" Assalamualaikum, Ustaz Naim malam nanti nak pergi solat terawih kat mana?", tanya saya kepadanya ketika ramadhan yang ke-26.
" Waalaikumussalam, insya-Allah malam nanti kan malam 27 Ramadhan. Eloklah ajak sekali dengan kawan-kawan yang lain" , ajakannya supaya malam itu dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Petang itu kami berempat, Ustaz Naim , Ustaz Fadhil dan Ustaz Fairuz berbuka puasa di Mansyiah berdekatan dengan masjid itu. Kami semamangnya berazam untuk teruskan malam itu sehingga waktu subuh esok. Bukan selalu dapat peluang sebegini rupa.
Tiupan angin yang kuat dan sejuk itu membuatkan kami memilih untuk solat di pekarangan masjid. Sejujurnya, memang seronok dan selesa solat Maghrib dan Isya' di luar masjid. Pada waktu selepas solat isyak, berbondong-bondong manusia menyerbu masuk ke dalam masjid. Yang tidak berpeluang, di luar itu lebih baik dan selesa.
Malam itu, terawihnya hanya 8 rakaat tetapi bacaan imam sangat panjang. Hampir sejuzuk. Pada ayat-ayat yang menceritakan tentang rahmat dan azab, imam akan mengeraskan dan meninggi suaranya sehingga berkali-kali. Terangkat juga bula roma ditengkuk ditambah lagi dengan kedinginan malam yamg menusuk qalbu. Alhamdulillah kami diberikan kekuatan untuk menamatkan dengan baik solat terawih, qiam ( sejuzuk) dan doa Qunut ( hampir sejam).
Apahalpun, keesokkan harinya kami dikhabarkan bahawanya pada malam itu, tentera udara Amerika sangat terkejut dengan keadaan tersebut. Kami anggarkan jumlah jamaah yang hadir hampir 10 ribu orang sedangkan sebahagian berita dari Al-Jazirah mengatakan hampir 100 ribu manusia. Waallahualam.
1 comments on "Bersama Muslimin Di Masjid Qoid Ibrahim"
tak dapat upload byk gmbr lagi. net, masalah.
Post a Comment