Followers

Sunday, October 11, 2009

Sammaituha Nur 'Aisyul Insyirah

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, October 11, 2009



Alhamdulillah, hari ini merupakan hari yang ke-7, Nur 'Aisyul Insyirah selamat dilahirkan. Pelbagai pengalaman menguruskan isteri dan anak diperolehi. Sememangnya teori hanya mudah untuk diimaginasikan dan difikirkan.

Sebaliknya, apabila masuk pada pratikalnya dan berada di lapangan semestinya memerlukan kepada semangat yang gigih dan puncak kesabaran yang kuat.

Insyirah menangis, tidak tidur malam, perut kembung, penyakit kuning dan pelbagai ragamnya telah kami lalui dalam tempoh yang singkat ini. Pada masa hadapan, panjang dan lama lagi tempoh perjalanan ini untuk menempuhi destinasi akhirat.

Kami juga tidak meninggalkan dan membiarkan soal makan, minum, pakaian dan tempat tinggal serta pendidikan Islam yang menyeluruh pada masa hadapan. Itulah kewajiban kami selaku bapa dan ibu. Lantaran yang demikian, maka telah cukuplah tanggungjawab yang akan dipikul oleh kami.

Pembacaan Hizib Al-Bahr dan An-Nawawi juga sangat penting dalam menjaga keselamatan luaran dan dalaman Insyirah supaya kehidupan sehariannya berjalan dengan baik dan selamat serta dilindungi olehNya dari segala kejahatan syaitan dan jin.

 Apa-apa halpun, terima kasih juga kepada yang menziarahi Insyirah di teratak kami ini. Dan juga tidak dilupakan, ahlan wa sahlan kepada yang hendak mengunjungi kami di sini.

ABU INSYIRAH
MANDARAH, ISKANDARIAH

4 comments on "Sammaituha Nur 'Aisyul Insyirah"

Brilliant Marjan on October 11, 2009 at 4:55 PM said...

Salam ziarah kemabali..
Tahniah ae dpt baby..
Subhanallah..sy kenal zuajanyer cuma sy lupa nama..1kg ngn sy..adakah nama dia erma aznita?sy junior 1thn dari dia time kt SAMTTAR dl..sampaikan salam ae..

afais on October 12, 2009 at 1:33 PM said...

salam menjengan insyirah... ermmm gementar gak erkk nak jadi ayah ni.. lepas ni giliran kami lak.. nak bertalaqi dengan abu_insyirah lah lepas ni... semoga insyirah terus membesar sebagai wanita solehah

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji on October 12, 2009 at 4:10 PM said...

wslm. alhamdulillah.syukran byk2.ye zaujh ana namanya irma aznita,tggl di jaln hj idris,kg jenjarom. Bolh prknlkan nama pnuh,zujh ana nak tahu. salam.

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji on October 12, 2009 at 4:12 PM said...

prof_luruih-afais. wslm.sama kasih.nnti kmi akan ziarah bby ustz, kna than skit la musim sjuk nie. kna byk sabar.

Post a Comment

Ulama'

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

Tolabah

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya

Akhbar

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

Tv Online

tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
 

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez