Followers
Saturday, March 8, 2008
Amanat Tok Guru
“TAHUKAH kamu bagaimana Tuhanmu telah bertindak ke atas tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka yang menyesatkan untuk menghancurkan Kaabah itu sia-sia? Lalu dihantar-Nya burung-burung yang berbondong-bondong yang melempari mereka dengan batu-batu yang berasal dari tanah yang terbakar. Lalu, dijadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat” (Surah al-Fiil: Ayat 1-6) Mengikutinya dan mematuhinya adalah asas-asas yang terang untuk hidup dalam kebahagiaan. Bagai malam di bulan bersinar, memasuki rumah suci Islam samalah seperti memasuki rumah suci Islam samalah seperti memasuki sebuah gerbang kebahagiaan yang terang benderang.Islam bukan agama perkakas yang boleh dijadikan topeng untuk menelurkan projek dan menetaskan laba sebanyak-banyaknya untuk dikaut rakus oleh kapitalis kuasa bernama Umno dan BN.Ini agama dunia dan akhirat. Ini agama bersyariat. Ada dosa pahala. Ada taat ada derhaka. Ada izin dan redha. Dan ada syurga ada neraka. Di hujung kehidupan setiap orang dari kita, ada kematian dan ada hari kebangkitan. Kita dibangkit untuk dibalas di atas setiap aktiviti yang kita lakukan di atas muka bumi.Mana-mana percubaan dari mana-mana pihak; mengiktiraf apa yang selain dari ini adalah penyelewengan dan landasan kesesatan.Manusia adalah hamba. Manusia ini dicipta untuk tujuan pengabdian kepada Khaliq-Nya. Manusia ini Khalifatul-Ardh. Untuk itu, pilihan raya adalah kesempatan terbaik untuk memilih hamba-hamba Allah yang terbaik dari gerakan yang terbaik untuk diangkat ke kerusi kepimpinan di Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri ke arah melaksanakn apa yang Allah perintah dan larang yang dikerjakan di atas muka bumi.Dengan demikian, akan lahirlah nanti sebuah kerangka pembangunan yang mantap demi membangunkan Islam itu sendiri. Jika Umno meninggalkan agama, memandang jijik akan agama, bahkan melawan agamanya sendiri; maka tidak ada sekerat kewajaran sekalipun untuk umat Islam memberi simpati melalui undi lagi pada 8 Mac ini.Dari segi demokrasi sekalipun seluruh rakyat di Mlaysia perlu tolak Umno-BN. Ini kerana mereka telah melanggar batas demokrasi yang menjadi piagam asas kepada kewujudan negara ini.Dalam banyak tempat, Umno-BN memijak perlembagaannya sendiri dan mengenepikan perkara-perkara asas yang mendukung Perlembagaan Persekutuan. Dalam banyak keadaan, negara ini terus-menerus telah diperintah secara nafsu hampir sepenuhnya.Dengan iman yang ditinggalkan maka lahirlah trend jenayah yang terus memuncak. Persekitaran kehidupan rakyat yang semakin tidak selamat.Suri rumah, kaum ibu, adik-adik dan anak-anak kita sedang hidup dalam serba ketakutan. Inflasi menggila tanpa kawalan. Petrol dan tol dinaikkan sesuka hati. Wujud kecurigaan yang ketara dalam hubungan antara kaum.Fenomena murtad yang menjadi-jadi. Kelahiran pelbagai jenis maksiat dan jenayah kolar putih dan biru yang melata; tidak terfikir pun rakyat bagaimanalah Malaysia ini akan selamat di bawah kuku dan taring kuasa pemerintah yang sedang mencengkam siongnya ke leher media melalui pelbagai akta dan peraturan yang memaksa rakyat untuk patuh dan terus beraku janji.Dengan ini izinkan saya berseru seikhlasnya agar seluruh rakyat Malaysia membuat renungan sedalam-dalamnya. Selamatkan Malaysia dari pimpinan-pimpinan yang korup agama, muflis nilai, gilakan harta dan hidup bertopengkan dalam pelbagai segi.Tinggalkan parti Umno dan BN yang tidak lagi bertindak sebagai seorang bapa. Dia hanya mabukkan dunia, memuja nafsu, kuasa dan takhta semata-mata. Beralih kepada PAS dan Barisan Alternatif. Di sana ada sebuah bahagia dan taman hijau penuh harapan. Mari kita buka pintunya dan memasukinya mulai 8 Mac 2008 nanti. Buat anak-anak perantauan,Pulanglah ke pangkuan Islam di Kelantan biarpun terpaksa berjalan kaki. Hatta, jika perlu merangkak dengan kedua jari sekalipun, kembalilah jua untuk melunaskan janji.Tidak terasa terhinakah apabila ‘orang luar’ yang tiada kena mengena dengan Islam bertekad menggenggam penumbuk untuk menghancurkan Islam kita di Kota Serambi Makkah yang kita sama-sama kasihi ini?TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ NIK MATMursyidul Am PAS3 Mac 2008 bersamaan25 Safar 1429
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments on "Amanat Tok Guru"
Post a Comment