Tanya salah seorang dari akhawat Iskandariah yang bernama Aisyah.
' Ustaz ada.. Ustaz sedang bersiap. Jemputlah masuk '
Jawab isteriku seraya menyuruh mereka masuk ke dalam dan terus mengambil tempat sebelum kelas tutorial bermula.
Alhamdulillah, pada semester yang ke 6 di Kulliah Bahasa Arab cawangan Zagazig , saya ditaklifkan mengajar 2 buah buku untuk muslimat Iskandariah. Madah kedua-duanya ini adalah mata pelajaran yang dikatakan susah dan rumit bagi mereka. Kitabnya adalah:
1) Al-Maisir Fi an-Nahwu Wa as-Sorf. Kitab ini bagi tahun 2 Syariah. Di dalamnya disertakan aqwal dari ulama Basri'in, Kuffi'in serta jumhur Nahwi'in.
2) Min Rawi'i Adab Islami untuk pelajar tahun 2 Usuluddin yang mengandungi sastera arab islami dan jahili serta dimuatkan dengan syair-syair agung penyair kepada Rasullullah.
'Sayang, abang belum habiskan madah abang. Banyak tau. Exam nak hampir ni'. Saya mengadu padanya.
'Tak pe abang, Insya-Allah bila kita bantu insan yang memerlukan kita, Allah akan bantu kita. Bila lagi kita nak bantu. Ramai lagi yang memerlukan tenaga pengajar. Jadi, ambillah peluang ini'. Isteri saya meyakinkan bahawa bantuan Allah sangat dekat.
Pada asalnya, saya menerima dengan hati yang berat disebabkan saya belum lagi menguasai sepenuhnya 8 mata pelajaran saya untuk fasa ini.Akan tetapi apabila teringat pada kalam isteri saya menasihati dengan penuh kasih sayang. Akhirnya saya menerimanya dengan semangat sekali.
Madah yang perlu saya hadamkan:
1) Audoh al-Masalik (Nahu)
2) At-Tibyan Fi Ilm Bayan (Balaghah)
3) At-Tasghir Wa an-Nasab ( Sorf)
4) Min Mazohir an-Naqd al-Adabi ( Sastera Arab)
5) As-Sunnah an-Nabawi (Hadith)
6) Adab Muqarron (Adab)
7) Al-Quran
8) English Course
ILMU dan SEBARKAN
Dalam kehidupan mereka yang bernama penuntut ilmu seharusnya meyakini bahawa ilmu yang disampaikan adalah merupakan tanggungjawab individu. Jangan disimpan. Kongsikan bersama. Hidup mesti memberi ilmu, pengalaman, dan kehidupan pada mereka yang memerlukan. Jadilah insan yang suka MEMBERI tanpa mengharap balasan dari yang MENERIMA kerana sesungguhnya pemberian yang ikhlas itu KEKAL di sisi-NYA. Sesungguhnya Allah telah beriman mengenai tentang ganjaran bagi mereka yang berilmu:
يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬ۚ
( Allah mengangkat martabat orang-oran yang beriman daripada kalangan kamu dan juga mereka yang memiliki ilmu pengetahuan) Al-Mujadilah 58: 11
Natijahnya, ILMU adalah untuk diKONGSI.
0 comments on "Manfaat Ilmu"
Post a Comment