Followers

Tuesday, October 13, 2009

Ya Allah. Selamatkanlah Para Sahabatku

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Tuesday, October 13, 2009

Zaqaziq, 12 Oktober - Satu kemalangan jalan raya yang melibatkan 7 orang pelajar Malaysia telah berlaku malam tadi di Lebuhraya Bilbis - Kaherah antara lori pengangkut barang (trailer) dan mikrobas. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.45 malam hingga 7.00 malam itu berlaku pada malam semalam bersamaan dengan 11 Oktober 2009. Kemalangan yang membabitkan 4 orang pelajar jurusan Perubatan dan 3 orang penuntut di jurusan Pengajian Islam itu adalah mereka yang sedang menuntut di universiti-universiti di sekitar Zaqaziq. Kejadian itu berlaku disebabkan oleh pemandu mikrobas itu yang mahu mengelak bahagian belakang lori yang tiba-tiba muncul kerana pemandu mikrobas itu tidak memasang lampu kenderaan dan ditambah pula dengan keadaan lebuhraya yang gelap tiada lampu.
Para pelajar Malaysia yang terlibat di dalam kemalangan tersebut adalah seperti berikut:


1. Mohd Al Hidayat B. Khalid [Pengajian Islam]- Stabil, masih menerima rawatan di Hospital Hamdi Syed dibenarkan pulang slepas sehari menerima rawatan. Kos perkhidmatan di wad tersebut hampir LE 300.

2. Abd. Hadi B. Mohd Zuki [Perubatan - Kedah] -Patah Kaki Kanan dan cedera kaki kiri, masih
menerima rawatan di Hospital Hamdi Syed dan dibenarkan pulang sehari selepas menerima rawatan. Kos rawatan dianggar LE 800.

3. Anas Zarif B. Haron [Pengajian Islam - Perak] - Stabil dan badan masih lemah, masih menerima rawatan di Hospital Hamdi Syed, dibenarkan pulang sehari selepas menerima rawatan. Kos rawatan dianggarkan LE 300.

4. Syamsul Bakri B. Osman [Perubatan - Kedah] - Menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti, namun beliau belum menerima rawatan penuh dari semalam sehingga rakan-rakannya mendesak pihak hospital untuk bertindak merawat beliau dengan segara, kira-kira jam 10.45 pagi tadi, beliau menerima rawatan selanjutnya dari pihak hospital. Kos rawatan masih tidak dapat dinyatakan lagi

5. Abd Hakim B. Suhimin [Perubatan - ] - Stabil, tidak mengalami kecederaan dan beliau berada di rumahnya serta dinasihatkan untuk berehat secukupnya.

6. Wan Zaimu Azmer B. Wan Abu Bakar [Perubatan - Terengganu] - Stabil, tidak mengalami kecederaan dan beliau berada di rumah serta dinasihatkan untuk berehat secukupnya.

7. Salehuddin B. Mohd Jahar - [Pengajian Islam - Selangor] - Stabil dan cedera ringan, beliau berada di rumah dan dinasihatkan berehat secukupnya.


Pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), telah menghantar wakil Badan Pengurus untuk melawat keadaan mangsa. Rombongan yang diketuai oleh Saudara Nik Rosdi bin Nik Jusoh selaku Naib Presiden 3 PMRAM juga merangkap Ketua Lajnah Muhafazah, diiringi oleh 3 lagi Badan Pengurus PMRAM iaitu Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman, Naib Presiden 3 PMRAM, Saudara Mohd Farkhan bin Md. Zain, Ketua Badan Pengetahuan Dan Penyelidikan PMRAM dan Saudara Mohd Azlan bin Alias, Ketua Badan Ekonomi PMRAM. Saudara Hanafi bin Zulkapli selaku Penasihat PMRAM juga turut serta dalam rombongan tersebut.

PMRAM mendoakan agar semua mangsa dalam keadaan stabil dan dapat kembali hidup seperti biasa dan sentiasa bersemangat dalam menjalani kehidupan di Mesir ini. PMRAM juga menasihatkan kepada seluruh mahasiswa Malaysia tidak kira jurusan Pengajian Islam ataupun Perubatan, agar dapat berhati-hati ketika menaiki kenderaan awam.





Sumber: PMRAM

3 comments on "Ya Allah. Selamatkanlah Para Sahabatku"

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji on October 13, 2009 at 1:01 AM said...

Selamatkan sahabt2 ku dunia dan akhirat.amin.

Jackster on October 13, 2009 at 6:58 AM said...

Allah yusahhil lakum insyaAllah

Anonymous said...

Assalamualaikum... Bgimanakah keadaan Dr. syamsul?

Post a Comment

Ulama'

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

Tolabah

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya

Akhbar

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

Tv Online

tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
 

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez