Manfaat Buku

Sebelum balik Malaysia nanti, anta kena siapkan paling kurang sebuah buku untuk rakyat Malaysia. Kalau mampu tambah lagi, buat untuk ringkasan madah paling susah untuk kuliah anta. Mungkin Balaghah ke? Apa sahaja boleh"

Semanis Tawakkal

"Alhamdullilah, akhirnya imtihan dah selesai, Bolehlah ana balik selepas Asar nanti" sapaku kepada Hanif yang baru keluar dari pintu gerbang Al-Azhar. " Iya, tapi anta kena ingat kita ada syafawi ( ujian lisan) lagi. Kiranya aku bersyukur banyaklah", jawabnya sambil memandang ke arah ladang gandum.

Imam Bukhari

Imam al-Bukhari, Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari (194H-256H) adalah seorang tokoh hadis yang paling unggul dalam sejarah perkembangan ilmu Hadis sehinggalah ke hari ini, ketokohan beliau masih tiada tolok bandingnya.

Followers

Friday, May 8, 2009

Jom minum bir ?

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Friday, May 08, 2009 0 comments

KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.

Pengarah Urusan MICSB, Mahdi Bagherian berkata, pelaburan itu merupakan langkah pertama untuk produknya meneroka pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.

Tiga lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan kilang itu ialah di Pelabuhan Klang, Melaka, dan Johor Bahru, katanya.

"Minuman tanpa alkohol atau halal ini merupakan produk terbaru yang dipasarkan ke negara ini malah permintaan terhadapnya amat menggalakkan terutamanya bagi pelanggan bukan Islam dan penggemar minuman alkohol yang mahu mencari alternatif lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Co. yang berpangkalan di Iran.

Syarikat dengan keupayaan pengeluaran 35,000 botol sejam itu memiliki barisan pengeluaran terbesar di samping keupayaan teknologi mesin paling terkini dari Jerman.

Menurut Bagherian, produk tersebut masih baru di pasaran tempatan namun produk tersebut akan dijual di pasar raya besar, pasar raya dan hotel-hotel di seluruh negara.

Katanya, ketika ini syarikat yang beroperasi di Putrajaya itu mengimport kira-kira 20 buah kontena yang mengandungi 1.2 juta botol minuman Istak untuk dipasarkan ke Malaysia.

Melalui pembinaan kilang yang bakal dibina itu, beliau memberitahu, keupayaan untuk mengeluarkan minuman itu boleh mencapai dua kali ganda jika penggunaan teknologi sama seperti di Iran diguna di negara ini.

"Jenama Istak ini bukan jenama asing di luar negara kerana Arpanoosh telah mengeksport minuman itu ke Jerman, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Azerbaijan dan Australia," katanya.

Jika perancangan untuk membuka kilang baru di negara ini menjadi kenyataan, Istak akan dieksport ke Indonesia, Thailand, Singapura manakala di Vietnam jenama minuman tersebut telah pun dijual baru-baru ini.

Bagi mengukuhkan jenama itu di rantau ini, MICSB telah menaja sebuah pasukan rali-SR Motorsports bagi meningkatkan kesedaran jenama itu di kalangan pengguna, selain meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna remaja tentang kebaikan minuman tanpa alkohol di dalam sukan.

Selain itu, minuman itu didakwa baik untuk kesihatan termasuk mampu mengelakkan sakit buah pinggang,, mengurangkan tekanan, membina tenaga dan mampu mengurangkan kolesterol.

( Sumber : Utusan )

Kekusutuan di Perak tidak akan terlerai kecuali…………….

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Friday, May 08, 2009 0 comments


Di saat BN Perak main politik pintu belakang dengan menculik kerajaan negeri yang sah di Perak dari tangan rakyat, kita sudah dapat menjangkakan apa yang akan berlaku ke atas negeri itu.

Peristiwa semalam memang sudah diduga. Walaupun Speaker dan ADUN Pakatan Rakyat berusaha membentengi hak rakyat namun apakan daya, ternyata politik pintu belakang yang tidak bermaruah itu mengatasi segala-galanya. Akhirnya berlakulah apa yang berlaku semalam.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia merdeka, Speaker Dewan diangkut dengan cara yang sangat tidak bertamaddun. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, bangunan Dewan Undangan Negeri, yang sepatutnya merupakan institusi perundangan tertinggi negeri dan simbol demokrasi serta mercu suara rakyat, dikepung dan dikawal seolah mahu berlaku rusuhan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, Dewan Undangan Negeri itu sendiri, yang merupakan dewan persidangan untuk wakil-wakli rakyat yang diberi mandate oleh rakyat dipenuhi oleh anggota keselamatan sehingga melebihi bilangan anggota dewan!

BN kata PR mencetuskan suasana yang memalukan negara, PR pula menuduh BN. Hakikatnya politik pintu belakang itulah puncanya.

Apabila berlaku kegawatan dan kekalutan darihal mentafsir mandate sebenar rakyat, maka tiada cara dan usaha lain yang boleh menyelesaikannya selain menyerahkan kembali kepada rakyat jua. Benar kita ada mahkamah namun operasi mahkamah untuk meleraikan kekusutan ini akan memakan masa yang sudah pasti merasah dan merugikan rakyat. Malah pihak Majlis Peguam sendiri pun mengusulkan bahawa forum terbaik untuk meredakan kekeruhan krisis Perak ini hanyalah melalui rakyat iaitu dengan membubarkan dewan dan menaggil pilihan raya baru.

Semua pihak perlu akur akan hakikat ini. Ini bukan soal menyokong dan memihak kepada BN atau PR, tetapi ini adalah untuk meletakkan suasana itu kembali kepada tempatnya. Saya percaya jika ini berlaku, kalau ditakdirkan BN yang punya majoriti maka rakyat akan terima begitu juga jika ditakdirkan PR yang punya majoriti, rakyat juga akan terima. Yang rakyat tolak adalah apabila hak mereka untuk memilih dan menentukan kerajaan dirampas dan dicabuli sebagaimana yang berlaku hari ini melalui politik pintu belakang.

Serahkanlah kepada rakyat untuk memutuskan apa yang baik buat mereka.

( Sumber: n32.blogspot.com )


Thursday, May 7, 2009

Dosa-Dosa Kita Terhadap Allah

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Thursday, May 07, 2009 0 comments




Syirik (menyekutukan Allah) ingkar kepada Allah- lupa kepada Allah -kemunafikan -syirik kecil :Ar-Riyak'.

Menyekutukan Allah.
Kita tidak mendapatkan agama yang memberikan sifat-sifat sempurna dan tauhid kepada Allah seperti Islam. Oleh kerana itu Tauhid dianggap rukun pertama dari Islam sebagaimana menyekutukan Allah dianggap dosa terbesar yang tidak terampuni.
Disebutkan dalam Al-Quran :

Ertinya: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa siapa yang menyekutukannya dan mengampuni dosa yang selain itu bagi siapa yang kehendakinya dan barangsiapa menyekutukan Allah ia telah membuat dosa yang besar. (S.AN-NISA: 48)

Nabi saw menganggap penyekutuan sesuatu dengan Allah sebagai dosa paling besar maka beliau bersabda:
Ertinya: Mahukah kuberitatu kalian tentang dosa terbesar? (Diucap beliau 3 kali):
Menyekutukan Allah, menderhaka kepada kedua orang tua, kesaksian palsu atau berkata dusta.(H.R.MUSLIM)

Nabi saw menyebut juga: "Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan" pertama sekali beliau menyebut: "Menyekutukan Allah.
Menyekutukan Allah merupakan dosa besar kerana ia melanggar hak dari zat Ilahi yang khusus mempunyai hak mencipta dan mengatur alam ini. Maka mengangkat Tuhan lain bersama Allah beerti tuduhan terhadap zat Ilahi dengan kelemahan dan juga merupakan angggapan batil dalam hak hak kekuasaan Ilahi.

Disebut dalam Al-Quran sanggahan atas orang-orang yang menjadikan pemandangan-pemandangan alam sebagai Tuhan:
Ertinya: Di antara tanda-tandanya adalah malam dan siang, matahari dan bulan janganlah kamu bersujud kepada matahari dan bulan, sujudlah kepada Allah yang menciptakan mereka jika kamu menyembah kepadanya. (S.FUSSHILAT:37)

Maka siapa pula selain Allah yang biasa menunjukinya, tidakkah kamu ingat?
Menyekutukan Allah adalah khayalan yang tidak bersandarkan suatu logika dan ia adalah kebatilan yang ditolak Islam sekeras-kerasnya dan menjadikannya dosa besar.

KUFUR (INGKAR) KEPADA ALLAH
Allah mengancam orang-orang kafir dengan seksaan yang keras dan memperingatkan mereka akan akibat buruk didunia dan akhirat:
Ertinya: Adapun orang-orang yang kafir(ingkar), maka aku akan menyeksa mereka dengan seksaan yang keras didunia dan akhirat. (S.ALI IMRAN:5)

Ertinya: Sesungguhnya Allah mengutuk orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api neraka. (S.AL-AHZAB: 64)

Akan tetapi apakah kufur itu? Dan apakah hakikatnya didalam Al-Quran?
Kufur adalah lawan kata mensyukuri nikmat. Allah Taala Berfirman:
Ertinya: Jika kamu bersyukur nescaya Ku tambah kenikmatanmu dan jika kamu mengingkarinya sesungguhnya seksaanKu sangat keras. (S.IBRAHIM:7)

Allah Taala Berfirman:
Ertinya: Barangsiapa yang mahu biarkan ia beriman dan barangsiapa yang mahu biarlah ia ingkar. (S.AL-KAHFI:29)

Dengan menjelaskan makna iman jelaslah makna kufur. Iman adalah pengakuan adanya Allah dan pembenaran seluruh yang dibawa oleh nabi saw dari pihak Tuhannya azza wa jalla. Maka tidaklah boleh bagi seorang mukmin untuk beriman dengan sebahagian yang disuruh Allah dan mengingkari sebahagian yamh lain, dan barangsiapa melakukan itu beerti ia telah kafir kerana tidak ada pertengahan antara iman dan kufur. Adapun kufur, maka ia adalah mengingkari adanya Allah dan tidak percaya dengan apa yang dibawa nabi saw semuanya atau sebahagiannya dan ia memiliki keadaan-keadaan yang bermacam-macam sebagaimana disebutkan oleh Al-Quran diantaranya:

Diantaranya menggambarkan Allah dengan sifat yang tidak sesuai pada Allah swt atau menganggap seorang manusia atau rasul sebagai Tuhan.Atau bahawa Allah itu berbentuk sesuatu atau tidak mampu mencipta atau bahawa Allah tidak adil dalam hukum-hukumnya.

Dan termasuk golongan orang kafir : Orang -orang mulhid, orang - orang zindiq, pemuja herhala, Majusi dan penganut ajaran - ajaran yang menganggap Allah lebih dari satu atau menganggapnya berbentuk. Di sebutkan dalam Al-Quran :

Ertinya: Hal itu kerana apabila dipanggil Allah sendiri kamu ingkar kepadanya. (S.AL-MUKNIN:12)

Ertinya: Tatkala datang kepada mereka apa yang mereka ketahui maka mereka pun mengingkarinya dan Allah mengutuk orang-orang yang kafir. (S.AL-BAQARAH: 89)

Sebagaimana Al-Quran menetapkan kufur terhadap orang-orang yang mengingkari pertemuan dengan Allah pada hari kiamat dan mengingkari bahawa ada kehidupan lain di mana manusia diberi ganjaran atas perbuatannya, jika baik perbuatannya ia akan mendapat pahala dan jika buruk maka ia akan mendapat balasan yang buruk (hukuman).
Allah Ta'ala berfirman:
Ertinya : Orang-orang yamg kafir beranggapan bahwa mereka tidak akan dibangkitkan. (S.AT-TAGHABUN : 7)

Natijah bahawanya telah tetap orang kafir tetap dengan keimanan kepada selainNYA. Mereka digolongkan di kalangan mereka yang berputus asa.

Allah Taala berfirman:
Ertinya: Sesungguhnya tidaklah berputus asa dari rahmat Allah kecuali kaum yang kafir. (S.YUSUF:87)


Tuesday, May 5, 2009

Salam Takziah

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Tuesday, May 05, 2009 0 comments
Salam takziah kepada sahabat ana , Mohamad Faizal Bin Abdul Rahman kerana ayahandanya tersayang telah kembali ke rahmatullah di Malaysia. Semoga ayahanda anta di tempat di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Amin.

Kepada Ustaz Faizal, ana doakan anta tabah dan sabar menghadapi ujian yang cukup besar dan berat ini lebih-lebih lagi dalam fatrah imtihan ini.

Kepada Allahyarham Abdul Rahman. Al-fatihah.

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ

" Setiap yang bernyawa akan menemui ajal maut. Dan sesungguhnya pada hari Kiamatlah akan diberikan balasanmu yang sempurna....." ( Al-Imran 185)

Sunday, May 3, 2009

ULAMA’ “ RICE COOKER ”

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, May 03, 2009 0 comments

Muqaddimah .

Selayaknya ulama’ adalah pemegang amanah untuk membasmi kejahilan yang melingkari ummah dan memimpin mereka melandasi hidup membetuli pedoman al - quran dan as – sunnah .

Terlalu banyak urusan masyarakat dan pegangan ummah yang perlu diislah sementara ulama’ merupakan agen pengislah yang dimaksudkan . Islah dan tajdid adalah agenda ulama’ kearah melahirkan ummatus soolehah dan daulatul faadhilah .

Namun malang terdapat ulama’ , bukan sahaja mereka tidak menghargai ilmu serta berdisiplin terhadap prinsip dan peranan ilmu yang mereka miliki , tetapi mereka tergamak mengkhianati amanah yang dipertanggungjawab ke atas mereka selaku orang yang berilmu .

Lebih jahat dan biadab tindakan mereka apabila tanpa segan silu , mereka menjual agama Allah swt. di pasaran terbuka untuk mendapat sedikit imbuhan dunia . Mereka tidak lagi menghitung implikasi tindakan mereka yang mungkin mendatangkan mudharat besar berupa penyelewengan dan kekeliruan ummah terhadap islam yang tulen.

Malah mereka kelihatan tidak memperduli ancaman ilahi terhadap perlakuan mereka yang menggunakan agama untuk mengejar bayang – bayang dunia fana, ini. Sedang Allah swt. telah berfirman :

41. Dan berimanlah kamu Dengan apa Yang Aku turunkan (Al-Quran) Yang mengesahkan benarnya Kitab Yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang Yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan dunia Yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa. Dan janganlah kamu campur adukkan Yang benar itu Dengan Yang salah, dan kamu sembunyikan Yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

Surah al Baqarah : Ayat 41 – 42

Firman Allah swt . lagi :

79. Kecelakaan besar bagi orang-orang Yang menulis Kitab Taurat Dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah Dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka Dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia Yang sedikit. maka Kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa Yang ditulis oleh tangan mereka, dan Kecelakaan besar bagi mereka dari apa Yang mereka usahakan itu.

Surah al Baqarah : Ayat 79

Lagi ancaman daripada Allah swt :

174. Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab suci Yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia Yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi Dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.

175. Mereka itulah orang-orang Yang membeli kesesatan Dengan meninggalkan petunjuk (ugama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka Dengan meninggalkan keampunan Tuhan. maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu.

Surah al Baqarah : Ayat 174 – 175

Firman Allah :

44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, Yang mengandungi petunjuk dan cahaya Yang menerangi; Dengan Kitab itu Nabi-nabi Yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu Dengan harga Yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Surah al Maaidah : Ayat 44

Terlalu banyak ancaman ilahi buat mereka yang “menjual” agama Allah dan menukarnya dengan harga dunia yang jelek ini berbanding kemuliaan dan keagongan agama yang diwahyukan ilahi.

PERANAN ULAMA’ MENEPATI ZAMAN INI

Keperibadian mulia dan tinggi nilai yang ada pada diri ulama’ meletakkan mereka sebagai teraju untuk memimpin zaman dan ummat ini , justeru zaman yang serba terdedah kepada anasir yang merosakkan aqidah , akhlak dan fikrah ummah memerlukan kepimpinan ulama’ dengan segala potensi dan kualiti yang mereka miliki .

Antara potensi dan kualiti yang saya maksudkan itu ialah ilmu dan taqwa sebagaimana yang disebut oleh Allah swt :

28. Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang Yang melata serta binatang-binatang ternak, ada Yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang Yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

Surah Al Faatir : Ayat 28

Firman Allah swt :

11. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan.

