Manfaat Buku

Sebelum balik Malaysia nanti, anta kena siapkan paling kurang sebuah buku untuk rakyat Malaysia. Kalau mampu tambah lagi, buat untuk ringkasan madah paling susah untuk kuliah anta. Mungkin Balaghah ke? Apa sahaja boleh"

Semanis Tawakkal

"Alhamdullilah, akhirnya imtihan dah selesai, Bolehlah ana balik selepas Asar nanti" sapaku kepada Hanif yang baru keluar dari pintu gerbang Al-Azhar. " Iya, tapi anta kena ingat kita ada syafawi ( ujian lisan) lagi. Kiranya aku bersyukur banyaklah", jawabnya sambil memandang ke arah ladang gandum.

Imam Bukhari

Imam al-Bukhari, Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari (194H-256H) adalah seorang tokoh hadis yang paling unggul dalam sejarah perkembangan ilmu Hadis sehinggalah ke hari ini, ketokohan beliau masih tiada tolok bandingnya.

Followers

Thursday, January 28, 2010

Nik Aziz jadi hos 200 pemimpin agama makan tengahari bersama

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Thursday, January 28, 2010 0 comments






KOTA BHARU, 28 Jan: Malaysia hari ini mencatat sejarah penting apabila pemimpin lima agama utama negara, Islam, Kristian, Budha, Sikh dan Hindu bertemu dan makan tengahari bersama.
Mereka bertemu di sebuah hotel di Kota Bharu atas inisiatif Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majlis ini pada asalnya adalah kunjungan hormat dari para paderi Kristian kepada Menteri Besar Kelantan sempena persidangan paderi gereja se Malaysia di Kota Bharu.

Pertemuan muhibbah ini berlangsung ketika negara sedang diadu domba oleh pihak-pihak yang tidak bertangungjawab ekoran permohonan majalah Herald, sebuah majalah Katholik, yang mahu menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Melayunya bagi menggantikan perkataan 'God' dalam Bahasa Inggeris.

Ekoran isu ini, 11 buah gereja telah diserang termasuk dibakar. Dua hari lepas, kepala babi hutan pula diletak di dalam dua buah masjid di Petaling Jaya, Selangor.

PAS telah mengambil sikap 'Islam tidak menghalang Kristian menggunakan nama Allah tetapi jangan sampai ia bertujuan untuk mengelirukan orang Islam'.

Namun begitu, Umno berpendirian menentang Kristian menggunakan nama Allah dan Menteri Dalam Negeri sendiri pernah berkata, pihaknya tidak boleh menyekat orang ramai untuk berdemo di masjid ekoran keputusan mahkamah menerima permohonan majalah Herald itu.
Hari ini, Jakim dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara mengadakan sessi khas di Putrajaya untuk menerangkan pendirian penggunaan nama Allah oleh Kristian ini.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali semalam mendakwa, beliau mempunyai maklumat, pihak yang telah ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Melawati adalah anggota Pemuda Umno.

Berdasarkan kepada kes kepala babi di dua buah masjid di Petaling Jaya pula, pakar berpendapat ia kerja orang Melayu kerana kepala babi itu adalah babi hutan dan ia diletakkan dalam plastik.

Berdasarkan latar belakang inilah, kira-kira 200 pemimpin lima agama terbesar di Malaysia berhimpun di Kota Bharu dalam masjlis makan tengahari yang dihoskan oleh Tuan Guru Nik Aziz ini.

Sebelum ini, dalam wawancara dengan Harakahdaily, Nik Aziz berharap, selepas pertemuan ini, "Saya harap akan bertambah ketenangan, keselesaan hidup masyarakat di negeri ini."

Sumber :Harakah

Tuesday, January 19, 2010

Shohih & Dhoif

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Tuesday, January 19, 2010 0 comments


Kekadang seseorang itu disibukkan dengan perkara-perkara yang menjadi urusan dan bahasannya para ulama. Mereka mencampuri urusan tersebut dengan penuh bersemangat sehingga larut dalam bahasannya yang berkesudahan dengan ilmu itu hanya tinggal ilmu tanpa disertai amal. Berbahas mengalahkan ulama, tetapi amalannya tidak pulak seperti amalannya para ulama... Allahu ... Allah. Inilah penyakit yang menimpa umat sekarang. Misalan, ada yang bertarawih 8 rakaat serta memfatwakan hanya bilangan tersebut sebagai sunnah, maka berterawihlah dia dengan penuh perasan telah mengikut sunnah 100%, sedangkan jika dibandingkan 8 yang dilakukan itu tak setara pun dengan setengah rakaat yang dikerjakan Junjungan Nabi SAW. Tapi ada hati nak berlagak kononnya dah 100% ikut sunnah dan amalan orang lain semua bid`ah. Inilah antara penyakit yang menimpa masyarakat hari ini.

Mari kita sama - sama merenungi kata-kata almarhum Ustaz Syed Ahmad Semait rahimahUllah dalam pra kata buku "al-Jawharul Mawhub wa Munabbihatul Qulub - Bingkisan Mutiara Untuk menghidupkan Hati Yang Merana".
"Cuma kebanyakan hadis - hadisnya yang diselitkan di dalam buku ini tidak pula disebutkan sanad - sanadnya yang mungkin akan menarik kemusykilan bagi generasi zaman sekarang yang sibuk dengan masalah sanad dan tingkatan hadis itu sebagai sahih, hasan, muttafaq - alaih ataupun dha`if dan maudhu' dan sebagainya sehingga kadang - kadang mereka tercicir tidak sampai ke mana pun, dan akhirnya tiada apa yang dapat diamalkan sehingga menjadi rugi selama-lamanya.

Saya lebih menarik dengan ramai para ulama yang sudah pun memberikan pandangannya kepada jenis-jenis hadis - hadis seperti ini serta memutuskan bahawa dalam fadhailul a'maal, yakni kerja-kerja kebaktian kepada Allah ta`ala dan amalan-amalan saleh yang dimaksudkan buat bekalan akhirat, jangan sampai terlalu disibukkan dengan persoalan sanad dan tingkatan hadis. Kita juga punya akal untuk memikirkan kalau-kalau hadis itu munkar atau tidak betul dari yang betul dan yang kuat di samping yang lemah dan sebagainya, malahan yang patutnya kita utamakan apa yang dianjurkan dalam hadis-hadis itu untuk kita amalkan supaya kita dapat manfaatnya dan pahalanya sebagai bekalan di belakang hari. Bukankah kita boleh faham, kalau apa yang dianjurkan itu baik buat diri kita di hadapan Allah ta`ala dan RasulNya. Kalau sudah sibuk - sibuk sangat dengan bid`ahnya atau maudhu'nya atau munkarnya, atau ini betul dan ini tidak betul, tentu akhirnya tidak ada apa yang dapat kita buat dan kantung kita pun kosong bila kita kembali kepada Allah ta`ala, yidak ada suatu yang dapat kita amalkan, wallahu - a'lam."
Pasti apa yang dimaksudkan oleh yang mulia Habib tersebut bukanlah meremehkan ilmu hadits dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya. Tetapi biarlah urusan tersebut diserahkan kepada mereka-mereka yang benar-benar mahir dan menguasainya, bukan hanya orang-orang yang cuma mencuri-curi hadits dari kutubnya para muhadditsin.

Sumber : Bahrus Sofa

Sunday, January 10, 2010

Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Disember 2009

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, January 10, 2010 0 comments


Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM331.3 bilion (bersamaan dengan USD96.7 bilion) pada 31 Disember 2009. Paras rizab pada 31 Disember 2009 telah mengambil kira pengurangan nilai rizab disebabkan oleh pelarasan suku tahunan penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan ringgit berbanding dengan kebanyakan mata wang utama pada suku keempat. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.8 bulan import tertangguh dan ialah 4.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Bagi keseluruhan tahun 2009, rizab antarabangsa meningkat sebanyak RM13.9 bilion, disebabkan oleh lebihan akaun semasa yang berterusan dan aliran masuk bersih pelaburan portfolio. Selain itu, keuntungan terkumpul daripada penilaian semula pertukaran asing pada tahun 2009 berjumlah RM10.7 bilion, mencerminkan pengukuhan beberapa mata wang utama berbanding dengan ringgit, terutamanya pada tiga suku pertama tahun 2009.

Rizab antarabangsa Malaysia yang tetap boleh guna dan tiada halangan untuk menggunakannya dijangka terus berada pada paras yang menggalakkan pada tahun 2010. Ekonomi global yang dijangka terus pulih akan menyokong lebihan perdagangan Malaysia serta aliran masuk pelaburan langsung asing. 




Sumber: BNM

Sunday, January 3, 2010

Imtihan Makin Hampir

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, January 03, 2010 0 comments


JADUAL IMTIHAN SAYA :)

17/1/10
Tarikh Adab

19/12/10
Ilmu Dilalah

21/12/10
Usul Feqh

24/12/10
Naqod Adabi Hadis

26/12/10
Qoah Bahas Lughawi

28/12/10
hadis


Sedikit tips tuk masuk imtihan yang biasa diamalkan tuk kongsi sama2 :) semoga bermanfaat..


1) SEBELUM IMTIHAN

-melazimi solat malam(tahajud)..
-jaga hubungan kita dgn allah mahupun dengan manusia..
-memohon maaf kepada ibu bapa kita n mnta mereka mendoakan kejayaan kita...
-minta maaf kepada guru2 serta mohon keberkatan segala ilmu yg pernah mereka curahkan kepada kita...
-memohaon maaf kepada sahabat2 n org2 yg ada kaitan dgn kita..
-sentiasa memaafkan ore lain...
-elakkan dari menyakiti perasaan sahabat2 terutama ahli bait.
-study smart...jgn tertekan sangat..agak2 tensyen tido jer..;>
-pastikan punyai persediaan yang cukup utuk menghadapi imtihan esok hari...


2) SEBELUM MASUK DEWAN

-pastikan dri sentiasa dlm keadaan berwudu'..
-lakukan solat sunat sebelum memasuki dewan..
-pastikan tiada nota2 yg terselit di baju@badan anda..haram ;>
-ulangi segala yg anda telah baca sepintas lalu..


3) SEBELUM MENJAWAP SOALAN

-baca al-fatihah...
-selawat...3x...
-baca surah "insyirah" 3x...
-doa dipermudahkan urusan menjawap,memahami soalan yg dberi..
-baca setiap soalan dengan teliti sebelum menjawab,pastikan dri memahami kehendak soalan


4) SEMASA MENJAWAP

-mulakan dengan lafaz bismillah..
-tulis di tengah2 belah atas kertas jawapan anda perkataan lafaz basmalah...
-mulakan jawapan dengan memuji allah n nabi muhammad s.a.w (khas utk mesir ek)...
-jawapan hendaklah di tulis dengan kemas dan tersusun...
-pastikan no soalan n jawapan di tulis...
-jawapan bg soalan yang kedua di tulis di muka surat yang lain,begitulah seterusnya..
-sekiranya anda terlupa (selawat 3x) n baca( 3x اللهم يسر ولاتعسر)
-jawap degann hati yang tenang (pedulikan apa kata murakib..khas mesir ;>)


5) SEBELUM HANTAR

-pastikan telah menjawap segala soalan yg diberi.
-semak balik semua jawapan2 yg antum tulis..
-baca ( ya latif 3x ) hembus di setiap helaian kertas jawapan..jgn kuat sangat..
-tulis perkataan wafid malizi di muka hadapan kertas jawapan( khas mesir ek n negara2 timur tgh ;> )


6) SELEPAS HANTAR

- tawakal n banyakkan berdoa agar di beri kejayaan
- abaikan apa yang telah berlalu beredia utuk madah yg seterusny
- klu xde madah balik tidooo he ;> alhamdlillah..

k ni la sahabat2 sediakit sebanyak tips2 yg ana dapat kongsi bersam sahabat2..semoga ia dapat mendatangkan faedah kepada sahabat2..apa2 pun yag penting kita mesti ada DUIT..
Doa,Usaha,Ikhtiar,Tawakal.....

"tanpa usaha kejayaan xkan datang bergolek kepada kita".."tanpa keberanian mimpi xkan bermakna" "hendak seribu daya xnak seribu dalaih" "bersungguh2lah kamu jangan lah kamu malas,dan janganlah kamu jadi orang yang lalai,maka akan menyesallah bagi siapa yang malas dan lalai" "barangsiapa yang berusaha dia akan dapat" "allah akan beri sebanyak mana usaha hambanya itu"

semoga dengan kata2 ni dapat meningktkn semangat sahabat2 bagi menhadapai fatrah imtihan ini,ana berdoa agar kita sama2 dikurniakan dengankejayaan yang cemerlang amin!! 
 

Ulama'

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

Tolabah

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya

Akhbar

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

Tv Online

tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
 

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez