Manfaat Buku

Sebelum balik Malaysia nanti, anta kena siapkan paling kurang sebuah buku untuk rakyat Malaysia. Kalau mampu tambah lagi, buat untuk ringkasan madah paling susah untuk kuliah anta. Mungkin Balaghah ke? Apa sahaja boleh"

Semanis Tawakkal

"Alhamdullilah, akhirnya imtihan dah selesai, Bolehlah ana balik selepas Asar nanti" sapaku kepada Hanif yang baru keluar dari pintu gerbang Al-Azhar. " Iya, tapi anta kena ingat kita ada syafawi ( ujian lisan) lagi. Kiranya aku bersyukur banyaklah", jawabnya sambil memandang ke arah ladang gandum.

Imam Bukhari

Imam al-Bukhari, Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari (194H-256H) adalah seorang tokoh hadis yang paling unggul dalam sejarah perkembangan ilmu Hadis sehinggalah ke hari ini, ketokohan beliau masih tiada tolok bandingnya.

Followers

Thursday, May 28, 2009

KEPIMPINAN ULAMA TERCABAR??

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Thursday, May 28, 2009 0 comments

Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
tokoh kepimpinan ulama yang sukar dicari ganti


"apa pandangan anta tentang kepimpinan ulama yang semakin hari semakin dicabar?" seorang kawan melontarkan soalan untuk bertanya pandangan.

Mendengar soalan itu, aku terus menjawab, "kepimpinan ulama wajar di pertahankan. Ana rasa, apakah kepimpinan ulama tercabar itu, ia tidak berlaku sama sekali".

Mendengar jawapanku, kawan tersebut mengkerutkan dahinya. Sambil itu dia berkata, "anta tak nampak ke, sekarang golongan professional sedang usaha hendak melawan ulama?"

"ulama adalah orang bertaqwa. Orang bertaqwa itu adalah ulama. Apabila dia bekerja untuk menangkan islam, bermakna dia adalah ulama, kerana orang yang bekerja menangkan islam adalah orang bertaqwa"
jawabku memberi penerangan yang tergantung.

Kawanku itu berkerut dahi, seraya bertanya, "macam mana tu syaikh??"

"anta tahu tak kadar banyak mana ilmu seseorang yang boleh dita'rifkan sebagai ulama?"
tanyaku

"orang yang belajar agama secara formallah"
jawabnya ringkas agak kurang memahami.

"anta tahu tak, ada orang belajar pondok 20 hingga 30 tahun, tapi dia tak pandai baca Al-Quran?"
soalku lagi

"ada ke macam tu? Tapi, ia tidak mustahil"
jawabnya.

"ana belajar pakistan 4 tahun. Sebelum tu, ana belajar Pondok lubuk tapah pasir Mas selama 3 tahun. Lepas pakistan, ana pergi mesir. Masa ana masuk pondok dulu, ada seorang kawan tu, dia dah belajar pondok 4 tahun. Masa ana balik dari mesir, dia masih lagi duduk di pondok. Sedihnya, dia masih lagi tak leh baca kitab. Kadang-kadang dia baca Al-Quran, banyak tajwid salah"
keterangan permulaan yang aku lontarkan.

"maksud anta?"
soalnya.

"Maksud ana, ulama itu tidak semestinya dia dilihat belajar agama secara formal, bahkan jika dia sudah boleh faham ilmu agama dan beramal, dia sudah cukup disebut sebagai ulama"
jawabku sebagai sambungan dari keterangan awal tadi.

"ana kurang jelas"
kawanku itu masih kesamaran lagi.

"anta tahu tak, orang kaya tu, berapa banyak kadar hartanya yang boleh diisytiharkan dia sebagai orang kaya?"
soalku balik.

Dia mengkerutkan dahinya seakan-akan 'blur'..

"ada orang kaya dengan 2 ribu"
sambungku. "ada orang kaya 2 juta. Ada orang kaya 20 juta. Betul tak?" lontaran soalan yang aku lakukan.

"yap. Betul"
jawabnya ringkas.

"begitujugalah orang berilmu. Ada orang ilmunya banyak setahap 2 ribu. Ada orang mempunyai ilmu setahap 2 juta. Ada orang berilmu tahap 20 juta"
jawabku.

Dia berfikir seketika, lalu berkata, "tapikan, lebih baik la kita lantik pemimpin, orang yang mempunyai ilmu setahap 20 juta"

"ya benar"
jawabku, "tapi, apakah dengan sebab dia belajar agama secara formal, maka dia mempunyai ilmu setahap 20 juta itu?" tanyaku balik.

Dia melihat ke dinding. Dahinya berkerut berfikir. lalu berkata, "tidak semua la. Sebab, ada kawan anta duduk di pondok berpuluh-puluh tahun pun, masih tak betul lagi bacaan tajwidnya"

"itu yang ana maksudkan, ulama itu tidak boleh dinilai dengan semata-mata dia belajar agama secara formal; maksud ana, masuk universiti atau masuk pondok. Bahkan, sudah memadai dia dikira sebagai ulama, jika dia memahami ilmu agama dan dia beramal dengan ilmunya"
aku memberi penerangan.

"pun begitu, ulama yang sebenar adalah ulama yang mencontohi Nabi SAW dalam semua sudut dan aspek"
sambungku, "ulama atau orang bertaqwa itu, dia berfikir untuk majukan islam. dia tidak menipu orang bawahnya. Berstrategi dalam menyampaikan dakwah islamiyyah dan banyak lagi, maka dia adalah ulama yang sebenar. Walaupun ilmunya setahap kaya 2 ratus sekalipun"

"bermakna, jika dia dilihat mempunyai pendidikan professional secara formal, tetapi dia mempunyai kefahaman agama yang baik, disamping mempunyai kesungguhan dan berstrategi dalam menyampaikan dakwah islamiyyah. Maka dia adalah ulama juga, bahkan dia lebih baik berbanding orang dari kalangan orang yang belajar agama secara formal, tetapi tidak mempunyai kepakaran dalam dakwah secara berstrategi"
sambungku secara panjang lebar.

Dia tersenyum mendengar kupasanku itu, sambil berkata, "maknanya, dakwaan ulama tercabar itu tidak benarlah?"

"yap.. mereka yang takut itu, hanya mereka yang tertipu dengan emosi mereka sendiri sahaja, malah tidak mengkaji maksud istilah ulama mengikut konsep Al-Quran itu sendiri"
sambil senyum aku menjawab.

Sambungku lagi, "mana lebih baik, dakwah islamiyyah tergadai dengan orang belajar agama tidak jadi pemimpin?" soalku

"kalau berdasarkan apa yang anta kupas tadi, ulama yang sebenar adalah mereka mempunyai strategi dakwah. Makanya, kalau dia belajar agama pun, dakwah islamiyyah tak berstrategi, malah dakwah islamiyyah tergadai, maka dia bukan ulama la.. bukankah begitu?"
soalannya memprovoke.

Sambil senyum aku menjawab, "bukan bermakna dia tidak ulama, tapi dia ulama yang tidak layak menjadi pemimpin"

Kami ketawa dengan diskusi yang berlaku secara tidak sengaja itu.

Sebelum kami berpisah, sambil ketawa aku menyebut dengan nada menyindir, "buat apa orang tu belajar agama banyak-banyak, tiba-tiba tipu orang bawah. Sekejap kata ada pertemuan. Sekejap kata tidak ada pertemuan"

Dia ketawa mendengar kata-kataku itu, seakan-akan faham maksud disebalik sindiraku itu.

Sekian

Sumber: Bakistani

Tazkirah Remaja: Iman boleh cegah jahiliah moden

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Thursday, May 28, 2009 0 comments


ANAK adalah pewaris dan penyambung keturunan. Tetapi anak sebenarnya bukan milik kita, sebaliknya anugerah Allah.

Ada yang berusaha untuk mendapat anak tetapi tidak juga mendapatnya. Ada yang tidak hendak anak tetapi dapat pula dan bila dah tak nak anak dibuangnya pula anak itu.

Memang zalim mereka yang buang anak. Mereka buang sebab cara mendapatnya yang tidak betul, dengan berzina.

Perbuatan zalim ini tidak akan berhenti dengan perbuatan terkutuk selagi ada manusia bertopengkan syaitan yang tidak pernah insaf daripada noda yang dilakukan.

Selepas berseronok melakukan hubungan zina yang diharamkan, mereka melakukan pembunuhan kejam. Malah, bagi mereka buang bayi tidak ubah seperti buang sampah yang sudah busuk dan tidak lagi diperlukan.

Amalan hina itu lebih buruk daripada binatang dijadikan Allah dengan rasa kasih sayang dan belas kasihan terhadap darah daging sendiri.

Bimbang malu atas keterlanjuran tidak boleh sama sekali dijadikan alasan untuk membunuh nyawa yang tidak berdosa. Malah, keadaan itu mendedahkan pelaku kepada jenayah membunuh dengan sengaja lalu mengundang kemurkaan Allah.

Masyarakat Arab jahiliah sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w pernah membunuh anak perempuan kerana malu dan dianggap tidak setanding dengan anak lelaki yang gagah dan boleh diajar berperang.

Hal ini dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: "Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang dia menahan perasaan marahnya dalam hati. Dia bersembunyi dari orang ramai kerana (berasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (dia beroleh anak perempuan sambil dia berfikir), adakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina atau dia akan menanamnya hidup-hidup di dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu." (Surah al-Nahl, ayat 58-59)

Tetapi kini, kejahatan manusia melampau naluri semula jadi seorang ibu yang sepatutnya menjadi belas serta sayang terhadap anak dilahirkan.

Jantina bayi tidak lagi menjadi perhitungan, malah jika yang lahir pondan sekalipun, mahu dibuang atau dibunuh tetap akan dilakukan.

Ada dibuang di dalam lubang tandas, ditinggalkan di tepi semak, tempat pembuangan sampah, dicampak ke dalam longkang dan terbaru seorang bayi seberat 3.05 kilogram ditemui ditinggalkan semalaman di perhentian bas sehingga dikerumuni ribuan semut.

Manusia jenis apakah tergamak melakukan perbuatan keji seperti itu? Sungguh ia perlakuan manusia dirasuk iblis hingga akal tidak lagi dapat berfungsi dengan sempurna.

Setiap kali isu itu dibangkitkan pelbagai pihak tampil memberikan cadangan, tetapi hingga kini masih belum ada jalan penyelesaian.

Oleh itu, punca masalah perlu terlebih dulu dikenal pasti bagi mencari penawar untuk mengubati penyakit masyarakat yang sudah lama menjadi barah.

Pergaulan bebas tanpa batasan, keinginan muda-mudi berseronok, terpedaya dengan pujukan pasangan, kurang perhatian dan kasih sayang ibu bapa, tidak melaksanakan perintah agama antara punca amalan tidak bermoral berterusan.

Bagi membendung jenayah ini, golongan muda-mudi Islam dinasihatkan kembali ke jalan benar. Mereka wajib kembali kepada beramal dengan ajaran al-Quran dan sunnah Rasul-Nya.

Setiap Muslim diingatkan supaya sentiasa menunaikan solat dan tidak mengabaikannya. Semoga ia mampu menjadi benteng serta pelindung kepada pelakuan dosa.

Allah berfirman maksudnya: "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Ibu bapa pula diingatkan supaya tidak terlalu leka mengejar kemewahan dunia yang sementara menyebabkan tanggungjawab mendidik anak terabai.

Walaupun kemungkinan anak tidak lagi tinggal serumah apabila sudah bekerja, ibu bapa seharusnya tahu tempat tinggal, rakan dan tempat bekerja mereka. Dengan itu, anak akan berasa keprihatinan ibu bapa walaupun berjauhan.

Selain itu, pesta hiburan sehingga lewat malam yang menjurus kepada pergaulan bebas tanpa sempadan juga hendaklah dihentikan.

Stesen televisyen juga disaran mematuhi garis panduan penayangan filem dengan menghentikan filem berunsur lucah dan ganas daripada tayangan umum.

Seterusnya, marilah bersama menyumbang dengan melaksanakan kerja menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran untuk kebaikan semua.

Budaya tegur-menegur dan saling nasihat-menasihati perlu menjadi amalan dalam masyarakat supaya amalan buruk jahiliah moden ini dapat dibanteras.

Wednesday, May 27, 2009

Didik generasi muda tanggungjawab setiap Muslim

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, May 27, 2009 0 comments


Semua pihak perlu serius tangani masalah disiplin pelajar, remaja yang semakin parah

STATISTIK Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan 2,562 pelajar ditahan pada 2003 dan 1,429 daripadanya terbabit pelbagai kes jenayah. Pada 2005 peratusan kes jenayah pelajar meningkat iaitu 5,543 berbanding 2004, 5,140 kes.

Rekod Kementerian Pelajaran menunjukkan 21,060 pelajar (0.39 peratus) ponteng pada 2007, manakala 24,840 pelajar (0.46 peratus) pada tahun sebelumnya.

Selain ponteng, salah laku pelajar kurang sopan seperti merokok, tidak hormat guru dan pengawas serta berbahasa kesat adalah kesalahan paling banyak berlaku di sekolah membabitkan 23,220 kes (0.43 peratus) tahun lalu dan 19,980 kes (0.37 peratus) pada 2006.

Kesalahan berunsur jenayah seperti mencuri, mencederakan pelajar, bergaduh dan pukul juga antara kes banyak dicatatkan di sekolah iaitu 18,900 (0.35 peratus) tahun lalu dan 18,360 (0.34 peratus) pada 2006. Isu lewat ke sekolah atau tidak pentingkan masa juga agak ketara dengan rekod 18,360 pelajar (0.34 peratus) terbabit tahun lalu dan 15,120 pelajar (0.28 peratus) tahun sebelumnya.

Perlu diinsafi, renteten peristiwa demi peristiwa yang berlaku di kalangan pelajar kini mendukacitakan, sekali gus menjadi isyarat jelas kepada kita indeks keruntuhan akhlak di kalangan pelajar berada pada paras berbahaya.

Apa yang berlaku wajar diberi perhatian serius pelbagai pihak bertanggungjawab daripada ibu bapa, masyarakat dan kerajaan dalam mendepani kemelut yang meruncing dan tidak ketinggalan, umat Islam perlu menginsafi apakah corak pendidikan dicurahkan kepada anak muda masih tidak mencukupi.

Lantaran itu, mereka mudah terjerumus ke kancah yang akhirnya bukan saja memudaratkan diri sendiri, malah mengancam kesejahteraan masyarakat dan kestabilan negara. Umat Islam juga wajib menghisab diri apakah fenomena ini disebabkan mereka melupakan tanggungjawab mendidik generasi muda yang bakal mewarisi takhta kepemimpinan pada masa akan datang.

Oleh itu, tidak wajar kita memandang remeh apa yang berlaku dan seterusnya menganggap ia masih belum serius dan terkawal. Kita mesti berwaspada serta sentiasa beringat sepanjang masa.

Jangan pula apabila masalah sudah menjadi parah, baru kita mengambil tindakan susulan padahal ia sudah terlambat seperti kata orang tua, sudah terhantuk baru tengadah.

Umat Islam tidak usah menuding jari menyalahkan siapa yang bertanggungjawab terhadap krisis akhlak dan disiplin pelajar.

Islam menganjurkan umatnya mendidik anak dengan ilmu dunia dan akhirat. Generasi muda terdidik dengan iman, ilmu dan akhlak adalah generasi yang ampuh dan mampu berdepan cabaran zaman penuh pancaroba.

Namun, tugas mendidik bukan mudah, ia mesti dipikul setiap Muslim dalam masyarakat Islam. Perlu ditegaskan skop didikan bukan sekadar memberi makan pakai secukupnya, malah mencakupi bimbingan ke arah kebaikan dan kebahagiaan sebenar.

Ibu bapa ialah pendidik pertama kepada anak dan tidak dinafikan tanggungjawab mendidik paling besar sebenarnya terhimpun pada bahu mereka untuk mencorakkan jenis pendidikan yang akan mewarnai hati, akhlak, perwatakan serta pemikiran anak.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih dari dosa). Ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari)

Dapat disimpulkan beratnya tanggungjawab terpaksa dipikul ibu bapa. Sebab itu, sebarang kesilapan dilakukan dalam proses mendidik anak atau mengabaikan tanggungjawab itu akan membawa kemudaratan hidup anak dan mereka.

Walaupun tanggungjawab mendidik terletak di bahu ibu bapa, masyarakat sekeliling juga bertanggungjawab mendidik generasi muda Islam. Oleh itu, jangan sesekali bersikap tidak ambil peduli mengenai hal orang lain.

Masyarakat Islam sebenarnya ialah masyarakat yang bersatu padu, saling bahu-membahudan tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan. Bukankah tugas mendidik juga termasuk dalam perkara kebajikan dan ketakwaan.

Lantaran itu, generasi muda perlu didekati dan dididik oleh setiap masyarakat melalui pendekatan terbaik seperti firman Allah bermaksud: "Dan serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan peringatan yang baik." (Surah al-Nahl, ayat 125)

Justeru, generasi muda yang hanyut dibawa arus kemungkaran perlu diselamatkan, ditegur dan dipimpin ke arah jalan lurus sesuai sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Barang siapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya), dan jika dia tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman." (Hadis riwayat Muslim)

Kesimpulannya, tanggungjawab mendidik adalah tanggungjawab mulia dan besar ganjarannya di sisi Allah. Justeru, setiap anggota masyarakat dari pemimpin, rakyat dan seterusnya ibu bapa hendaklah memikul tanggungjawab mendidik generasi pewaris mereka nanti.

Sikap saling mengajar kepada perkara bermanfaat dan tegur menegur terhadap perkara yang silap sewajarnya terhias dalam setiap anggota masyarakat. Dengan itu, barulah masyarakat Islam terhindar daripada sebarang kemelut dan krisis moral yang meruncing.


Ibadat Umrah

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, May 27, 2009 0 comments

Melaksanakan umrah adalah merupakan fardu ain bagi setiap orang Muslim lelaki dan perempuan yang mempunyai keupayaan baik dari segi kewangan mahupun kesihatan fizikal.

Berbeza dengan ibadah haji, ibadah umrah boleh dilaksanakan sepanjang tahun manakala ibadah haji hanya boleh dilakukan pada bulan haji sahaja iaitu pada bulan Zulhijjah.

Di dalam Islam, ibadah umrah adalah bertujuan memperhambakan diri kepada Allah SWT dengan mengingati kebesarannya serta kekuasaannya. Selain kemanfaatan untuk akhirat, umrah juga mampu memberi faedah dan kebaikan dari segi pembentukan rohani, moral, kemasyarakatan, ekonomi, politik dan lain-lain.

Manakala amalan ziarah yang diamalkan oleh agama-agama lain pula hanyalah bertujuan melawat kubur orang-orang suci dan peninggalan nenek moyang mereka sahaja.

Dalam ibadah haji dan umrah, setiap perkara yang dilakukan bukanlah hanya perbuatan semata-mata. Setiap perbuatan itu mempunyai sejarah, nilai dan hikmahnya yang tersendiri.

Secara tidak langsung ia mampu melatih umat Islam untuk bersatu padu, kenal mengenal antara satu sama lain serta menanam semangat perjuangan dalam berusaha untuk menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Di sinilah buktinya kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT dalam mentadbir urusan alam.

Monday, May 25, 2009

Larangan Meminang Ke Atas Pinangan Orang Lain

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, May 25, 2009 1 comments



Kita sudah maklum bahawa Islam menggariskan panduan kepada umat manusia ini kerana ia adalah untuk menjaga kemaslahatan dan kebaikan bersama. Jadi kali ini saya nak berkongsi ilmu tentang tajuk persoalan yang diberikan kepada pengunjung blog ini. Jadi saya telah mengambil manfaat dari kitab Fiqhul Usrah Fi Islami karangan Doktor Asyraf Muhammad Khatib dan Doktor Abdul Tauwab Muhammad Hilmi.

Bersabdalah Nabi Muhammad (SAW) dalam hadisnya yang sohih. (1)

حدثنا مكي بن ابراهيم حدثنا ابن جريح قال سمعت نافعا يحدث أن ابن عمر رضي الله عنهما كان يقول : نهى النبي صلى الله عليه وسلم أن يبيع بعضكم على بيع بعض ولا يخطب الرجل على خطبة لأخيه حتى يترك الخاطب قبله أو يأذن له الخاطب : أو كما قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

" Nabi (SAW) melarang membeli sebahagian daripada kamu akan (belian) orang lain dan melarang seorang lelaki meminang ke atas pinangan saudaranya sehingga peminang ( pertama ) meninggalkan ( menolak ) sebelumnya atau memberi izin dari peminang ( yang pertama ) bagi dirinya (peminang kedua). "

Maka telah terjadi khilaf di kalangan ulama' mengenai hukum pengharamannya.

1) Ibnu Hajr mengatakan larangan itu bermaksud haram seperti yang telah diputuskan oleh Jumhur Ulama keranasanya larangan itu adalah untuk menjaga kemaslahatan Bani Adam. Maka haramnya seperti haramnya mengambil harta secara paksa dan menumpah darah.
(2)

2) Al-Khitabi berpendapat ianya adalah larangan tetapi hanya untuk pengajaran sahaja.
(3)

3) Sebahagian daripada Ulama Malikiah mengatakan makruh.(4)

4) Imam Nawawi pula mengatakan bahawa larangan tersebut adalah berbentuk haram mengikut Ijma' Ulama' kerana mengambil dalil sorih daripada hadis Nabi Baginda Muhammad (SAW). Kerananya adalah perempuan yang ditunang oleh lelaki pertama sibuk dengannya untuk bersuai kenal. Jadi apabila berlaku pinangan kedua lelaki lain sedangkan pinangan pertama belum ditolak, ia akan menyalakan api permusuhan di antara kedua-duanya sekali.(5)

5) Ibnu Arabi sependapat dengan jumhur Ulama mengatakan haram juga.(6)

Jumhur Ulama meletakkan syarat bahawasanya hukum meminang pinangan orang itu haram apabila: (7)

a) Pinangan pertama terjadi dahulu. Jikalau lelaki pertama itu hanya sekadar untuk berkenalan tanpa ada tuntutan untuk berkahwin ataupun tidak ada rasa meminati perempuan itu, maka hukumnya adalah harus dan dibolehkan orang kedua masuk meminang. Ini kerana apabila tidak ada lafaz tuntutan berkahwin, maka ia tidak dikira bertunang.

b) Pinangan pertama itu telah diharuskan oleh syara' padanya. Jikalau lelaki pertama itu mempunyai keuzuran syara', maka tidaklah ada baginya terjadi pertunangan. Contohnya, seorang lelaki meminang akan perempuan yang ditalak oleh suaminya dengan talak satu dan masih dalam talak raj'i dan masih dalam tempoh iddahnya. Ini kerana apabila lelaki pertama tadi diharamkan sama sekali untuk meminang perempuan tadi disebabkan ia masih dalam tempoh iddah. Jadi tuntutan lelaki pertama itu tidah sah dan tidak dikira bertunang. Apabila terjadi kes sebegini, maka haruslah bagi lelaki kedua masuk meminang dengan syarat, tamat tempoh iddahnya.

c) Pinangan pertama itu sentiasa berkekalan. Jikalaulah lelaki pertama meninggal dunia, maka haruslah bagi lelaki yang kedua masuk meminang.

c) Orang yang kedua itu mengetahui hukum meminang atas pinangan orang lain itu adalah haram.

d) Perempuan yang ditunangi itu telah menerima pinangannya lelaki pertama atau walinya sudah menerimanya. Maka tidak harus lelaki yang kedua masuk meminang.

Jadi kesimpulannya, pendapat yang diterima oleh jumhur ulama adalah
haram meminang atas pinangan orang lain.

(1) Sahih al-Bukhari : Bab Nikah
(2) Fathul Bari Ibnu Hajar : Juz 19 m/s 239
(3) Fathul Bari: Juz 19 m/s 240
(4) Al-Muqaddimah Ibnu Rusyd : Juz 2 m/s 58
(5) Al-Majmu' syarah Al-Muhazzab bagi An-Nawawi: Juz 16 m/s 2261
(6) 'Aradhoh Al-Ahwazi syarah sohih Tirmizi : Juz 5 m/s 7
(7) Al0Syarah Al-Kabir Ad-Dur Dair : Juz 2 m/s 217

Sunday, May 24, 2009

Meniti Gerbang Perkahwinan

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, May 24, 2009 1 comments


" Hanif , hang nak ikut ana tak pergi Alex esok ?" tanyaku padanya seraya menoleh ke arah Nordin.

" Hang ada keje ke kat sana, ke ada benda lain ? " balas pertayaanku.

" Saje je ajak hang, tengah tension ini. Kena cari ketenangan di tepi pantai . Banyak muqarra imtihan ni," jawabku dengan penuh keyakinan.

" Insya-Allah kita akan bermalam di rumah Ustaz Redwan. Tapi yang paling penting, ana nak adakan liqa ( perjumpaan) dengan khibati ( tunang ) ana," jelasku sambil menjeling ke arah Nordin, sahabatku ketika berada di tingkatan 6 STAM.

" Din, hang pun kena iring ana. Segan sikit kalau hang tak ade," pintaku.

" Oooo. Patutlah ajak aku, mesti nak bakar semangat aku." Gelak besar kami saat itu.

Liqa bersama tunangku

Petang itu, dia bersama beberapa orang kawannya datang serentak ke kediaman Ustaz Redwan. Sememangnya saya menunggu dengan penuh debaran. Hanif dan Nordin sejak dari tadi asyik mengusik. Apa yang penting, saya berharap dengan pertemuan dengannya bersama Ustaz Redwan dan kawan-kawan akan menghasilkan natijah yang baik untuk kami. Apabila kami sudah bersedia, Ustaz Redwan membuka majlis dan menyampaikan kalam-kalamnya. Dari apa yang saya dapat fahamkan dari nasihatnya tentang batas-batas pertunangan ini :

1) Menjaga batas-batas pergaulan dengan baik.
2) Mengehadkan tempoh pertunangan.
3) Menggalakkan ikatan ini berakhir dengan perkahwinan.
4) Sedia memikul tanggungjawab dengan baik.

" Mustakim, anta kena kuat dan semangat tau apabila sudah berkahwin. Perkahwinan bukan untuk sehari tapi untuk sepanjang hari," tegasnya sambil tangannya diangkat menunjukkan semangatnya.

" Kena sabar dengan apa yang Allah akan uji pada kamu berdua. Asam garam kehidupan ini sangat banyak untuk dikongsi," kepalaku menggangguk tanda setuju.

" Satu lagi, hidup dalam alam perkahwinan ini perlukan kepada tolak ansur. Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya dan bukan menerima sebanyak-banyaknya," katanya dengan penuh emosi dan semangat.

Alhamdulillah, petang itu kami dilayan dengan sebaik-baiknya. Bagi saya, pertemuan singkat antara kami berdua bertemankan kawan-kawan disekelilingnya sangat bermakna sebelum kami pulang ke Malaysia untuk merancang perkahwinan kami.

" Ustazah, terima kasih kerana sudi datang. Ana harap apa yang disampaikan itu, baik untuk kita berdua," kataku seraya mengiyakan Ustaz Redwan.

" Ustaz pun sama. Ana harap macam itu juga. Nanti jangan lupa makan. Ana tinggalkan bekalan untuk Ustaz dan kawan-kawan Ustaz," katanya sambil meletakkan bungkusan plastik di atas meja.

"Assalamualaikum."

" Waalaikumusalam."

Natijah

Seharusnya pada mereka yang sudah mengikat tali pertunangan, mempercepatkan hingga dapat berkahwin. Tempoh pertunangan yang terbaik adalah sekejap dan tidak berlanjutan lama. Ulama menetapkannya adalah supaya dapat menghindari daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Perjumpaan ( liqa) mestilah bersama dengan orang yang dipercayai seperti kawan-kawan atau seorang musyrif. Itulah yang terlebih elok untuk dilakukan. Semoga dengan perkongsian hidup ini dapat membantu anda sekalian.

Friday, May 22, 2009

Versi Ceramah Ustaz Azhar

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Friday, May 22, 2009 0 comments

Bila dah pening-pening study, macam biasalah tengok youtube ceramah Ustaz Azhar, Ustaz Shamsuri dan sebagainya. Hari ini, sempena hari Jumaat. Eloklah dengar ceramah dari Ustaz Azhar. Ok. Senyumlah selalu.


















Monday, May 18, 2009

Ibu dan Al-Quran

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, May 18, 2009 0 comments



" Abang, mari sini kejap " Pinta isteriku sambil mengusap bahagian perut.

" Kenapa sayang, ada apa-apa ke? "tanyaku kehairanan.

" Baby kita tengah gerak-gerak ini. Sayang rasa seronoklah." Sambil mengalihkan Al-Quran yang baru tamat bacaannya.

" Yerke.. Sini abang nak dengar. Mungkin umminya baru sudah baca Al-Quran, dia suka." Sambil tanganku mengusap halus di ubun-ubunnya.

" Insya-Allah nanti bila sayang baca selalu Al-Quran ini, mudah-mudahan anak kita jadi yang terbaik untuk kita." Harapanku memanjatkan rafa' ke hadrat-Nya.

Alhamdullilah kandungan isteri saya sudah masuk minggu ke 21. Tinggal 19 minggu lagi sebelum isteriku bersalin. Mungkin akhir Ramadhan ini atau Syawal tahun ini. Bacaan Al-Fatihah setiap hari untuknya dan isteri membuatku ternanti-nanti ketibaan cahayamataku. Ya Allah jadikan isteriku dan zuriatku ikutan bagi orang Mukmin.

Al-Quran

Anak-anak yang bijak dan pintar selalu dikaitkan dengan pemakanan ibunya semasa mengandungkan bayi mereka. Memang ini tidak dinafikan peranan makanan ketika hamil. Tetapi ada satu lagi faktor yang membuatkan hati kita terasa sangat tenang dan damai.

Seorang ibu yang terpaksa memikul bebanan mengandung, ke hulur ke hilir lebih-lebih lagi sebagai contoh isteriku yang sedang sibuk mengulangkaji pelajaran dan dan membuat persedian. Penat dan lesu.

Itulah dia sebahagian daripada perjuangan seorang ibu. Dalam masa yang sama, sibuk dan syaghal dengan membaca kalam-Nya. Itu semua adalah satu nikmat dan kurniaan yang akan memberikan satu kekuatan rohani kepada ibu dan bayi yang dikandungi itu.

Kerana itulah pengalaman daripada para bapa veteran dan senior memberi impak yang baik untuk para bapa junior menghadapi saat tumbesaran bersama anak-anak.

Oleh itu, sematkanlah dalam hati ini perasaan yang sangat mendalam terhadap Al-Quran. Kerana dengan hati kita akan tenang.

Emosi ibu

Perit seorang ibu yang mengandungkan kita saat bersama dengan kita selama 9 bulan dan bersabung nyawa ketika melahirkan sungguh meletihkan. Tetapi dengan berbekalkan kekuatan EQ yang tinggi dapat membuatkan mereka cekal dan tabah.

Menyusukan, membasuh lampin dan pelbagai KERJAYA harian. Itulah mereka yang bergelar isteri dan ibu.
Emosi yang tinggi dan mantap inilah Allah menghadiahkan manusia bernama bayi. Lelaki dengan kekuatan fizikal dan mental pun tidak mampu melakukan semua ini.

Semoga Allah limpahkan kepada mereka ganjaran yang besar dan berlipat ganda. Mudah-mudahan usaha mereka ini Allah berikan ganjaran, ketenangan dan kebebasan. Terima kasih.





“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung keletihan demi kekeletihan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)” [Luqman 31: 14]

Saturday, May 16, 2009

Hasad Dengki

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Saturday, May 16, 2009 0 comments


Di dalam kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam Ghazali ada disebutakan sebab kepada terjadi hasad dengki di kalangan umat manusia.

1.Perasaan Permusuhan dan Kebencian.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, faktor ini adalah yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Ini kerana sesiapa sahaja yang telah disakiti hatinya oleh seseorang lain atas alasan-alasan tertentu maka hatinya akan terus marah lalu membenci. Pendek kata, ia selalu bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan.

2. Merasa dirinya mulia.

Dia merasakan dirinya ada seorang yang telah mengatasinya dalam pelbagai faktor contohnya. Ilmu,harta, pangkat dan kemungkinan boleh dikaitkan dengan sifat takbur. Malah dia rasakan mereka yang disekelilingnya terlebih rendah martabatnya dek dikeranakan nikmat yang Alah berikan padanya bersifat sementara.

3. Takabbur

Seseorang yang mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang lain dan selalu mengecilkan dan mempersendakan orang lain.

4. Ujub

Mereka merasa taajub dengan diri mereka sendiri. Hal ini menyebabakan mereka terhalang daripada menerima kebenaran dan selalu cenderong kepada kebathilan.

5. Ghairah mencari populariti.

Umpamanya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi manusia pertama yang tidak ada tolak bandingannya dalam salah satu jenis kemegahan dan kekakayaan. Sudah tentu dia tidak akan membiarkan kepada sesiapapun dapat menandinginya hatta untuk menghapuskan lawannya pun sanggup dilakukan.

6. Busuk hati

Manusia yang mempunyai sifat ini tidak suka kepada kebaikan diperolehi oleh hambanya yan lain. Apabila terdengar nikmat itu dari orang lain, semestinya sempitlah hatinya dan busuk hatinya. Akan tetapi apabila nikmat itu berada dalam genggamannya, maka dia akan bergembira dan suka hati.

Natijah yang paling penting adalah. hindarilah daripada sifat dengki ini ia mampu membakar amalan kebaikan yang kita lakukan.

Monday, May 11, 2009

Nizar Menteri Besar Perak yang sah

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, May 11, 2009 0 comments

Kemenangan Rakyat

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, May 11, 2009 0 comments


Cara belajar aku yang kedua bila dah pening-pening. Baca isu -isu politik. Hari ini pula Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengesahkan dan memutuskan DS Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak yang sah dan halal.

Jadi, bertambah semangat lagilah nak ulangkaji. Zaujah pun pelik tengok saya. Hihi. Ok. Kebenaran itu akan datang dan kebatilan itu akan lenyap.
Allahuakbar !! Allahuakbar !! Allahuakbar. Dah, sambung mutalaah.

Kalau dah penat study...

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, May 11, 2009 0 comments

Assalamualaikum.

Kali ini saya nak posting tentang cara saya nak menghilangkan tension di kala serabut dengan lambakan kitab yang banyak untuk dikhatamkan.Saya dah penat study...pergi dating dengan zaujah. Shoping di Fathaallah. Beli snek lazat dan murah. Berjalan-jalan berpegangan tangan. Bersenda gurau. Tersenyum simpul. Suka hati sayalah. Zaujah saya. Ambil kedamaian dan harapan baru di tepi pantai. Hihi. Cari tempat yang sesuai sambil menghayati keindahan ciptaan Allah. Kami memilih berhadapan dengan pantai. Duduk di tembok. Kalau masuk dalam, kena bayar LE 3 seorang. Itu tidak termasuk menyewa kerusi. Yang penting tujuan kami hendak tengok pantai.



Lebih-lebih lagi ulangkaji pelajaran Balaghah karangan 3 orang doktor cukup meletihkan untuk difahami dengan baik. InsyaAllah, Allah akan mudahkan untuk memahami. Amin.



Akhir sekali, jangan runsing dan gelisah. Kalau dah pening-pening. Mari datang Alexandria. Cari ketenangan dan kedamaian. Muhafazah lain, pakat-pakat datang sini. ok.



Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, May 10, 2009 0 comments


Terima kasih kepada mereka yang bergelar ibu dan bakal bergelar ibu. Jasamu cukup hebat dan besar. Tanpamu tiadalah kasih dari seorang yang bernama ibu. Ibu yang mampu mengoncangkan dunia dengan
bertarung nyawa hingga melahirkan zuriat yang kuat sehebat mereka yang bernama ibu-ibu yang bertuah.

Menunggu saat bertemu kembali selepas berjuang mencari permata ilmu di bumi anbiya' adalah satu penantian yang cukup menyeksaankan bagi jiwa seorang anak. Jangan risaukan.

Terima kasih. Buatlah baik kepadanya sebelum terlewat kerana tiada penganti yang setandingnya. Senyumlah kerana anda dilahirkan sebagai anak yang beribu. Sayangilah mereka sebelum terlambat. Sayang ibu membawa ke syurga. Doa ibu menjulang hingga ke sisiNYA. Berilah peluang kepadanya walau anda sesibuk manapun. Kerana nikmatNYA hanya diperolehi dan dikecapi sebelum ibu anda berada di sana.

Ya Allah, ampunlah dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua ibubapaku dan berikanlah kepada mereka kasih sayangMU sepertimana mereka menyayangi aku di waktu kecilku. Amin.

Alhamdulillah.


Saturday, May 9, 2009

Hutang, riba hukum-hakam pemodal

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Saturday, May 09, 2009 0 comments


Semua yang wujud dalam alam ini bergerak mengikut hukum alam. Manusia wujud melalui DNA. Bumi ini wujud kerana pertemuan, asakan dan pergumpalan pelbagai bentuk elemen kimia yang terpencar bersepah dalam udara hasil daripada Letupan Besar.

Seperti besi berani yang akan terus menghala medannya ke utara, begitu juga hukum hukum alam ini tidak berubah-ubah. Manusia yang memiliki akal akan mencari dan menemui hukum-hukum ini.


Penemuan hukum-hakam alam ini menjadikan asas kepada tamadun manusia. Hukum alam ini tidak akan beralih-alih. Hukum-hakam ini berkecuali, tidak memiliki nilai.

Nilai baik atau jahat lahir daripada akal manusia.

Madame Marie Curie menemui radium dan menemui cahaya X dalam uranium. Dia juga menemui hukum-hakam uranium. Ciri dan watak uranium tidak pernah berubah.

Apabila ditemui ciri dan hukum-hakam uranium, maka akal manusia jugalah yang cuba mengubah hukum-hakam ini sehingga melahirkan bom atom.

Kajian hukum-hakam algebra dan ilmu bintang oleh al-Khwarizmi di Baitul Hikmah, Baghdad di zaman Khalifah Al-Mamun berkembang hingga ke hari ini.

Hukum ilmu bintang ini berkecuali – hanya kuasa imperial Anglo-Amerika yang menggunakan hukum ini untuk kebejatan dengan meletakkan senjata di atas langit.

Kapitalisme juga bergerak mengikut hukum-hakam. Hukum pertama kapitalisme ialah: untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Hukum ini tidak akan beralih-alih.

Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam – hukum kapitalis tetap sama.

Kapitalisme juga bergerak melalui hutang. Sistem kapitalisme akan runtuh jika hutang dan riba tidak wujud. Kepala jahat yang melahirkan hutang dan riba ini ialah bank.

Justeru kita wajib memahami bagaimana bank mula bergerak untuk mendapat keuntungan maksimum.

Sebelum kemunculan bank – di zaman kapitalisma kaum pedagang - emas adalah tukaran. Justeru, jika kita menyemak Sejarah Melayu, kita akan terbaca ufti yang dibayar kepada Raja Siam berbentuk Bunga Emas.

Kita juga terbaca perkataan perak sebagai wang. Jika melawat musium, kita akan akan dapat melihat mata wang lama Alam Melayu – emas dan perak.

Para saudagar yang berniaga akan mengupah tukang emas untuk membuat kepingan emas dan perak ini sebagai tukaran membeli-belah.

Saudagar akan meninggalkan emas dan perak untuk disimpan ke dalam peti besi tuan kedai. Kepingan emas dan perak ini dijaga rapi. Sebagai tandanya, tuan kedai akan menulis di atas kertas jumlah emas yang tersimpan.

Kertas ini cukup berharga. Sesekali si saudagar akan datang melihat emasnya yang tersimpan.

Tuan kedai emas melihat bahawa surat yang ditulisnya telah diyakini umum. Keyakinan ini datang kerana tuan kedai bukan hanya menyimpan untuk seorang saudagar tetapi berbelas-belas.

Jika ada si saudagar atau sesiapa yang datang untuk melihat emasnya, tuan kedai akan memperlihatkan emas-emas kepunyaan saudagar yang lain. Keyakinan bertambah.

Dari sini hukum kapitalisme bergerak lagi. Contohnya, tuan kedai menyimpan 100 keping emas yang dimiliki saudagar Buluh Kasap. Jika disimpan, maka nilainya tidak bertambah.

Justeru tuan kedai telah menulis 200 keping kertas untuk Buluh Kasap. Ertinya, ada seratus keping kertas lebih daripada 100 keping emas. Lebihan kertas ni menjadikan modal saudagar Buluh Kasap bertambah satu kali ganda.

Kertas yang ditulis oleh tuan kedai ini diuar-uarkan sama dengan nilai emas yang tersimpan dalam peti besi tuan kedai - inilah asal-usul duit kertas atau bank note.

Daripada pengalamannya, tuan kedai tahu bahawa para saudagar ini tidak semuanya akan datang serentak untuk melihat emas simpanan masing-masing. Justeru, dia boleh memutarbelitkan jumlah kepingan emas yang disimpan.

Hukum keuntungan maksimum sistem kapitalis bergerak lagi. Kali ini tuan kedai bukan lagi mengeluarkan kertas kepada si penyimpan emas sahaja tetapi telah berani menjual kertas ini kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar untuk digunakan sebagai modal.

Kertas yang dijual ini pastilah telah melebihi daripada jumlah emas yang tersimpan. Perkara ini tidak diketahui umum kerana tuan kedai menyimpan emasnya secara rashia - konon untuk menjaga kestabilan suasana perniagaan.

Tuan kedai emas menjadi kaya dengan menjual kertas kosong yang tidak berasaskan emas. Justeru inilah asal-usul bank dalam sistem kapitalisme. Amat jelas bank bermula dengan pembohongan.

Pembohongan ini menjadi kukuh kerana adanya keyakinan daripada orang ramai. Mereka yakin kerana melihat ramai saudagar telah menyimpan emas dengan tuan kedai.

Tuan kedai emas ini juga dilihat hebat di kalangan masyarakat kerana memiliki rumah besar, isteri gemuk, makanan sedap, ada babu dan pengawal peribadi.

Tuan kedai emas ini akhirnya menjadi pemilik bank. Gejala ini berlaku 500 tahun dahulu. Jika kita membaca karya Shakespeare, kita akan bertemu dengan si Mamat yang bernama Shylock tuan peminjam wang di kota Venice.

Shylock ini watak pemilik bank 500 tahun dahulu. Hari ini watak, hukum-hakam dan ciri-ciri seorang pemilik bank tidak pernah berubah. Hutang wajib dibayar. Jika tidak, daging seketul wajib diagihkan.

Hari ini, 500 tahun kemudian, asas hukum perbankan tidak pernah berubah tetapi cara pengendalian lebih tersusun.

Umum selalu bertanya dari mana datangnya wang. Jawabnya: yang mencetak wang ialah bank. Caranya tidak jauh bezanya daripada amalan tuan kedai emas dahulu.

Contoh: Ada sebuah bank bernama Bank Buluh Kasap yang memiliki modal sebanyak 100 ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit seorang.

Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit. Lihat silap mata!

Dari 100 ringgit modal asal, kini menjadi 2100 ringgit.

Bank ini sebenarnya tidak memberikan pinjaman duit tetapi kredit. Tidak ada duit bertukar tangan - ini duit atas angin. Tuan punya bank seperti tuan kedai emas tahu bahawa tidak semua pelanggan akan datang serentak untuk mengeluarkan duit simpanan.

Bank memungut bunga dan riba – yang dipanggil untung. Duit bunga ini akan terus dipusingkan untuk dipinjamkan lagi. Ertinya duit dalam sistem ekonomi kapitalis lahir daripada hutang dan bunga.

Beginilah yang telah dilakukan oleh semua bank. Inilah caranya bagaimana duit muncul dalam pasaran. Sistem bank dalam ekonomi kapitalis bergerak mengikut hukum ini.

Dalam masa yang sama, si peminjam diminta memberi cagaran – amalan ini untuk menjamin keuntungan kepada bank. Jika si pelanggan gagal membayar hutang, maka cagaran akan terlupus.

Harus difahami bahawa bank membuat duit bukan melalui cagaran. Bank membuat duit dengan memberi orang berhutang. Cagaran hanya mainan silap mata untuk melahirkan keyakinan.

Katakan pada hari Rabu minggu hadapan, semua pelanggan Bank Buluh Kasap ingin mengeluarkan duit - maka tertonggeng dan terkangkang Bank Buluh Kasap!

Tidak ada duit sebenarnya dalam bank itu. Yang berpusing-pusing hanya kertas. Tertongeng dan terkangkang inilah yang sedang kita hadapi semenjak September 2008.

Bank Northern Rock di Scotland tertonggeng apabila semua penyimpan datang beratur untuk meminta wang simpanan mereka - permulaan hilangnya keyakinan orang ramai terhadap bank.

Orang ramai tidak yakin bahawa duit mereka akan selamat. Apabila orang ramai hilang keyakinan, maka silap mata bank akan kantoi. Orang ramai akan berbondong-bondong datang untuk mengeluarkan duit mereka.

Bank yang pandai main silap mata kini tidak dapat melakukan apa-apa melainkan mengaku diri mereka bankrap - inilah yang sedang berlaku sekarang.

Selama 30 tahun yang lalu, pelbagai bentuk mainan silap mata telah dilakukan oleh bank. Pemilik-pemilik ban ini telah mempengaruhi para ahli politik untuk melupuskan pelbagai larangan dan rintangan.

Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan yang terkumpul hasil daripada memakan riba, para pemilik bank telah memberi sumbangan kepada politikus.

Persekongkolan ini cukup intim. Para pemilik bank ini tidak pernah muncul di khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka.

Pada 2009, banyak bank telah muflis. Lalu timbul persoalan. Ke mana perginya duit-duit ini? Harta kekayaan tidak hilang, ia hanya bertukar tangan. Duit ringgit milik orang ramai yang tersimpan di bank telah dijadikan modal untuk membuat lebih banyak untung.

Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh muflis, bank boleh diistihar bankrup tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrup.

Ada pelangan akan kalah judi di Genting tetapi syarikat Lim Goh Tong sampai kiamat tidak akan bankrup - ini juga hukum sistem kapitalis.

( Hishamuddin Rais )

Friday, May 8, 2009

Jom minum bir ?

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Friday, May 08, 2009 0 comments

KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.

Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.

Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya.

"Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran.

Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman.

Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara.

Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia.

Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini.

"Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia," katanya.

Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan, Istak akan dieksport ke Indonesia, Thailand, Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.

Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan.

Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang,, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.

( Sumber : Utusan )

Kekusutuan di Perak tidak akan terlerai kecuali…………….

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Friday, May 08, 2009 0 comments


Di saat BN Perak main politik pintu belakang dengan menculik kerajaan negeri yang sah di Perak dari tangan rakyat, kita sudah dapat menjangkakan apa yang akan berlaku ke atas negeri itu.

Peristiwa semalam memang sudah diduga. Walaupun Speaker dan ADUN Pakatan Rakyat berusaha membentengi hak rakyat namun apakan daya, ternyata politik pintu belakang yang tidak bermaruah itu mengatasi segala-galanya. Akhirnya berlakulah apa yang berlaku semalam.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia merdeka, Speaker Dewan diangkut dengan cara yang sangat tidak bertamaddun. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, bangunan Dewan Undangan Negeri, yang sepatutnya merupakan institusi perundangan tertinggi negeri dan simbol demokrasi serta mercu suara rakyat, dikepung dan dikawal seolah mahu berlaku rusuhan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, Dewan Undangan Negeri itu sendiri, yang merupakan dewan persidangan untuk wakil-wakli rakyat yang diberi mandate oleh rakyat dipenuhi oleh anggota keselamatan sehingga melebihi bilangan anggota dewan!

BN kata PR mencetuskan suasana yang memalukan negara, PR pula menuduh BN. Hakikatnya politik pintu belakang itulah puncanya.

Apabila berlaku kegawatan dan kekalutan darihal mentafsir mandate sebenar rakyat, maka tiada cara dan usaha lain yang boleh menyelesaikannya selain menyerahkan kembali kepada rakyat jua. Benar kita ada mahkamah namun operasi mahkamah untuk meleraikan kekusutan ini akan memakan masa yang sudah pasti merasah dan merugikan rakyat. Malah pihak Majlis Peguam sendiri pun mengusulkan bahawa forum terbaik untuk meredakan kekeruhan krisis Perak ini hanyalah melalui rakyat iaitu dengan membubarkan dewan dan menaggil pilihan raya baru.

Semua pihak perlu akur akan hakikat ini. Ini bukan soal menyokong dan memihak kepada BN atau PR, tetapi ini adalah untuk meletakkan suasana itu kembali kepada tempatnya. Saya percaya jika ini berlaku, kalau ditakdirkan BN yang punya majoriti maka rakyat akan terima begitu juga jika ditakdirkan PR yang punya majoriti, rakyat juga akan terima. Yang rakyat tolak adalah apabila hak mereka untuk memilih dan menentukan kerajaan dirampas dan dicabuli sebagaimana yang berlaku hari ini melalui politik pintu belakang.

Serahkanlah kepada rakyat untuk memutuskan apa yang baik buat mereka.

( Sumber: n32.blogspot.com )


Thursday, May 7, 2009

Dosa-Dosa Kita Terhadap Allah

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Thursday, May 07, 2009 0 comments




Syirik (menyekutukan Allah) ingkar kepada Allah- lupa kepada Allah -kemunafikan -syirik kecil :Ar-Riyak'.

Menyekutukan Allah.
Kita tidak mendapatkan agama yang memberikan sifat-sifat sempurna dan tauhid kepada Allah seperti Islam. Oleh kerana itu Tauhid dianggap rukun pertama dari Islam sebagaimana menyekutukan Allah dianggap dosa terbesar yang tidak terampuni.
Disebutkan dalam Al-Quran :

Ertinya: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa siapa yang menyekutukannya dan mengampuni dosa yang selain itu bagi siapa yang kehendakinya dan barangsiapa menyekutukan Allah ia telah membuat dosa yang besar. (S.AN-NISA: 48)

Nabi saw menganggap penyekutuan sesuatu dengan Allah sebagai dosa paling besar maka beliau bersabda:
Ertinya: Mahukah kuberitatu kalian tentang dosa terbesar? (Diucap beliau 3 kali):
Menyekutukan Allah, menderhaka kepada kedua orang tua, kesaksian palsu atau berkata dusta.(H.R.MUSLIM)

Nabi saw menyebut juga: "Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan" pertama sekali beliau menyebut: "Menyekutukan Allah.
Menyekutukan Allah merupakan dosa besar kerana ia melanggar hak dari zat Ilahi yang khusus mempunyai hak mencipta dan mengatur alam ini. Maka mengangkat Tuhan lain bersama Allah beerti tuduhan terhadap zat Ilahi dengan kelemahan dan juga merupakan angggapan batil dalam hak hak kekuasaan Ilahi.

Disebut dalam Al-Quran sanggahan atas orang-orang yang menjadikan pemandangan-pemandangan alam sebagai Tuhan:
Ertinya: Di antara tanda-tandanya adalah malam dan siang, matahari dan bulan janganlah kamu bersujud kepada matahari dan bulan, sujudlah kepada Allah yang menciptakan mereka jika kamu menyembah kepadanya. (S.FUSSHILAT:37)

Maka siapa pula selain Allah yang biasa menunjukinya, tidakkah kamu ingat?
Menyekutukan Allah adalah khayalan yang tidak bersandarkan suatu logika dan ia adalah kebatilan yang ditolak Islam sekeras-kerasnya dan menjadikannya dosa besar.

KUFUR (INGKAR) KEPADA ALLAH
Allah mengancam orang-orang kafir dengan seksaan yang keras dan memperingatkan mereka akan akibat buruk didunia dan akhirat:
Ertinya: Adapun orang-orang yang kafir(ingkar), maka aku akan menyeksa mereka dengan seksaan yang keras didunia dan akhirat. (S.ALI IMRAN:5)

Ertinya: Sesungguhnya Allah mengutuk orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api neraka. (S.AL-AHZAB: 64)

Akan tetapi apakah kufur itu? Dan apakah hakikatnya didalam Al-Quran?
Kufur adalah lawan kata mensyukuri nikmat. Allah Taala Berfirman:
Ertinya: Jika kamu bersyukur nescaya Ku tambah kenikmatanmu dan jika kamu mengingkarinya sesungguhnya seksaanKu sangat keras. (S.IBRAHIM:7)

Allah Taala Berfirman:
Ertinya: Barangsiapa yang mahu biarkan ia beriman dan barangsiapa yang mahu biarlah ia ingkar. (S.AL-KAHFI:29)

Dengan menjelaskan makna iman jelaslah makna kufur. Iman adalah pengakuan adanya Allah dan pembenaran seluruh yang dibawa oleh nabi saw dari pihak Tuhannya azza wa jalla. Maka tidaklah boleh bagi seorang mukmin untuk beriman dengan sebahagian yang disuruh Allah dan mengingkari sebahagian yamh lain, dan barangsiapa melakukan itu beerti ia telah kafir kerana tidak ada pertengahan antara iman dan kufur. Adapun kufur, maka ia adalah mengingkari adanya Allah dan tidak percaya dengan apa yang dibawa nabi saw semuanya atau sebahagiannya dan ia memiliki keadaan-keadaan yang bermacam-macam sebagaimana disebutkan oleh Al-Quran diantaranya:

Diantaranya menggambarkan Allah dengan sifat yang tidak sesuai pada Allah swt atau menganggap seorang manusia atau rasul sebagai Tuhan.Atau bahawa Allah itu berbentuk sesuatu atau tidak mampu mencipta atau bahawa Allah tidak adil dalam hukum-hukumnya.

Dan termasuk golongan orang kafir : Orang -orang mulhid, orang - orang zindiq, pemuja herhala, Majusi dan penganut ajaran - ajaran yang menganggap Allah lebih dari satu atau menganggapnya berbentuk. Di sebutkan dalam Al-Quran :

Ertinya: Hal itu kerana apabila dipanggil Allah sendiri kamu ingkar kepadanya. (S.AL-MUKNIN:12)

Ertinya: Tatkala datang kepada mereka apa yang mereka ketahui maka mereka pun mengingkarinya dan Allah mengutuk orang-orang yang kafir. (S.AL-BAQARAH: 89)

Sebagaimana Al-Quran menetapkan kufur terhadap orang-orang yang mengingkari pertemuan dengan Allah pada hari kiamat dan mengingkari bahawa ada kehidupan lain di mana manusia diberi ganjaran atas perbuatannya, jika baik perbuatannya ia akan mendapat pahala dan jika buruk maka ia akan mendapat balasan yang buruk (hukuman).
Allah Ta'ala berfirman:
Ertinya : Orang-orang yamg kafir beranggapan bahwa mereka tidak akan dibangkitkan. (S.AT-TAGHABUN : 7)

Natijah bahawanya telah tetap orang kafir tetap dengan keimanan kepada selainNYA. Mereka digolongkan di kalangan mereka yang berputus asa.

Allah Taala berfirman:
Ertinya: Sesungguhnya tidaklah berputus asa dari rahmat Allah kecuali kaum yang kafir. (S.YUSUF:87)


Tuesday, May 5, 2009

Salam Takziah

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Tuesday, May 05, 2009 0 comments
Salam takziah kepada sahabat ana , Mohamad Faizal Bin Abdul Rahman kerana ayahandanya tersayang telah kembali ke rahmatullah di Malaysia. Semoga ayahanda anta di tempat di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Amin.

Kepada Ustaz Faizal, ana doakan anta tabah dan sabar menghadapi ujian yang cukup besar dan berat ini lebih-lebih lagi dalam fatrah imtihan ini.

Kepada Allahyarham Abdul Rahman. Al-fatihah.

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ

" Setiap yang bernyawa akan menemui ajal maut. Dan sesungguhnya pada hari Kiamatlah akan diberikan balasanmu yang sempurna....." ( Al-Imran 185)

Sunday, May 3, 2009

ULAMA’ “ RICE COOKER ”

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, May 03, 2009 0 comments

Muqaddimah .

Selayaknya ulama’ adalah pemegang amanah untuk membasmi kejahilan yang melingkari ummah dan memimpin mereka melandasi hidup membetuli pedoman al - quran dan as – sunnah .

Terlalu banyak urusan masyarakat dan pegangan ummah yang perlu diislah sementara ulama’ merupakan agen pengislah yang dimaksudkan . Islah dan tajdid adalah agenda ulama’ kearah melahirkan ummatus soolehah dan daulatul faadhilah .

Namun malang terdapat ulama’ , bukan sahaja mereka tidak menghargai ilmu serta berdisiplin terhadap prinsip dan peranan ilmu yang mereka miliki , tetapi mereka tergamak mengkhianati amanah yang dipertanggungjawab ke atas mereka selaku orang yang berilmu .

Lebih jahat dan biadab tindakan mereka apabila tanpa segan silu , mereka menjual agama Allah swt. di pasaran terbuka untuk mendapat sedikit imbuhan dunia . Mereka tidak lagi menghitung implikasi tindakan mereka yang mungkin mendatangkan mudharat besar berupa penyelewengan dan kekeliruan ummah terhadap islam yang tulen.

Malah mereka kelihatan tidak memperduli ancaman ilahi terhadap perlakuan mereka yang menggunakan agama untuk mengejar bayang – bayang dunia fana, ini. Sedang Allah swt. telah berfirman :

41. Dan berimanlah kamu Dengan apa Yang Aku turunkan (Al-Quran) Yang mengesahkan benarnya Kitab Yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang Yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan dunia Yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa. Dan janganlah kamu campur adukkan Yang benar itu Dengan Yang salah, dan kamu sembunyikan Yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

Surah al Baqarah : Ayat 41 – 42

Firman Allah swt . lagi :

79. Kecelakaan besar bagi orang-orang Yang menulis Kitab Taurat Dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah Dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka Dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia Yang sedikit. maka Kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa Yang ditulis oleh tangan mereka, dan Kecelakaan besar bagi mereka dari apa Yang mereka usahakan itu.

Surah al Baqarah : Ayat 79

Lagi ancaman daripada Allah swt :

174. Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab suci Yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia Yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi Dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.

175. Mereka itulah orang-orang Yang membeli kesesatan Dengan meninggalkan petunjuk (ugama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka Dengan meninggalkan keampunan Tuhan. maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu.

Surah al Baqarah : Ayat 174 – 175

Firman Allah :

44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, Yang mengandungi petunjuk dan cahaya Yang menerangi; Dengan Kitab itu Nabi-nabi Yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu Dengan harga Yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Surah al Maaidah : Ayat 44

Terlalu banyak ancaman ilahi buat mereka yang “menjual” agama Allah dan menukarnya dengan harga dunia yang jelek ini berbanding kemuliaan dan keagongan agama yang diwahyukan ilahi.

PERANAN ULAMA’ MENEPATI ZAMAN INI

Keperibadian mulia dan tinggi nilai yang ada pada diri ulama’ meletakkan mereka sebagai teraju untuk memimpin zaman dan ummat ini , justeru zaman yang serba terdedah kepada anasir yang merosakkan aqidah , akhlak dan fikrah ummah memerlukan kepimpinan ulama’ dengan segala potensi dan kualiti yang mereka miliki .

Antara potensi dan kualiti yang saya maksudkan itu ialah ilmu dan taqwa sebagaimana yang disebut oleh Allah swt :

28. Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang Yang melata serta binatang-binatang ternak, ada Yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang Yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

Surah Al Faatir : Ayat 28

Firman Allah swt :

11. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan.

Surah al Mujaadilah : Ayat 11

Kepimpinan Ulama’

Ulama’ sewajarnya menjuarai isu – isu yang dihadapi oleh ummah dan memimpin mereka menyelesaikan sebarang kekusutan dan kekeliruan ekoran dilanda oleh isu – isu yang saya maksudkan tadi.

Ulama’ jualah selayaknya mendepani segala cabaran yang merintang dihadapan ummah dan menghalang perjalanan mereka merentasi edaran zaman , lalu memimpin tindakan dan pemikiran mereka agar mereka konsistan di atas manhaj an – nabawi .

Ulama’ semestinya berada di saff hadapan , menunjuk jalan dan membimbing ummah dengan sinar ilmu dan cahaya taqwa agar ummah terpimpin dan bersedia mengambil jalan yang lurus menuju pintu syurga ilahi biarpun terlalu banyak halangan dan cabaran.

Ulama’ memimpin bukan dipimpin oleh mereka yang jahil lagi dholim . Justeru itu sangat tidak wajar , jika ulama’ mengambil sikap tidak akan mengemukakan pandangan melampaui pandangan pemerintah atau pemimpin yang tidak memahami Islam dan mendaulatkannya .

Ulama’ menasihati bukan dinasihati oleh mereka yang enggan melaksanakan perintah ilahi dan ingkar menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang taat.

Ulama’ Kontemporary .

Penguasaan zaman bersama segala cabarannya mestilah dikuasai oleh para ulama’ . Mereka sayugianya bersedia dengan segala keupayaan ilmu untuk menyelesaikan fiqh al Mua’sorah dan pastinya ia melibatkan kepentingan ummah di zaman ini.

Kekuatan ilmu dan ketepatan qiraatuz zuruf serta penguasaan alat pencapai segala asas dan usul pengambilan hukum dari sumbernya yang tulen ( al quran dan sunnah ) mesti dimiliki oleh ulama’ dan ianya melayakkan mereka berijtihad menangani persoalan masa kini .

Berani memimpin perubahan kearah melahirkan ummah yang hebat dan benar . Membebaskan mereka dari perangkap kejumudan yang merugikan dan mendidik mereka agar meneladani sunnah an – nabawi dalam kehidupan .

Tegas bersama hujjah – hujjah syari’e dan menentang segala ideologi yang bercanggah dengan wahyu ilahi . Menyelamatkan aqidah dan memurnikan fikrah ummah serta memperbaiki syakhsiyyah mereka .

Kekeliruan dalam menangani peranan

Tidak benar tanggapan bahawa ummat ini hanya perlu diseru kearah kebaikan dengan tidak mengambil tindakan terhadap mungkar dan maksiat . Kononnya , apabila semua ummat ini baik maka secara automatik maksiat dan mungkar itu lupus .

Manhaj al quran dan sunnah rasulNya saw. jelas memandu kita bagaimana sikap yang perlu diambil dalam hal seperti . Dakwah kearah kebaikan , Al amru bil Ma’ruf ( penguatkuasaan syaria’h ) dan an Nahyu a’nil Mungkar adalah tiga institusi yang wajib digerakkan serentak .

Firman Allah swt :

104. Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menegakkan perkara yang ma’ruf ( syariat ) , serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.

Surah Aali Imran : Ayat 104

Demikian juga tidak benar , mengambil sikap prejudis terhadap ulama’ terdahulu atau ulama’ yang lebih tua dan senior daripada kita . Biarpun pada nilai ukur berasaskan disiplin ilmu terdapat banyak kekurangan pada mereka , sangat tidak manis kita melemparkan pelbagai istilah seperti kolot , konservatif dan sebagainya .

Allah mengajar kita :

10. Dan orang-orang (Islam) Yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa Kami dan dosa saudara-saudara Kami Yang mendahului Kami Dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan Dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang Yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu".

Surah al Hasyr . Ayat 10

Lebih tidak bermoral dan kurang adabnya apabila kita menyamakan ulama’ ini kononnya seperti paderi di gereja sebelum berlakunya revolusi Perancis . Terlalu jauh perbandingan itu dan ianya melukakan perasaan .

Hargailah sumbangan besar mereka yang menjadi benteng ummah dizamannya , menghadapi pencabulan aqidah dan penjajahan fikrah oleh pelbagai pihak musuh yang memaksa dengan pelbagai rupa wajah ghazwatul fikri .

Tiada siapa dapat menafikan , didikan tangan – tangan ulama’ ini sangat membekas dalam jiwa ummah di zaman mereka untuk lahir sebagai generasi yang mempunyai komitmen tinggi terhadap agama .

Perbezaan pendapat lantaran berbeza manhaj pengambilan ilmu dan methodologinya janganlah mendorong kita “ sampai hati ” melemparkan pelbagai istilah dan label buat mereka .

Ulama’ Pondok .

Sungguhpun kita mahu membina manhaj pemikiran kita justeru kita merasakan ianya betul berasaskan al quran dan hadis , binalah tanpa meruntuhkan kehormatan dan kewibawaan ulama’ – ulama’ silam dan mereka yang berada di atas manhaj yang sama .

Saya mengambil contoh ulama’ – ulama’ pondok atau pasentren . Mengapa mereka dilabelkan konservatif ? adakah kerana mereka mengekalkan sistem tradisi dalam method ilmu mereka ? adakah kerana kitab – kitab “kuning” yang menjadi rujukan mereka ?

Lihatlah dengan jujur dan saksama , bagaimana sumbangan besar mereka sebagai sebuah institusi dalam mendidik dan membina genarasi berilmu . Terutama dalam membekalkan kekuatan rohani dengan segala elemen mahmudah seperti zuhud , wara’ , tekun beribadah serta kekuatan ilmu – ilmu alat seperti nahu , sorof dan sebagainya .

Kalaupun mereka dilihat kurang dan lemah dalam capaian mereka terhadap ilmu – ilmu mua’sorah , bukankah langkah yang bijak ialah dikombinasikan antara dua manhaj dan sistem ilmu ini .

Saya masih ingat bagaimana ungkapan yang sering disebut oleh Abu Hasan A’li An Nadwi sewaktu berucap mendidik masyarakat melakukan dan menerima perubahan tanpa mencederakan warisan tradisi yang baik .

الجمع بين القديم الصالح و بالجديد النافع

“ Mengintegrasikan warisan tradisi yang soleh dengan penemuan baru yang bermanafaat ”

Kebijaksanaan sangat diperlukan dalam menyelaras dua aliran yang berbeza ini sedang keduanya sangat bermakna buat membentuk ummah yang kuat dan hebat .

Muzakarah dan dialog lebih harmoni dan bijak digunakan untuk meletakkan mereka dalam satu ruang mencari kesepakatan dan bertolak ansur dalam perkara yang boleh kita berlapang dada padanya .

Debat mungkin sesuai digunakan saat kita menyahut cabaran golongan islam liberal atau sekular yang cuba merendahkan Islam dan membulinya.

Apa yang sangat membimbangkan kita ialah lahirnya ulama’ yang degil dengan manhajnya dan merasakan ia sangat benar sementara pihak lain diselubungi kesalahan dan kesilapan .

Ulama’ dalam kelas ini , tidak risau melihat pertelegahan berlaku dikalangan ummah yang rata – rata masih cetek dan tidak mendalam penguasaan ilmu mereka . Apa yang penting mereka berjaya melontarkan idea dan pandangan mereka beserta hujjah mereka .

Alasan mereka , kami mengemuka pandangan berasas hujjah , pertelagahan atau pergolakkan dikalangan masyarakat bukan lagi menjadi tanggungjawab mereka .

Mereka sangat gemar mencetuskan persoalan – persoalan yang menimbulkan polemik berpanjangan dikalangan masyarakat sedang perkara itu telah menjadi perbahasan sejak berzaman oleh para ulama’ tanpa kesudahan .

Sedang disana masih terlalu banyak persoalan utama yang memerlukan sentuhan dan bimbingan ulama’ guna menyelamatkan ummah .

Contoh mudah saya bawakan disini , bagaimana kita boleh bertelagah dalam perkara baca qunut atau tidak , tunjuk jari ( semasa tahiyyat ) atau tidak , sedang di sana terlalu ramai mereka yang masih tidak menunaikan solat memerlukan bimbingan ulama’ .

Sekali lagi , saya tegaskan bahawa tidak menjadi salah dalam perbedaan pendapat dan hujjah tetapi selesaikannya dalam suasana yang tidak menimbulkan ketegangan dan polemik yang semakin sulit dikalangan masyarakat .

Sebagaimana tidak salah kita mahu membina manhaj pemikiran kita , namun binalah tanpa meruntuhkan manhaj mereka yang tidak sealiran dengan kita selama mana ia tidak bercanggah dengan al quran dan sunnah .

Ulama’ Rice Cooker .

Lebih malang dan parah , apabila lahirnya pula ulama’ yang kelihatan hebat pada ilmunya namun lemah jiwanya. Bukan sahaja ia tidak mampu berkata hei si zalim ! kepada mereka yang berlaku zalim, malah ilmu dan segala pengiktirafan ( sijil ) kesarjanaannya dijadikan peluang dan anak tangga untuk mencapai perolehan lumayan sehingga tergamak ia mendiamkan diri terhadap penyelewengan , maksiat dan mungkar yang berlaku dihadapannya.

قال رسول الله e إذا رأيت أمتي تهاب فلا تقول للظالم
يا ظالم فقد تودع منهم

“ Apabila engkau melihat ummatku takut maka tidak berani berkata kepada orang yang berlaku zalim , wahai si zalim maka diucap selamat tinggal daripada mereka .”

Riwayat al Hakim di dalam al Mustadrak
Juzuk 4 . Muka surat 108
Cetakan darul Kutub al I’lmiyyah Beirut

Ulama’ seperti ini adalah ulama’ yang sanggup dan merelakan dirinya diperalat oleh musuh – musuh Islam untuk berhadapan pula dengan Gerakan Islam . Jiwanya lemah , dan halobanya terhadap kemewahan hidup mengatasi kebenaran dan agamanya.

Ulama’ ini disebut sebagai ulama’ us Suu’ atau ulama’ dunia .

ويل لأمتي من علماء السوء وهم الذين قصدهم من العلم التنعم بالدنيا والتوصل إلى الجاه والمنزلة

Celaka lah bagi ummatku yang terdiri dari kalangan ulama’ Suu’ sedang mereka adalah golongan yang menggunakan ilmu mereka untuk mendapatkan dunia dan mencapai kemegahan dan kedudukan .

Rujuk : Faidhul Qadiir
Jilid ke 6 . Muka surat 369

Ulama'

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

Tolabah

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya

Akhbar

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

Tv Online

tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
 

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez