Bersabdalah Nabi Muhammad (SAW) dalam hadisnya yang sohih. (1)
حدثنا مكي بن ابراهيم حدثنا ابن جريح قال سمعت نافعا يحدث أن ابن عمر رضي الله عنهما كان يقول : نهى النبي صلى الله عليه وسلم أن يبيع بعضكم على بيع بعض ولا يخطب الرجل على خطبة لأخيه حتى يترك الخاطب قبله أو يأذن له الخاطب : أو كما قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
" Nabi (SAW) melarang membeli sebahagian daripada kamu akan (belian) orang lain dan melarang seorang lelaki meminang ke atas pinangan saudaranya sehingga peminang ( pertama ) meninggalkan ( menolak ) sebelumnya atau memberi izin dari peminang ( yang pertama ) bagi dirinya (peminang kedua). "Maka telah terjadi khilaf di kalangan ulama' mengenai hukum pengharamannya.
1) Ibnu Hajr mengatakan larangan itu bermaksud haram seperti yang telah diputuskan oleh Jumhur Ulama keranasanya larangan itu adalah untuk menjaga kemaslahatan Bani Adam. Maka haramnya seperti haramnya mengambil harta secara paksa dan menumpah darah. (2)
2) Al-Khitabi berpendapat ianya adalah larangan tetapi hanya untuk pengajaran sahaja. (3)
3) Sebahagian daripada Ulama Malikiah mengatakan makruh.(4)
4) Imam Nawawi pula mengatakan bahawa larangan tersebut adalah berbentuk haram mengikut Ijma' Ulama' kerana mengambil dalil sorih daripada hadis Nabi Baginda Muhammad (SAW). Kerananya adalah perempuan yang ditunang oleh lelaki pertama sibuk dengannya untuk bersuai kenal. Jadi apabila berlaku pinangan kedua lelaki lain sedangkan pinangan pertama belum ditolak, ia akan menyalakan api permusuhan di antara kedua-duanya sekali.(5)
5) Ibnu Arabi sependapat dengan jumhur Ulama mengatakan haram juga.(6)
Jumhur Ulama meletakkan syarat bahawasanya hukum meminang pinangan orang itu haram apabila: (7)
a) Pinangan pertama terjadi dahulu. Jikalau lelaki pertama itu hanya sekadar untuk berkenalan tanpa ada tuntutan untuk berkahwin ataupun tidak ada rasa meminati perempuan itu, maka hukumnya adalah harus dan dibolehkan orang kedua masuk meminang. Ini kerana apabila tidak ada lafaz tuntutan berkahwin, maka ia tidak dikira bertunang.
b) Pinangan pertama itu telah diharuskan oleh syara' padanya. Jikalau lelaki pertama itu mempunyai keuzuran syara', maka tidaklah ada baginya terjadi pertunangan. Contohnya, seorang lelaki meminang akan perempuan yang ditalak oleh suaminya dengan talak satu dan masih dalam talak raj'i dan masih dalam tempoh iddahnya. Ini kerana apabila lelaki pertama tadi diharamkan sama sekali untuk meminang perempuan tadi disebabkan ia masih dalam tempoh iddah. Jadi tuntutan lelaki pertama itu tidah sah dan tidak dikira bertunang. Apabila terjadi kes sebegini, maka haruslah bagi lelaki kedua masuk meminang dengan syarat, tamat tempoh iddahnya.
c) Pinangan pertama itu sentiasa berkekalan. Jikalaulah lelaki pertama meninggal dunia, maka haruslah bagi lelaki yang kedua masuk meminang.
c) Orang yang kedua itu mengetahui hukum meminang atas pinangan orang lain itu adalah haram.
d) Perempuan yang ditunangi itu telah menerima pinangannya lelaki pertama atau walinya sudah menerimanya. Maka tidak harus lelaki yang kedua masuk meminang.
Jadi kesimpulannya, pendapat yang diterima oleh jumhur ulama adalah haram meminang atas pinangan orang lain.
(1) Sahih al-Bukhari : Bab Nikah
(2) Fathul Bari Ibnu Hajar : Juz 19 m/s 239
(3) Fathul Bari: Juz 19 m/s 240
(4) Al-Muqaddimah Ibnu Rusyd : Juz 2 m/s 58
(5) Al-Majmu' syarah Al-Muhazzab bagi An-Nawawi: Juz 16 m/s 2261
(6) 'Aradhoh Al-Ahwazi syarah sohih Tirmizi : Juz 5 m/s 7
(7) Al0Syarah Al-Kabir Ad-Dur Dair : Juz 2 m/s 217
1 comments on "Larangan Meminang Ke Atas Pinangan Orang Lain"
plez press ctrl+W to change the font size
Post a Comment