Tan Sri Rafidah Aziz yang menang pilihanraya untuk Parlimen Kuala Kangsar, kalah kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kalah pilihanraya di Parlimen Lembah Pantai. Rafidah Aziz menang pilihanraya kalah bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kalah pilihanraya di tempatnya sendiri, menang dan diangkat menjadi Ketua Wanita UMNO.
Apa yang ditolak rakyat, itulah yang dipilih oleh ahli UMNO.
Sama juga dengan Pemuda UMNO.
Calon yang lebih teguh kedudukannya di kalangan rakyat pengundi kawasan masing-masing, ditolak oleh ahli UMNO. Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo kalah. Datuk Mukhriz Mahathir pun kalah. Calon yang menang adalah calon yang bermasalah dengan Lembaga Disiplin UMNO, bermasalah dengan keputusan pilihanraya di Parlimen beliau, malah terlebih utamanya, bermasalah dengan rakyat.
Apa yang ditolak oleh rakyat, itulah yang dipilih oleh ahli UMNO.
Jika Tan Sri Muhammad Muhd Taib, seorang senator lantikan, menang jawatan Timbalan Presiden UMNO, mengatasi Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan seorang Ahli Parlimen itu, maka comfirmlah bahawa apa yang ditolak oleh rakyat, itulah yang dipilih oleh ahli UMNO.
UMNO sedang memberikan mesejnya kepada rakyat, bahawa apa yang ditolak oleh rakyat, itulah yang dipilih oleh UMNO. Apa yang dipilih oleh rakyat, itulah yang ditolak oleh UMNO. Sesungguhnya UMNO bersungguh-sungguh untuk tidak bersama rakyat.
Pengundi di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, tentu faham maksud kenyataan ini.
Sumber:
ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
68000 Ampang
0 comments on "Mesej di Sebalik Keputusan"
Post a Comment