Manfaat Buku

Sebelum balik Malaysia nanti, anta kena siapkan paling kurang sebuah buku untuk rakyat Malaysia. Kalau mampu tambah lagi, buat untuk ringkasan madah paling susah untuk kuliah anta. Mungkin Balaghah ke? Apa sahaja boleh"

Semanis Tawakkal

"Alhamdullilah, akhirnya imtihan dah selesai, Bolehlah ana balik selepas Asar nanti" sapaku kepada Hanif yang baru keluar dari pintu gerbang Al-Azhar. " Iya, tapi anta kena ingat kita ada syafawi ( ujian lisan) lagi. Kiranya aku bersyukur banyaklah", jawabnya sambil memandang ke arah ladang gandum.

Imam Bukhari

Imam al-Bukhari, Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari (194H-256H) adalah seorang tokoh hadis yang paling unggul dalam sejarah perkembangan ilmu Hadis sehinggalah ke hari ini, ketokohan beliau masih tiada tolok bandingnya.

Followers

Saturday, August 29, 2009

Sebatan Jenayah Syariah Bukan Khayalan

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Saturday, August 29, 2009 1 comments


Video di atas adalah rakaman amatur demonstrasi hukuman sebat.

Ia adalah sebahagian daripada program Seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah 23 April 2009, anjuran JAKIM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putra Jaya (PICC).

Sebatan cara pertama adalah sebatan berdasarkan peruntukan Syariah. Libasan adalah pada kadar 90° dan ia tidak disentap semula hingga boleh menjadikan kulit tersiat sebagaimana sebatan menurut peruntukan undang-undang sivil. Tukang sebat itu adalah petugas terlatih yang mampu melaksanakan hukuman sebat sama ada menurut peruntukan Syariah mahu pun undang-undang sivil.

Saya cuba untuk melihat sisi positif kontroversi kes Kartika Sari Dewi Shukarno.

Ia boleh berperanan menimbulkan perhatian masyarakat untuk memahami selok belok hal berkaitan dengan perlaksanaan undang-undang Syariah, agar hal-hal yang penting seperti ini tidak diperkatakan tanpa asas dan menurut perasaan dan sangkaan semata.

tiadapakar-hishamuddin

Kes Kartika Sari Dewi Shukarno juga menerbitkan warna-warna sebenar terhadap setiap pihak yang memberikan reaksi kepada perlaksanaan peraturan ini. Siapa yang mahu, siapa yang tidak mahu, siapa yang memberi alasan benar, siapa yang mereka-reka alasan.

TAKUT YANG SUDAH LAMA TERCABUT

“Kamu tahu tak kalau kamu terbabas, patah riuk tulang tu? Kamu nak ke lumpuh sampai mati menyusahkan aku menjaga kamu? Kecil-kecil kamu berak dalam lampin, dah besar pun aku nak basuh berak kamu!” bebel Mak Jah kepada anaknya Din yang gila merempit.

Si anak membatu.

Sebelum Mak Jah memanjangkan lagi leternya, Din bingkas bangun, menyambar topi keledar tanpa tanda SIRIM itu dan terus memecut keluar. Membiarkan Mak Jah menggelengkan kepala dalam linangan air mata. Anaknya tidak takut mati.

“Rokok boleh membunuh!” jelas terpampang di kotak rokok.

Elin yang perempuan itu, tidak langsung tersentuh dengan nasihat berkenaan. Lagak seorang anggota pasukan berani mati, perkataan bunuh dan mati bagai tidak punya sebarang makna. Semangat tidak takut mati yang sepatutnya disalurkan ke jalan pembebasan umat Islam di Palestin!

TAKUT YANG MENYELAMATKAN

“Cicak, cicak!” gertak seorang ibu, menakut-nakutkan anak kecilnya daripada bermain di dapur sendirian.

Si anak kelam kabut lari kerana takutkan cicak itu tadi. Takut yang dilahirkan melalui imej cicak itu tadi tujuannya adalah untuk menyelamatkan si anak daripada benda-benda yang merbahaya di dapur.

Si anak yang masih belum faham, begitu ‘berani’ memegang cerek panas. Akibat tiada takut, dirinya tercedera. Lalu berkembanglah akal manusia seiring dengan pertambahan usianya agar ketakutan itu bertindak mencegah dirinya daripada terdedah kepada bahaya.

Takut itu menyelamatkan.

Tetapi manusia hari ini hilang rasa takut. Jika rancangan Fear Factor, pesertanya diuji tahap keberanian masing-masing. Lebih berani seseorang itu terhadap benda-benda yang lazimnya ditakuti manusia umum, lebih pahlawan dirinya di mata hakim dan penonton yang menyaksikan.

Era ini, takut cuba dibunuh daripada jiwa manusia. Bukan untuk berani berjuang. Tetapi berani yang tidak tentu arah.

Bukan sahaja ketakutan itu hilang daripada jiwa penghisap rokok atau mat rempit, takut sudah tidak punya apa-apa erti dalam hampir keseluruhan aspek kehidupan semasa. Lebih membimbangkan, rasa takut itu sudah tercabut dari jiwa para penjenayah. Bermula daripada kesalahan kecil meletak kereta sesuka hati di kiri kanan jalan, hinggalah kepada kejadian ragut, rompak, rogol, bunuh dan dadah, sudah tidak ada hukuman yang boleh bertindak menghalang manusia daripada melakukannya.

500years

“Dihukum penjara 500 tahun!” terpampang berita di dada akhbar.

Mati hidup balik, mati hidup balik, mati hidup balik, masih belum terbebas dari hukuman penjara yang ekstrim itu. Namun bisakah hukuman itu mencegah penjenayah seks dari terus bermaharajalela?

Tidak…

Rasa takut itu sudah tiada.

Di sebuah negara yang kadar jenayahnya amat menggerunkan seperti Amerika Syarikat, hukuman ganas yang amat kejam seperti kerusi elektrik sudah lama diperkenalkan. Bayangkan sahaja seorang penjenayah diikat di sebuah kerusi kayu, tenaga elektrik arus tinggi disalurkan ke seluruh tubuhnya hingga memancut darah keluar dari sana dan sini, mati dengan penyeksaan yang tidak tertanggung oleh mata yang melihat dan fikiran yang membayangkannya.

electricchair

source

Namun, bisakah kekejaman itu mencegah jenayah dan mengurangkan kadar ketakutan masyarakat akibat perbuatan melanggar undang-undang? Jauh sekali! Malah Amerika Syarikat terus menjadi negara paling gila dalam konteks melahirkan pembunuh bersiri dan jenayah-jenayah paranormal yang lain. Seratus orang pemberontak dihukum tembak di khalayak ramai, seribu pemberontak datang menggantikan. Biar terjelir lidah menggelepar menuju kematian oleh pengedar dadah di tali gantung, kadar jenayah tidak pernah berkurang.

Apa sahaja gertakan dan hukuman, seakan-akan manusia sudah tidak mampu untuk menggeruninya.

Kecuali HUDUD!

Belum lagi terlaksana, baru sahaja dimanifestokan perlaksanakannya, seluruh alam menjadi kecoh. Pelbagai komen paranoid terbit dari mulut semua lapisan masyarakat. Yang cerdik menjadi bodoh, yang jahat menjadi hangat. Lalu keluarlah kenyataan-kenyataan yang menggambarkan kekecohan dan ketakutkan itu.

“Makan sup tangan???” kata si bijak pandai.

“Habislah jalan tak cukup batu, habis terguna merejam penzina!” bidas si ilmuan.

“Nanti non Muslim memberontak!” tegas seorang ahli politik.

Seribu satu reaksi ditunjukkan, untuk membantah usaha melaksanakan kanun jenayah Islam itu. Sedangkan segala alternatif yang ada, tidak sedikit pun mencegah penjenayah dari terus menerus melakukan fasad. Mereka mencuba pelbagai wasilah untuk mencegah jenayah sedangkan CEGAHAN hanya bisa datang dari Allah.

5_38

“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu cegahan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [al-Ma'edah 5: 38]

Takut itu adalah perasaan hati.

Hati itu milik Allah.

Allah jua yang mencampakkan rasa gerun di hati manusia yang dikehendaki-Nya. Dan kehendak Allah itu hanya dapat diraih apabila formula dan acuan (sibghah) Allah diguna pakai. Sesungguhnya unsur nakaalan minaLlaah itulah yang tidak wujud di dalam hukum hakam yang lain. Biar sekejam kerusi elektrik, biar sejelek gantung sampai mati, biar sengeri tembak di khalayak ramai, ia tidak mampu menghasilkan nilai cegahan kerana cegahan itu adalah urusan Allah.

Cegahan inilah yang bisa mencegah manusia dari menjamah jenayah. Ketakutan yang dicampakkan Allah ke dalam hati manusia, bertujuan untuk mencegah dirinya, dan manusia lain daripada kerosakan yang membinasakan.

Ia bukan sekadar ketakutan yang mencegah pencuri telur ayam, tetapi juga para bangsawan yang seleranya sebesar perbendaharaan negara. Rasa gerun untuk mengekang manusia berpangkat tinggi dari bermaharajalela menyelewengkan harta rakyat.

Cegahan inilah yang bisa menghentikan kegiatan menjual beli undang-undang. Sebuah negara di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, tidak pernah musnah kerana miskin harta dan pembangunan. Tetapi keseluruhan hidup manusia menyaksikan negara segagah empayar Rom dan Parsi, Utara dan Selatan, Timur dan Barat musnah apabila manusia tidak lagi mampu dicegah dari kejahatan. Apatah lagi kezaliman bangsawan dipejamkan mata dan kesalahan si miskin diheret sepuasnya.

saraqasyarif

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya umat sebelum kamu binasa kerana tatkala si bangsawan mencuri, mereka membiarkannya. Sedangkan apabila si lemah mencuri, mereka mengenakan hukuman hudud ke atas. Demi Allah, kalaulah Fatimah binti Muhammad itu mencuri, nescaya akan kupotong tangannya” [Hadith Muttafaq 'alayh]

Inilah pakej berupa ancaman dari Allah dan Rasul buat sekalian pencuri dan penjenayah, baik dia itu rakyat biasa yang mencuri besi di rumah jiran, mahu pun bangsawan yang merompak perbendaharaan negara untuk kepentingan hawa nafsu mereka.

Apa sahaja ancaman lain, tidak bisa menimbulkan rasa gerun dan takut di hati penjenayah. Walaupun manusia sudah begitu moden, ketakutan mereka masih ortodoks… menggeruni apa yang digeruni oleh manusia zaman berzaman.

Hanya hukuman Allah yang mampu menggerunkan HATI… tempat jatuh pandangan Allah.

63_7

“…Namun orang-orang Munafiq itu tidak mengerti” [al-Munafiqoon 63: 7]


Sumber: ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

Friday, August 28, 2009

Jangan Marah

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Friday, August 28, 2009 0 comments


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ : لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sholallohu ‘alaihi wa sallam : (Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : Jangan engkau marah.

(Riwayat Bukhori )

Arab gaduh lagi. Tak habis-habis asyik gaduh.

Hampir setiap hari.

Tapi yang ajaibnya, mereka akan berbaik, berpelukan hatta bersalaman sehingga kita rasa mereka tidak pernah bergaduh. Pernah saya saksikan di hadapan mata ini. Bergaduh. Berdarah tapi selepas itu mereka saling berbaik balik. Belanja air 'asir lagi itu.

Dendam Arab tidak dipendam, dendam Melayu dipendam.

Tuesday, August 25, 2009

Embun Pagi Yang Segar

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Tuesday, August 25, 2009 1 comments


" Pergi jauh sikit boleh tak, "

" Engkau tu dulu penagih dadah. Sampah masyarakat lagi tu ,"

" Penyusah keluarga je kat rumah. Dok penghabis beras je ,"

" Duduk kat penjara tu lagi aman kalau engkau tak ade kat sini ,"

Sering Berulang

Beginilah kalam-kalam yang kita selalu dengar dari masyarakat tentang keberadaan manusia yang bernama bekas banduan dan pelbagai nama lagi. Belum sempat lagi mereka cuba untuk membersihkan nama dan maruah, berbakti semula pada nusa bangsa,terus sahaja dicerca , dihina dan diletakkan mereka pada peringkat yang jijik dan hina.

Salahkah mereka sehingga hari kiamat?

Besar sangatkah dosanya di sisi manusia?

Apakah dia tidak ada peluang untuk bertaubat dari najis dosa-dosa lepas?

Sememangnya di sisiNya ada jalan yang terbaik untuk mereka kembali dan bertaubat. Saya bawakan satu hadis dari Rasulullah yang menceritakan seorang yang telah membunuh seramai 99 orang.

وعن أبي سعيد سعد بن مالك بن سنان الخدري رضي الله عنه أن نبي الله صلى الله عليه وسلم قال‏:‏ ‏"‏ كان فيمن كان قبلكم رجل قتل تسعة وتسعين نفساً، فسأل عن أعلم أهل الأرض، فدل على راهب، فأتاه فقال‏:‏ إنه قتل تسعه وتسعين نفساً، فهل له من توبة‏؟‏ فقال‏:‏ لا، فقتله فكمل به مائةً، ثم سأل عن أعلم أهل الأرض، فدل على رجل عالم فقال‏:‏ إنه قتل مائة نفس فهل له من توبة‏؟‏ فقال‏:‏ نعم، ومن يحول بينه وبين التوبة‏؟‏ انطلق إلى أرض كذا وكذا، فإن بها أناساً يعبدون الله تعالى فاعبد الله معهم، ولا ترجع إلى أرضك فإنها أرض سوءٍ، فانطلق حتى إذا نصف الطريق أتاه الموت، فاختصمت فيه ملائكة الرحمة وملائكة العذاب‏.‏ فقالت ملائكة الرحمة‏:‏ جاء تائبا مقبلا بقلبه إلى الله تعالى، وقالت ملائكة العذاب‏:‏ إنه لم يعمل خيرا قط، فأتاهم ملك في صورة آدمي فجعلوه بينهم- أي حكماً- فقال‏:‏ قيسوا ما بين الأرضين فإلى أيتهما كان أدنى فهو له، فقاسوا فوجدوه أدنى إلى الأرض التي أراد، فقبضته ملائكة الرحمة‏"‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏‏.‏

‏وفي رواية في الصحيح‏:‏ ‏ ‏ فكان إلى القرية الصالحة بشبر، فجعل من أهلها‏ ‏ وفي رواية في الصحيح‏:‏ ‏ ‏ فأوحى الله تعالى إلى هذه أن تباعدي، وإلى هذه أن تقربي، وقال‏:‏ قيسوا ما بينهما، فوجدوه إلى هذه أقرب بشبرٍ فغفر له‏ ‏ وفي رواية‏:‏ ‏ ‏فنأى بصدره نحوها‏ ‏‏ ‏

Dari Abu Said, iaitu Sa'ad bin Sinan al-Khudri r.a. bahawasanya Nabiullah s.a.w. bersabda:

"Ada seorang lelaki dari golongan ummat yang sebelummu telah membunuh sembilan puluh sembilan manusia, kemudian ia menanyakan tentang orang yang teralim dari penduduk bumi, ialu ia ditunjukkan pada seorang pendeta. la pun mendatanginya dan selanjutnya berkata bahawa sesungguhnya ia telah membunuh sembilan puluh sembilan manusia, apakah masih diterima untuk bertaubat. Pendeta itu menjawab: "Tidak dapat." Kemudian pendeta itu dibunuhnya sekali dan dengan demikian ia telah menyempurnakan jumlah seratus dengan ditambah seorang lagi itu. Lalu ia bertanya lagi tentang orang yang teralim dari penduduk bumi, kemudian ditunjukkan pada seorang yang alim, selanjutnya ia mengatakan bahawa sesungguhnya ia telah membunuh seratus manusia, apakah masih diterima taubatnya. Orang alim itu menjawab: "Ya, masih dapat. Siapa yang dapat menghalang-halangi antara dirinya dengan taubat itu. Pergilah engkau ke tanah begini-begini, sebab di situ ada beberapa kelompok manusia yang sama menyembah Allah Ta'ala, maka menyembahlah engkau kepada Allah itu bersama-sama dengan mereka dan janganlah engkau kembali ke tanahmu sendiri, sebab tanahmu adalah negeri yang buruk." Orang itu terus pergi sehingga di waktu ia telah sampai separuh perjalanan, tiba-tiba ia didatangi oleh kematian.

Kemudian bertengkarlah untuk mempersoalkan diri orang tadi malaikat kerahmatan dan malaikat siksaan - yakni yang bertugas memberikan kerahmatan dan bertugas memberikan siksa, malaikat kerahmatan berkata: "Orang ini telah datang untuk bertaubat sambil menghadapkan hatinya kepada Allah Ta'ala." Malaikat siksaan berkata: "Bahawasanya orang ini sama sekali belum pernah melakukan kebaikan sedikit pun."

Selanjutnya ada seorang malaikat yang mendatangi mereka dalam bentuk seorang manusia, lalu ia dijadikan sebagai pemisah antara malaikat-malaikat yang berselisih tadi, yakni dijadikan hakim pemutusnya - untuk menetapkan mana yang benar. Ia berkata: "Ukurlah olehmu semua antara dua tempat di bumi itu, ke mana ia lebih dekat letaknya, maka orang ini adalah untuknya - maksudnya jikalau lebih dekat ke arah bumi yang dituju untuk melaksanakan taubatnya, maka ia adalah milik malaikat kerahmatan dan jikalau lebih dekat dengan bumi asalnya maka ia adalah milik malaikat siksaan." Malaikat-malaikat itu mengukur, kemudian didapatinya bahawa orang tersebut adalah lebih dekat kepada bumi yang dikehendaki -yakni yang dituju untuk melaksanakan taubatnya. Oleh sebab itu maka ia dijemputlah oleh malaikat kerahmatan." (Muttafaq 'alaih)

Dalam sebuah riwayat yang shahih disebutkan demikian: "Orang tersebut lebih dekat sejauh sejengkal saja pada pedesaan yang baik itu - yakni yang hendak didatangi, maka dijadikanlah ia termasuk golongan penduduknya."

Dalam riwayat lain yang shahih pula disebutkan: Allah Ta'ala lalu mewahyukan kepada tanah yang ini - tempat asalnya - supaya engkau menjauh dan kepada tanah yang ini - tempat yang hendak dituju - supaya engkau mendekat - maksudnya supaya tanah asalnya itu memanjang sehingga kalau diukur akan menjadi jauh, sedang tanah yang dituju itu menyusut sehingga kalau diukur menjadi dekat jaraknya. Kemudian firmanNya: "Ukurlah antara keduanya." Malaikat-malaikat itu mendapatkannya bahawa kepada yang ini -yang dituju - adalah lebih dekat sejauh sejengkal saja jaraknva. Maka orang itupun diampunilah dosa-dosanya."

Dalam riwayat lain lagi disebutkan: "Orang tersebut bergerak - amat susah payah kerana hendak mati - dengan dadanya ke arah tempat yang dituju itu."


Pengajaran

Berikanlah kepada mereka peluang untuk memperbaiki diri sementara taubat dariNya masih terbuka sehinggalah pengampunan dariNya terhenti tatkala matahari terbit dari barat.

Saturday, August 22, 2009

Ahlan Ya Ramadhan

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Saturday, August 22, 2009 4 comments


Ahlan Ya Ramadhan.

Ramadhan ini adalah Ramadhan yang pertama setelah hampir setahun saya mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati, Irma Aznita Kambali.

Bulan ini juga kami cuba mengkhatamkan Al-Quran khusus niatnya untuk cahaya mata kami yang akan tiba akhir bulan Ramadhan.

Tempoh setahun jagung perkahwinan kami sememangnya dipenuhi dengan pelbagai pengalaman sebuah pernikahan yang direstui kedua-dua buah keluarga.

InsyaAllah, kami berharap agar Ramadhan tahun ini adalah yang paling terbaik daripada tahun lepas. Kelas tafaqquh fiddin dan tadarus Al-Quran akan kami sertai.

'Ya Allah, kami memohon ridhaMu dengan balasan syurga dan kami minta lindungi daripada kemurkaanMu dan nerakaMu. Ya Allah , sesungguhnya Engkau Maha Pengampun yang menyukai mengampun, maka ampunkanlah dosa-dosa kami. Amin.

Saturday, August 15, 2009

Poligami: Antara hukum, adat dan emosi

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Saturday, August 15, 2009 3 comments

SEORANG ustaz membacakan kitab di masjid memberitahu jemaah, Islam mengharuskan poligami. Justeru, lelaki yang berkemampuan boleh berkahwin lebih daripada satu.


Namun, di sebalik itu, media memaparkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama yang berkaitan dengan wanita membantah poligami.

Polemik antara hukum agama, adat dan emosi manusia nyata memberi kekeliruan kepada sebahagian umat Islam, apatah lagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan Islam.

Apakah pantas hukum yang dibenarkan Allah boleh dicantas oleh mulut manusia hanya sekadar mahu membela atau menjaga hak asasi wanita?

Apakah buruk sangat poligami sehingga wanita begitu 'jijik' dan meluat apabila ada golongan lelaki menyebut istilah itu?

Keharusan poligami jelas terkandung dalam al-Quran tetapi segelintir umat Islam sukar menerimanya sehingga menganggap ia 'jerat kehidupan'.

Islam satu-satunya agama di bumi yang membenarkan poligami secara bersistem manakala agama dan fahaman lain tidak, malah masyarakat bukan Islam melihatnya sebagai menindas golongan wanita.

Tetapi, hairanlah apabila membabitkan aktiviti persundalan, menyimpan wanita dan gejala sosial, ia seperti satu restu.

Poligami adalah perkataan Greek (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy), merujuk kepada perkahwinan seorang lelaki dengan lebih seorang isteri dan dalam Islam, ia dibenarkan sehingga empat isteri dalam suatu masa.

"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Quran, surah an-Nisa': Ayat 3)

Pada zaman Jahiliyah, poligami berlaku tanpa batasan dan ketika itu lelaki mempunyai ramai isteri, malah ada yang mempunyai ratusan isteri.

"Apabila Ghailan ats-Tsaqafi memeluk Islam, dia mempunyai 10 isteri. Maka Nabi s.a.w berkata kepadanya: Pilihlah dari isteri-isterimu itu empat orang saja dan ceraikanlah yang selebihnya itu."

Riwayat ini dikeluarkan oleh Imam Syafie, Imam Ahmad, Tarmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Abu Syaibah, Daruqutni dan Baihaqi, seperti diterangkan dalam kitab Halal dan Haram Dalam Islam, karya Dr Yusuf al-Qardawi.

Pihak yang membantah poligami perlu faham, ia hukum agama. Justeru, apabila berbicara atau memberi pendapat, mereka perlu berhati-hati.

Walaupun Islam membenarkan poligami, bukanlah bermakna ia boleh diamalkan sesuka hati, sehingga mengakibatkan kezaliman di pihak wanita.

Al-Qardawi dalam kitab terbabit menjelaskan, syarat yang ditetapkan Islam mengenai poligami ialah berlaku adil terhadap dua isterinya atau lebih dalam makan minum, pakaian, rumah, tempat tidur dan nafkahnya.

"Barangsiapa yang tidak yakin dirinya dapat menunaikan hak-hak itu, haramlah baginya berkahwin lebih dari seorang isteri," katanya.

Menurut seorang ulama Amerika Utara, Syeikh Muhammad Nur Abdullah, poligami dibenarkan Islam dan bukannya untuk disalah guna.

"Ia hanya dibenarkan kepada sesiapa yang mampu melayani semua isterinya dengan adil dan saksama," katanya melalui laman Islamonline.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Barangsiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia condong kepada yang satu dari yang lain, nanti dia datang di hari kiamat dengan menyeret sebelah lambungannya dalam keadaan senget atau berat sebelah." (Riwayat Ashabussunan, Ibnu Hibban dan Hakim)

Condong sebelah yang diancam dalam hadis itu ialah disebabkan keremehan terhadap hak isteri-isteri, bukannya kerana kecenderungan hati kepada mereka kerana kecenderungan hati tidak dikategorikan dalam keadilan.

Al-Qardawi berkata, di antara lelaki ada yang kuat keinginannya untuk mendapatkan keturunan tetapi dia dikurniakan seorang isteri yang tidak dapat melahirkan anak kerana penyakit atau mandul (tidak dapat melahirkan anak).

Justeru, lebih baik si suami berkahwin lagi kepada seorang wanita yang bakal memberikannya zuriat supaya keturunannya kekal tetapi harus mengekalkan akad isteri pertama dan menjamin haknya.

"Ada pula lelaki yang kuat keinginan gharizahnya, bergejolak nafsu seksnya, akan tetapi dia dikurniai seorang isteri yang lemah nafsunya atau menghidap penyakit atau datang haid untuk tempoh yang panjang.

"Bagaimanapun, suaminya tidak sanggup menanggung nafsu untuk bersama isterinya, apakah tidak wajar dia berkahwin dengan seorang wanita yang halal baginya daripada dia meraba wanita yang jalang dan haram buatnya," katanya.

Menurutnya, ada ketika bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki, seperti selepas perang dan dari itu timbul maslahat masyarakat dan wanita sendiri agar mereka lebih baik dimadukan daripada hidup tanpa kasih sayang suami.

Penceramah bebas, Ahmad Shukri Yusof, berkata masyarakat Islam jangan menolak keharusan poligami menggunakan emosi kerana ia soal hukum.

"Soal hukum tidak perlu dibincangkan dan dipolemikkan apatah lagi membabitkan emosi.

"Kita harus membincangkan bagaimana untuk berlaku adil, bukannya hanya pandai mengatakan poligami itu tidak adil," katanya.

Bagaimanapun, beliau berpendapat tidak perlu menubuhkan kelab untuk menggalakkan poligami.

Amalan poligami adalah ubat bagi menangani masalah umat manusia. Oleh kerana kebaikan itu, Islam memutuskan ia suci.

"Dan siapa lagi yang hukumnya lebih baik daripada hukum Allah, bagi kaum yang menyakini." (Al-Quran, surah al-Maidah:50)

Tetapi peraturan suci lagi baik inilah yang ditolak oleh Barat dan konconya, sehingga ia kelihatan janggal untuk bertapak di dalam masyarakat Islam sendiri, manakala norma yang bukan-bukan mendapat tempat pula.

Poligami dilarang di sisi undang-undang di sesetengah negara Muslim yang tidak mengamalkan undang-undang Islam dalam peraturan perkahwinan, seperti Azerbaijan, Bosnia, Tunisia dan Turki (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy).

Menurut sumber itu, dalam dunia moden Islam, amalan poligami lazimnya diamalkan di negara yang mengamalkan ajaran Islam sejati seperti Arab Saudi, Timur dan Barat Afrika seperti di Sudan yang diberikan galakan oleh presiden kerana tingginya populasi wanita.

"Di antara 22 negara ahli Liga Arab, Tunisia melarang poligami. Bagaimanapun, ia tidak dipersetujui kebanyakan negara Arab yang menerima pengaruh barat dan sekular seperti Syria, Mesir, Morocco dan Lubnan."

Menurut Ahli Majlis Fiqah Amerika Utara, Sheikh Muhamad al-Hanooti, realitinya susah untuk mendapati seorang daripada 10,000 Muslim yang berkahwin lebih daripada seorang isteri.

"Dalam masyarakat bukan Islam, lebih daripada 65 peratus lelaki yang berkahwin mempunyai hubungan dengan lebih dua, tiga dan empat wanita, bahkan 45 peratus wanitanya mengadakan hubungan di luar perkahwinan.

"Mereka menerima perzinaan, tetapi tidak menerima alternatif untuk mengangkat martabat manusia melalui poligami."

Di Malaysia, menurut portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dalam undang-undang keluarga Islam, poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Sumber: Hmetro

Friday, August 7, 2009

Arak dan Babi Sukar Diatasi

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Friday, August 07, 2009 0 comments



PERKARA paling payah untuk kikis dalam kehidupan sesebuah masyarakat ialah budaya dan tradisi yang menjadi amalan sejak datuk nenek mereka lagi. Masyarakat yang kuat berpegang kepada tradisi dan budaya akan mempertahankan budaya dan tradisi itu walau bagaimana sekali pun. Apa lagi kalau tradisi dan budaya itu melambangkan status, makin sukar dihapuskan.
Mereka tidak akan pedulikan lagi pada pandangan dan nasihat mana-mana pihak. Hatta budaya dan tradisi itu menyalahi hukum agama dan dibenci oleh agama masing-masing sekalipun, namun tidak akan dihiraukan. Mereka akan pertahankan meskipun terpaksa terkeluar biji mata.

Orang-orang bersikap begini bolehlah dianggap sebagai mereka yang zalim kepada dirinya sendiri! Zalim dalam konteks ini adalah kufur kepada diri sendiri.

Misalnya budaya memakan daging babi adalah sebahagian dari budaya masyarakat pemakan daging hewan itu yang begitu sensitif sekali. Mereka akan mempertahankan dengan apa cara sekalipun sekiranya budaya mereka itu diusik. Walaupun memakan daging babi mendatangkan penyakit disahkan secara saintifik dan disebut oleh agama, namun mereka tetap memakan daging berkenaan. Kerana apa, kerana ia sudah menjadi adat dan budaya turun temurun.

Begitu jugalah minum arak atau minuman keras. Walaupun doktor menasihati minuman itu mudharat dan dicegah oleh semua agama, namun ia tetap menjadi kegemaran peminumnya. Peminum tidak akan peduli apa yang dikatakan kepadanya. Jsuteru kalau ada orang cuba menghalang atau menganggunya atas muslahat pihak lain, maka ia akan menentang habis-habisan walaupun terpaksa tercabut telinga dan terkoyak hidung.

Kerana kesebatian budaya dan traidsi itu kepada pengamalnya, saya tidak nampak usaha Pas Selangor untuk mencegah penjualan arak di negeri itu akan berjaya. Usaha itu hanya akan menjadi isu saja dan akan dieksplotasi oleh manusia politik lain. Apa lagi ada pihak yang tidak meminum arak seakan mempersoalkan tindakan Pas Selangor itu sebagai songsang dan dikesalkan. Anih, pihak penentangnya dianggap sebagai bersalah. Kononnya arak perlu dijual bebas atas alasan kemanusiaan dan kepentingan politik.

Nampak dalam soal ini mereka yang berkadas pendapat dengan Pas Selangor mementingkan politik daripada agama, ataupun cuba memisahlan tanggungjawab agama dari politik.

Pun begitu tindakan Pas Selangor itu harus disokong sepenuhnya. Umat Islam harus memberi sokongan dan semangat tanpa mempedulikan alasan-alasan duniawi lainya. Apa yang dilakukan oleh Pas Selangor itu adalah usaha yang baik dan murni. Usaha itu sebagai melaksanakan tanggungjawab dan kewajiban Pas sebagai sebuah harakah Islamiah.

Mencegah kemungkaran seperti arak, perjudian, pelacuran itu adalah fardu kifayah. Makanya tindakan Pas Selangor itu bagi menyelamatkan umat Islam seluruh Selangor daripada berdosa. Menyalamatkan Khalid Ibrahim selaku MB, menyalamatkan Khir Toyo bekas MB atau menyelamatkan Azmin Ali bakal MB.

Kepentingan ini nampaknya tidak dipandang di sebalik tindakan Pas Selangor itu kerana ianya dilindungi oleh kepentingan politik. Dalam hal ini kepentingan agama digadaikan kerana mengejar kepentingan politik.

Samaa ada usaha itu membuahkan hasil atau tidak, Pas Selangor sudah terlepas daripada menanggung dosa. Pas Selangor sudah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh parti dan ahli serta penyokongnya. Perjuangan Pas telah dilaksanakan di Selangor! Soal menang dan kalah dalam perjuangan ia adalah subjektif, tidak bermakna menang itu benar dan kalah itu salah.

Kutukan ke atas Pas Selangor oleh ahlinya sendiri usahlah dipedulikan. Kutukan itu tentu lahir dari mereka yang berbeza pandangan dan iktikad politiknya atau ada masalah peribadi dengan pihak Pas Selangor. Yang jelasnya yang jahil mengenai agama.

Mereka yang mentang tindakan itu ialah mereka yang melihat kemenangan bagi Pas ialah kuasa; dapat jadi menteri dan sebagainya dan bukannya kejayaan mencegah kemungkaran walaupun dengan daya yang paling minimum seperti mengangkat sepanduk berharga RM5 untuk menentangnya. Mereka yang menentang tindakan itu ialah mereka yang mencagarkan agama untuk kuasa politik.

Seperkara lagi kepada orang politik yang menentang arak, maksiat dan babi di Selangor, itulah hakikat politik. Adakalanya tindakan dan keputusan dalam politik tidak sama dan berbeza walaupun berada di bawah satu lambang. Manusia politik sangat ego dengan diri masing-masing dan 'wahadah' hanyalan mainan bibir saja bagi mempengaruhi khalayak.

Hakikat ini kena faham dan diterima. Kalau anda sedia menerima perbezaan ini maka teruslah berpolitik dan kalau tidak dapat menahannya silalah berhenti menjadi ahli politik. Politik harus diserahkan kepada ahlinya saja yang bersifat rencam. Sebab dalam politik tidak ada haram hanya ada halal. Tidak ada makruh hanya ada mustahil. Tidak ada kalah hanya ada menang. Kadangkala fakta tidak diperluan yang penting keng yang keras di samping kuasa dan kewangan walaupun kewangan itu diambil dari kontong kerajaan!

Sumber: MSO

Wednesday, August 5, 2009

Alhamdulillah, syukur pada-MU

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, August 05, 2009 1 comments


Alhamdulillah. Tahun ini najah sofi jaid. Semester depan tahun 4. Allah, Pembantu yang Maha Berkuasa lagi Maha Agung. Tahniah kepada zaujahku tercinta, najah naik tahun 4. Rezeki untuk baby kami yang bakal lahir pada akhir bulan depan. Juga tahniah buat sahabatku, Muhammad Hanif dan Solehuddin najah sofi jaid. Juga sahabatku Mursyid, Firdaus (Veron) dan lain-lain lagi yang naik tahun. Yang tidak naik tahun, usaha dan berusaha dengan baik dan kental. Allah bersama mereka yang berusaha dengan titik peluh mereka sendiri.

Ulama'

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

Tolabah

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya

Akhbar

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

Tv Online

tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
 

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez