Followers

Saturday, October 17, 2009

Doa Mencium Wangian

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Saturday, October 17, 2009


Habib Ahmad bin Hasan al-`Aththas rahimahUllah adalah seorang waliyullah dan ulama yang terkemuka. Beliau adalah murid kepada Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan rahimahUllah. Diceritakan bahawa nenda Buya al-Maliki, Sayyid `Abbas bin 'Abdul 'Aziz al-Maliki rahimahUllah hanya mempunyai zuriat perempuan dan beliau amat mendambakan keturunan lelaki yang boleh menjadi khalifah beliau sebagai Mufti Maliki di Makkah.

Satu ketika, tatkala Habib Ahmad bin Hasan hadir ke Makkah, Sayyid 'Abbas telah menziarah beliau serta memohon doa agar beliau dikurniakan dengan anak lelaki. Habib Ahmad al-Attas memaklumkan bahawa beliau akan berdoa untuknya dan Allah akan mengurniakan kepadanya bukan sahaja seorang anak lelaki tetapi anak lelaki yang bakal menjadi ulama terkemuka di Makkah. Selanjutnya, Habib Ahmad berpesan agar anak tersebut nanti dinamakan dengan nama 'Alawi.

Apa yang dinyatakan oleh Habib Ahmad tersebut ternyata benar berlaku dan Sayyid 'Abbas telah mendapat seorang anak lelaki yang dinamakannya 'Alawi. 'Alawi akhirnya menjadi ulama besar dan terkemuka di Makkah. Beliaulah al-Imam as-Sayyid 'Alawi bin 'Abbas bin 'Abdul 'Aziz al-Maliki al-Hasani (gambar di atas), ayahanda almarhum Habib Muhammad al-Maliki rahimahUllah.

Maka tersebutlah dalam "Tadzkiirun Naas" pada halaman 170 akan suatu faedah dari kalamnya Habib Ahmad bin Hasan rahimahUllah seperti berikut:-

Telah berkata Quthubul Habib Ahmad bin Hasan al-'Aththas: "Telah diijazah akan daku oleh al-Habib Muhammad bin Zain Ba`Abuud akan bacaan tatkala mencium wangi-wangian seperti berikut:
Allahumma kamaa an`amta fa zid wa laa `aiysya illa `aiysyul akhirah
Ya Allah, sebagaimana Engkau telah menganugerahkan ni'mat, maka tambahkan lagi (akan ni'mat tersebut), dan tiadalah kehidupan (yang hakiki lagi abadi) melainkan kehidupan akhirat.
Doa ini telah beliau perolehi daripada gurunya al-Habib Ahmad bin 'Umar BinSumaith rahimahUllah dan beliau menyatakan telah diriwayatkan daripada Junjungan Nabi SAW bahawa sesiapa yang membaca doa tersebut tatkala mencium wangi-wangian, nescaya diampunkan baginya dosa-dosa kecilnya yang terdahulu dan yang kemudian.
Moga dapat kita jadikan panduan dan amalan kerana berdoa itu intipatinya ibadah. Mudah-mudahan jadi kaffarah bagi dosa kesalahan kita disamping sarana memohon tambahan nikmat Allah SWT.

Sumber: Bahrus Shofa

0 comments on "Doa Mencium Wangian"

Post a Comment

Ulama'

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

Tolabah

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya

Akhbar

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

Tv Online

tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
 

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez