Manfaat Buku

Sebelum balik Malaysia nanti, anta kena siapkan paling kurang sebuah buku untuk rakyat Malaysia. Kalau mampu tambah lagi, buat untuk ringkasan madah paling susah untuk kuliah anta. Mungkin Balaghah ke? Apa sahaja boleh"

Semanis Tawakkal

"Alhamdullilah, akhirnya imtihan dah selesai, Bolehlah ana balik selepas Asar nanti" sapaku kepada Hanif yang baru keluar dari pintu gerbang Al-Azhar. " Iya, tapi anta kena ingat kita ada syafawi ( ujian lisan) lagi. Kiranya aku bersyukur banyaklah", jawabnya sambil memandang ke arah ladang gandum.

Imam Bukhari

Imam al-Bukhari, Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari (194H-256H) adalah seorang tokoh hadis yang paling unggul dalam sejarah perkembangan ilmu Hadis sehinggalah ke hari ini, ketokohan beliau masih tiada tolok bandingnya.

Followers

Saturday, March 8, 2008

Amanat Tok Guru

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Saturday, March 08, 2008 0 comments
“TAHUKAH kamu bagaimana Tuhanmu telah bertindak ke atas tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka yang menyesatkan untuk menghancurkan Kaabah itu sia-sia? Lalu dihantar-Nya burung-burung yang berbondong-bondong yang melempari mereka dengan batu-batu yang berasal dari tanah yang terbakar. Lalu, dijadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat” (Surah al-Fiil: Ayat 1-6) Mengikutinya dan mematuhinya adalah asas-asas yang terang untuk hidup dalam kebahagiaan. Bagai malam di bulan bersinar, memasuki rumah suci Islam samalah seperti memasuki rumah suci Islam samalah seperti memasuki sebuah gerbang kebahagiaan yang terang benderang.Islam bukan agama perkakas yang boleh dijadikan topeng untuk menelurkan projek dan menetaskan laba sebanyak-banyaknya untuk dikaut rakus oleh kapitalis kuasa bernama Umno dan BN.Ini agama dunia dan akhirat. Ini agama bersyariat. Ada dosa pahala. Ada taat ada derhaka. Ada izin dan redha. Dan ada syurga ada neraka. Di hujung kehidupan setiap orang dari kita, ada kematian dan ada hari kebangkitan. Kita dibangkit untuk dibalas di atas setiap aktiviti yang kita lakukan di atas muka bumi.Mana-mana percubaan dari mana-mana pihak; mengiktiraf apa yang selain dari ini adalah penyelewengan dan landasan kesesatan.Manusia adalah hamba. Manusia ini dicipta untuk tujuan pengabdian kepada Khaliq-Nya. Manusia ini Khalifatul-Ardh. Untuk itu, pilihan raya adalah kesempatan terbaik untuk memilih hamba-hamba Allah yang terbaik dari gerakan yang terbaik untuk diangkat ke kerusi kepimpinan di Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri ke arah melaksanakn apa yang Allah perintah dan larang yang dikerjakan di atas muka bumi.Dengan demikian, akan lahirlah nanti sebuah kerangka pembangunan yang mantap demi membangunkan Islam itu sendiri. Jika Umno meninggalkan agama, memandang jijik akan agama, bahkan melawan agamanya sendiri; maka tidak ada sekerat kewajaran sekalipun untuk umat Islam memberi simpati melalui undi lagi pada 8 Mac ini.Dari segi demokrasi sekalipun seluruh rakyat di Mlaysia perlu tolak Umno-BN. Ini kerana mereka telah melanggar batas demokrasi yang menjadi piagam asas kepada kewujudan negara ini.Dalam banyak tempat, Umno-BN memijak perlembagaannya sendiri dan mengenepikan perkara-perkara asas yang mendukung Perlembagaan Persekutuan. Dalam banyak keadaan, negara ini terus-menerus telah diperintah secara nafsu hampir sepenuhnya.Dengan iman yang ditinggalkan maka lahirlah trend jenayah yang terus memuncak. Persekitaran kehidupan rakyat yang semakin tidak selamat.Suri rumah, kaum ibu, adik-adik dan anak-anak kita sedang hidup dalam serba ketakutan. Inflasi menggila tanpa kawalan. Petrol dan tol dinaikkan sesuka hati. Wujud kecurigaan yang ketara dalam hubungan antara kaum.Fenomena murtad yang menjadi-jadi. Kelahiran pelbagai jenis maksiat dan jenayah kolar putih dan biru yang melata; tidak terfikir pun rakyat bagaimanalah Malaysia ini akan selamat di bawah kuku dan taring kuasa pemerintah yang sedang mencengkam siongnya ke leher media melalui pelbagai akta dan peraturan yang memaksa rakyat untuk patuh dan terus beraku janji.Dengan ini izinkan saya berseru seikhlasnya agar seluruh rakyat Malaysia membuat renungan sedalam-dalamnya. Selamatkan Malaysia dari pimpinan-pimpinan yang korup agama, muflis nilai, gilakan harta dan hidup bertopengkan dalam pelbagai segi.Tinggalkan parti Umno dan BN yang tidak lagi bertindak sebagai seorang bapa. Dia hanya mabukkan dunia, memuja nafsu, kuasa dan takhta semata-mata. Beralih kepada PAS dan Barisan Alternatif. Di sana ada sebuah bahagia dan taman hijau penuh harapan. Mari kita buka pintunya dan memasukinya mulai 8 Mac 2008 nanti. Buat anak-anak perantauan,Pulanglah ke pangkuan Islam di Kelantan biarpun terpaksa berjalan kaki. Hatta, jika perlu merangkak dengan kedua jari sekalipun, kembalilah jua untuk melunaskan janji.Tidak terasa terhinakah apabila ‘orang luar’ yang tiada kena mengena dengan Islam bertekad menggenggam penumbuk untuk menghancurkan Islam kita di Kota Serambi Makkah yang kita sama-sama kasihi ini?TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ NIK MATMursyidul Am PAS3 Mac 2008 bersamaan25 Safar 1429

Friday, March 7, 2008

MUNAJAT RAKYAT KELANTAN MELAWAN KEZALIMAN

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Friday, March 07, 2008 0 comments

Sebak rasanya melihat gambar cucuran air mata keikhlasan tok guru merayu pertolongan ALLAH SWT. Tidak ada apa yang nak dibuat musuh menyerang segenap pepenjuru dengan menggunakan segenap sudut dan jentera.

Mereka yang terbabit dalam usaha menjatuhan kerajaan Islam Kelantan haruslah berfikir dua kali, agar kehidupan ini sentiasa diberkati

Sila rujuk link berikut
http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3959/84/












Thursday, March 6, 2008

Munajat Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Thursday, March 06, 2008 0 comments
"WAHAI Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."
"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami.
"Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."
"Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami.
"Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."
"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik
"Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."
"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat.
"Dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi,"
"Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."
"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri ,
"dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi,
"Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."
"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."

Ulama'

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

Tolabah

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya

Akhbar

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

Tv Online

tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
 

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez