakwah (PPSD)
  • Pusat Pengurusan dan Undang-undang Islam (PPUI)
  • Pusat al-Quran dan Ilmu Teras (PQIT)
  • Pusat Ekonomi dan Kewangan Islam (PEKI)
  • Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PKKI)
  • Pusat Teknologi Maklumat (PTM)
  • Unit Pembangunan Latihan dan Penerbitan (UPLP)
  •  
  • Manakala Bahagian Khidmat Pengurusan dilengkapi dengan unit berikut bagi memantapkan pentadbiran dan pengurusan ILIM iaitu:

  • Unit Pentadbiran
  • Unit Perpustakaan
  • Unit Sumber Manusia
  • Unit Kewangan
  • Unit Domestik
  • Unit Perhubungan Awam
  •  
  • Dibina di atas tanah seluas 21 hektar di Sungai Merab, Bangi, proses pembangunan di ILIM terbahagi kepada tiga fasa. ILIM fasa pertama membabitkan blok pentadbiran yang menempatkan Unit Pentadbiran dan Kewangan, Pusat Pengajian Hal Ehwal Islam, Pusat Pengajian Undang-undang dan Mahkamah Syariah, Bilik Mesyuarat Syura, Pejabat Pengarah dan Dewan Muktamar.

    Perpustakaan, makmal komputer, mahkamah moot, bilik-bilik kuliah, bengkel dan bilik pensyarah berada di blok akademik. Blok asrama pula mempunyai 73 bilik untuk perempuan yang boleh memuatkan seramai 136 peserta, manakala satu lagi blok untuk asrama lelaki dengan jumlah yang sama.

    Projek ILIM fasa kedua yang siap pada 2007 melibatkan penambahan kemudahan blok akademik, blok asrama, kuarters untuk pegawai dan kakitangan dan kemudahan riadah.

    Menurut Paimuzi lagi, di Blok Akademik menempatkan dua auditorium iaitu Auditorium As-Syafie dan Auditorium Al-Ghazali, 12 bilik kuliah dan 10 bilik pensyarah. Auditorium ini boleh menampung 200 peserta manakala sebuah bilik kuliah boleh memuatkan 40 peserta. Blok asrama pula mempunyai 100 bilik.

    Kemudahan riadah yang disediakan ialah gelanggang sepak takraw, bola jaring, bola tampar dan padang bola sepak.

    Manakala pembangunan fasa ketiga yang sedang dalam pembinaan iaitu sebuah Dewan Persidangan yang berkapasiti 700 orang pada satu-satu masa dengan kos RM4.6 juta. Ia dijangka siap pada 29 September ini.

    Tambah beliau, kini dengan penubuhan ILIM Zon Timur di Bukit Keluang, Besut, Terengganu di atas tapak seluas 26 hektar dan telah mula beroperasi pada awal 2010 ini, dijangka menjadi pencetus kepada pembudayaan ilmu yang lebih mantap di kalangan umat Islam di wilayah berkenaan.

    "Kalau sebelum ini apa sahaja bentuk kursus akan dilakukan di Bangi tetapi semenjak beroperasinya ILIM di wilayah Pantai Timur yang merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan, kursus-kursus utama sahaja akan dilaksanakan di ILIM Bangi manakala kursus-kursus biasa dibuat di sana sendiri.

    "Diharapkan usaha yang dirintis oleh kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat itu akan membolehkan golongan sasaran ILIM di wilayah tersebut untuk menimba lebih banyak ilmu agama," ujar Paimuzi usaha ini selaras dengan permintaan dan keperluan semasa sewaktu diwawancara di pejabatnya pada Khamis lalu.

    Pada tahun ini juga dijangka satu lagi cawangan baru akan ditubuhkan iaitu ILIM Cawangan Utara iaitu di Kuala Kangsar, Perak.

    Akui Paimuzi setelah lebih 10 tahun beroperasi, peranan dan pencapaian ILIM sudah tidak boleh disangkal lagi malah ILIM itu sendiri sudah semakin dikenali bukan sahaja di Malaysia, bahkan dari luar negara.

    Sehingga kini, ILIM telah berjaya melaksanakan sebanyak 186 kursus termasuk 4 seminar dan 5 muhadharah berbanding 138 kursus pada tahun 2008. Ia sekali gus mempengaruhi jumlah peserta kursus yang meningkat kepada 9,402 orang pada tahun 2009, berbanding 7,233 pada tahun sebelumnya.

    "Kita juga banyak menerima kunjungan ziarah daripada pelawat luar dan yang terakhir, kita ada menerima kunjungan delegasi dari Universiti of Melbourne, Australia. Hasilnya, mereka berminat dengan kursus-kursus yang dilaksanakan di ILIM ini.

    "Di samping itu, kita juga pernah melatih para peserta dari luar negara. Contohnya; kita menyediakan latihan kepada imam-imam dari negara Maldives menerusi penganjuran Kursus Profesionalisme Imam pada tahun lepas.

    "Pada tahun ini, satu program latihan yang akan dibuat secara besar-besaran akan diadakan iaitu Kursus Pengurusan Masjid kepada wakil negara serantau seperti; Indonesia, Brunei, Singapura, Kemboja. Kursus ini bermula 20 Mac dan berlangsung selama tiga minggu," kata Paimuzi ILIM turut melakar sejarah menjadi institut latihan Islam yang pertama mendapat pengiktirafan Persekitaran Berkualiti dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

    Kata beliau lagi, kursus-kursus yang sedang berlangsung sekarang ini juga menerima penyertaan peserta tempatan dan negara jiran.

    "Minggu lalu sahaja, ILIM baru menamatkan tiga kursus yang berjalan serentak iaitu; Kursus Tarannum Al-Quran, Kursus Pengurusan Masjid dan Kursus Profesionalisme Imam di mana disertai oleh lima peserta dari Singapura dan dua peserta dari Brunei.

    "Satu lagi program yang terbaru dan akan bermula tahun ini di ILIM iaitu Diploma Pengurusan Islam. Kursus ini khusus kepada Pegawai Hal Ehwal Islam yang baru dilantik. Kursus selama enam bulan ini akan dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada 15 Mac ini," kata Paimuzi yang berbangga dengan kejayaan ILIM melaksanakan program Sijil Tinggi Pengajian Sains Dakwah untuk pendakwah bukan Melayu.

    Ujar Paimuzi, sungguhpun kumpulan sasaran ILIM ialah pegawai dan kakitangan kerajaan terutamanya yang bertugas di agensi agama, menyampaikan namun ini tidak bermakna pintu ILIM tertutup untuk orang awam lain.

    Untuk itu, ILIM turut menyediakan program secara berkala. Contohnya, pada bulan Ramadan akan diadakan Seminar Penghayatan Ramadan yang mana ia melibatkan orang ramai serta sentiasa menerima kunjungan pelawat luar terutama dari pusat pengajian tinggi.

    Sumber : Utusan 

    Wednesday, March 3, 2010

    Malaysia Masih Kekurangan Perancang Kewangan Berdaftar Syariah

    Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, March 03, 2010 0 comments

    KUALA LUMPUR 28 Feb. - Meskipun pertumbuhan pesat dalam industri perbankan dan kewangan Islam, terdapat kekurangan dalam Perancang Kewangan Berdaftar (RFP) Syariah, kata Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC).

    Presidennya, Kee Wah Soong berkata, ketika negara membangunkan industri perbankan dan kewangan Islam, terdapat keperluan untuk melahirkan RFP Syariah yang cekap dan profesional bagi memenuhi amalan terbaik global.

    "Sejajar dengan pembangunan industri, prospek dan permintaan bagi RFP Syariah adalah cerah dan kukuh pada masa depan.

    "Justeru itu, penting untuk membangunkan modal insan bagi industri sejajar dengan agenda nasional," kata Wah Soong selepas majlis sambutan Tahun baru Cina MFPC di sini.

    MFPC merupakan badan kawal atur sendiri bebas yang menggalakkan pembangunan dan peningkatan profesion perancangan kewangan seluruh negara.

    Pada 2009, MFPC memperkenalkan program RFP Syariah bagi anggotanya dan pengamal dalam bidang berkaitan dan melahirkan 59 perancang kewangan yang layak.

    Wah Soong berkata, dengan permintaan dalam industri kewangan Islam meningkat dengan pesat, MFPC menyasar melahirkan kira-kira 1,000 perancang kewangan yang layak tahun ini.
    MFPC juga menubuhkan Tabung Biasiswa RFP Syariah bernilai RM300,000 untuk memberi faedah kepada orang awam.

    "Dengan perancang kewangan profesional, MFPC boleh membantu meningkatkan kumpulan pakar kewangan Islam menerusi latihan dan pendidikan bagi menyediakan pemahaman mengenai pengaruh Syariah dalam perniagaan perkhidmatan kewangan," katanya.

    Sementara itu, beliau berkata, perancang kewangan konvensional juga mendapat banyak permintaan tetapi lebih ramai pakar dalam bidang berkaitan diperlukan bagi memenuhi perubahan dan aliran dalam industri kewangan.

    Wah Soong berkata, MFPC dijangka mendapat pengiktirafan bagi RFP Syariahnya daripada Suruhanjaya Sekuriti pada pertengahan tahun ini.

    Di Malaysia, terdapat dua badan yang memperakui dan mengiktiraf perancang kewangan - MFPC dan Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia.

    Bercakap mengenai pembangunan industri itu di Malaysia beliau berkata, ia mencatatkan prestasi yang baik dengan kesedaran yang semakin tinggi tetapi masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam penerimaan awam tentang kepentingan perancangan kewangan.

    "Bekalan pasaran, kapasiti, kesedaran sudah ada tetapi penerimaan pasaran masih belum ada kerana orang ramai masih teragak-agak untuk membayar bagi mendapatkan khidmat nasihat. Tetapi suasana penerimaan jelas lebih baik daripada lima tahun lalu.

    "Orang ramai sudah mula yakin untuk melabur dan berbelanja, jadi mereka akan terus mendapatkan nasihat daripada pakar perancangan," katanya.

    Potensi bagi industri untuk berkembang adalah cerah tahun ini memandangkan jangkaan pemulihan ekonomi, katanya.

    Sumber : Utusan 

    Tuesday, March 2, 2010

    Perlaksanaan Hukuman Sebat

    Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Tuesday, March 02, 2010 0 comments
    Perlaksanaan Hukuman Sebat :
    Mengikut Hukum Syara'
    di Malaysia

    Cabaran dan Halangannya.
    1. Menurut Islam, hukuman yang dijatuhkan ke atas penjenayah yang terbukti bersalah adalah satu proses penyucian dosa yang dilakukannya. Pesalah yang menjalani hukuman syariah dikira bersih daripada dosa.

    2. Jenayah menurut Imam Al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam al-Sultaniyyah adalah merujuk kepada segala bentuk kesalahan yang melanggar batas syariah yang boleh dihukum sama ada qisas, hudud atau takzir. Demi menjaga kemuliaan agama, nyawa, akal, harta dan maruah, Islam telah menetapkan setiap kesalahahan syariah mestilah dihukum.

    3. Objektif hukuman jenayah Islam adalah untuk menjadi pembalasan, langkah pencegahan supaya penjenayah menjadi serik dan insaf, masyarakat gerun untuk melakukan jenayah, serta proses pemulihan. Merujuk kepada jenayah arak secara khusus, minum arak adalah sebagai salah satu jenayah hudud adalah merupakan dosa besar dan pencetus kerosakan hidup manusia. Justeru hukuman kepada pelakunya adalah sangat berat iaitu sebatan yang menjadi Ijmak di kalangan para ulamak.

    4. Cuma ulama berbeza pendapat jumlah sebatan. Ada yang mengatakan 80 sebatan, iaitu menurut pendapat Imam Malik, Abu Hanifah dan satu riwayat daripada Imam Ahmad. Imam Syafie dan satu pendapat daripada Imam Ahmad pula mengatakan kadar hukumannya adalah 40 sebatan. Menrut Imam Syaukaniy dalam kitab Nail al-Autar, jilid 7, (ms 249), alat sebat yang boleh digunakan selain daripada rotan ialah pelepah tamar, kasut, hujung, kain dan tangan.

    5. Keistimewaan hukuman sebat menurut hukum syarak secara jelas telah dihuraikan di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan1987), Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 melalui Seksyen 125 dan 126 Enakmen itu. Antara lain seksyen ini menerangkan alat sebatan yang digunakan dan cara perlaksanaan hukuman sebat dijalankan.
    1. Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat daripada rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 cm.
    2. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.
    3. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan.
    4. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.
    5. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
    6. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan disebat dalam keadaan duduk.
    7. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat tidak boleh mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
    8. Pegawai Perubatan Kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.
    9. Pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut Hukum Syarak.
    10. Selepas mengenakan satu sebatan,tukang sebat hendaklah mengangkat alat sebatan ke atas dan tidak menariknya.
    6. Antara isu yang ditimbulkan adalah bilangan maksima 6 sebatan yang boleh dikenakan terlalu jauh dengan jumlah yang ditetapkan oleh Allah (lihat cara perlaksanaan hukuman sebat oleh penjara). Namun secara dasarnya, walau berapapun jumlah yang boleh dijatuhkan ianya wajib dilaksanakan kerana itulah kemampuan Mahkamah Syariah. Baki yang diluar bidangkuasa yang diberikan maka tinggalkanlah kepada penggubal dan mereka yang meluluskan undang-undang menanggung dosanya. Kaedah Feqah menyebutkan; Apa yang tidak mampu dilakukan semuanya maka janganlah ditinggalkan kesemuanya.
    7. Buruk sangka terhadap hukuman ini sebenarnya masih menebal kerana masyarakat melihat beberapa kes yang terjadi di negara-negara tertentu sebagaimana yang dilaporkan berlaku di Lembah Swat, Pakistan pada awal bulan ini. Iaitu apabila seorang remaja perempuan disebat, sama ada dengan rotan atau kayu oleh anggota Taliban sebanyak 34 kali hanya kerana menemui seorang lelaki bukan muhrim.
    8. Islam sebenarnya memperuntukkan hukuman rotan kepada dua jenis kesalahan syariah iaitu hudud dan takzir. Hudud melibatkan hukuman kesalahan-kesalahan seperti persetubuhan haram atau zina, tuduhan qazaf dan minum arak.
    9. Sementara takzir yang bermakna hukuman yang menjadi pengajaran dengan menjadikan rotan merupakan hukuman utama dalam kesalahan-kesalahan takzir yang serius.
    10. Rotan adalah satu bentuk hukuman yang berkesan terutama kepada penjenayah-penjenayah yang merbahaya dan didapati sudah sebati dengan kesalahan-kesalahan tersebut. 
     


    Ulama'

    Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
    Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

    Tolabah

    pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya

    Akhbar

    Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

    Tv Online

    tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
     

    Mohamad Mustakim Bin Sarmuji Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez