Hari ini selepas letih memerah otak memahamkan tajuk Tasybih dalam kitab Balaghah, saya mencapai laptop untuk membaca isu-isu terkini di Malaysia. Alangkah terkejut apabila saya terbaca dalam satu blog tentang Menteri Kewangan, Dato Seri Najib telah meluluskan 10 permit lesen judi di Malaysia. Allahhhh. Biar betul. Mantan Perdana Menteri yang lepas pun tidak luluskan, inikan baru naik jawatan Menteri Kewangan, tanpa segan silu sudah luluskan.
Business Times Singapore telah melaporkan:
Saya teringat pada firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 90
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
( Wahai orang yang beriman, Sesungguhnya arak , berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan maka jauhilahnya mudah-mudahan kamu beruntung )
Akhirnya saya membuat satu kesimpulan bahawanya beliau sedang mengikut apa yang pernah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir sebelum ini. ( MAHATHIRISME )
Katakan HARAM JUDI!!!
0 comments on "10 lesen judi diluluskan?"
Post a Comment