Surah al Mujaadilah : Ayat 11

Kepimpinan Ulama’

Ulama’ sewajarnya menjuarai isu – isu yang dihadapi oleh ummah dan memimpin mereka menyelesaikan sebarang kekusutan dan kekeliruan ekoran dilanda oleh isu – isu yang saya maksudkan tadi.

Ulama’ jualah selayaknya mendepani segala cabaran yang merintang dihadapan ummah dan menghalang perjalanan mereka merentasi edaran zaman , lalu memimpin tindakan dan pemikiran mereka agar mereka konsistan di atas manhaj an – nabawi .

Ulama’ semestinya berada di saff hadapan , menunjuk jalan dan membimbing ummah dengan sinar ilmu dan cahaya taqwa agar ummah terpimpin dan bersedia mengambil jalan yang lurus menuju pintu syurga ilahi biarpun terlalu banyak halangan dan cabaran.

Ulama’ memimpin bukan dipimpin oleh mereka yang jahil lagi dholim . Justeru itu sangat tidak wajar , jika ulama’ mengambil sikap tidak akan mengemukakan pandangan melampaui pandangan pemerintah atau pemimpin yang tidak memahami Islam dan mendaulatkannya .

Ulama’ menasihati bukan dinasihati oleh mereka yang enggan melaksanakan perintah ilahi dan ingkar menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang taat.

Ulama’ Kontemporary .

Penguasaan zaman bersama segala cabarannya mestilah dikuasai oleh para ulama’ . Mereka sayugianya bersedia dengan segala keupayaan ilmu untuk menyelesaikan fiqh al Mua’sorah dan pastinya ia melibatkan kepentingan ummah di zaman ini.

Kekuatan ilmu dan ketepatan qiraatuz zuruf serta penguasaan alat pencapai segala asas dan usul pengambilan hukum dari sumbernya yang tulen ( al quran dan sunnah ) mesti dimiliki oleh ulama’ dan ianya melayakkan mereka berijtihad menangani persoalan masa kini .

Berani memimpin perubahan kearah melahirkan ummah yang hebat dan benar . Membebaskan mereka dari perangkap kejumudan yang merugikan dan mendidik mereka agar meneladani sunnah an – nabawi dalam kehidupan .

Tegas bersama hujjah – hujjah syari’e dan menentang segala ideologi yang bercanggah dengan wahyu ilahi . Menyelamatkan aqidah dan memurnikan fikrah ummah serta memperbaiki syakhsiyyah mereka .

Kekeliruan dalam menangani peranan

Tidak benar tanggapan bahawa ummat ini hanya perlu diseru kearah kebaikan dengan tidak mengambil tindakan terhadap mungkar dan maksiat . Kononnya , apabila semua ummat ini baik maka secara automatik maksiat dan mungkar itu lupus .

Manhaj al quran dan sunnah rasulNya saw. jelas memandu kita bagaimana sikap yang perlu diambil dalam hal seperti . Dakwah kearah kebaikan , Al amru bil Ma’ruf ( penguatkuasaan syaria’h ) dan an Nahyu a’nil Mungkar adalah tiga institusi yang wajib digerakkan serentak .

Firman Allah swt :

104. Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menegakkan perkara yang ma’ruf ( syariat ) , serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.

Surah Aali Imran : Ayat 104

Demikian juga tidak benar , mengambil sikap prejudis terhadap ulama’ terdahulu atau ulama’ yang lebih tua dan senior daripada kita . Biarpun pada nilai ukur berasaskan disiplin ilmu terdapat banyak kekurangan pada mereka , sangat tidak manis kita melemparkan pelbagai istilah seperti kolot , konservatif dan sebagainya .

Allah mengajar kita :

10. Dan orang-orang (Islam) Yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa Kami dan dosa saudara-saudara Kami Yang mendahului Kami Dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan Dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang Yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu".

Surah al Hasyr . Ayat 10

Lebih tidak bermoral dan kurang adabnya apabila kita menyamakan ulama’ ini kononnya seperti paderi di gereja sebelum berlakunya revolusi Perancis . Terlalu jauh perbandingan itu dan ianya melukakan perasaan .

Hargailah sumbangan besar mereka yang menjadi benteng ummah dizamannya , menghadapi pencabulan aqidah dan penjajahan fikrah oleh pelbagai pihak musuh yang memaksa dengan pelbagai rupa wajah ghazwatul fikri .

Tiada siapa dapat menafikan , didikan tangan – tangan ulama’ ini sangat membekas dalam jiwa ummah di zaman mereka untuk lahir sebagai generasi yang mempunyai komitmen tinggi terhadap agama .

Perbezaan pendapat lantaran berbeza manhaj pengambilan ilmu dan methodologinya janganlah mendorong kita “ sampai hati ” melemparkan pelbagai istilah dan label buat mereka .

Ulama’ Pondok .

Sungguhpun kita mahu membina manhaj pemikiran kita justeru kita merasakan ianya betul berasaskan al quran dan hadis , binalah tanpa meruntuhkan kehormatan dan kewibawaan ulama’ – ulama’ silam dan mereka yang berada di atas manhaj yang sama .

Saya mengambil contoh ulama’ – ulama’ pondok atau pasentren . Mengapa mereka dilabelkan konservatif ? adakah kerana mereka mengekalkan sistem tradisi dalam method ilmu mereka ? adakah kerana kitab – kitab “kuning” yang menjadi rujukan mereka ?

Lihatlah dengan jujur dan saksama , bagaimana sumbangan besar mereka sebagai sebuah institusi dalam mendidik dan membina genarasi berilmu . Terutama dalam membekalkan kekuatan rohani dengan segala elemen mahmudah seperti zuhud , wara’ , tekun beribadah serta kekuatan ilmu – ilmu alat seperti nahu , sorof dan sebagainya .

Kalaupun mereka dilihat kurang dan lemah dalam capaian mereka terhadap ilmu – ilmu mua’sorah , bukankah langkah yang bijak ialah dikombinasikan antara dua manhaj dan sistem ilmu ini .

Saya masih ingat bagaimana ungkapan yang sering disebut oleh Abu Hasan A’li An Nadwi sewaktu berucap mendidik masyarakat melakukan dan menerima perubahan tanpa mencederakan warisan tradisi yang baik .

الجمع بين القديم الصالح و بالجديد النافع

“ Mengintegrasikan warisan tradisi yang soleh dengan penemuan baru yang bermanafaat ”

Kebijaksanaan sangat diperlukan dalam menyelaras dua aliran yang berbeza ini sedang keduanya sangat bermakna buat membentuk ummah yang kuat dan hebat .

Muzakarah dan dialog lebih harmoni dan bijak digunakan untuk meletakkan mereka dalam satu ruang mencari kesepakatan dan bertolak ansur dalam perkara yang boleh kita berlapang dada padanya .

Debat mungkin sesuai digunakan saat kita menyahut cabaran golongan islam liberal atau sekular yang cuba merendahkan Islam dan membulinya.

Apa yang sangat membimbangkan kita ialah lahirnya ulama’ yang degil dengan manhajnya dan merasakan ia sangat benar sementara pihak lain diselubungi kesalahan dan kesilapan .

Ulama’ dalam kelas ini , tidak risau melihat pertelegahan berlaku dikalangan ummah yang rata – rata masih cetek dan tidak mendalam penguasaan ilmu mereka . Apa yang penting mereka berjaya melontarkan idea dan pandangan mereka beserta hujjah mereka .

Alasan mereka , kami mengemuka pandangan berasas hujjah , pertelagahan atau pergolakkan dikalangan masyarakat bukan lagi menjadi tanggungjawab mereka .

Mereka sangat gemar mencetuskan persoalan – persoalan yang menimbulkan polemik berpanjangan dikalangan masyarakat sedang perkara itu telah menjadi perbahasan sejak berzaman oleh para ulama’ tanpa kesudahan .

Sedang disana masih terlalu banyak persoalan utama yang memerlukan sentuhan dan bimbingan ulama’ guna menyelamatkan ummah .

Contoh mudah saya bawakan disini , bagaimana kita boleh bertelagah dalam perkara baca qunut atau tidak , tunjuk jari ( semasa tahiyyat ) atau tidak , sedang di sana terlalu ramai mereka yang masih tidak menunaikan solat memerlukan bimbingan ulama’ .

Sekali lagi , saya tegaskan bahawa tidak menjadi salah dalam perbedaan pendapat dan hujjah tetapi selesaikannya dalam suasana yang tidak menimbulkan ketegangan dan polemik yang semakin sulit dikalangan masyarakat .

Sebagaimana tidak salah kita mahu membina manhaj pemikiran kita , namun binalah tanpa meruntuhkan manhaj mereka yang tidak sealiran dengan kita selama mana ia tidak bercanggah dengan al quran dan sunnah .

Ulama’ Rice Cooker .

Lebih malang dan parah , apabila lahirnya pula ulama’ yang kelihatan hebat pada ilmunya namun lemah jiwanya. Bukan sahaja ia tidak mampu berkata hei si zalim ! kepada mereka yang berlaku zalim, malah ilmu dan segala pengiktirafan ( sijil ) kesarjanaannya dijadikan peluang dan anak tangga untuk mencapai perolehan lumayan sehingga tergamak ia mendiamkan diri terhadap penyelewengan , maksiat dan mungkar yang berlaku dihadapannya.

قال رسول الله e إذا رأيت أمتي تهاب فلا تقول للظالم
يا ظالم فقد تودع منهم

“ Apabila engkau melihat ummatku takut maka tidak berani berkata kepada orang yang berlaku zalim , wahai si zalim maka diucap selamat tinggal daripada mereka .”

Riwayat al Hakim di dalam al Mustadrak
Juzuk 4 . Muka surat 108
Cetakan darul Kutub al I’lmiyyah Beirut

Ulama’ seperti ini adalah ulama’ yang sanggup dan merelakan dirinya diperalat oleh musuh – musuh Islam untuk berhadapan pula dengan Gerakan Islam . Jiwanya lemah , dan halobanya terhadap kemewahan hidup mengatasi kebenaran dan agamanya.

Ulama’ ini disebut sebagai ulama’ us Suu’ atau ulama’ dunia .

ويل لأمتي من علماء السوء وهم الذين قصدهم من العلم التنعم بالدنيا والتوصل إلى الجاه والمنزلة

Celaka lah bagi ummatku yang terdiri dari kalangan ulama’ Suu’ sedang mereka adalah golongan yang menggunakan ilmu mereka untuk mendapatkan dunia dan mencapai kemegahan dan kedudukan .

Rujuk : Faidhul Qadiir
Jilid ke 6 . Muka surat 369

Teman

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, May 03, 2009 0 comments

Teman..
Ku titipkan buatmu bicara kerinduan ini..
Agar kau tahu bahawa kau bermakna buatku..

Teman..

Cinta kepada bunga akan layu

Cinta kepada manusia akan berpisah

cinta kepada Allah akan abadi..

Bicara ku bukan palsu..
Bukan omong-omong kosong..
Tapi hakikatnya yg pasti..

Teman..
Kita yg terpisah jauh..
Rindu semakin menggamitku..
Untuk bersama bersua denganmu..
Namun aku pasrah..
Kerana ada jurang antara kita..

Teman..
Mestikah perlu aku menanti..
Kerna esok lusa belum pasti..
Mestikah jua ku terus mengharap..
kerna ku tahu kita tak mungkin..
Bersatu..!!

Teman
Menanti sesuatu yg tidak pasti..membosankan!
Kadang kala terdetik d hatiku
Untuk berhenti berharap..
Membiarkan bintang-bintang yg berkelipan
Terus menemani rembulan..
Namun..demi sebuah janji..
Pungguk tetap setia merindui rembulan..
Bisakah kau kembalikan senyumanku semanis dulu..


Teman

Hanya dengan tali Allah..

Tali persahabatan ini akan kekal..

Islam untuk semua...


Saturday, May 2, 2009

Demo bantah kabinet isu agama anak

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Saturday, May 02, 2009 0 comments

Pemuda PAS menganjurkan perhimpunan ringkas membantah keputusan kabinet berhubung pengekalan agama asal anak walaupun ibu atau bapanya telah memeluk Islam. ( Lanjutan di Malaysiakini )


Ulama'

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

Tolabah

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya

Akhbar

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

Tv Online

tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
 

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez