Sumber: Us Khairul Nizam Mat Husain
Malam itu, bicara siswa yang dianjurkan oleh SPR MKKK menarik minat
ramai di kalangan mahasiswa Islam dan Perubatan di Mesir. Ramai betul
yang datang. Majlis yang pada asalnya ingin juga menampilkan wakil dari
ISMA dan UMNO telah mencuit hati para mahasiswa untuk melihat sayembara
minda ini. Walaupun ISMA dan UMNO tidak dapat menghantar wakil ke
majlis tersebut, saya mengharapkan para hadirin yang datang malam itu
dapat mengkaji bait-bait hujah yang para panel utarakan.
Benar.
Saya tidak bersetuju dengan ISMA. Apatah lagi dengan UMNO. Saya juga
telah nyatakan secara terbuka malam itu agar dapat diamati dan dihalusi
oleh para ilmuan bahawa sangat wajar hari ini untuk seluruh
gerakan-gerakan Islam di Malaysia bersatu dan bekerjasama.
Saya
sering tidak bersetuju dengan teori-teori berbunyi "Kita mesti bersatu
atas dasar Islam. Ketepikan fahaman politik. Tanamkanlah sikap berkasih
sayang sesama muslim" dan macam-macam slogan lagi yang menyanyi-nyanyi
di "JAPUIK BAKECEK" saya.
Itu semua ada teori asas sebelum
dipraktikkan di alam sebenar. Memang. Kita perlu bersatu di atas dasar
ISLAM. Memang. Kita perlu mengetepikan fahaman politik. Memang kita
perlu menjaga ukhuwah Islamiah. Ini semua adalah sikap dan konsep asal
sebelum kita melihat realiti.
KITA PERLU BERSATU DI ATAS DASAR ISLAM.
Kalau
kita melihat realiti dan kanvas perjuangan Islam di Malaysia, bukankah
jamaah Islam yang begitu lama ingin menyatukan umat Islam yang bengong
fikirannya agar kembali kepada dasar Islam adalah PAS? Maka wajar umat
Islam bersatu untuk menegakkan Islam di Malaysia dengan wadah PAS.
Sekiranya anda merasakan bahawa "tidak mengapa sekiranya kita tidak
membantu PAS dan mendokong PAS, yang penting bersatu di atas dasar
ISLAM", bukankah kenyataan ini adalah kenyataan kosong tanpa usaha?
Bagaimana cara yang paling ideal dalam menobatkan Islam di Malaysia?
Saya
kira para pembaca yang berfikrah Islam akan menyatakan secara jujur
bahawa medan perjuangan ISLAM di Malaysia adalah PAS. Saya kita
figur-figur Cream of the Cream juga akan memangkah PAS dalam
pilihanraya.
Soalan saya: adakah satu tindakan yang wajar
untuk kita mahu PAS kuat dan berjaya di dalam pilihanraya sedangkan
kita tidak menyalurkan tenaga untuk membantu harakah Islamiah ini. Kita
mahu dia menang tapi tak nak bantu dan dokong. Bahkan kita membazirkan
tenaga dengan menubuhkan gerakan-gerakan dakwah yang lain.
Saya
boleh bersetuju dengan ISMA, JIM, ALAMI dan lain-lain untuk bergerak
cergas dalam kumpulan-kumpulan mereka sekiranya tenaga yang diperlukan
oleh PAS untuk bergerak cergas sudah melebihi daripada kuantiti yang
diperlukan. Katakan PAS memerlukan 500 ribu penggerak dan kita sudah
memiliki 700 ribu tenaga yang boleh menggerakkan PAS. Saya boleh
bersetuju untuk pertubuhan-pertubuhan ini bergerak kerana kuantiti
tenaga yang diperlukan oleh PAS melebihi tahap yang diperlukan.
Realitinya
adakah teori itu berlaku. Hasil pengalaman saya menyatakan bahawa PAS
memang tak cukup tenaga. Para pimpinan PAS memegang jawatan-jawatan
yang perbagai hasil daripada ketidakcukupan tenaga.
Maka
adakah relevan untuk teman-teman ISMA bergiat bersungguh-sungguh untuk
mencari cream of the cream yang saya kira mereka akan ditarbiah untuk
membantu ISMA dan tidak diasuh untuk menjadi tenaga belakang kepada PAS?
Malam
itu saya menyatakan kepada para hadirin bahawa "melihat kepada realiti
perjuangan PAS di Malaysia, ISMA, JIM dan lain-lain memang MELAMBATKAN
KEMENANGAN ISLAM. KEMENANGAN YANG BOLEH DICAPAI DALAM TEMPOH SEPULUH
TAHUN AKAN TERLAMBAT 100 TAHUN."
KETEPIKAN FAHAMAN POLITIK.
Bagaimana
ISLAM ingin ditegak di Malaysia tanpa politik. Slogan agar mahasiswa
ISLAM tidak terlibat dalam politik sebenarnya amat menyenangkan
golongan UMNO yang berhempas pulas inginkan kuasa politik.
Fikir-fikirkan suara saya ini.
PENTINGKAN KASIH SAYANG.
Kita
bertentang dari sudut ideologi. Kita bertegang urat dari sudut
kefahaman. Namun ukhuwah Islamiah tidak akan terguris semata-mata
perbezaan idea dan perjuangan. Saya memang tidak bersetuju dengan ISMA
yang melambatkan kemenangan ISLAM. Namun adakah saya mesti mencaci
ahli-ahli ISMA dan menjadikan umpatan dan mendedahkan aib peribadi
mereka sebagai zikir harian saya?
Sedangkan antara muslim dengan
non muslimpun kita diwajibkan untuk menjaga hak mereka sebagai manusia,
apatah lagi hubungan ikatan aqidah antara sesama muslim. Ya. Saya akan
terus mengecam ISMA yang melambatkan kemenangan ISLAM di Malaysia.
Namun mereka tetap teman seIslam saya yang wajib saya sambungi tali
kasih sayang ini.
Moga para teman semua akan mendokong kepada
PAS hanya semata-mata inginkan Islam itu dimahkotakan di singgahsana
kerajaan. Tinggalkanlah ideologi-ideologi yang melawan kebangkitan
ISLAM seperti UMNO (maaf yer saudara Izo) atau yang melambatkan
kemenangan Islam.
Kalau sayang Islam, terus menjadi tenaga buruh buat PAS yang mahu menegakkan Islam secara jelas di Malaysia.
Alah
teh. Den ado kajo lain. Banyak bando den kano buek agar Islam dapet
dijulang. Kalau inyo managak an Islam, taghuih mambantu. Kalau indak,
lantaklah ken.
Followers
Tuesday, September 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments on "Walau Apa Keadaan Sekalipun, Kita Tetap Menitip Ukhuwah"
Post a Comment