1. Kecewa ! Itulah yang boleh dilafazkan
terhadap sikap tidak "tidak peduli" oleh pihak kerajaan yang masih
mengizinkan konsert hiburan liar dianjurkan dalam negara ini. Terbaru ,
Adam Lambert dijangka akan "membinasa"kan akhlak masyarakat kita
khasnya anak - anak muda di Stadium Bukit Jalil pada 14 Oktober kelak .
2. Semua orang kenal dan tahu
bagaimana aksi dan sikap Adam Lambert di pentas . Seorang yang konsisten
mempamerkan aksi liar , lucah dan melampau sehingga beliau turut
ditolak oleh masyarakat barat .
3. Rancangan teleyisyen barat
seperti Good Morning America pernah membatalkan rancangan Adam Lambert
kerana membantah persembahan beliau yang dianggap sangat keterlaluan .
Sementelah Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan
sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseks tetapi beliau turut
mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari
lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya.
4.Persoalannya , kenapa
kerajaan yang baru sahaja bercadang mahu mengajar Amerika mengenai Islam
agar masyarakat Amerika tidak lagi mengidap penyakit Islamophobia tiba -
tiba boleh menerima konsert liar seperti ini ? atau kerajaan kita
sendiri sebetulnya sedang mengidap penyakit yang sama ? [ Islamophobia ]
5. Saya difahamkan pada hari
yang sama [ 14 Oktober ] satu lagi konsert hiburan yang menampilkan
artis baru dunia iaitu Maher Zain yang akan mengadakan persembahannya di
Dewan MBSA . Malangnya artis yang membawa mesej yang mulia dan mendidik
jiwa tidak pula dihighlight oleh pihak kerajaan .
6. Fakta dan nasihat yang
bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi
bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi
kita sekaligus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan
fitrah . Tidak cukup lagikah kerosakan dan kebinasaan sosial hari ini
sehingga ia mahu ditambah lagi ?
7. Sudahlah baru - baru kita
dikejutkan dengan kempen atau seruan "berzina tanpa mengandung" yang
dipromosikan sebagai mengamalkan seks sihat tanpa perlu panik menanggung
beban hamil yang akhirnya berkesudahan dengan jenayah buang bayi .
Logiknya kempen itu kelihatan mampu membendung jenayah buang bayi tetapi
masih mengekalkan jenayah zina yang dicela oleh agama dan masyarakat
yang bertamaddun . Justeru seks bebas hanya menyamatarafkan manusia
dengan binatang yang juga tidak mengerti soal ijab dan qabul dalam
kehidupan mereka .
8. Saya mewakili Dewan Pemuda
PAS Malaysia mendesak agar kerajaan dengarlah rayuan kami agar segera
membatalkan konsert seperti ini . Kami bukanlah anti hiburan dan
penganjuran konsert para artis tetapi biarlah hiburan itu tidak
bertentangan dengan syariat Islam dan juga norma - norma mulia orang
timur .
9. Bagi pihak kami dan seluruh
ummat Islam yang prihatin , insyaallah kami akan cubaya sedaya
mungkin untuk mendesak dan memujuk kerajaan agar membatalkan konsert
liar ini dan merencana kegiatan untuk mendidik masyarakat khasnya anak -
anak muda agar mereka tidak terpengaruh dengan budaya kuning yang cuba
diterap masuk dalam negara kita secara halus guna merosakkan akhlak dan
jati diri generasi kita hari ini .
10. Anak - anak muda tidak perlu
gusar untuk berhibur tanpa Adam Lambert ke negara kita kerana kita
mempunyai banyak pilihan dan alternatif untuk berhibur termasuklah
konsert Maher Zain yang boleh dimanafaatkan untuk berhibur dalam
batas yang tidak keterlaluan . Selamatkan Negara .
Sumber : Us Nasarudin Ketua Pemuda PAS Pusat
1 comments on "Kecewa ! Budaya Mungkar Terus disuburkan"
真人秀视频 , 美女真人秀视频 , 情趣内衣真人秀 , 真人秀视频网站 , 性感美女qq真人秀视频 , 免费真人秀多人视频 , 5见真人秀 , 视频交友真人秀 , 妹妹聊 , 视频交友
Post a Comment