
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam mendorong kita untuk banyak melakukan puasa pada bulan Muharam sebagaimana sabdanya,
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ
“Puasa
yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan
Allah - Muharram. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib
adalah solat malam.”[1]
An Nawawi -rahimahullah- menjelaskan,
“Hadits ini merupakan penegasan bahawa sebaik-baik bulan untuk berpuasa
adalah pada bulan Muharram.”[2]
Lalu mengapa Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam diketahui banyak berpuasa di bulan Sya’ban bukan
malah bulan Muharram? Ada dua jawapan yang dikemukakan oleh An Nawawi.
Pertama:
Mungkin Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam baru mengetahui keutamaan
banyak berpuasa di bulan Muharram di akhir hayat hidup Baginda.
Kedua:
Boleh jadi pula baginda memiliki uzur ketika berada di bulan Muharram
(seperti bersafar atau sakit) sehingga tidak sempat menunaikan banyak
puasa pada bulan Muharram.[3]
Ibnu Rajab Al Hanbali mengatakan,
“Puasa yang paling utama di antara bulan-bulan haram (Zulkaedah,
Zulhijah, Muharram, Rajab) adalah puasa di bulan Muharram
(syahrullah).”[4]
Sesuai dengan penjelasan Ibnu Rajab, puasa sunnah (tathowwu’) ada dua jenis:
1. Puasa sunnah mutlak. Sebaik-baik puasa sunnah mutlak adalah puasa di bulan Muharram.
2.
Puasa sunnah sebelum dan sesudah yang mengiringi puasa wajib di bulan
Ramadhan. Ini bukan dinamakan puasa sunnah mutlak. Contoh puasa ini
adalah puasa enam hari di bulan Syawal.[5]
Di antara sahabat
yang gemar melakukan puasa pada bulan-bulan haram (termasuk bulan haram
adalah Muharram) iaitu ‘Umar, Aisyah dan Abu Talhah. Bahkan Ibnu ‘Umar
dan Al Hasan Al Bashri gemar melakukan puasa pada setiap bulan
haram.[6] Bulan haram adalah bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan
Rajab.
Puasa yang Utama di Bulan Muharram adalah
Puasa ‘AsyuraDaripada
hari-hari yang sebulan itu, puasa yang paling ditekankan untuk
dilakukan adalah puasa pada hari ’Asyura’ iaitu pada tanggal 10
Muharram[7]. Berpuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa-dosa
setahun yang lalu. Abu Qatadah Al Ansori berkata,
وَسُئِلَ عَنْ
صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ « يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
وَالْبَاقِيَةَ ». قَالَ وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ
« يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
“Nabi shallallahu ’alaihi wa
sallam ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah? Baginda menjawab,
”Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang
akan datang.” Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa ’Asyura?
Baginda menjawab, ”Puasa ’Asyura akan menghapus dosa setahun yang
lalu.”[8]
An Nawawi -rahimahullah- mengatakan, “Para ulama
sepakat, hukum melaksanakan puasa ‘Asyura untuk saat ini (setelah
diwajibkannya puasa Ramadhan, -pen) adalah sunnah dan bukan wajib.”[9]
Sejarah Pelaksanaan Puasa ‘Asyura[10]Tahap
pertama: Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melaksanakan puasa ‘Asyura
di Makkah dan Baginda tidak memrintahkan sahabat yang lain untuk
melakukannya.
Dari ’Aisyah -radhiallahu ’anha-, Baginda berkata,
كَانَ
يَوْمُ عَاشُورَاءَ تَصُومُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ ، وَكَانَ
رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَصُومُهُ ، فَلَمَّا قَدِمَ
الْمَدِينَةَ صَامَهُ ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ ، فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ
تَرَكَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ ، فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ ، وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ
”Di
zaman jahiliah dahulu, orang Quraisy biasa melakukan puasa ’Asyura.
Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam juga melakukan puasa tersebut.
Tatkala tiba di Madinah, Baginda melakukan puasa tersebut dan
memerintahkan yang lain untuk melakukannya. Namun tatkala puasa
Ramadhan diwajibkan, Baginda meninggalkan puasa ’Asyura. (Lalu Baginda
mengatakan:) Barangsiapa yang mahu, silakan berpuasa. Barangsiapa yang
mahu, silakan meninggalkannya (tidak berpuasa).”[11]
Tahap
kedua: Ketika tiba di Madinah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
melihat Ahlul Kitab melakukan puasa ‘Asyura dan memuliakan hari
tersebut. Lalu Baginda pun ikut berpuasa ketika itu. Kemudian ketika
itu, Baginda memerintahkan pada para sahabat untuk ikut berpuasa.
Melakukan puasa ‘Asyura ketika itu semakin ditekankan perintahnya.
Sampai-sampai para sahabat memerintah anak-anak kecil untuk turut
berpuasa.
Dari Ibnu Abbas radhiallahu ’anhuma, Baginda berkata,
أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ
الْيَهُودَ صِيَامًا يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ
-صلى الله عليه وسلم- « مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِى تَصُومُونَهُ ».
فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ أَنْجَى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ
وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ فَصَامَهُ مُوسَى شُكْرًا فَنَحْنُ
نَصُومُهُ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « فَنَحْنُ
أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ ». فَصَامَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى
الله عليه وسلم- وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ.
“Ketika tiba di Madinah,
Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam mendapati orang-orang Yahudi
melakukan puasa ’Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ’alaihi wa
sallam bertanya, ”Hari yang kalian bepuasa ini adalah hari apa?”
Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, ”Ini adalah hari yang sangat
mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya,
dan Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini
dalam untuk bersyukur, maka kami pun berpuasa pada hari ini”.
Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam lantas berkata, ”Kami lebih
berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.”. Lalu setelah
itu Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam memerintahkan kaum
muslimin untuk berpuasa.”[12]
Apakah ini bererti Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam meniru-niru (tasyabbuh dengan) Yahudi?
An
Nawawi –rahimahullah- menjelaskan, ”Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam
biasa melakukan puasa ’Asyura di Makkah sebagaimana dilakukan pula oleh
orang-orang Quraisy. Kemudian Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam tiba
di Madinah dan menemui orang Yahudi melakukan puasa ‘Asyura, lalu
Baginda shallallahu ’alaihi wa sallam pun ikut melakukannya. Namun
Baginda melakukan puasa ini berdasarkan wahyu, berita mutawatir (dari
jalur yang sangat banyak), atau daripada ijtihad Baginda, dan bukan
semata-mata berita salah seorang dari mereka (orang Yahudi). Wallahu
a’lam.”[13]
Para ulama berselisih pendapat apakah puasa ‘Asyura
sebelum diwajibkan puasa Ramadhan dihukumi wajib ataukah sunnah
mu’akkad? Di sini terdapat dua pendapat:
Pendapat pertama:
Sebelum diwajibkan puasa Ramadhan, pada masa Tahap kedua, puasa ‘Asyura
dihukumi wajib. Ini adalah pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad dan
Abu Bakr Al Atsram.
Pendapat kedua: Pada masa Tahap kedua ini,
puasa ‘Asyura dihukumi sunnah mu’akkad. Ini adalah pendapat Imam Asy
Syafi’i dan kebanyakan dari ulama Hanbali.[14]
Namun yang jelas
setelah datang puasa Ramadhan, puasa ‘Asyura tidaklah diwajibkan lagi
dan dinilai sunnah. Hal ini telah menjadi kesepakatan para ulama
sebagaimana disebutkan oleh An Nawawi -rahimahullah-.[15]
Tahap
ketiga: Ketika diwajibkannya puasa Ramadhan, Nabi shallallahu ‘alaihi
wa sallam tidak memerintahkan para sahabat untuk berpuasa ‘Asyura dan
tidak terlalu menekankannya. Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam
mengatakan bahawa siapa yang ingin berpuasa, silakan dan siapa yang
tidak ingin berpuasa, silakan. Hal ini sebagaimana dikatakan oleh
’Aisyah radhiallahu ’anha dalam hadits yang telah lalu dan dikatakan
pula oleh Ibnu ’Umar. Ibnu ’Umar -radhiallahu ’anhuma- mengatakan,
أَنَّ
أَهْلَ الْجَاهِلِيَّةِ كَانُوا يَصُومُونَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- صَامَهُ وَالْمُسْلِمُونَ قَبْلَ
أَنْ يُفْتَرَضَ رَمَضَانُ فَلَمَّا افْتُرِضَ رَمَضَانُ قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « إِنَّ عَاشُورَاءَ يَوْمٌ مِنْ أَيَّامِ
اللَّهِ فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ.
“Sesungguhnya
orang-orang Jahiliah biasa melakukan puasa pada hari ’Asyura.
Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam pun melakukan puasa tersebut
sebelum diwajibkannya puasa Ramadhan, begitu pula kaum muslimin saat
itu. Tatkala Ramadhan diwajibkan, Rasulullah shallallahu ’alaihi wa
sallam mengatakan: Sesungguhnya hari Asyura adalah hari di antara
hari-hari Allah. Barangsiapa yang ingin berpuasa, silakan berpuasa.
Barangsiapa meninggalkannya juga silakan.”[16]
Ibnu Rajab
-rahimahullah- mengatakan, “Setiap hadits yang serupa dengan ini
menunjukkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak
memerintahkan lagi untuk melakukan puasa ‘Asyura setelah diwajibkannya
puasa Ramadhan. Akan tetapi, Baginda meninggalkan hal ini tanpa
melarang jika ada yang masih tetap melaksanakannya. Jika puasa ‘Asyura
sebelum diwajibkannya puasa Ramadhan dikatakan wajib, maka selanjutnya
apakah jika hukum wajib di sini dihapuskan (dinaskh) akan bertukar
menjadi mustahab (disunnahkan)? Hal ini terdapat perselisihan di antara
para ulama.
Begitu pula jika hukum puasa ‘Asyura sebelum
diwajibkannya puasa Ramadhan adalah sunnah muakkad, maka ada ulama yang
mengatakan bahawa hukum puasa Asyura beralih menjadi sunnah saja tanpa
muakkad (ditekankan). Oleh kerana itu, Qais bin Sa’ad mengatakan, “Kami
masih tetap melakukannya.”[17]
Isi pentingnysa, puasa ‘Asyura setelah diwajibkannya puasa Ramadhan masih tetap dianjurkan (disunnahkan).
Tahap
keempat: Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertekad di akhir umurnya
untuk melaksanakan puasa Asyura tidak bersendirian, namun disertakan
dengan puasa pada hari lainnya. Tujuannya adalah untuk menyelisihi
puasa Asyura yang dilakukan oleh Ahlul Kitab.
Ibnu Abbas
radhiallahu ’anhuma berkata bahawa ketika Nabi shallallahu ’alaihi wa
sallam melakukan puasa hari ’Asyura dan memerintahkan kaum muslimin
untuk melakukannya, pada saat itu ada yang berkata,
يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى.
“Wahai Rasulullah, hari ini adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Kristian.” Lantas Baginda mengatakan,
فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ - إِنْ شَاءَ اللَّهُ - صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ
“Apabila
tiba tahun depan –insya Allah (jika Allah menghendaki)- kita akan
berpuasa pula pada hari kesembilan.” Ibnu Abbas mengatakan,
فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّىَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-.
“Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam sudah meninggal dunia.”[18]
Puasa 9 Muharram
Sebagaimana
dijelaskan di atas (pada hadits Ibnu Abbas) bahawa di akhir umurnya,
Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bertekad untuk menambah puasa pada
hari kesembilan Muharram untuk menyelisihi Ahlu Kitab. Namun Baginda
sudah meninggal sehingga Baginda tidak sempat melakukan puasa pada hari
itu.
Lalu bagaimana hukum puasa pada hari kesembilan Muharram? Berikut kami bawakan penjelasan An Nawawi rahimahullah.
Imam
Asy Syafi’i dan ulama Syafi’iyyah, Imam Ahmad, Ishaq dan selainnya
mengatakan bahawa dianjurkan (disunnahkan) berpuasa pada hari
kesembilan dan kesepuluh sekaligus; kerana Nabi shallallahu ’alaihi wa
sallam berpuasa pada hari kesepuluh dan berniat (berkeinginan) berpuasa
juga pada hari kesembilan.
Apa hikmah Nabi shallallahu ’alaihi
wa sallam menambah puasa pada hari kesembilan? An Nawawi rahimahullah
melanjutkan penjelasannya.
Sebahagian ulama mengatakan bahawa
sebab Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bepuasa pada hari kesepuluh
sekaligus kesembilan agar tidak tasyabbuh (menyerupai) orang Yahudi
yang hanya berpuasa pada hari kesepuluh saja. Dalam hadits Ibnu Abbas
juga terdapat isyarat mengenai hal ini. Ada juga yang mengatakan bahawa
hal ini untuk berhati-hati, siapa tahu salah dalam penentuan hari
’Asyura’ (tanggal 10 Muharram). Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi
menambah hari kesembilan agar tidak menyerupai puasa Yahudi adalah
pendapat yang lebih kuat. Wallahu a’lam.[19]
Ibnu Rajab
mengatakan, ”Di antara ulama yang menganjurkan berpuasa pada tanggal 9
dan 10 Muharram sekaligus adalah Imam Asy Syafi’i, Imam Ahmad, dan
Ishaq. Adapun Imam Abu Hanifah menganggap makruh jika seseorang hanya
berpuasa pada hari kesepuluh saja.”[20]
Yang penting, kita lebih
baik berpuasa dua hari sekaligus iaitu pada tanggal 9 dan 10 Muharram.
Ini kerana di dalam melakukan puasa ‘Asyura ada dua tingkatan iaitu:
1. Tingkatan yang lebih sempurna adalah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram sekaligus.
2. Tingkatan di bawahnya adalah berpuasa pada 10 Muharram saja.[21]
Puasa 9, 10, dan 11 MuharramSebahagian
ulama berpendapat tentang dianjurkannya berpuasa pada hari ke-9, 10,
dan 11 Muharram. Inilah yang dianggap sebagai tingkatan lain dalam
melakukan puasa Asyura[22]. Mereka berdalil dengan hadits yang
diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiallahu ’anhuma. Nabi shallallahu
’alaihi wa sallam bersabda,
صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ صُومُوا قَبْلَهُ يَوْماً أَوْ بَعْدَهُ يَوْماً
“Puasalah pada hari ’Asyura’ (10 Muharram, pen) dan selisilah Yahudi. Puasalah pada hari sebelumnya atau hari sesudahnya.”
Hadits
ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, Ibnu Khuzaimah, Ibnu
’Adi, Al Baihaqiy, Al Bazzar, Ath Thohawi dan Al Hamidi, namun sanadnya
dhaif (lemah). Di dalam sanad tersebut terdapat Ibnu Abi Laila -yang
nama aslinya Muhammad bin Abdur Rahman-, hafalannya dinilai buruk. Juga
terdapat Daud bin ’Ali. Dia tidak dikatakan thiqah kecuali oleh Ibnu
Hibban. Baginda berkata, ”Daud kadang-kala yukhti’ (keliru).” Adz
Dzahabi mengatakan bahawa hadits ini tidak boleh dijadikan hujjah
(dalil).
Namun, terdapat hadits yang diriwayatkan oleh Abdur
Rozaq, Ath Thohawiy dalam Ma’anil Atsar, dan juga Al Baihaqi, dari
jalan Ibnu Juraij dari ’Atho’ dari Ibnu Abbas. Baginda radhiallahu
’anhuma berkata,
خَالِفُوْا اليَهُوْدَ وَصُوْمُوْا التَّاسِعَ وَالعَاشِرَ
“Selisilah
Yahudi. Puasalah pada hari kesembilan dan kesepuluh Muharram.” Sanad
hadits ini adalah sahih, namun diriwayatkan secara mauquf (hanya
dinilai sebagai perkataan sahabat). [23]
Catatan: Jika ragu-ragu di dalam penentuan awal Muharram, maka boleh ditambahkan dengan berpuasa pada tanggal 11 Muharram.
Imam
Ahmad -rahimahullah- mengatakan, ”Jika ragu-ragu mengenai penentuan
awal Muharram, maka boleh berpuasa pada tiga hari (hari 9, 10, dan 11
Muharram, pen) untuk berhati-hati.”[24]
Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Artikel http://rumaysho.com
Nota kaki: [1] HR. Muslim no. 1163, daripada Abu Hurairah.
[2] Lihat Al Minhaj Syarh Shahih Muslim Ibnu Al Hajjaj, An Nawawi, 8/55, Dar Ihya’ At Turots, cetakan kedua, 1392.
[3] Idem.
[4] LathoifAl Ma’arif, Ibnu Rajab Al Hanbali, hal. 67, Al Maktab Al Islami, cetakan pertama, tahun 1428 H.
[5] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 66.
[6] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 71.
[7]
Inilah yang dimaksud dengan ‘Asyura iaitu tanggal 10 Muharram. Yang
memiliki pendapat berbeza adalah Ibnu ‘Abbas yang menganggap ‘Asyura
adalah tanggal 9 Muharrram. Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 99.
[8] HR. Muslim no. 1162.
[9] Al Minhaj Syarh Muslim, 8/4.
[10] Diolah daripada penjelasan Ibnu Rajab Al Hanbali dalam LathoifAl Ma’arif, hal. 92-98.
[11] HR. Al-Bukhari no. 2002 dan Muslim no. 1125
[12] HR. Muslim no. 1130
[13] Al Minhaj Syarh Muslim, 8/11.
[14] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 94.
[15] Lihat Al Minhaj Syarh Muslim, 8/4.
[16] HR. Muslim no. 1126.
[17] LathoifAl Ma’arif, hal. 96.
[18] HR. Muslim no. 1134.
[19] Lihat Al Minhaj Syarh Muslim, 8/12-13.
[20] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 99.
[21] Lihat Tajridul Ittiba’, Ibrahim bin ‘Amir Ar Ruhaili, hal. 128, Dar Al Imam Ahmad, cetakan pertama, tahun 1428 H.
[22] Sebagaimana pendapat Ibnul Qayyim dalam Zaadul Ma’ad.
[23]
Dinukil daripada catatan kaki dalam kitab Zaadul Ma’ad, Ibnul Qayyim,
2/60, terbitan Darul Fikr yang ditahqiq oleh Syaikh Abdul Qadir Arfan.
[24] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 99.
[25] Lihat LathoifAl Ma’arif, hal. 72.
Sumber :
MuslimahWaqafan