Manfaat Buku

Sebelum balik Malaysia nanti, anta kena siapkan paling kurang sebuah buku untuk rakyat Malaysia. Kalau mampu tambah lagi, buat untuk ringkasan madah paling susah untuk kuliah anta. Mungkin Balaghah ke? Apa sahaja boleh"

Semanis Tawakkal

"Alhamdullilah, akhirnya imtihan dah selesai, Bolehlah ana balik selepas Asar nanti" sapaku kepada Hanif yang baru keluar dari pintu gerbang Al-Azhar. " Iya, tapi anta kena ingat kita ada syafawi ( ujian lisan) lagi. Kiranya aku bersyukur banyaklah", jawabnya sambil memandang ke arah ladang gandum.

Imam Bukhari

Imam al-Bukhari, Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari (194H-256H) adalah seorang tokoh hadis yang paling unggul dalam sejarah perkembangan ilmu Hadis sehinggalah ke hari ini, ketokohan beliau masih tiada tolok bandingnya.

Followers

Thursday, April 30, 2009

Lanjutan kes Mohd Rizuan Abdullah

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Thursday, April 30, 2009 0 comments
Untuk memahami lagi kes yang melibatkan saudara Mohd Rizuan Abdullah , beberapa orang sahabat kita telah menghasilkan satu kertas kerja yang mengandungi :

1) Status agama anak
2) Hak penjagaan anak
3) Status tali perkahwinan
4) Hak pemberian nafkah

Sila klik di sini

Tuesday, April 28, 2009

TaRikH ImTiHaN

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Tuesday, April 28, 2009 0 comments




Anak Soleh

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Tuesday, April 28, 2009 0 comments



وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا 

Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74)

Anak Soleh ( Rabbani )

Kenangi ibu bapa
Doakanlah sejahtera
Kita anak harus membela
Apabila sudah dewasa

Jangan biarkan mereka
Sia-sia di hari tua
Kecewa hidup dan merana
Kerna perbuatan anak derhaka

Bahgiakan mereka
Hingga ke hujung usia
Bila sampai waktu ajalnya
Anak soleh sebagai harta

Hai... Ibu bapa
Kami permata anda
Tidak jemu berdoa
Agar sejahtera terpelihara

Di dunia bahagia
Akhirat pun begitu jua
Inilah harapan kami semua
Moga Allah kabulkan doa


Saturday, April 25, 2009

DRAF CADANGAN PENYELESAIAN ISU SAUDARA MOHD RIDZUAN ABDULLAH DAN KELUARGA

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Saturday, April 25, 2009 0 comments

Sumber : http://hairulnizammathusain.blogspot.com/

http://nazrulnasir.blogspot.com/


DRAF CADANGAN PENYELESAIAN ISU SAUDARA MOHD RIDZUAN ABDULLAH DAN KELUARGA


1. PENDAHULUAN

Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang akan dibincangkan di sini adalah

1. Status agama tiga orang anak beliau iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun).
2. Hak penjagaan anak.
3. Status perkahwinan selepas pengislaman.


2. STATUS AGAMA ANAK-ANAK SELEPAS SALAH SEORANG PASANGAN SUAMI ISTERI MEMELUK AGAMA ISLAM


2.1 Pandangan Islam Terhadap Status Anak Apabila Hanya Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam.

Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan:

Pandangan Pertama:

Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu.

Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah. (1)

Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi:

عَنْ عَائِذِ بْنِ عَمْرٍو الْمُزَنِيِّ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ : (( الإسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى )) . رواه البيهقي والدارقطني والروياني .

Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."
Pandangan Kedua:

Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam.

Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik.

Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah. (2)

Maka berdasarkan kes di atas, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah tetap diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.


2.2 Cadangan Terhadap Penyelesaian Isu Ini

Berdasarkan kajian ringkas di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak kepada saudara Mohd Ridzuan Abdullah adalah beragama Islam kerana mengikut agama Islam yang telah dianuti oleh beliau.

Namun disebabkan pihak isteri beliau masih beragama Hindu yang berkeras untuk menjaga anak-anaknya dan membesarkannya dalam agama Hindu, semestinya kenyataan kita untuk mengekalkan status ketiga-tiga anak mereka berdua sebagai beragama Islam akan menimbulkan satu ketegangan antara masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam secara umumnya.

Atas dasar ingin mencari jalan yang paling baik dengan meraikan pandangan-pandangan para ulama, kami mencadangkan perkara-perkara di bawah:

a) Menerangkan kepada masyarakat di Malaysia bahawa maksud anak-anak tersebut berstatuskan agama Islam adalah mereka bertiga dianggap sebagai seorang Islam sepanjang tempoh mereka belum lagi mencapai umur baligh. Status keislaman mereka sebelum tempoh baligh akan berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka khususnya. (3)

b) Apabila anak-anak tersebut telah mencapai umur baligh, mereka akan diberikan hak untuk memilih sama ada ingin memeluk agama Islam ataupun memeluk agama Hindu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh (الثوري) al-Imam al-Thauriyy(4).

c) Kami tidak mendapati sebarang masalah sekiranya nama ketiga-tiga anak saudara Mohd Ridzuan Abdullah dikekalkan dengan nama asal melainkan sekiranya makna nama mereka mengandungi unsur-unsur syirik dan makna-makna yang buruk.


3. HAK PENJAGAAN ANAK

3.1 Pendapat Ulama

Para ulama di dalam keempat-empat mazhab membincangkan tentang perkara ini. Para ulama bermazhab Syafie dan Hanbali rahimahumullah meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang Islam. Non Muslim tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut.

Manakala para ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama Maliki rahimahumullah tidak meletakkan Islam sebagai syarat untuk penjagaan. Ini bermakna jika penjaga tersebut (ibu atau bapa) salah seorang daripada mereka masih di dalam agama asal (non muslim) maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga.

Ini berdasarkan kepada hadis Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud , al-Nasa’ie , Ibn Majah , Ahmad bin Hambal , al-Baihaqi , al-Hakim Naisaburi, Ibn Abi Syaibah rahimahumullah dan para ulama hadis yang lain .

Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam membenarkan untuk budak tersebut memilih dengan siapakah dia ingin tinggal, sama ada dengan ayahnya yang Muslim atau Ibunya yang Non-Muslimah. Ini kerana hak penjagaan adalah atas rasa belas kasihan dan ianya tidak menjadi masalah walaupun berbeza agama. Nas hadis tersebut adalah seperti berikut:

حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا هُشَيْمٌ ثنا عُثْمَانُ أبو عَمْرٍو البتي عن عبد الْحَمِيدِ بن سَلَمَةَ أَنَّ جَدَّهُ أَسْلَمَ في عَهْدِ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ولم تُسْلِمْ جَدَّتُهُ وَلَهُ منها بن فَاخْتَصَمَا إلى رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فقال لَهُمَا رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ان شِئْتُمَا خَيَّرْتُمَا الْغُلاَمَ قال وَأَجْلَسَ الأَبَ في نَاحِيَةٍ وَالأُمَّ نَاحِيَةً فَخَيَّرَهُ فَانْطَلَقَ نحو أُمِّهِ فقال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم اللهم اهْدِهِ قال فَرَجَعَ إلى أبيه

Maksud: Diriwayatkan daripada Saidina Abdul Humaid bin Salamah radhiyallahu anhuma bahawa datuknya telah memeluk Islam pada zaman Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi neneknya enggan. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan seorang anak. Mereka berdua datang mengadu kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam (berkenaan hak penjagaan terhadap budak tersebut). Sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam kepada mereka berdua : Jika kamu berdua mahu, budak tersebut akan diberikan pilihan untuk memilih kamu berdua. Kata Abdul Humaid bin Salamah : Si ayah diletakkan di suatu sudut, dan si ibu juga diletakkan di suatu sudut, maka budak tadi diberi pilihan. Didapati budak tersebut bergerak ke arah ibunya.Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam berdoa: Ya Allah berikanlah hidayah kepadanya. Kata Abdul Humaid bin Salamah: Maka budak tersebut kembali kepada ayahnya (mengikut ayahnya). (5)

Tetapi para ulama di dalam mazhab Hanafiyah dan Malikiyah berbeza pendapat pula berapa lamakah tempoh budak tersebut perlu berada di bawah penjaganya yang bukan Islam:

1) Ulama Hanafiyah berpendapat: Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam sehinggalah dia mampu berfikir tentang keagamaan (iaitu setelah mencapai umur 7 tahun). Hak penjagaan juga akan tamat jika budak tersebut tidak terjamin keselamatan agamanya jika berada bersama penjaga tersebut (seperti dibawa ke tempat ibadah mereka, budak tersebut mempelajari perkara berkaitan agama penjaga tersebut, diberi minum arak atau memakan makanan yang haram)

2) Ulama Malikiyah berpendapat: Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam tersebut sehinggalah tamat waktu hak penjagaan (6). Tetapi penjaga tersebut perlu menjaga hak-hak penjagaan terhadap budak tersebut seperti tidak memberi makanan yang haram dan memberi minum arak kepadanya. Tetapi jika dikhuatiri akan berlaku perkara tersebut maka hak penjagaan tersebut perlulah diberikan kepada golongan Muslimin demi menjaga budak tersebut daripada kesesatan (7).

3.2 Cadangan Terhadap Kes Yang Berlaku

1) Berdasarkan pendapat para ulama yang kita telah bincangkan, anak kepada Mohd Ridzuan bin Abdullah @ K Patmanathan, 40 tahun iaitu Tevi Darsiny (12 tahun) dan Karen Danish ( 11 tahun ) tidaklah dibenarkan untuk berada di bawah penjagaan si isteri yang enggan memeluk Islam. Ini kerana keadaan kedua-dua anak mereka jika berada di bawah jagaan ibu sahaja dibimbangi persekitaran yang tidak baik akan mempengaruhi mereka.

2) Manakala anak yang ketiga iaitu Prasana Diksa (1 tahun) dibenarkan untuk berada di bawah jagaan si ibu (dengan syarat diadakan giliran antara ibu dan bapa) berdasarkan pendapat yang disebutkan oleh Mazhab Hanafiyah dan Malikiyah. Ini kerana Prasana Diksa masih kecil dan belum mencapai umur yang memungkinkan untuknya berfikir tentang keagamaan. Ini juga menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang bersikap kuku besi yang menghalang secara semberono hak individu.

4. STATUS PERKAHWINAN SELEPAS PENGISLAMAN SALAH SEORANG SUAMI ISTERI

4.1 Pendapat Para Ulama

Syariah Islam menetapkan apabila seorang suami memeluk Islam, maka si isteri juga perlu diminta untuk memeluk Islam. Jika si isteri memeluk Islam di dalam tempoh ‘iddahnya, maka perkahwinan tersebut boleh diteruskan seperti biasa (tanpa perlu diperbaharui akad nikahnya). Islam bukanlah satu agama yang memecah belahkan institusi kekeluargaan, bahkan Islam itu sendiri mengajar ummatnya untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Perbezaan agama antara suami dan isteri bukanlah penghalang kepada ikatan pernikahan mereka, tetapi keengganan si isteri untuk berbuat demikian menyebabkan berlakunya perpisahan (8).

Keempat-empat mazhab Islam iaitu Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali menetapkan perkahwinan mereka berdua akan terfasakh (9). Para ulama hanya berselisih pendapat dari sudut bilakah waktu fasakh itu berlaku, sama ada daripada saat pengislaman suami atau saat isteri enggan memeluk Islam. Perpisahan tersebut akan berlaku melalui kuasa qadhi (10).

Fasakh atau perpisahan tersebut bukan bermakna si suami meninggalkan tanggungjawabnya ke atas isteri dan anak-anaknya dari sudut nafkah dan perbelanjaan. Islam sangat menjaga hak setiap manusia sama ada Muslim atau Non Muslim. Perpisahan yang berlaku di antara pasangan suami isteri disebabkan perbezaan agama tidak menggugurkan kewajipan suami kepada isterinya dan anak-anaknya.

4.2 Hak Pemberian Nafkah (11)

1. Nafkah kepada anak

a. Si ayah wajib memberikan nafkah dan keperluan kepada anak-anaknya selagi mana mereka masih kecil sehingga mampu berdikari sendiri jika anak tersebut adalah anak lelaki. Manakala bagi anak perempuan, bapa perlu memberi nafkah kepadanya sehingga anak tersebut berkahwin sahaja.

2. Nafkah kepada isteri

a. Suami wajib memberi nafkah kepada isteri tersebut selama mana di dalam tempoh ‘iddah sahaja.

Ini jelas menunjukkan hujah yang mengatakan bertukar agama adalah satu cara untuk lari daripada tanggungjawab adalah hujah yang amat dangkal. Ini kerana Islam sama sekali tidak memberikan ruang kepada penganutnya untuk lari atau cuai menunaikan tanggungjawab masing-masing.


Disediakan oleh:

Fellow MANHAL PMRAM 2009.

Hasil Kajian:

Saudara Syed Abdul Qadir al-Joofre
Saudara Abd Rahman Mohd Tharin
Saudara Mohd Nazrul Abd Nasir
Saudara Hairul Nizam Mat Husain



___________________________

1 Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.

2 Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.

3 Sebagaimana yang dimaklumi, apabila anak-anak tersebut berstatuskan Islam, mereka berhak mewarisi harta saudara Mohd Ridzuan Abdullah kerana persamaan agama antara pihak ayah dan anak-anak. Walau bagaimanapun sekiranya anak-anak tersebut meninggal dunia sebelum mereka mencapai umur baligh, maka berdasarkan pandangan Islam jenazah mereka akan diuruskan sebagai seorang Muslim. Ini dijangka akan menimbulkan satu lagi masalah perebutan jenazah antara si isteri yang beragama Hindu dan si ayah yang beragama Islam.

4 Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/271. Para pembaca perlu menyedari bahawa pandangan yang kami pilih ini bukanlah pandangan majoriti ulama Islam.

Adapun pandangan majoriti ulama Islam, anak-anak tersebut secara automatik akan menjadi seorang muslim sebaik sahaja si ayah memeluk agama Islam. Sekiranya anak-anak tersebut setelah baligh memilih untuk tidak beragama Islam, berdasarkan pandangan majoriti ulama, mereka akan menjadi murtad.

Pandangan al-Thauri yang kami pilih ini adalah semata-mata memikirkan situasi masyarakat non Muslim di Malaysia yang mungkin tidak akan dapat menerima keputusan bahawa kesemua anak-anak terbabit hendaklah beragama Islam. Sekurang-kurangnya dengan berpegang pandangan al-Thauri, masyarakat non Muslim dapat menerima keputusan kerana hak untuk memilih agama diserahkan kepada anak-anak tersebut selepas mereka baligh.

5 Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal, hadis 23807 jilid 5 mukasurat 446 Darul Nasyr, Muassasah Qurtubah

6 Bagi budak perempuan, hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia berkahwin, manakala bagi budak lelaki pula hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia baligh.

7 Fiqh al-Islami wa Adillatuhu jilid 7 mukasurat 727-728 cetakan Darul Fikr Cetakan Kedua 1985

8 Bada’ie Sana’ie, Imam al-Kasani, m.s 1558 jilid 3.

9 Mughniyul Muhtaj, Khotib as-Syarbini, m.s 244 jilid 3.

10 Fiqhul Islami Wa Adilatuh, Dr. Wahbah Az-Zuhaili, m.s 7163 jilid 9.

11 Al-Mughni, Imam Ibn Qudamah, m.s 402 – 409, jilid 7.

Thursday, April 23, 2009

Iklan

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Thursday, April 23, 2009 0 comments



Kuliyyah Bahasa Arab Zagazig

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Thursday, April 23, 2009 0 comments



Selamat datang ke Kuliyyah Lughah Arabiah Zagazig. Belajar hampir 3 tahun tetapi saya langsung tidak pernah menunjukkan wajah sebenar tempat saya belajar dan menerima didikan semasa menjadi penyambung mata rantai menyebarkan Islam di Malaysia. Saya bersama zaujah tinggal di Alexandria kerana zaujah menuntut ilmu di sana. Dan sayalah yang terpaksa berulang alik hampir setiap minggu ketika sesi muhadarah berjalan.Perjalanan dari Zagazig dan Alexandria mengambil masa 3 1/2 jam dengan menaiki qitor dengan jarak perjalanan hampir 200 kilometer.



Ini pula di dalam dewan kuliah yang boleh memuatkan seramai 100 orang pelajar dalam satu-satu masa. Ramai sangat. ( cover2 line)



Ini pula gerbang utama masuk ke kuliah saya. Gerbang ini hanya dibenarkan masuk untuk para pengajar, kakitangan universiti, harisun, bawab dan pelajar akhwat ketika awal-awal pagi. Mamnu' kepada pelajar ikhwah.



Ini pula ruang tempat jalan kaki sebelum naik ke tingkat atas. Masa tahun pertama saya, dewan kuliah saya di sebelah kiri gambar ini.


Ini pula ruang tengah kawasan Jami'ah Azhar. Biasalah ada pokok penghias. pokok buah tamar, buah oren dan pelbagai lagi. Tapi bila sampai musimnya, buah-buahan itu hanya untuk orang yang tertentu sahaja. ( Haha..takpe ade kat pasar)



Ini pak long yang sangat rapat dengan saya. Dia banyak membantu dalam menguruskan pelbagai keperluan saya dan kawan-kawan lain.


Di tepi Jami'ah di kelilingi oleh sawah gandum hanya pada musim sejuk dan pada musim panas ditukar dengan padi pula.



Harapan dan Cabaran Al-Azhariiuun

Cabaran Al-Azhariuun dan pelajar Islam cukup mencabar dan penuh dengan mihnah dan pancaroba. Lengkapkanlah dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman serta pelbagai jenis kemahiran supaya keperluan masa kini dapat ditunaikan dengan baik dan saksama. Ruang lingkup dakwah itu khususnya di Malaysia dan umumnya, umat Islam. Musuh Islam itu memang banyak. Oreintalis, Isreal dan kafir yang sememangnya jelas dan terang benderang menentang agama suci ini. Tetapi yang paling merbahaya adalah mereka yang bertopeng identiti Islam dan mereka melawan Islam sedangkan sering kali kelihatan mempertahanankan Islam itu sendiri. Natijah, pertahankanlah Islam ini walaupun hingga ke titisan yang terakhir.

Monday, April 20, 2009

Selamat Hari Lahir UntukKu

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, April 20, 2009 0 comments


" Selamat hari jadi, umi takkan lupa saat Akim dilahirkan walaupun sibuk dengan tugas harian. Semoga jadi anak yang soleh dan akan jadi ayah tak lama lagi. amin. "

Sms yang saya terima dari umi semasa berbuka puasa bersama zaujah. Sedar tak sedar, saya sekarang sudah berumur 23 tahun dan akan menamatkan pengajian pada usia 24 tahun peringkat ijazah sarjana muda Bahasa Arab.
Terima kasih pada umi dan family di Malaysia.

Terima kasih kepada umi kerana melahirkan dan mendidik Akim sehingga menjadi manusia yang berguna kepada diri dan masyarakat. Juga ayah yang tidak serik mengajarkan kepada diri ini erti hidup seorang lelaki yang beriman.

Dan juga, kepada adik-beradikku yang sering menggembirakan dan mencuit hati. Dan tidak dilupakan keluarga mertuaku, terima kasih kerana memberikan sokongan dan dorongan untuk meneruskan kehidupan di bumi Anbiya'. Syukran .

Yang paling indah sekali saya akan bergelar 'abi' kepada cahayamata pertama kami insyaAllah pada akhir Ramadhan ini atau awal Syawal. Kami bertunang pada 4 Syawal 1428 dan diijabkabulkan pada 4 Syawal 1429. Mudah-mudahan Allah memberkati kami.

Terima kasih kepada zaujahku yang tersayang. Abang akan sedaya upaya menjadi suami yang soleh untuk sayang dan baby kita yer. Terima kasih kerana menjadikan dirimu tempat mengadu ketika abang memerlukanmu. Dikau sentiasa memberikan semangat ketika abang berada dalam kesusahan. Dikaulah sayap kiri perjuanganku.

Saya adalah anak, suami, pelajar dan hambaNYA

Cabaran saya sebagai seorang pelajar berstatuskan suami dan bakal 'abi' sangat mencabar. Waktu bersama rakan seperjuangan mengulangkaji pelajaran, waktu bersama isteri mencurahkan kasih dan sayang perlu dibahagikan dengan baik. Tidak dilupakan tanggungjawab anak kepada umi dan keluarga saya di Malaysia, mendoakan mereka dan menunjukkan hasil didikan Al-Azhar setelah tamat pengajian. Semuanya adalah suratan takdirNYA.

Ya Allah, kami memohon kekuatan untuk mengharungi segala onak dan duri perjuangan di sini.

Ya. Saya yang memilih jalan ini dan sayalah yang perlu kuat dan semangat. Ramai yang telah berhasil. Ilmu mantap, pengalaman banyak dan sudah berumahtangga. Ustaz Hairul , Ustaz Asri, Ustaz Mumtaz , Ustaz Hafiz Mazlan dan ramai lagi.

Anda, bagaimana? Tepuk dada tanya Iman.

Saturday, April 18, 2009

Manfaat Buku

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Saturday, April 18, 2009 0 comments



" Sebelum balik Malaysia nanti, anta kena siapkan paling kurang sebuah buku untuk rakyat Malaysia. Kalau mampu tambah lagi, buat untuk ringkasan madah paling susah untuk kuliah anta. Mungkin Balaghah ke? Apa sahaja boleh ".

Kalam tasyji' dari Ustaz Fairuz tetap saya ingat sampai sekarang. Beliau selalu memberikan banyak nasihat tentang penulisan dan penerbitan buku. Alhamdulillah, dia telah berjaya dengan mentahqiq buku hasil tulisan abangnya yang berjudul Silah Al-Mukmin ( Senjata Mukmin iaitu Doa ).

Azhariiun dan Buku

Saya sememamgnya telah mengetahui tentang ramai pelajar yang telah menghasilkan karya-karya yang berkualiti dan bermutu. Mantan PMRAM, Ustaz Hairul Nizam dengan hasil titik peluhnya, Nihayah As-Sul dan Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Muiz dengan karyanya, Khilaf. Ramai sangat. Mereka aktif berpesatuan bahkan berjaya dalam menghasilkan sesuatu yang sangat bermakna.

Maka dengan ini, menjadi tanggungjawab Azhari dan Azhariah cuba sedaya upaya untuk menghasilkan walaupun sebuah buku yang nipis. Moga kita mampu memberi sumbangan kepada masyarakat khususnya di Malaysia dan umumnya di Mesir.

Ya Allah bantulah kami dengan Islam dan Engkaulah tempat kami bergantung. Amin.

Thursday, April 16, 2009

Takziah pada sahabatku, Hanif Jamaluddin

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Thursday, April 16, 2009 0 comments


Assalamualaikum. Salam takziah kepada keluarga Hanif B Jamaluddin kerana pemergian adik tersayang ke Rahmatullah pada hari Rabu 14 April 2009 jam 11.30 malam waktu Malaysia. Beliau adalah Zaed B Jamaluddin kerana disyaki mengidap penyakit denggi dan jangkitan kuman di paru-paru sehinnga merosakkan fungsi buah pinggang. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir selepas beberapa jam berada di wad kecemasan ICU. Allah lebih menyayangi beliau. Mudah-mudahan Allah tempatkannya bersama orang-orang yang soleh. Amin. Al-Fatihah.

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ

" Setiap yang bernyawa akan menemui ajal maut. Dan sesungguhnya pada hari Kiamatlah akan diberikan balasanmu yang sempurna....." ( Al-Imran 185)

Tuesday, April 14, 2009

10 lesen judi diluluskan?

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Tuesday, April 14, 2009 0 comments




Hari ini selepas letih memerah otak memahamkan tajuk Tas
ybih dalam kitab Balaghah, saya mencapai laptop untuk membaca isu-isu terkini di Malaysia. Alangkah terkejut apabila saya terbaca dalam satu blog tentang Menteri Kewangan, Dato Seri Najib telah meluluskan 10 permit lesen judi di Malaysia. Allahhhh. Biar betul. Mantan Perdana Menteri yang lepas pun tidak luluskan, inikan baru naik jawatan Menteri Kewangan, tanpa segan silu sudah luluskan.


Business Times Singapore telah melaporkan:

KUALA LUMPUR, Feb 4 — Last October, the government quietly awarded three gaming companies 10 more special draws a year in a move to boost flagging government revenues ahead of a painful economic slowdown that could cost thousands of jobs.

The move came a month after Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak assumed the finance portfolio and was probably not publicised as it would have invariably been attacked as unIslamic by the conservative opposition Pas.

Saya teringat pada firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 90

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

( Wahai orang yang beriman, Sesungguhnya arak , berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan maka jauhilahnya mudah-mudahan kamu beruntung )

Akhirnya saya membuat satu kesimpulan bahawanya beliau sedang mengikut apa yang pernah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir sebelum ini. ( MAHATHIRISME )

Katakan HARAM JUDI!!!

Monday, April 13, 2009

Manfaat Ilmu

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, April 13, 2009 0 comments





'Assalamualaikum. Ustaz ade ke? '

Tanya salah seorang dari akhawat Iskandariah yang bernama Aisyah.

' Ustaz ada.. Ustaz sedang bersiap. Jemputlah masuk '

Jawab isteriku seraya menyuruh mereka masuk ke dalam dan terus mengambil tempat sebelum kelas tutorial bermula.

Alhamdulillah, pada semester yang ke 6 di Kulliah Bahasa Arab cawangan Zagazig , saya ditaklifkan mengajar 2 buah buku untuk muslimat Iskandariah. Madah kedua-duanya ini adalah mata pelajaran yang dikatakan susah dan rumit bagi mereka. Kitabnya adalah:

1) Al-Maisir Fi an-Nahwu Wa as-Sorf. Kitab ini bagi tahun 2 Syariah. Di dalamnya disertakan aqwal dari ulama Basri'in, Kuffi'in serta jumhur Nahwi'in.
2) Min Rawi'i Adab Islami untuk pelajar tahun 2 Usuluddin yang mengandungi sastera arab islami dan jahili serta dimuatkan dengan syair-syair agung penyair kepada Rasullullah.

'Sayang, abang belum habiskan madah abang. Banyak tau. Exam nak hampir ni'. Saya mengadu padanya.

'Tak pe abang, Insya-Allah bila kita bantu insan yang memerlukan kita, Allah akan bantu kita. Bila lagi kita nak bantu. Ramai lagi yang memerlukan tenaga pengajar. Jadi, ambillah peluang ini'. Isteri saya meyakinkan bahawa bantuan Allah sangat dekat.

Pada asalnya, saya menerima dengan hati yang berat disebabkan saya belum lagi menguasai sepenuhnya 8 mata pelajaran saya untuk fasa ini.Akan tetapi apabila teringat pada kalam isteri saya menasihati dengan penuh kasih sayang. Akhirnya saya menerimanya dengan semangat sekali.
Madah yang perlu saya hadamkan:

1) Audoh al-Masalik (Nahu)
2) At-Tibyan Fi Ilm Bayan (Balaghah)
3) At-Tasghir Wa an-Nasab ( Sorf)
4) Min Mazohir an-Naqd al-Adabi ( Sastera Arab)
5) As-Sunnah an-Nabawi (Hadith)
6) Adab Muqarron (Adab)
7) Al-Quran
8) English Course


ILMU dan SEBARKAN

Dalam kehidupan mereka yang bernama penuntut ilmu seharusnya meyakini bahawa ilmu yang disampaikan adalah merupakan tanggungjawab individu. Jangan disimpan. Kongsikan bersama. Hidup mesti memberi ilmu, pengalaman, dan kehidupan pada mereka yang memerlukan. Jadilah insan yang suka MEMBERI tanpa mengharap balasan dari yang MENERIMA kerana sesungguhnya pemberian yang ikhlas itu KEKAL di sisi-NYA. Sesungguhnya Allah telah beriman mengenai tentang ganjaran bagi mereka yang berilmu:

يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ

( Allah mengangkat martabat orang-oran yang beriman daripada kalangan kamu dan juga mereka yang memiliki ilmu pengetahuan) Al-Mujadilah 58: 11

Natijahnya, ILMU adalah untuk diKONGSI.

Sunday, April 12, 2009

Ayam Masak Lemak Cili Arab

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, April 12, 2009 0 comments
Align Center(Ayam masak lemak cili Arab. dihiasi dengan sambal belacan perahan limau nipis, udang goreng crispy...limited edision.hanya di rumah saya je )

Ini pula hidangan istimewa untuk tetamu kami seramai 12 orang.Semuanya adalah exco Dewan Perwakilan Mahasisiwa Zagazig (DPMZ) dan mantannya serta penasihat DPMZ. Mencari kedamaian di bumi Alexandria selepas berkhidmat siang dan malam untuk mahasiswa Azhari dan Tibbia'. Zaujah tersayang yang masakkan untuk mereka.



Saya, berbaju biru sebelah kanan. Dulu sebelum kahwin 55 kg. Sekarang, 65 kg. Biasalah hati tenang, jiwa terang.



Ini pula acara tanam menanam manusia. Sepatutnya tanam sayur ke? Tapi budak-budak suka main tanam-tanam. Nama pun budak-budak bujang. Bila lagi nak manfaatkan masa kebujangan mereka. Walaupun saya sudah berumahtangga, masa bersama kawan pun kena dibahagikan dengan bijaksini. Hanif dengan Mursyid dah macam anak penyu. ( Tasbih pada wajah syabahnya : keluarnya anak-anak penyu yang baru menetas. Musyabahnya : Hanif dan Mursyid. Musyabah bih: Anak-anak penyu. Adat tasybih : Dihazafkan. Bila adat tasybih dihazafkan jadilah tasybih muakad ).........penyu berkepala manusia?...Nauzubillah.


( Mustakim, Nasaruddin, Rusdi,Mursyid,Hidayat, Hanif, Zul, Lukman, Ucop, Nawi)

Gambar ini sangat menarik kan? Tetapi tarikhnya salah.Yang betul (10/4/2009).Gambar ini adalah ketika mandi laut Alexandria kawasan Mandarah. Penat betul main lari sampai, semua macam nak termuntah. Dah lah musim sejuk, tapi mandi pantai yang sejuk ni. Memang sejuk sampai ke tulung sulbi.


Ini pula zaujati. Takut kempunan tak dapat main. Bergambar pun jadilah labu. Anak gajah ini tidak sesuai bagi IBU MENGANDUNG. Sekarang, baby kami baru masuk bulan yang ke-4.



Malam itu juga, kami bersama-sama pergi ke Ma'murah. Biasalah semua macam baru sampai ke Alexandria. Jadi menjadi tanggungjawab kami membawa mereka bersiar. Ini gambar dengan zaujah. Main kereta langgar , dia hanya bergambar sahaja. Permainan ini tidak sesuai unntuk IBU MENGANDUNG.

Kesimpulannya, HARGAI DAN BERSYUKURLAH SEGALA NIKMAT KURNIAN ALLAH.

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ١٣
( Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?) Ar-rahman 55:13

Masakan Special

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, April 12, 2009 0 comments


Terima kasih Zaujati Humaira.Keranamu, Allah telah berikan padaku KETENANGAN dalam ibadah, kerajinan dalam TANGGUNGJAWAB, senyuman dalam KEMESRAAN. Ya Allah , berikan kepadaku isteri dan anak yang menyejukkan mataku dan jadikanlah akan ku teladan terbaik bagi orang mukmin. Amin.



Thursday, April 9, 2009

Akhirnya 'PEMBUNUH' Altantuya.....

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Thursday, April 09, 2009 0 comments


Akhirnya 'pembunuh' kepada Altantuya telah dihukum gantung sampai mati oleh Hakim
Mohd Zakir Md Yassin yang diputuskan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pembunuhan itu berlaku 2 tahun lepas. Meraka yang bersalah iaitu Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri.( klik sini )



Tetapi apabila saya membaca (klik sini ). Hati saya tertanya-tanya adakah ada 'manusia lain' yang menjadikan mereka berdua sebagai KAMBING HITAM dalam mendapatkan matlamat cita-cita SYAHWAT DUNIAWI dan meninggalkan NIKMAT UKHRAWI. Saya tidak tahu lebih lanjut tentang siapakah yang sebenarnya terlibat dalam pembunuhan itu. Dan seorang yang telah dituduh bersubahat dalam kes ni, Abdul Razak Baginda, penganalis politik dan juga kawan kepada Perdana Menteri Malaysia ke 6 telah dibebaskan ( Klik sini )

Natijahnya, hanya di sisi Alah mereka berdua berTAUBAT dan menGADU seikhlasnya jikalau mereka termasuk dalam kalangan hamba-hambaNYA yang DIZALIMI.

إِلَّا ٱلَّذِينَ تَابُواْ مِنۢ بَعۡدِ ذَٲلِكَ وَأَصۡلَحُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ

( Kecuali mereka bertaubat selepas demikian ( melakukan dosa) dan memperbaiki (dengan amalan soleh. Maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani ) Al Imran:89.

Dan juga peringatan bagi mereka yang ZALIM kerana sesungguhnya balasan azab dari Allah itu sangat dahsyat dan pedih.


Tuesday, April 7, 2009

RAKYAT MENANG!!!

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Tuesday, April 07, 2009 0 comments


Rakyat sekali lagi telah menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dalam pilihan raya di tiga tempat mengundi. Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Di situlah berlaku pelbagai sejarah yang menarik seperti di Bukit Selambau yang mana calon yang bertanding adalah seramai 15 calon. Kalau nak ikutkan boleh disenaraikan dalam rekod dunia.

Di kawasan pendalaman seperti Batang Ai memungkinkan pelbagai maklumat terkini sukar untuk sampai ke sana. Semestinya ini hanya akan menguntungkan di pihak kerajaan yang menguasai televisyen dan radio kerana mereka mampu menyampaikan agenda 'mee magie' kepada para pengundi.

Tetapi sebahagian besar rakyat khususnya di berada di kawasan bandar dan pinggiran bandar yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat telah memilih parti yang memperjuangan prinsip keadilan dan menolak kezaliman. Jikalau AURA PRU 13 terus 'mengganas', kita akan lihat PERUBAHAN yang besar akan berlaku. Nantikannya.

Natijahnya, rakyat semakin cerdik menilai yang manaka parti yang menjadi inspirasi membela nasib mereka di hari kemudian. Lantaran itu di pihak kerajaan pula, semakin LANTANG kuasa pemerintah bercakap tentang JANJI , semakin ramai pula yang MENENTANG dan MENGEJI. Itulah kuasa manusia dan pilihan hanya di tangan mereka.


Kenapa UMNO di TOLAK?

Kerana mereka TIDAK MAHU BERUBAH.

Bangun dan jatuhnya sesebuah parti politik adalah kerana sikap pimpinan yang menerajui tidak menunjukkan komitmen yang jitu dan semangat untuk berubah dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang perlu ditangani dengan bijaksana. Akan tetapi, terus bergelumang dengan seribu satu macam kesalahan, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. Akhirnya, mereka tersungkur disebabkan tangan-tangan mereka yang MEMILIH sendiri untuk TIDAK BERUBAH. Tepatlah seperti firman-NYA:

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ

(Sesungguhnya Allah tidak akan mengubahkan nasib sesebuah kaum sehingga mereka sendiri yang mengubah nasib mereka sendiri...) (Ar-Ra'd 11)

BERUBAHLAH sebelum rakyat MENGUBAHKAN.

Bagi PAKATAN RAKYAT pula , memantapkan kesefahaman dan mengukuhkan perpaduan serta bekerjasama dalam satu pasukan, itulah ramuan yang cukup ampuh dalam memenangi hati RAKYAT.


PAS menang!!!

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Tuesday, April 07, 2009 0 comments

SUDAH sah Menteri Besar Rakyat Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin telah memenangi pilihan raya kecil P 59 Bukit Gantang menewaskan dua calon, BN, Ismail Suffian dan seorang calon bebas.


Nizar mendapat 21,860 undi manakala Ismail Suffian mendapat 19,071 undi dan calon bebas mendapat 62 undi sekaligus calon bebas itu hilang wang pertaruhan. Majoriti diraih Nizar sebanyak 2,789 undi.

Manakala di Bukit Selambau calon PKR juga dikatakan menang, keputusan rasmi belum diumumkan lagi!

Maklumat tidak rasmi S Manikumar (PKR) mendapat 12,607 undi manakala calon BN S Ganesan mendapat 10,232 undi. Majoriti 2,375 undi.

Tidak Rasmi

INI terbaru dari bilik Gerakan BN di Bukit Gantang.

N 13 Kuala Sepetang: BN 6,259 undi Pas 8,469 undi.

N 14 Changkat Jering: BN 8,208 undi, Pas 9,897 undi.

N 15 Trong: BN 4,345 undi, Pas 3,441 undi.

Keseluruhan BN mendapat 18,812 undi manakala Pas 21,807.
Majoriti 2,995.


sumber http://msomelayu.blogspot.com

Sunday, April 5, 2009

Selamat 'Bersengkang Mata'

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, April 05, 2009 0 comments

Saya adalah saya.Dulu, kini dan selamanya.Saya,hanya beberapa minggu lagi akan bermulalah peperiksaan semesta yang ke 6. Persediaan dalam menghadapinya sama seperti dengan persediaan 2 tahun lepas. Semua program dah ditamatkan. Usrah, program Q dan sebagainya juga baru sahaja ditangguh sehingga akhir bulan 6 ini.

Sahabat-sahabat.

Perjuangan menjawab soalan adalah sebahagian kecil dari rantai yang akan terus menguji kita sama ada kita mampu mengaplikasikan tumpuan,mengoreksikan kemampuan dan menjana thaqafah.

Berusahalah sedaya yang MAMPU. Kerana kita akan akan TAHU bila kita MAHU. Sejarah telah membuktikan ramai yang berjaya.


"Aku dah usaha bertubi-tubi, hubungan dengan-NYA dan sesama manusia juga aku pelihara tapi kenapa gagal yang aku hasilkan"


Itulah yang selalu kita dengar keluhan demi keluhan pelajar-pelajar.Ketahuilah apa sahaja yang kita usahakan itu TIDAK HILANG tapi ia KEKAL di sisiNYA.Betulkan NIAT dan tingkatkan USAHA serta DOA , maka insyaAllah pertolongan-NYA akan sampai.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

( Dan mereka yang berusaha pada jalan Kami, maka nescaya kami akan memberi petunjuk kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama dengan orang-orang yang sentiasa perbaiki diri ) (Al-Ankabut 29:69)

Friday, April 3, 2009

Kisah Abdullah bin Umar

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Friday, April 03, 2009 0 comments

Kisah Abdullah bin Umar adalah putra Khalifah Umar bin Khattab. Pada masa muda, Abdullah bin Umar mendapat pendidikan dari lingkungannya, yang selalu mendapat pembinaan semangat Islam. Dia dididik oleh ayahnya yang disiplin dan taat kepada agamanya.


Pada Perang Badar dan Uhud, Abdullah bin Umar tidak ikut perang. Pada Perang Khandak (parit), Abdullah bin Umar ikut serta. Semenjak inilah Abdullah bin Umar ikut perang. Usia beliau waktu itu baru lima belas tahun.

Abdullah bin Umar pada suatu malam yang sunyi telah bermimpi yang aneh. Dalam mimpinya itu, dia duduk di masjid sedang mengerjakan salat. K emudian melihat ada yang turun mendekati dia untuk mengajak pergi ke suatu tempat yang indah pemandangannya.

Lalu, Abdullah bin Umar menceritakan tentang mimpinya itu kepada saudaranya, yaitu Hafsah, istri Nabi. Sewaktu Nabi memdengarkannya, Nabi berkata, "Abdullah adalah seorang anak yang cakap, sebaiknya engkau setiap malam lebih banyak berdoa dan berzikir."

Abdullah bin Umar dengan perasaan senang dan ikhlas melaksanakan nasihat Nabi, beribadah sepanjang malam, istirahatnya berkurang.

Pada waktu salat ia menangis. Kadang-kadang air matanya keluar, dan mohon ampun kepada Allah. Sehingga, Rasulullah saw. merasa belas kasihan kepadanya. Maka, beliau memberi julukan kepadanya yaitu "Anak muda yang cakap".

Setelah Rasulullah saw. wafat, ia senantiasa ingat apa yang pernah ia alami selama bergaul dengan Nabi. Apabila membaca Alquran, dia sampai menangis. Demikian rasa takwa dan takutnya kepada Allah SWT.

Dengan keakraban Abdullah bin Umar dengan Nabi, menyebabkan dapat menghayati ajaran yang terkandung di dalamnya.



Abdullah bin Umar pernah menjadi guru. Murid-muridnya datang dari berbagai tempat untuk belajar dan mendapat bimbingannya.

Mencontoh sifat-sifat Nabi Muhammad saw. seperti cara memakai pakaian, makan, minum, dan lain-lain. Dengan dasar inilah, ia dapat digolongkan seorang yang berjiwa besar. Dia disegani dan dihormati.

Ketika wafatnya Utsman terjadi huru-hara. Para sahabat menginginkan Abdullah bin Umar menduduki jabatan khalifah, namun Abdullah bin Umar tidak menerima jabatan yang dianggapnya besar itu. Abdullah bin Umar ingin memperbanyak amal ibadah kepada Allah. Muawiyah pernah berpesan kepada anaknya, Yazid, "Abdullah bin Umar memang terlalu sibuk dengan amaliah dan ibadah kepada Allah SWT, sehingga dia tidak mau menerima tawaran menjadi khalifah itu."

Mengerjakan salat malam tidak pernah lupa. Kain sajadah untuk sujud tetap terbentang dekat tempat tidurnya. Sebelum tidur, beliau salat terlebih dulu. Sejenak tidur, bangun lagi untuk mengambil air wudu. Kemudian salat beberapa rakaat. Hampir setiap malamnya tidak kurang dari empat atau lima rakaat.

Abdullah bin Umar wafat pada tahun 72 Hijriah, tepat pada usia 84 tahun.



Ulama'

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

Tolabah

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya

Akhbar

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

Tv Online

tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
 

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez