Manfaat Buku

Sebelum balik Malaysia nanti, anta kena siapkan paling kurang sebuah buku untuk rakyat Malaysia. Kalau mampu tambah lagi, buat untuk ringkasan madah paling susah untuk kuliah anta. Mungkin Balaghah ke? Apa sahaja boleh"

Semanis Tawakkal

"Alhamdullilah, akhirnya imtihan dah selesai, Bolehlah ana balik selepas Asar nanti" sapaku kepada Hanif yang baru keluar dari pintu gerbang Al-Azhar. " Iya, tapi anta kena ingat kita ada syafawi ( ujian lisan) lagi. Kiranya aku bersyukur banyaklah", jawabnya sambil memandang ke arah ladang gandum.

Imam Bukhari

Imam al-Bukhari, Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari (194H-256H) adalah seorang tokoh hadis yang paling unggul dalam sejarah perkembangan ilmu Hadis sehinggalah ke hari ini, ketokohan beliau masih tiada tolok bandingnya.

Followers

Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Sunday, June 27, 2010

Huffaz Tidak Mustahil

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, June 27, 2010 0 comments

KALAU beberapa dekad dahulu, memiliki kemampuan menghafaz 30 juzuk al-Quran dan kemudian beralih menguasai bidang profesional lain kedengaran seperti suatu yang jarang berlaku. Namun hakikatnya, sejarah telah membuktikan bahawa keunggulan peribadi ulama terdahulu yang menghafal al-Quran dan pada masa yang sama menguasai pelbagai cabang ilmu, wajar dijadikan idola oleh semua masyarakat Islam pada hari ini.

Ungkapan berbunyi, “Ada ke masa depan dalam bidang hafazan ini?”, “Tamat belajar nanti pun tidak ke mana...” dan “Paling tidakpun, jadi ustaz atau ustazah...”, seharusnya tidak wujud lagi. Kebelakangan ini, telah nampak satu perubahan yang cukup luar biasa daripada semua pihak dalam usaha memartabatkan pendidikan tahfiz di negara ini.

Kerajaan sentiasa memainkan peranan penting bagi memastikan institusi al-Quran terus berkembang dan memberi manfaat kepada masyarakat Islam. Ini termasuk dengan memberi bantuan-bantuan yang diperlukan bagi menjalankan program-program yang berkaitan tahfiz al-Quran.

Malah kecenderungan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke maahad-maahad tahfiz semakin menjadi trend masyarakat hari ini. Ini menunjukkan masyarakat kita telah diberi pendedahan tentang prospek cerah pendidikan al-Quran, di samping kesedaran masyarakat yang semakin meningkat terhadap kepentingan pendidikan al-Quran.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad, 66, adalah antara lapan orang generasi pertama yang yang dihasilkan oleh Darul Quran (DQ), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kira-kira 44 tahun lalu. “Pada masa itu tahun 1966, keadaan belajar waktu itu jauh berbeza berbanding zaman sekarang. “Saya masuk tahfiz disebabkan latar belakang keluarga yang susah di mana ayah dulu hanya bekerja sebagai penoreh getah. “Selepas belajar sekolah Melayu saya layak ke sekolah beraliran agama dan kebetulan mendapat biasiswa yang membolehkan saya boleh meneruskan pelajaran. “Duit itulah saya guna untuk menampung pengajian serta membantu keluarga di kampung di samping duit daripada zakat.


“Cabaran zaman itu, bidang tahfiz tidak ada orang hendak masuk kerana tidak nampak masa depannya. Kedua, ia adalah satu kursus yang baru, jadi tidak ada sesiapa yang boleh dijadikan rujukan, idola atau contoh tauladan. “Jadi semangat dan pendorong saya ialah dengan keazaman mahu keluar daripada kepompongan kemiskinan,” kata Sheikh Ismail mengimbau kenangan ketika berusia 16 tahun.

Menurut Sheikh Ismail, beliau berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh dua setengah tahun sekali gus memiliki Sijil Tahfiz al-Quran. Pada 1982 beliau telah diberi kepercayaan mengasaskan Sekolah Tahfiz al-Quran di Negeri Terengganu seterusnya dilantik sebagai pengetua selama 10 tahun. “Kemudian pada tahun 1992 saya diminta oleh Kerajaan Brunei untuk menubuhkan sekolah tahfiz di sana. Ketika itu saya sudah nampak ramai para hafiz dan hafizah ini turut berjaya dalam profesion moden lain. “Tidak seperti di zaman saya dahulu. Ketika itu orang yang mengambil pelajaran agama dipandang kelas kedua berbanding dengan sekolah beraliran Inggeris,” jelas anak kedua daripada tiga adik-beradik kelahiran Dungun, Terengganu ini.

Beliau yang mula berkhidmat di Masjid Negara pada 2004 menegaskan, Sabda Rasulullah SAW hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: “Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran (tidak membaca) maka ia seperti rumah yang usang.” Justeru, masyarakat kena faham bahawa orang yang hafaz ini diasuh dengan ingatan. Malah budaya sebegini telah lama sebati dalam kehidupan masyarakat Arab yang mana seawal usia tujuh lapan tahun, anak-anak ini telah mula menghafaz.

“Hafaz ketika kecil seperti ukir di batu tetapi hafaz ketika dewasa, ia umpama ukir di atas air. Ini bukanlah tidak boleh tetapi agak sukar sedikit. Malah jika kanak-kanak ini telah dididik dan diterapkan al-Quran dalam dada sejak kecil, mustahil mereka akan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama,” jelasnya. Kata Sheikh Ismail lagi, di Mesir, latar belakang pelajar yang cemerlang, kebanyakan mereka adalah hafaz al-Quran.

Manakala di India pula, mereka akan memastikan sekurang-kurangnya seorang anak dalam keluarga mestilah bergelar hafiz atau hafizah. “Alangkah, baiknya jika perkara sebegini juga dijadikan budaya di kalangan masyarakat Islam kita,” saran beliau.

Sumber : Utusan

Friday, June 11, 2010

Selamat Pengantin Baru Kepada Kekandaku Yang Tersayang

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Friday, June 11, 2010 2 comments


Assalamualaikum kepada kekandaku yang diingati selalu. Semoga sihat belaka bersama keluarga tersayang. Hanya dalam beberapa ketika sahaya, abang akan dianugerahkan dengan keluarga baru.
 Semoga Allah akan membantu kekanda dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibubapa, abang kepada adik beradik,menantu kepada keluarga mertua, suami kepada wanita yang belum pernah disentuh bak bidadari yang belum pernah disentuh oleh jin dan manusia.
Hidup berumahtangga ini penuh dengan nikmat dan niqmah. Hanya inayah dan taufiq  Allah sahaja yang dapat mengatasi segalanya. Batasan kemampuan manusia itu adalah terhad. Keinginan menjadi suami yang mithali kepada isteri dan anak-anak memerlukan pelbagai sokongan, dorongan dan tunjuk ajar daripada mereka yang lebih mengetahui hal keadaan.

ISTERI adalah KUNCI KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA. Imbas semula asal usul kejadian manusia, Allah menciptakan Hawa sebagai teman hidup Adam apabila Adam mengadu dirinya keseorangan dan kesepian di dalam syurga. Sebab itu lah juga, hukamak mengatakan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita solehah.

Wanita solehah ialah wanita yang menunaikan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya dan jika wanita itu adalah isteri, beliau adalah isteri yang taat kepada suaminya selagi si suami tidak menyuruh beliau melakukan kemaksiatan kepada Allah dan tidak melarangnya daripada melakukan suruhan Allah Yang Maha Esa.
Jadinya, Kebahagiaan rumahtangga memang sesuatu yang diidam-idamkan oleh setiap insan. Apabila sepasang mempelai diijabkabulkan, mereka didoakan oleh banyak pihak supaya bahagia ke anak cucu. Namun bukan setiap orang yang mengidami kebahagian berjaya memperolehinya.

               Walaupun kita tidak dapat menerangkan dengan jelas apa erti kebahagian, namun ramai daripada kita yang bersetuju bahawa sesebuah keluarga dikira bahagia kiranya setiap ahli keluarga merasa puas, tenang dan tenteram dalam banyak ketika.

                 Ramai manusia yang berhajat kepada kebahagiaan rumahtangga telah berusaha untuk mencapainya dengan berbagai cara. Ada orang yang merasakan rumahtangga akan bahagia jika mereka mempunyai banyak wang atau harta. Lalu, dia berhempas pulas mencari wang sehingga dia dan ahli keluarga tiada masa lagi untuk merasai kebahagiaan daripada apa yang mereka kumpulkan.



                   Ada pula sebahagiannya berpendapat, sesebuah keluarga akan bahagia kiranya ia tertegak atas dasar cinta yang lahir dari saling kenal mengenali. Menurut mereka, dengan keluar bersiar-siar dan pengenalan dengan lebih dekat dengan bakal teman hidup mereka, mereka akan lebih memahami di antara satu sama lain, dan berhagia pada masa hadapan.
Jadi, apakah yang kekanda akan tentukan dengan keadaan selepas perkahwinan? Tetapi memilih untuk nikah dengan menjadikan Allah sebagai matlamat dan tujuan pernikahan itulah jalan yang paling terbaik dalam menuju syurga abadi. Bercintalah sehingga ke syurga. Tidak dinafikan wahai kekandaku  dalam alam ini, kita akan diuji dengan pelbagai dugaan dan ujian. Yakinlah kesemua itu adalah untuk meningkatkan iman dan amal. Seorang suami ada kelebihan dan kelemahan. Begitu juga dengan isteri. Maka dengan itu, kata kunci yang terbaik adalah saling memahami dan bertolak ansur.
Rasanya hiba dan sedih juga meninggalkan kekanda yang banyak menyimpan nostalgia. Lucu, kelekar, marah ( sekejap sangat ), tangisan, cubit-cubitan. Biarlah ia kekal dalam ingatan ini.
Adinda menaqalkan daripada Ustazah Bahiyah tentang 8 tips keluarga bahagia:
8P Tip kebahagian rumahtangga
1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
                Tidak dilupakan kepada kekandaku yang dihormati tentang hukum hakam pernikahan dari awal akad nikah, persoalan toharah wanita, haid, nifas, dan sebagainya. Suka untuk adinda peringatkan mengenai satu perkara yang jika dilakukan secara bersungguh-sungguh atau bermain nescaya, hukum tetap akan terlaksana. Tala, ruju' dan nikah. Awasilah dan berhati-hati daripada menyebut 3 perkara ini supaya di hari kemudian tidak akan menyesal.
                Jadi rasanya cukup sampai sini dahulu nukilan daripada adinda. Sebelum itu, adinda sekeluarga ingin mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga berkekalan hingga ke anak cucu. Seronoknya kalau adinda sekeluarga dapat melihat sendiri upacara aqad nikah, kenduri walimatulurus dan sebagainya, tapi apakan daya qudrat kami. Kalau jadi Iron Man ke, Superman ke, boleh lah terbang terus balik Malaysia. Hahaha.  Masa kenduri itu, banyakkan selawat yer. Jangan putus2. Doa pon kena bagi selalu. InsyaAllah selamat dunia akhirat. Oklah. Insyirah dah menangis nie. Ok. Kirim salam kami pada family dan keluarga kak Intan. Assalamualaikum.

Wednesday, April 21, 2010

Pembentangan Tesis Master Ustaz Zamzaini

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, April 21, 2010 2 comments

            
Assalamualaikum. Semalam kami sekeluarga berkesempatan menyaksikan pembentangan tesis master Ustaz Zamzaini yang begitu mantap dan bertenaga di Cairo. Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar. Tajuk tesisnya adalah Ahkam Hadithil 'Aadii Islami Dirasat Fiqhiyyah Muqaranah  ( hukum hakam kepada muallaf yang baru Islam dari sudut perbandingan fiqhiyyah ).


Munaqasyah ini berlangsung selama hampir 2 jam setengah. Hampir dalam 30 orang yang datang untuk memberikan sokongan kepada beliau lebih-lebih lagi dengan kedatangan Syeikhuna Ustaz Akli Ahmad, pelajar PhD Azhar dalam bidang Muamalat dan beberapa pelajar master yang lain.


Alhamdulillah, akhirnya berkat kegigihan Ustaz zamzaini dan segala penat lelah dalam penulisan tesisnya hampir setahun yang lepas telah berbaloi apabila 3 orang profesor doktor yang memunaqasyah telah mengumumkan natijah master beliau mendapat pangkat MUMTAZ. Alhamdulillah.Mudah-mudahan apa yang telah beliau usahakan selama ini akan diterima olehNYA dan hasil daripada kajian tersebut boleh dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam umum dan khususnya kepada muallaf fi qulubihim. Amin Ya Rabb.


Dan tidak terlambat lagi untuk kami sekelaurga mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Ustaz Zamzaini. Semoga kejayaan beliau dapat menaikkan dan membakar semangat kami untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam mengangkat martabat Islam di bumi Malaysia.

Saturday, April 3, 2010

Sekitar Majlis Maulidur Rasul UMI

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Saturday, April 03, 2010 0 comments

Syeikhuna Us Akli menyampaikan ceramahnya.Pelajar Muamalat PhD Azhar tue..kna amik mnfaat sblum trlewat. Amin Ya Rabb.

Khusyuknyer semua org. Fadil, hang tgh wat ape tue? haha.yg aku,Hazin,Zaki ,Majdi, pulak, tgh cover mcho.hihi.Yg lain, pon khusyuk.

2 periuk pon dah habis. Nasi Kabsah dan sup tulang katakan.Sedap sgt, sampai mjilat jari.

 
Kawan2 kiter, dok bersandar kekeyangan. Syukran chef2 utama.

Smgtnyer kwan kiter nie mkn. Mmg kna hbiskan. Xelok mmbazir..

Sunday, March 21, 2010

Sekitar Majlis Muhasabah Kepimpinan UMI 09/10

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, March 21, 2010 0 comments
Pada malam jumaat yang lepas 18 Mac 2010, alhamdulillah setelah hampir setengah tahun memangku taklifan bendahari UMI akhirnya mesyuarat agung tahunan UMI dapat berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menjayakan program tahunan ini. Tanpa antum, UMI tidak akan dapat menjalankan tugasannya dengan baik demi menjaga kebajikan bersama dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang berfaedah untuk warga ' orang-orang kawen Iskandariah'. 

Syukran juga kepada mereka yang sudi mencurahkan segala lontaran ideal, cadangan, pertanyaan dan muhasabah untuk kebaikan bersama. Majlis ini dapat berjalan dengan meriah diselangi juga dengan pandangan yang bernas dan tepat. Betullah kata orang tua. Sepakat membawa berkat dan rahmat.

Us Fairuz yang sentiasa tersenyum tu pndai wat ulead dan adobe.kena cover macho.hihi.Kami pun selalu tersenyum je.....Mgkin yang pling hensem tue yang pling tinggi kat belakang.bolh caya? Bangga jgk dpt bergmbar dengan penjaring terbanyak UMI, Us Hafiz Ronaldo.

Sebab aper tue dok tergelak2?  Pandai jugak Us Rezman buat lawak. Ohh, rupanyer pasal PBS ( aku pon xtau bnda singkatan gapo nie). Us Aziz pon pandai wat lawak yer... 2 orang tok guru pon tgh tersnyum. Us Akli dan Us Zamzaini.

 l
fuyyo...nasi aper nie? tak penah nampk pon? tulah...namanyer nasi kabshah tok guru..hihi..Terima kasih jugk kepada Chef Kehormat N The Geng dan juga  Us Nik Rosdi ( Wakil BP PMRAM)kerana datang dari jauh. Jom cari ayam yg menyorok dlm nasi nie..

 
fikri tue tgh wat piki' gapo tue? macm suara balqis je nangis tue... Pastu nak bgtau..tarikh kat gmbr tue, silap.hihi.


Akhir kalam dari saya, UMI sentiasa memerlukan bantuan, sokongan dan  pandangan daripada ahli-ahli untuk terus bergerak membantu dan menjaga kemaslahatan baik untuk mutazawwijin dan akhwat Alex. Kita adalah keluarga saling bantu membantu antara satu sama lain.Berkhidmat kerana Allah.

Monday, November 9, 2009

Sambutan Hari Keluarga UMI Ke-11

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, November 09, 2009 0 comments


Monday, November 2, 2009

Tahniah Kepada Ustaz Fairuz Tamjis

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, November 02, 2009 0 comments


Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasangan Ustaz Fairuz dan Ustazah Maria kerana dikurniakan olehNYA cahayamata kesayangan lelaki yang pertama. Alhamdulillah bersalin normal dengan berat 2.5 kg bertepatan dengan hari Isnin jam 1.30 petang.  Mudah-mudahan dengan kehadirannya menambahkan lagi kecerian dalam rumah tangga mereka.

Dan semoga Allah memberikan kepada pasangan mempelai ini rahmat kebahagian dan kasih sayang dengan  ketibaan cahayamata ini. Ya Allah, jadikanlah mereka di kalangan mereka yang bersyukur dan berbuat baik kepada insan ciptaanMU. Amin.

Wednesday, October 14, 2009

Tahnik Bersama Syeikh Abdul Aziz Bin Ahmad

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, October 14, 2009 2 comments


Alhamdulillah, semalam Insyirah baru sahaja tahnik dengan Syeikh Abdul Aziz, pengamal tarikat Syazuliyah Iskandariah. Terima kasih pada Ustaz Zamzaini kerana membantu kami bertemu dengan syeikh.dengan berbekalkan air zam-zam dengan kurma, syeikh makan sambil mengunyah kurma dengan air zam-zam lalu beliau mengtahnikkannya dan mendoakan supaya Insyirah menjadi anak dan hamba Allah yang solehah.

Masa itu, Insyirah nyenyak tidur tanpa menyedari abinya telah membawanya melancong di sekitar Assafirah.Kita tahu upacara ini sangat penting bagi bayi yang baruyang baru lahir. Memang ia menjadi amalan yang penting sebelum menunggu bayi itu membesar dengan berkat dan rahmat dari Allah.

Apa-apapun hanya Allah sahajalah yang Maha Menentukan kebahagian dan rezeki hamba-hambaNya di muka bumi ini. Paling penting sekali, kami sewajibnya mendoakan agar kami selalu dalam inayah dan hidayatNya.Amin.

Sunday, October 11, 2009

Sammaituha Nur 'Aisyul Insyirah

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, October 11, 2009 4 comments



Alhamdulillah, hari ini merupakan hari yang ke-7, Nur 'Aisyul Insyirah selamat dilahirkan. Pelbagai pengalaman menguruskan isteri dan anak diperolehi. Sememangnya teori hanya mudah untuk diimaginasikan dan difikirkan.

Sebaliknya, apabila masuk pada pratikalnya dan berada di lapangan semestinya memerlukan kepada semangat yang gigih dan puncak kesabaran yang kuat.

Insyirah menangis, tidak tidur malam, perut kembung, penyakit kuning dan pelbagai ragamnya telah kami lalui dalam tempoh yang singkat ini. Pada masa hadapan, panjang dan lama lagi tempoh perjalanan ini untuk menempuhi destinasi akhirat.

Kami juga tidak meninggalkan dan membiarkan soal makan, minum, pakaian dan tempat tinggal serta pendidikan Islam yang menyeluruh pada masa hadapan. Itulah kewajiban kami selaku bapa dan ibu. Lantaran yang demikian, maka telah cukuplah tanggungjawab yang akan dipikul oleh kami.

Pembacaan Hizib Al-Bahr dan An-Nawawi juga sangat penting dalam menjaga keselamatan luaran dan dalaman Insyirah supaya kehidupan sehariannya berjalan dengan baik dan selamat serta dilindungi olehNya dari segala kejahatan syaitan dan jin.

 Apa-apa halpun, terima kasih juga kepada yang menziarahi Insyirah di teratak kami ini. Dan juga tidak dilupakan, ahlan wa sahlan kepada yang hendak mengunjungi kami di sini.

ABU INSYIRAH
MANDARAH, ISKANDARIAH

Wednesday, October 7, 2009

Tahniah Mustakim Atas kelahiran Puteri Pertama

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, October 07, 2009 0 comments
Artikel ini diambil dari blog sahabat saya, Muhammad Hanif Jamaluddin. Syukran kathiran.


bila plak den nak blh anak ni hii :d gai insyaAllah


TAHNIAH SAHABAT KU...

(09 september 2006) -Tarikh Aku dan Mustakim tiba di lapangan airport kaherah.

-Kami bersama2 di tauzikkan di sebuah muhafazah yang diberi nama Zagazig..

-Bermula dari mula ketibaan di bumi Zagazig kami tingal serumah di satu kawasan yg di beri nama Murur.

- Setelah raya pertama kami di kaherah kami berpindah ke rumah baru di kawasan baru di Salam. rumah yang seperti gua berubah menjadi Syurga kami bersama :)

- Mustakim & aku, kami tingal sebilik, laptop kepunyaannya ku lakukan seperti milikku jua :P

- Alhamdulillah kami disatukan bersama, dikuliah yang sama kuliah Bahasa Arab. bermula dari tahun satu hinga sekarang, kami sudah di tahun 4 kami masih lagi bersama dan memperolehi keputusan yang sama JAYYID alhmdulillah..

- Pada tahun 2008 kami pulang bersama ke malaysia..

-Bermula dari tahun itu kami tidak lagi bersama :( huu sbb..... mustaqim telahpun berumah tagga dengan gadis pilihan hatinya :P dari awal2 lagi dah nak kawen dah :P

- walaupun jauh setelah tinggl di Iskandariah tapi kegigihannya untuk terus berjaya dalam pelajaran amat aku kagumi, seminguu pasti 4@5 hari dia akan bersama kami untuk hadir ke muhadarah bersama doktor di kuliah walau terpaksa berjauhan dengan zaujah tercinta..

- tiada apa yang aku paling dengki ( dengki baik :P ) dengan mustakim ialah ingatannya dalam menghafaz memenag kami tak dapat tandingi, walaupun soleh antara yang terhebat dari kami ber4 (aku hebat lagi :P ) tapi klu nak dibandingkan dalam bab hafalan bait syair atau sebgainya memang mustaqim tiada tandingan.

- Dan apa yang aku dengki gak dia bahagia je duk nge zaujah huu :P bila la den nak nikah ni hahaha

- dan bertambah dengki lagi bermula hari ini -5 oktober 2009- mustaqim sudah bergelar bapa kepada seorang puteri comel.. huu

- pah anaknye comel lak tuu huu lagi la dengki :(

- apa2 pun tahniah di ucapkan kepada sahabat ku mustaqim diatas kelahiran puteri pertama, semoga dengan kdatangan puteri cumil ini dapat membahagiakan lagi rumah tangga serta ditambahkan lagi kesyukuran serta ketaqwaan pada Allah swt..

-semoga puteri sulung in menjadi anak yang solehah serta menjadi muslimah pejuang yang memperjuangkan dirinya semata2 kerana Islam seperti babanye :P Insyallah aminnn

Oklah Hanif, aku nak pi solat dulu. Salam musafir.

ABU INSYIRAH
AHMAD ATIAH, ISKANDARIAH

Monday, October 5, 2009

Selamat Datang Puteri Kesayangan Kami

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, October 05, 2009 7 comments


Alhamdulillah, syukur ke hadratMu  kerana mengurniakan kami nikmat ini. Ahlan Wa Sahlan kepada puteri kesayangan kami. Mudah-mudahan akan menjadi anak yang solehah. Lahir pada tepat hari Isnin , 5/10/2009 , 3.15 pagi dengan berat badannya 3.2 kilo.


Insya-Allah, posting yang akan datang, saya akan ceritakan sedikit pengalaman menyambut bayi kami yang pertama. Sekarang ini, sangat sibuk dengan pelbagai keperluan. 

Saturday, September 26, 2009

Penantian itu satu kesabaran

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Saturday, September 26, 2009 3 comments

Hari ini merupakan hari terakhir DUE bersalin zaujah saya. Sebagai seorang bakal bapa, penantian itu benar-benar menguji kesabaran. Hampir setipa hari kawan-kawan menelefon bertanyakan tentang kelahiran cahayamata kami yang pertama.

Saya dan zaujah ternanti-nanti juga dan tidak sabar untuk menyambut serta mendodoinya. Hampir setiap hari kami berpesan kepada baby kami supaya lahir segera dan sihat walfiat. Agaknya baby mengidam rendang dan pelbagai jamuan pada hari raya.

Tapi bukan setakat rendang, nasi impit, kuah kacang, kuih raya, nasi kerabu ( Us Zam masak sedap sangat malam semalam) , nasi Dagang ( Us Shamsudin dan Ahnaf),kuih lode dan keropok Ganu. Semuanya dah dimakan.

Apa-apa halpun, perancangan Allah itu lebih tepat dan sesuai dengan qodiah kami sebagai bakal Umi dan Abi. Ya Allah mudahkanlah segala urusan kami di dunia ini dan jadikanlah zuriat kami penyejuk mata kami.Amin.

Thursday, September 24, 2009

Gambar Hari Raya UMI 1430

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Thursday, September 24, 2009 2 comments
Assalamualaikum. Apa khabar semua? Alhamdulillah sihat semua. Kali ini saya akan bawakan anda ke dalam realiti alam perkhawinan di bumi Kinanah ini. Hihi. Pertama sekali, saya nak minta maaf banyak disebabkan terdapat di setengah gambar yang bertarikhkan salah dan kurang tepat. Yang penting sambutan ini adalah untuk Syawal 1430.


Gambar di atas ini diambil selepas solat Aidil Fitri di Dewan Zajlatul Abidah. Terima kasih kepada Pengerusi DPMI kerana membenarkan kami memanfaatkan kesempatan ini. Cuba teka siapa jejaka yang paling hensem , tampan , segak lagi bergaya melecun. Tentunya yang pakai baju berkilat sekali. Hihi ( Perasan lah tu )

Gambar ini pula masa duduk khusyuk dengar khutbah raya yang disampaikan oleh Us Khairul. Hihi. Teringat masa saya dipaksa membaca khutbah nikah.

Background yang cantik dibelakang kami itu di rumah Us Fadhil. Siapa nak ketenangan yang menyeronokkan, boleh lah serbu rumah dia. ( Fadil, jangan marah tau)

Ha. Ini pula kali kedua saya dijemput jadi peNASYID. Menggeletar juga. Suara itu, boleh tahan sedap. Tapi yang paling mantap, suara Us Naim digabungkan lagi dengan Us Fadil dan Us Salam. Yang lain itu, back-up sahaja. Apa-apa hal pun, terima pada abang Firdaus, Us Hafiz, Us Nawi dan MANDUB kita, Us ZulFauzi. Gentlemen.
Dan gambar-gambar yang lain itu, tak larat nak komen. Oklah.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN






Wednesday, September 23, 2009

Gambar Raya Di Teratak Kami

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, September 23, 2009 1 comments


Assalamualikum. Ni cerita sikit tentang raya ni. Kami ada jemput kawan beraya di rumah kami. Gambar hujung kanan tu Abang Firdaus, pasti sebelas kanan dia, Ustaz Nawawi, Us Fadhil, saya, Ustaz Shamsudin, Ustaz Ismail dan Abang Zul Fauzi. Yang tidur tu Munirah. Mungkin dia ngantuk sangat. Ayah dia pergi beraya sangat kot. Hihi. Yang terjulur kaki tu Husna, anak Ustaz Khairul. Sama-sama letih beraya sakan. Hihi




Sempena kunjungan tetamu kami, kami menyediakan masakan yang sedap ( boleh la.hihi.) Rendang daging, ayam masak merah, kuah kacang, nasi terhimpit ( hihi ), ketupat palas, kuih Almond London, kuih Tat Nenas, kerepak gunting, dan beberapa ketul kuih arab. Boleh tahan juga. Khusyuk tengok bola yer.



Pastu ada tetamu baru datang. Yang tengah meriba anak tu namanya Ustaz Zamzaini. Mantap tau orangnya. Sebelah kanan dia tu, 2 orang.Saya dah sebut tadi kan. Pastu Ustaz Alimi ( Orang nombor 1 UMI ) duduk tepi pintu. Pastu Ustaz Zul, pakai jersey Selango' ( bunyi Kedah sikit sebab zaujahnya, Kak Long orang Kedah. hihi ) . PAStu yang pakai baju biru mengadap Us Zul tu, namanya Ustaz Rondi. Ada lagi. Yang betul2 duduk kat depan kamera berkopiah putih tu namanya Ustaz Khairul ( Mudir Maahad Qiraat ) . Sebelah tu, biasalah. Shohibul Bait Maftuh ( Betul ke istilah tu ). Dan terakhir yang mengadap TV tu, Ustaz Hafiz omar.

Oklah. Kalau ada berita terbaru, saya akan posting baru. Selamat Hari Raya.

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, September 20, 2009 1 comments



" Selamat hari raya, abang minta maaf banyak-banyak kesalahan abang pada sayang ", rintihanku selepas selesai menunaikan solat Isyak.

" Sayang pun nak minta maaf. Raya ni adalah raya yang pertama kita, kan abang. Doakan sama-sama anak kita lahir dengan selamat amin.", rintih isteri saya ketika bersalaman dengan saya.

" Mudah-mudahan Ramadhan kali ini yang terbaik untuk kita dan semoga Allah mengampunkan dosa kita semua dan akan tempatkan kita dari kalangan hamba-hambanya yang beriman", saya menjelaskan dengan baik.

Hari Raya Pertama di Perantauan

Tahun ini, kami sekeluarga menyambut hari raya di bumi Kinanah. Banyak kenangan yang manis sepanjang tahun ketiga pengajian kami yang berbaki setahun. Tahun depan, kami mesti balik ke Malaysia. Mudahan takdir Allah menentukan yang terbaik untuk kami.

Dan Syawal kali akan lebih bermakna sekali dengan ketibaan cahayamata kami yang pertama. Alhamdulillah. Kami berdoa semoga Allah memudahkan urusan kami di sini. Amin.

Kepada pengunjung blog ini, kami ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin ke atas segala kesalahan kami dari hujung kaki hingga hujung rambut.

Saturday, August 22, 2009

Ahlan Ya Ramadhan

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Saturday, August 22, 2009 4 comments


Ahlan Ya Ramadhan.

Ramadhan ini adalah Ramadhan yang pertama setelah hampir setahun saya mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati, Irma Aznita Kambali.

Bulan ini juga kami cuba mengkhatamkan Al-Quran khusus niatnya untuk cahaya mata kami yang akan tiba akhir bulan Ramadhan.

Tempoh setahun jagung perkahwinan kami sememangnya dipenuhi dengan pelbagai pengalaman sebuah pernikahan yang direstui kedua-dua buah keluarga.

InsyaAllah, kami berharap agar Ramadhan tahun ini adalah yang paling terbaik daripada tahun lepas. Kelas tafaqquh fiddin dan tadarus Al-Quran akan kami sertai.

'Ya Allah, kami memohon ridhaMu dengan balasan syurga dan kami minta lindungi daripada kemurkaanMu dan nerakaMu. Ya Allah , sesungguhnya Engkau Maha Pengampun yang menyukai mengampun, maka ampunkanlah dosa-dosa kami. Amin.

Wednesday, August 5, 2009

Alhamdulillah, syukur pada-MU

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, August 05, 2009 1 comments


Alhamdulillah. Tahun ini najah sofi jaid. Semester depan tahun 4. Allah, Pembantu yang Maha Berkuasa lagi Maha Agung. Tahniah kepada zaujahku tercinta, najah naik tahun 4. Rezeki untuk baby kami yang bakal lahir pada akhir bulan depan. Juga tahniah buat sahabatku, Muhammad Hanif dan Solehuddin najah sofi jaid. Juga sahabatku Mursyid, Firdaus (Veron) dan lain-lain lagi yang naik tahun. Yang tidak naik tahun, usaha dan berusaha dengan baik dan kental. Allah bersama mereka yang berusaha dengan titik peluh mereka sendiri.

Wednesday, June 10, 2009

Tahniah Buat Sahabatku, Hamdi

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, June 10, 2009 0 comments



Tahniah buat sahabatku, Ahmad Hamdi Bin Ali kerana dikurniakan Allah seorang puteri sulung pagi semalam. Namanya yang diberi adalah Nurin Haniah. InsyaAllah mudah-mudahan dia akan menjadi anak yang solehah dan dapat berkhidmat kepada Islam. Amin.

Monday, May 25, 2009

Larangan Meminang Ke Atas Pinangan Orang Lain

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, May 25, 2009 1 comments



Kita sudah maklum bahawa Islam menggariskan panduan kepada umat manusia ini kerana ia adalah untuk menjaga kemaslahatan dan kebaikan bersama. Jadi kali ini saya nak berkongsi ilmu tentang tajuk persoalan yang diberikan kepada pengunjung blog ini. Jadi saya telah mengambil manfaat dari kitab Fiqhul Usrah Fi Islami karangan Doktor Asyraf Muhammad Khatib dan Doktor Abdul Tauwab Muhammad Hilmi.

Bersabdalah Nabi Muhammad (SAW) dalam hadisnya yang sohih. (1)

حدثنا مكي بن ابراهيم حدثنا ابن جريح قال سمعت نافعا يحدث أن ابن عمر رضي الله عنهما كان يقول : نهى النبي صلى الله عليه وسلم أن يبيع بعضكم على بيع بعض ولا يخطب الرجل على خطبة لأخيه حتى يترك الخاطب قبله أو يأذن له الخاطب : أو كما قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

" Nabi (SAW) melarang membeli sebahagian daripada kamu akan (belian) orang lain dan melarang seorang lelaki meminang ke atas pinangan saudaranya sehingga peminang ( pertama ) meninggalkan ( menolak ) sebelumnya atau memberi izin dari peminang ( yang pertama ) bagi dirinya (peminang kedua). "

Maka telah terjadi khilaf di kalangan ulama' mengenai hukum pengharamannya.

1) Ibnu Hajr mengatakan larangan itu bermaksud haram seperti yang telah diputuskan oleh Jumhur Ulama keranasanya larangan itu adalah untuk menjaga kemaslahatan Bani Adam. Maka haramnya seperti haramnya mengambil harta secara paksa dan menumpah darah.
(2)

2) Al-Khitabi berpendapat ianya adalah larangan tetapi hanya untuk pengajaran sahaja.
(3)

3) Sebahagian daripada Ulama Malikiah mengatakan makruh.(4)

4) Imam Nawawi pula mengatakan bahawa larangan tersebut adalah berbentuk haram mengikut Ijma' Ulama' kerana mengambil dalil sorih daripada hadis Nabi Baginda Muhammad (SAW). Kerananya adalah perempuan yang ditunang oleh lelaki pertama sibuk dengannya untuk bersuai kenal. Jadi apabila berlaku pinangan kedua lelaki lain sedangkan pinangan pertama belum ditolak, ia akan menyalakan api permusuhan di antara kedua-duanya sekali.(5)

5) Ibnu Arabi sependapat dengan jumhur Ulama mengatakan haram juga.(6)

Jumhur Ulama meletakkan syarat bahawasanya hukum meminang pinangan orang itu haram apabila: (7)

a) Pinangan pertama terjadi dahulu. Jikalau lelaki pertama itu hanya sekadar untuk berkenalan tanpa ada tuntutan untuk berkahwin ataupun tidak ada rasa meminati perempuan itu, maka hukumnya adalah harus dan dibolehkan orang kedua masuk meminang. Ini kerana apabila tidak ada lafaz tuntutan berkahwin, maka ia tidak dikira bertunang.

b) Pinangan pertama itu telah diharuskan oleh syara' padanya. Jikalau lelaki pertama itu mempunyai keuzuran syara', maka tidaklah ada baginya terjadi pertunangan. Contohnya, seorang lelaki meminang akan perempuan yang ditalak oleh suaminya dengan talak satu dan masih dalam talak raj'i dan masih dalam tempoh iddahnya. Ini kerana apabila lelaki pertama tadi diharamkan sama sekali untuk meminang perempuan tadi disebabkan ia masih dalam tempoh iddah. Jadi tuntutan lelaki pertama itu tidah sah dan tidak dikira bertunang. Apabila terjadi kes sebegini, maka haruslah bagi lelaki kedua masuk meminang dengan syarat, tamat tempoh iddahnya.

c) Pinangan pertama itu sentiasa berkekalan. Jikalaulah lelaki pertama meninggal dunia, maka haruslah bagi lelaki yang kedua masuk meminang.

c) Orang yang kedua itu mengetahui hukum meminang atas pinangan orang lain itu adalah haram.

d) Perempuan yang ditunangi itu telah menerima pinangannya lelaki pertama atau walinya sudah menerimanya. Maka tidak harus lelaki yang kedua masuk meminang.

Jadi kesimpulannya, pendapat yang diterima oleh jumhur ulama adalah
haram meminang atas pinangan orang lain.

(1) Sahih al-Bukhari : Bab Nikah
(2) Fathul Bari Ibnu Hajar : Juz 19 m/s 239
(3) Fathul Bari: Juz 19 m/s 240
(4) Al-Muqaddimah Ibnu Rusyd : Juz 2 m/s 58
(5) Al-Majmu' syarah Al-Muhazzab bagi An-Nawawi: Juz 16 m/s 2261
(6) 'Aradhoh Al-Ahwazi syarah sohih Tirmizi : Juz 5 m/s 7
(7) Al0Syarah Al-Kabir Ad-Dur Dair : Juz 2 m/s 217

Sunday, May 24, 2009

Meniti Gerbang Perkahwinan

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, May 24, 2009 1 comments


" Hanif , hang nak ikut ana tak pergi Alex esok ?" tanyaku padanya seraya menoleh ke arah Nordin.

" Hang ada keje ke kat sana, ke ada benda lain ? " balas pertayaanku.

" Saje je ajak hang, tengah tension ini. Kena cari ketenangan di tepi pantai . Banyak muqarra imtihan ni," jawabku dengan penuh keyakinan.

" Insya-Allah kita akan bermalam di rumah Ustaz Redwan. Tapi yang paling penting, ana nak adakan liqa ( perjumpaan) dengan khibati ( tunang ) ana," jelasku sambil menjeling ke arah Nordin, sahabatku ketika berada di tingkatan 6 STAM.

" Din, hang pun kena iring ana. Segan sikit kalau hang tak ade," pintaku.

" Oooo. Patutlah ajak aku, mesti nak bakar semangat aku." Gelak besar kami saat itu.

Liqa bersama tunangku

Petang itu, dia bersama beberapa orang kawannya datang serentak ke kediaman Ustaz Redwan. Sememangnya saya menunggu dengan penuh debaran. Hanif dan Nordin sejak dari tadi asyik mengusik. Apa yang penting, saya berharap dengan pertemuan dengannya bersama Ustaz Redwan dan kawan-kawan akan menghasilkan natijah yang baik untuk kami. Apabila kami sudah bersedia, Ustaz Redwan membuka majlis dan menyampaikan kalam-kalamnya. Dari apa yang saya dapat fahamkan dari nasihatnya tentang batas-batas pertunangan ini :

1) Menjaga batas-batas pergaulan dengan baik.
2) Mengehadkan tempoh pertunangan.
3) Menggalakkan ikatan ini berakhir dengan perkahwinan.
4) Sedia memikul tanggungjawab dengan baik.

" Mustakim, anta kena kuat dan semangat tau apabila sudah berkahwin. Perkahwinan bukan untuk sehari tapi untuk sepanjang hari," tegasnya sambil tangannya diangkat menunjukkan semangatnya.

" Kena sabar dengan apa yang Allah akan uji pada kamu berdua. Asam garam kehidupan ini sangat banyak untuk dikongsi," kepalaku menggangguk tanda setuju.

" Satu lagi, hidup dalam alam perkahwinan ini perlukan kepada tolak ansur. Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya dan bukan menerima sebanyak-banyaknya," katanya dengan penuh emosi dan semangat.

Alhamdulillah, petang itu kami dilayan dengan sebaik-baiknya. Bagi saya, pertemuan singkat antara kami berdua bertemankan kawan-kawan disekelilingnya sangat bermakna sebelum kami pulang ke Malaysia untuk merancang perkahwinan kami.

" Ustazah, terima kasih kerana sudi datang. Ana harap apa yang disampaikan itu, baik untuk kita berdua," kataku seraya mengiyakan Ustaz Redwan.

" Ustaz pun sama. Ana harap macam itu juga. Nanti jangan lupa makan. Ana tinggalkan bekalan untuk Ustaz dan kawan-kawan Ustaz," katanya sambil meletakkan bungkusan plastik di atas meja.

"Assalamualaikum."

" Waalaikumusalam."

Natijah

Seharusnya pada mereka yang sudah mengikat tali pertunangan, mempercepatkan hingga dapat berkahwin. Tempoh pertunangan yang terbaik adalah sekejap dan tidak berlanjutan lama. Ulama menetapkannya adalah supaya dapat menghindari daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Perjumpaan ( liqa) mestilah bersama dengan orang yang dipercayai seperti kawan-kawan atau seorang musyrif. Itulah yang terlebih elok untuk dilakukan. Semoga dengan perkongsian hidup ini dapat membantu anda sekalian.

Ulama'

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

Tolabah

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya

Akhbar

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

Tv Online

tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
 

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez