" Abang, mari sini kejap " Pinta isteriku sambil mengusap bahagian perut.
" Kenapa sayang, ada apa-apa ke? "tanyaku kehairanan.
" Baby kita tengah gerak-gerak ini. Sayang rasa seronoklah." Sambil mengalihkan Al-Quran yang baru tamat bacaannya.
" Yerke.. Sini abang nak dengar. Mungkin umminya baru sudah baca Al-Quran, dia suka." Sambil tanganku mengusap halus di ubun-ubunnya.
" Insya-Allah nanti bila sayang baca selalu Al-Quran ini, mudah-mudahan anak kita jadi yang terbaik untuk kita." Harapanku memanjatkan rafa' ke hadrat-Nya.
Alhamdullilah kandungan isteri saya sudah masuk minggu ke 21. Tinggal 19 minggu lagi sebelum isteriku bersalin. Mungkin akhir Ramadhan ini atau Syawal tahun ini. Bacaan Al-Fatihah setiap hari untuknya dan isteri membuatku ternanti-nanti ketibaan cahayamataku. Ya Allah jadikan isteriku dan zuriatku ikutan bagi orang Mukmin.
Al-Quran
Anak-anak yang bijak dan pintar selalu dikaitkan dengan pemakanan ibunya semasa mengandungkan bayi mereka. Memang ini tidak dinafikan peranan makanan ketika hamil. Tetapi ada satu lagi faktor yang membuatkan hati kita terasa sangat tenang dan damai.
Seorang ibu yang terpaksa memikul bebanan mengandung, ke hulur ke hilir lebih-lebih lagi sebagai contoh isteriku yang sedang sibuk mengulangkaji pelajaran dan dan membuat persedian. Penat dan lesu.
Itulah dia sebahagian daripada perjuangan seorang ibu. Dalam masa yang sama, sibuk dan syaghal dengan membaca kalam-Nya. Itu semua adalah satu nikmat dan kurniaan yang akan memberikan satu kekuatan rohani kepada ibu dan bayi yang dikandungi itu.
Kerana itulah pengalaman daripada para bapa veteran dan senior memberi impak yang baik untuk para bapa junior menghadapi saat tumbesaran bersama anak-anak.
Oleh itu, sematkanlah dalam hati ini perasaan yang sangat mendalam terhadap Al-Quran. Kerana dengan hati kita akan tenang.
Emosi ibu
Perit seorang ibu yang mengandungkan kita saat bersama dengan kita selama 9 bulan dan bersabung nyawa ketika melahirkan sungguh meletihkan. Tetapi dengan berbekalkan kekuatan EQ yang tinggi dapat membuatkan mereka cekal dan tabah.
Menyusukan, membasuh lampin dan pelbagai KERJAYA harian. Itulah mereka yang bergelar isteri dan ibu. Emosi yang tinggi dan mantap inilah Allah menghadiahkan manusia bernama bayi. Lelaki dengan kekuatan fizikal dan mental pun tidak mampu melakukan semua ini.
Semoga Allah limpahkan kepada mereka ganjaran yang besar dan berlipat ganda. Mudah-mudahan usaha mereka ini Allah berikan ganjaran, ketenangan dan kebebasan. Terima kasih.
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung keletihan demi kekeletihan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)” [Luqman 31: 14]
0 comments on "Ibu dan Al-Quran"
Post a Comment