Followers
Monday, April 20, 2009
Selamat Hari Lahir UntukKu
" Selamat hari jadi, umi takkan lupa saat Akim dilahirkan walaupun sibuk dengan tugas harian. Semoga jadi anak yang soleh dan akan jadi ayah tak lama lagi. amin. "
Sms yang saya terima dari umi semasa berbuka puasa bersama zaujah. Sedar tak sedar, saya sekarang sudah berumur 23 tahun dan akan menamatkan pengajian pada usia 24 tahun peringkat ijazah sarjana muda Bahasa Arab. Terima kasih pada umi dan family di Malaysia.
Terima kasih kepada umi kerana melahirkan dan mendidik Akim sehingga menjadi manusia yang berguna kepada diri dan masyarakat. Juga ayah yang tidak serik mengajarkan kepada diri ini erti hidup seorang lelaki yang beriman.
Dan juga, kepada adik-beradikku yang sering menggembirakan dan mencuit hati. Dan tidak dilupakan keluarga mertuaku, terima kasih kerana memberikan sokongan dan dorongan untuk meneruskan kehidupan di bumi Anbiya'. Syukran .
Yang paling indah sekali saya akan bergelar 'abi' kepada cahayamata pertama kami insyaAllah pada akhir Ramadhan ini atau awal Syawal. Kami bertunang pada 4 Syawal 1428 dan diijabkabulkan pada 4 Syawal 1429. Mudah-mudahan Allah memberkati kami.
Terima kasih kepada zaujahku yang tersayang. Abang akan sedaya upaya menjadi suami yang soleh untuk sayang dan baby kita yer. Terima kasih kerana menjadikan dirimu tempat mengadu ketika abang memerlukanmu. Dikau sentiasa memberikan semangat ketika abang berada dalam kesusahan. Dikaulah sayap kiri perjuanganku.
Saya adalah anak, suami, pelajar dan hambaNYA
Cabaran saya sebagai seorang pelajar berstatuskan suami dan bakal 'abi' sangat mencabar. Waktu bersama rakan seperjuangan mengulangkaji pelajaran, waktu bersama isteri mencurahkan kasih dan sayang perlu dibahagikan dengan baik. Tidak dilupakan tanggungjawab anak kepada umi dan keluarga saya di Malaysia, mendoakan mereka dan menunjukkan hasil didikan Al-Azhar setelah tamat pengajian. Semuanya adalah suratan takdirNYA.
Ya Allah, kami memohon kekuatan untuk mengharungi segala onak dan duri perjuangan di sini.
Ya. Saya yang memilih jalan ini dan sayalah yang perlu kuat dan semangat. Ramai yang telah berhasil. Ilmu mantap, pengalaman banyak dan sudah berumahtangga. Ustaz Hairul , Ustaz Asri, Ustaz Mumtaz , Ustaz Hafiz Mazlan dan ramai lagi.
Anda, bagaimana? Tepuk dada tanya Iman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments on "Selamat Hari Lahir UntukKu"
Post a Comment