Fitnah bagi seorang pejuang seperti itu begitulah. Adat seorang pejuang sebelah kakinya di luar dan sebelah lagi di dalam.
Hari
ini bermulanya perbicaraan tuduhan liwat ke atas Anwar oleh pembacuh
kopinya. Walaupun berbagai usaha teknikal dilakukan bagi menghalang kes
ini dibicarakan, namun tidak berjaya. Kesungguhan dipihak yang ingin
membawa Anwar sekali lagi ke muka pengadilan menerusi tuduhan keji
begitu nampaknya berjaya. Anwar telah berusaha sedaya mungkin untuk
mengelakkan dari dibicarakan, tetapi apakan daya... tidak berjaya.
Jika
usaha itu - (pendakwaan) bertujuan menjatuhkan imej Anwar sebagai
pemimpin dan mengaibkannya, ia berjaya. Anwar sudah kalah satu kosong.
Nampaknya tidak ada kompromi dalam hal ini antara Anwar dan Perdana
Menteri.
Kita menerima apa juga kesalahan perlu mendapat
keadilan. Mereka yang bersalah perlu dihukum. Hukuman itulah untuk
mendapat keredhaan Allah di akhirat nanti. Itulah namanya keadilan.
Tetapi satu perkara perlu diingatkan, tindakan manusia selalunya tidak
sekeras kanun yang disediakan oleh manusia juga. Dalam banyak hal
kebijaksanaan manusia dituntut untuk melestrikan kehidupan yang bahagia.
Bukan
tidak pernah kes-kes berat yang diselesaikan secara kebijaksanaan
manusia yang berlaku di negara ini! Banyak! Tetapi dalam kes Anwar ini
kebijaksanaan semua manusia nampaknya seperti sudah termansuh sama
sekali. Semua seakan melupai akan hikmah atas kebijaksanaan itu.
Semuanya kerana amarah dan kegilaan manusia untuk berkuasa dan
berseronok, hibbu dunia!
Tidak dapat tidak kes pendakwaan Anwar
bermula hari ini ia memberi kesan negatif kepada politik negara ini.
Belum tahu sama ada Anwar bersalah atau tidak, mahkamah akan
membicarakannya. Tetapi yang nyatanya kes ini memberi satu masalah baru
dan kegemparan yang berulang. Malaysia akan mengambil masa untuk
menghuraikan perisitwa ini dan ini satu kerugian dari segi moral kepada
Malaysia sebagai sebuah negara.
Dunia luar akan memberi fokus
semula kepada Malaysia. Walaupun ia tidak sehangat pada tahun 1998 di
mana ketika berlaku kes pertama dahulu, namun kes kali ini tetap
menjadi perhatian dunia.
Impilikasinya juga kepada Mohd Najib
Razak selaku perdana menteri. Walaupun Naib cuba mengelakan dan mencuci
tangan, cuba menyatakan dia tidak bertanggungjawab dan ada niat buruk
ke atas Anwar, dunia akan tetap menyuluh Najib ada perananya. Najib ada
saham di sebalik pendakwaan itu. Istilah konspirasi kedua akan terus
dijaja dan ia tidak dapat tidak akan mengaitkan Najib.
Dunia
akan melihat pendakwan ke Anwar bukan berlandaskan kepada kebenaran dan
fakta lagi walapun ia benar begitu, tetapi berlandas kepada nafsu dan
kerakusan Najib sebagai orang nombor satu negara. Kebimbangan Najib
kepada kehebatan dan ketokohan Anwar. Paling buruk orang akan
menganggap tindakan ke atas Anwar itu sebagai penerusan kerja-kerja
jelek dan tidak berperikemanuisaan dilalukan Dr Mahathir Mohamad oleh
Najib.
Orang yang mengkaumi Anwar dan taksub dengan sandiwara
politik Anwar akan mencongak pendakwaan ke atas Anwar itu adalah
sebagai membalas dendam. Atau satu cara untuk menutup mulut Anwar dan
orang-orangnya dari becakapa hal pembunuhan kejam Altantuya. Lebih
buruk lagi orang akan menganggap ialah ada strategi politik Najib untuk
mendapat mandat baru dari rakyat. Kerana itu ada orang mengira sebaik
saja Anwar direngkupkan ke dalam penjara Najib akan bersiap sedia
mengadakan pilihan raya umum ke-13.
Pada saya perkiraan itu
silap sama sekali. Benar, pengaruh Anwar nampak bekurangan. Namun
simpati dan sokongan di bawah masih banyak. Hari ini pun sudah nampak
bayang-bayang tokoh yang bakal mengambil tempat Anwar selaku ketua
pembangkang. Kalau Najib mengharapkan dengan mengurungkan Anwar beliau
dapat bergerak bebas ia adalah silap. Najib tidak boleh lupa di luar
sana pengaruh dan penyokongnya masih melambak.
Kelemahan
kerajaan hari ini bukan kerana kehebatan dan aura yang ada kepada
Anwar. Kelemahan kerajaan hari ini juga kerana kelemahan orang
menguruskannya. Populariti Najib sebagai pemimpin masih berada di tahap
bawah. Apa yang perlu beliau lakukan bukan memanjarakan Anwar tetapi
membebaskannya! Mengelakkan tragedi yang dicetus Mahathir berulang.
Najib akan lebih disanjung dan dilihat gentleman berbanding Mahathir.
Perbicaraan
tidak dapat ditunda lagi. Apa yang diharapkan biarlah perbicaraan kali
ini berjalan dengan tertib dan tidak ada elemen untuk mengaibkan Anwar.
Sebanyak 21 saksi yang dikemukakan biarlah saksi yang bukan fasik.
Berilah keterangan dengan jelas dan bukan mengikut naluri politik pihak
tertentu.
Begitu juga kalau ada barang-barang bukti seperti
bantal dan tilam umpamanya, sewaktu membawanya ke mahkamah janganlah
diusung tinggi, cukuplah dikelek saja. Berpadan patutlah kalau kita
ingin memngemukakan bukti dan menampilkan jangan sampai kita semua malu.
Harapan saya biarlah perbicaraan berjalan secara baik dan ia juga tidak patut kalau dijadikan modal politik oleh mana-mana pihak
( Sebahagian dari nukilan
MSO )