Manfaat Buku

Sebelum balik Malaysia nanti, anta kena siapkan paling kurang sebuah buku untuk rakyat Malaysia. Kalau mampu tambah lagi, buat untuk ringkasan madah paling susah untuk kuliah anta. Mungkin Balaghah ke? Apa sahaja boleh"

Semanis Tawakkal

"Alhamdullilah, akhirnya imtihan dah selesai, Bolehlah ana balik selepas Asar nanti" sapaku kepada Hanif yang baru keluar dari pintu gerbang Al-Azhar. " Iya, tapi anta kena ingat kita ada syafawi ( ujian lisan) lagi. Kiranya aku bersyukur banyaklah", jawabnya sambil memandang ke arah ladang gandum.

Imam Bukhari

Imam al-Bukhari, Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari (194H-256H) adalah seorang tokoh hadis yang paling unggul dalam sejarah perkembangan ilmu Hadis sehinggalah ke hari ini, ketokohan beliau masih tiada tolok bandingnya.

Followers

Showing posts with label Hikayat. Show all posts
Showing posts with label Hikayat. Show all posts

Monday, April 19, 2010

Permulaan Tahun Dukacita Nabi SAW

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, April 19, 2010 0 comments

TAHUN ke-10 selepas kerasulan Nabi Muhammad SAW itu banyak mencatatkan peristiwa bersejarah selepas berakhirnya tempoh sekatan ekonomi terhadap umat Islam. Ini kerana sedikit sebanyak sekatan yang menyebabkan penderitaan umat Islam itu turut memberi kesan terutamanya kepada mereka yang berusia lanjut, seperti bapa saudara kesayangan nabi, Abu Talib.

Bapa saudara baginda menghembus nafas terakhirnya pada tahun tersebut iaitu pada bulan Rejab, enam bulan selepas berakhirnya episod memboikot umat Islam itu.

Di samping usianya yang begitu lanjut iaitu dikatakan 80 tahun, Abu Talib bukan sahaja lemah kerana ditelan usia tetapi pelbagai tekanan dan ujian yang beliau tanggung kerana selama ini, iaitu selama 42 tahun yang begitu melindungi anak saudaranya itu.

Taraf kesihatan Abu Talib yang semakin membimbangkan itu sampai ke pengetahuan orang ramai. Kalangan para pembesar Quraisy yang masih kafir terus beranggapan bahawa saat keuzuran Abu Talib inilah peluang terakhir mereka bagi menyekat kegiatan dakwah Islam yang diterajui oleh anak saudara Abu Talib itu.

Sekali lagi mereka mengunjungi Abu Talib untuk diajak berunding mengenai Nabi Muhammad di hadapan Abu Talib supaya menyerahkan sahaja baginda kepada mereka.

"Demi Allah kita tidak akan selamat jika mereka terlepas daripada kita. Kita bimbang kalau orang tua itu mati, lalu terjadi sesuatu kepada Muhammad maka akan semakin tercemarlah nama baik kita di kalangan orang Arab," kata para pembesar Quraisy itu.

Lalu terdiri dari kalangan para pembesar yang terkenal seperti Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, Abu Jahal bin Hisham, Ummayyah bin Khalaf dan Abu Sufyan bin Harb mereka pun beramai-ramai menemui Abu Talib yang sedang sakit itu.

Mereka pun berkata: "Hai Abu Talib, kedudukan kamu di kalangan kami adalah seperti yang kamu tahu tetapi sekarang kamu dalam keadaan sakit.

"Kami amat bimbangkan kamu dan engkau sendiri tahu persoalan antara kami dengan anak saudaramu.
"Oleh itu tinggalkanlah dia, ambillah apa-apa daripada kami untuknya dan ambillah apa-apa daripadanya untuk kami agar dia berhenti mengancam kami dan kami juga berhenti mengancamnya. Biarlah kami dengan agama kami".

Setelah mendengarkan itu, Abu Talib hanya mampu menyerahkan segala keputusan kepada anak saudaranya sendiri bagi menentukannya.

Lalu Nabi Muhammad pun dipanggil dan diberitahu akan segala niat para pembesar Quraisy itu. Setelah memahami tawaran pihak Quraisy itu dan kini tiba giliran baginda pula membuat tawaran terhadap mereka.
"Apakah pandangan kamu jika aku berikan kepada kamu satu kalimah untuk kamu ucapkan. Iaitu apabila kamu mengucapkan kalimah itu kamu akan menguasai semua orang Arab dan semua orang Ajam akan tunduk dan membayar jizyah kepada kamu?" kata baginda.

Mereka yang hadir terus terdiam dan kebingungan dengan kata-kata tawaran Nabi SAW itu kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak menolak satu kalimah yang manfaat atau faedahnya begitu menarik dan lumayan sekali.
Abu Jahal pun berkata: "Apakah kalimah itu? Demi Bapamu, kami sanggup memberikan kepadamu sepuluh kali ganda seumpamanya".

Lantas baginda terus menjawab: "Katakan bahawa tiada tuhan selain Allah dan tinggalkan sembahan yang kamu sembah selain dari Allah".

Mendengarkan itu mereka terus bersorak marah dan bertepuk tangan serta berkata: "Hai Muhammad, apakah kamu hendak menjadikan tuhan-tuhan yang banyak itu menjadi satu tuhan sahaja? Sesungguhnya urusan tawaran kamu ini menghairankan".

Mereka kemudiannya berkata sesama sendiri, iaitu: "Demi Allah lelaki ini (Muhammad) ini tidak akan memberi apa-apa kepada kamu seperti yang kamu mahu. Ayuhlah beredar dan teruslah kekal dengan agama nenek moyang kamu sehingga Allah menjatuhkan keputusan antara kita dan dia".

Mereka kemudiannya beredar meninggalkan Muhammad dan bapa saudaranya, Abu Talib yang semakin lemah itu.

Sehubungan perkara inilah Allah kemudiannya menurunkan ayat al-Quran iaitu dari surah al-Sad, ayat 1-7. yang bermaksud: Sadd: demi al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran. (Orang yang mengingkari kerasulanmu - Wahai Muhammad - tidak berdasarkan kebenaran) bahkan mereka yang kafir itu bersifat sombong, angkuh dan suka menentang kebenaran. (Tidakkan mereka menyedari) berapa banyak umat-umat (yang engkar) yang terdahulu dari mereka kami binasakan?

Namun Rasulullah kini mempunyai usaha yang lebih mencabar untuk dilaksanakan.

Tidak sahaja berada di sisi bapa saudara di saat-saat akhir riwayatnya tetapi yang lebih penting lagi, agar Abu Talib turut bersamanya untuk mengimani Allah sepenuhnya dengan Islam sebagai agama yang mesti dianuti.
Namun saat-saat Abu Talib semakin nazak, berita keadaannya itu sampai kepada Abu Jahal, cepat-cepat orang yang paling kuat menentang Islam itu datang melihat Abu Talib yang ketika itu Nabi SAW berada di sisi bapa saudaranya yang sedang bertarung dengan maut.

Tanpa mempedulikan kehadiran Abu Jahal, Nabi Muhammad pun berkata: "Wahai bapa saudaraku, ucapkanlah Tiada Tuhan Melainkan Allah! Perkataan yang membolehkan aku membela kamu pada hari akhirat kelak".

Namun jahatnya Abu Jahal, beliau cuba menghalang Abu Talib dari mengucap dua kalimah syahadah dengan diracunnya bapa saudara Nabi itu dengan kata-kata: "Hai Abu Talib, adakah kamu tidak suka dengan agama (menyembah berhala) Abdul Mutalib, bapa kamu sendiri?"

Begitulah setiap kali Nabi Muhammad cuba mengajarkan Abu Talib yang nazak untuk mengucap, tiap kali itu jugalah Abu Jahal menganggu.

Kata Abu Jahal lagi kepada Abu Talib: "Demi Allah wahai Abu Talib, kalau kamu melafazkan kalimah itu kami akan memalukan kamu selama-lamanya!"

Lalu akhirnya yang terjadi seperti menjadi pertikaian oleh ramai pihak namun dikatakan Abu Talib akhirnya meninggal dunia tanpa sempat beriman kepada Allah dan rasul-Nya.

Walaupun dalam banyak peristiwa dan perkataan sebelum ini mengenai kepercayaan tinggi yang ditunjukkan oleh Abu Talib terhadap Allah dan lebih-lebih lagi pembelaannya terhadap Nabi Muhammad, dengan sentiasa membenarkan kata-kata baginda itu.

Ini dikatakan apabila Abu Talib berkata sebelum menutup mata buat selama-lamanya: "Aku takut nanti bangsa Arab memalukan aku dengan hal ini lalu aku memilih di atas agama Abdul Mutalib!"

Jadi benarlah Abu Talib akhirnya meninggal tanpa sempat beriman atau dengan perkataan lain, meninggal dalam keadaan kafir.

Itulah permulaan kisah 'Tahun Dukacita' yang Rasulullah alami, kerana yang berlaku tiga hari kemudian selepas bapa saudara kesayangan baginda meninggal itu, adalah lebih menyedihkan.

Wednesday, June 24, 2009

Penyair Arab Terbilang , Al-Khansa

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, June 24, 2009 1 comments

TUMADHAR binti Amru yang lebih terkenal dengan gelaran al-Khansa. Dia merupakan seorang penyair tersohor dalam kesusasteraan Arab.

Al-Khansa berasal dari keturunan Muzar dan mempunyai dua saudara lelaki iaitu Muawiyah dan Sakhr. Ayah al-Khansa ialah ketua keturunan Muzar.

Ayahnya telah memberikan nama Tumadhar kepadanya kerana memiliki kulit yang putih melepak dan cantik. Ini adalah kerana masyarakat Arab pada ketika itu, menamakan anak perempuan mereka yang kulit putihnya dengan gelaran Tumadhar.

Al-Khansa merupakan seorang wanita yang sempurna akal dan jiwanya. Dia merupakan seorang fasih berbicara dan bijaksana dalam menyusun perkataan dalam ucapannya.

Kedua-dua saudara lelaki dan ayahnya selalu memuji kepintaran dan kebijaksanaan al-Khansa dalam berbicara. Al-Khansa pula sangat menyayangi kedua saudara lelakinya dan bangga dengan kemampuan fizikal dan mental yang dimiliki oleh mereka berdua.

Al-Khansa berkahwin dengan Rawahah bin Abdul Aziz dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Abdullah. Walau bagaimanapun, usia pernikahan itu tidak bertahan lama apabila suaminya meninggal pada usia muda.

Kemudian dia bernikah pula dengan seorang pemuda bernama Abdul Azza. Hidup menjadi malang kerana Abdul Azza adalah seorang yang boros dan suka berjudi.

Akhirnya keluarga al-Khansa tidak memiliki apa-apa akibat sikap suaminya yang suka berjudi sehingga habis semua harta bendanya.

"Saya mahu keluar dari rumah ini. Tak ada wang atau harta yang boleh saya gunakan untuk berjudi," kata Abdul Azza pada suatu hari.

"Jangan tinggalkan kami. Saya akan pergi berjumpa dengan Sakhr untuk meminta bantuan wang darinya," pujuk al-Khansa kepada suaminya yang sudah membungkus pakaiannya.

"Baiklah. Saya akan tinggal di sini jika kamu pulang dengan wang nanti," Abdul Azza tidak jadi keluar dari rumahnya.

Al-Khansa berjumpa Sakhr dan mengadukan sikap suaminya yang suka berjudi sehingga mereka tidak memiliki apa-apa harta benda. Sakhr yang simpati dengan saudara perempuannya akhirnya memberikan separuh dari hartanya kepada al-Khansa bagi membantunya.

Namun sikap suaminya yang suka berjudi masih juga tidak berubah. Abdul Azza berjudi lagi sehingga harta yang diberikan oleh Sakhr juga habis.

Al-Khansa berjumpa Sakhr buat kali kedua bagi memohon bantuan kewangan dan sekali lagi dia memberikan separuh lagi hartanya kepada al-Khansa untuk membantunya. Harta yang diberikan oleh Sakhr habis digunakan oleh Abdul Azza bagi berjudi sehingga keluarga al-Khansa tidak memiliki apa-apa.

"Suami al-Khansa itu suka berjudi. Semua bantuan kewangan yang diberikan kepada al-Khansa tidak ada faedah selagi suaminya tak berhenti bermain judi.

"Berikanlah satu perlima harta sahaja daripada harta kamu jika kita masih bersaudara dengan al-Khansa. Saya yakin wang itu pun akan dihabiskan oleh suaminya untuk berjudi.

"Kebaikan dan kejahatan ada pada diri suaminya," nasihat isteri Sakhr kepada Sakhr apabila al-Khansa datang lagi buat kali ketiga bagi mendapatkan bantuan kewangan.

"Al-Khansa adalah saudara saya. Saya tidak mahu berkira menolongnya. Saya akan bahagikan harta yang ada kepada dua bahagian. Al-Khansa, ambil bahagian yang paling baik bagi diri kamu," Sakhr tidak terpengaruh dengan nasihat isterinya kerana terlalu sayang pada saudara perempuannya.

Abdul Azza akhirnya meninggal dunia tidak berapa lama kemudian. Selepas itu al-Khansa berkahwin dengan Mirdas bin Ali Ameer dan mendapat lagi tiga anak lelaki.

Al-Khansa mula menulis dan membaca syair setelah kematian Muawaiyah. Muawiyah terbunuh dalam pertempuran dengan Hashim dan Zaid dari keturunan Murrah.

Ini menyebabkan Sakhr memikul tanggungjawab menuntut dendam ke atas kematian saudaranya. Sakhr dapat membunuh empat orang lelaki keturunan Murrah untuk membalas dendam ke atas kematian Muawiyah.

Ini merupakan adat yang diamalkan oleh kabilah kaum Arab sebelum kedatangan Islam.

Namun demikian keberanian Sakhr itu telah membawa kepada kematiannya. Ini berlaku apabila Sakhr terpanggil untuk menentang keturunan Ashar yang menyerang orang-orangnya.

Dia mendapat luka akibat tikaman lembing Abu Saur al-Asadi yang menentangnya dalam serangan itu. Luka itu sembuh pada luaran tetapi Sakhr tidak sedar pendarahan dalaman badannya telah meragut nyawanya tiga tahun kemudian.

Al-Khansa sedih dan sayu dengan kematian saudara lelaki yang disayanginya. Dia mula menulis pelbagai syair yang ditujukan khas buat Sakhr untuk menyatakan kesedihan dan duka citanya di atas kehilangan Sakhr.

Akhirnya syair-syair itu menjadi syair yang paling terkenal dalam bidang syair duka cita dan kesedihan. Di antara syair yang bagus yang al-Khansa ciptakan adalah:

Kedua mataku menangis dan tiada akan membeku

Bagaimana mata tidak menangis untuk Shakhr yang mulia

Bagaimana mata tidak menangis untuk sang pemberani

Bagaimana mata tidak menangis untuk seorang pemuda yang luhur

Bagaimana mata tidak menangis untuk seorang ketua kabilah yang gagah

Pada suatu hari al-Khansa datang bersama kaumnya dari keturunan Salim berjumpa dengan nabi Muhammad untuk memeluk agama Islam. Nabi selalu meminta al-Khansa membaca syairnya. Nabi telah memuliakan al-Khansa sebagai pakar dalam bidang syair dalam satu pertemuannya dengan Adi bin Hatim.

"Ya Rasulullah, sesungguhnya antara kami ada orang yang pakar dalam syair, ada juga orang yang paling dermawan di antara manusia dan orang yang pakar dalam menunggang kuda," kata Adi bin Hatim kepada nabi yang sedang duduk di rumahnya.

"Siapakah mereka?" tanya nabi.

"Orang yang pakar bersyair ialah Qais bin Hajar, manakala orang yang paling dermawan ialah Hatim bin Sa'ad (ayah Adi) dan orang yang pakar dalam menunggang kuda ialah Amru bin Maarib," jelas Adi bin Hatim dengan bangga.

"Tidak benar apa yang kamu ucapkan tadi. Orang yang pakar bersyair ialah al-Khansa binti Amru, orang yang paling dermawan ialah Muhammad bin Abdullah dan orang yang pakar dalam menunggang kuda ialah Ali bin Abu Talib," kata nabi setelah mendengar penerangan Adi bin Hatim itu.(sini)

Friday, June 12, 2009

Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Friday, June 12, 2009 0 comments

NABI Ibrahim dijatuhkan hukuman oleh hakim supaya dibakar hidup-hidup kerana memusnahkan patung-patung sembahan mereka.

Semua penduduk Babylon telah dikerahkan mencari kayu api untuk dijadikan unggun api. Unggun api yang besar itu dibina untuk membakar Nabi Ibrahim setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan olehnya.

Semua kayu yang berjaya dipungut telah dikumpulkan di satu kawasan lapang. Kayu-kayu yang dikumpulkan amatlah banyak hingga melepasi ketinggian bangunan yang ada di kawasan itu. Ketinggiannya tidak mampu dijangkau oleh tangan manusia lagi dan memenuhi kawasan yang begitu luas sekali. Kayu-kayu yang dikumpulkan amatlah banyak kerana semua orang tidak kira kecil, besar, tua dan muda semuanya bertungkus lumus mengumpulkan kayu api tersebut.

Apabila kayu api telah banyak, mereka pun mulalah menghidupkan api untuk mencampakkan Nabi Ibrahim. Api marak dengan begitu pantas kerana kayu-kayu yang dikumpulkan itu kering dan berada di kawasan padang pasir yang panas. Bahang kepanasan amat terasa sehingga tidak tertahan oleh kulit manusia.

Namun begitu, mereka semua tidak berganjak walaupun sedikit dari kawasan timbunan kayu tadi kerana ingin melihat sendiri hukuman itu dijalankan.

Sebelum Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api tersebut, kedua-dua tangan dan kakinya telah diikat dengan rantai supaya baginda tidak dapat lari daripada hukuman itu. Bukan sahaja tangan dan kakinya diikat, malah seluruh badannya juga telah dililit dengan rantai.

Ketika orang ramai sangat cemas menantikan upacara tersebut dijalankan, Nabi Ibrahim kelihatan tenang sahaja. Mukanya langsung tidak menunjukkan bahawa baginda takut untuk menempuh dugaan dan ujian tersebut. Lagipun baginda amat yakin dengan janji dan pertolongan yang dijanjikan oleh Allah terhadap hamba-hamba-Nya.

Nabi Ibrahim telah diletakkan di atas pelontar batu sebelum dicampakkan ke tengah-tengah unggun api yang sedang marak itu. Api membakar dengan pantas sekali dan membakar seluruh kayu api yang ada.

Ketika kaumnya hendak mencampakkannya ke dalam api, Nabi Ibrahim hanya berserah diri kepada Allah dan berkata:

"Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung."

Allah SWT juga telah berkata kepada api dalam firmannya:

Kami katakan, wahai api sejukkanlah dirimu dan sejahterakan ke atas Nabi Ibrahim."

Ketika Nabi Ibrahim berada di tengah-tengah unggun api itu, semua rantai dan tali yang mengikat kedua-dua tangan dan kakinya hangus belaka. Namun mukjizat dan keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya menyebabkan seluruh badan dan pakaiannya sedikitpun tidak terusik oleh api.

Setelah beberapa hari, api pun padam dan Nabi Ibrahim keluar dari unggun api yang kayunya itu telah hangus menjadi abu. Semua kaumnya berasa amat hairan dan takjub sekali. Mereka tidak menyangka Nabi Ibrahim masih hidup sedangkan api yang membakarnya amat marak.

Mereka mula merasakan usaha mereka selama ini sia-sia sahaja. Malah ada juga di kalangan mereka yang mengakui tentang kebenaran ajaran yang di bawa oleh Nabi Ibrahim. Walau bagaimanapun mereka tidak berani mengakuinya kerana bimbang dengan hukuman yang akan dikenakan oleh pemerintah.


Friday, April 3, 2009

Kisah Abdullah bin Umar

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Friday, April 03, 2009 0 comments

Kisah Abdullah bin Umar adalah putra Khalifah Umar bin Khattab. Pada masa muda, Abdullah bin Umar mendapat pendidikan dari lingkungannya, yang selalu mendapat pembinaan semangat Islam. Dia dididik oleh ayahnya yang disiplin dan taat kepada agamanya.


Pada Perang Badar dan Uhud, Abdullah bin Umar tidak ikut perang. Pada Perang Khandak (parit), Abdullah bin Umar ikut serta. Semenjak inilah Abdullah bin Umar ikut perang. Usia beliau waktu itu baru lima belas tahun.

Abdullah bin Umar pada suatu malam yang sunyi telah bermimpi yang aneh. Dalam mimpinya itu, dia duduk di masjid sedang mengerjakan salat. K emudian melihat ada yang turun mendekati dia untuk mengajak pergi ke suatu tempat yang indah pemandangannya.

Lalu, Abdullah bin Umar menceritakan tentang mimpinya itu kepada saudaranya, yaitu Hafsah, istri Nabi. Sewaktu Nabi memdengarkannya, Nabi berkata, "Abdullah adalah seorang anak yang cakap, sebaiknya engkau setiap malam lebih banyak berdoa dan berzikir."

Abdullah bin Umar dengan perasaan senang dan ikhlas melaksanakan nasihat Nabi, beribadah sepanjang malam, istirahatnya berkurang.

Pada waktu salat ia menangis. Kadang-kadang air matanya keluar, dan mohon ampun kepada Allah. Sehingga, Rasulullah saw. merasa belas kasihan kepadanya. Maka, beliau memberi julukan kepadanya yaitu "Anak muda yang cakap".

Setelah Rasulullah saw. wafat, ia senantiasa ingat apa yang pernah ia alami selama bergaul dengan Nabi. Apabila membaca Alquran, dia sampai menangis. Demikian rasa takwa dan takutnya kepada Allah SWT.

Dengan keakraban Abdullah bin Umar dengan Nabi, menyebabkan dapat menghayati ajaran yang terkandung di dalamnya.



Abdullah bin Umar pernah menjadi guru. Murid-muridnya datang dari berbagai tempat untuk belajar dan mendapat bimbingannya.

Mencontoh sifat-sifat Nabi Muhammad saw. seperti cara memakai pakaian, makan, minum, dan lain-lain. Dengan dasar inilah, ia dapat digolongkan seorang yang berjiwa besar. Dia disegani dan dihormati.

Ketika wafatnya Utsman terjadi huru-hara. Para sahabat menginginkan Abdullah bin Umar menduduki jabatan khalifah, namun Abdullah bin Umar tidak menerima jabatan yang dianggapnya besar itu. Abdullah bin Umar ingin memperbanyak amal ibadah kepada Allah. Muawiyah pernah berpesan kepada anaknya, Yazid, "Abdullah bin Umar memang terlalu sibuk dengan amaliah dan ibadah kepada Allah SWT, sehingga dia tidak mau menerima tawaran menjadi khalifah itu."

Mengerjakan salat malam tidak pernah lupa. Kain sajadah untuk sujud tetap terbentang dekat tempat tidurnya. Sebelum tidur, beliau salat terlebih dulu. Sejenak tidur, bangun lagi untuk mengambil air wudu. Kemudian salat beberapa rakaat. Hampir setiap malamnya tidak kurang dari empat atau lima rakaat.

Abdullah bin Umar wafat pada tahun 72 Hijriah, tepat pada usia 84 tahun.



Thursday, June 19, 2008

TAFSIR AL BAKRI-JANGAN BIMBANG MISKIN KERANA BERSEDEKAH

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Thursday, June 19, 2008 0 comments
Al-Maghaghi berkata, selepas Allah menggalakkan pada ayat terdahulu berkenaan infak dan menerangkan kelebihan berinfak dan juga kepada ummah yang saling tolong menolong serta bertakaful antara golongan yang kuat dan lemah.
Sayyid Qutub berkata: “Keselarasan dapat dilihat dengan jelas pada kenyataan penamat ini dari segi keumuman dan kesyumulan nas itu sama ada di permulaan ayat atau pada akhirnya seolah-olah kenyataan penamat ini merupakan nada akhir yang meliputi segala-galanya walaupun pendek”.
Firman Allah: Orang yang menafkahkan hartanya (ke jalan Allah).
Ibn Kathir berkata: Pujian ini daripada Allah kepada yang bersedekah pada jalan-Nya untuk mencari keredaan dalam semua waktu sama ada malam atau siang. Begitu juga tersembunyi atau nyata sehingga menafkahkan kepada keluarga termasuk dalam hal ini.
Al-Sya’rawi berkata: Masalah infak terbahagi dua sama ada secara jelas atau sembunyi dan dari segi masanya pula malam dan siang.
Mengikut Imam al-Maghaghi, ayat ini diturunkan kepada Abu Bakar al-Siddiq yang bersedekah sebanyak 40,000 dinar dan 10,000 dinar pada waktu malam, 10,000 pada waktu siang, 10,000 secara sembunyi dan 10,000 secara terang-terangan.
Sayyid Qutub berkata: Demikianlah ia jelaskan secara umum meliputi segala jenis hartanya.
Hamka berkata hati mereka terbuka terus, dan pintu rumah mereka terbuka, dan peti simpanan mereka pun terbuka. Malam atau siang. Didahulukan di dalam ayat ini menyebut malam daripada siang; kerana ada orang yang kesusahan tengah malam mengetuk pintu rumahnya, ataupun dia sendiri pun teringat membantu orang yang susah, sehingga matanya tidak mahu tidur, malam hari pun dia berjalan juga untuk menghantarkan perbuatannya. Sedangkan malam dia begitu. Apatah lagi pada siang hari. Dan dia pun memberikan secara rahsia kepada yang patut menerimanya, ataupun secara terang-terangan kerana patut terang-terang, namun jiwanya ialah jiwa yang selalu ingin memberi, sebab jiwa itu telah tergembleng oleh iman.
“Sikapnya yang demikian disambut oleh Tuhan dengan janji Allah pasti benar, bahawa dia akan diberi pahala, ganjaran dunia dan akhirat, terutama di akhirat. Dan dikuatkan Tuhan semangatnya,” kata Hamka.
Firman Allah: Di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan.
Al- Imam Nasafi berkata: Sama ada bersedekah dalam semua waktu dan keadaan bagi menggalakkan kebaikan apabila keperluan berlaku hendaklah ditunaikan tanpa mengira waktu dan keadaan.
Sayyid Qutub berkata: Ia merangkumi segala waktu dan segala keadaan.
Firman Allah: Maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya.
Al-Imam Baghawi menaqalkan riwayat daripada mujahid daripada Ibn Abbas katanya: Ayat ini diturunkan kepada Ali hanya yang mempunyai 4 dirham tidak yang lain, beliau telah bersedekah 1 dirham waktu malam, 1 dirham waktu siang, 1 dirham secara terang dan 1 dirham secara sembunyi.
Ibn Jauzi berkata, ayat ini turun kepada mereka yang mengikat kuda mereka pada jalan Allah, inilah riwayat Ibn Abbas.
Sayyid Qutub berkata: “Demikianlah ia jelaskan secara umum bahawa mereka akan mendapat harta yang berlipat-ganda, keberkatan umur, balasan di akhirat dan keredaan Allah”.
Firman Allah: Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
Sayyid Qutub berkata: “Yakni tiada apa-apa kebimbangan dari sesuatu yang boleh menakutkan mereka dan tiada apa-apa yang dukacita dari sesuatu yang boleh mendukacitakan mereka sama ada di dunia atau di akhirat. Itulah keselarasan yang terdapat dalam kata penamat perlembagaan sedekah yang lurus, yang menyarankan keumuman dan kesyumulan”.
Walau bagaimanapun, Islam tidak menegakkan kehidupan pemeluknya di atas pemberian sedekah. Ini kerana seluruh sistem Islam adalah ditegakkan pertamanya di atas dasar kemudahan kerja dan rezeki kepada setiap orang yang mampu mencari makan dan di atas dasar pengagihan kekayaan yang baik di antara para pemeluknya, iaitu mengagihkan kekayaan itu berdasarkan pertimbangan yang benar dan adil di antara usaha dan ganjaran.
Namun, terdapat keadaan yang terkecuali kerana sebab yang khas dan keadaan inilah yang diatasi dengan sedekah. Kadang-kadang dalam bentuk zakat yang wajib dipungut oleh kerajaan Islam yang melaksanakan syariat Allah semuanya. Inilah satu-satunya kerajaan yang berhak memungut zakat itu.
Ia merupakan salah satu sumber yang penting dari sumber-sumber kewangan negara bagi kerajaan Islam, dan kadang-kadang pula dalam bentuk sedekah sukarela yang tidak terbatas yang diberikan secara langsung oleh orang-orang yang mampu kepada orang yang tidak mampu dengan memelihara peradaban-peradaban yang telah diterangkan sebelum ini. Juga memelihara sifat menjaga diri dan segan meminta para penerima sedekah yang telah digambarkan dengan jelas oleh ayat ini.
Sifat ini telah diasuh oleh Islam di dalam jiwa para penganutnya dan membuat seseorang daripada mereka merasa segan untuk meminta-minta pada orang lain walaupun ia mempunyai harta yang terlalu sedikit untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Hamka berkata: “Kerana hatinya yang lapang lantaran iman, dunia pun lapang di depannya. Di dalam dia tidak takut akan miskin kerana dermawan, sebab tiap-tiap yang dibelanjakannya itulah merupakan keyakinannya yang sebenarnya kekayaannya. Yang masih belum dibelanjakan, belumlah tentu jadi kekayaan. Dan dia tidak akan berdukacita, sebab Tuhan berdaulat dalam hatinya, dan pintu syurga Jannatun-Na’im selalu terbuka, menunggu kedatangannya.”
Al-Hasil berkata: Tidaklah dapat berkumpul dalam hati seorang mukmin di antara iman dengan bakhil. Dan bakhil adalah alamat yang sangat nyata daripada kosongnya iman. Sebab itu maka didikan iman daripada al-Quran yang kita terima langsung tidaklah dapat dipenuhi kitab-kitab yang lain.

Monday, May 5, 2008

Keberanian Az-Zubair bin Al-Awwam ra

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, May 05, 2008 0 comments


·Ibnu Asakir telah mengeluarkan dari Said bin Al-Musaiyib, dia berkata: Orang pertama yang menghunus pedangnya fi sabilillah ialah Az-Zubair bin Al-Awwam ra. Pada suatu hari, sedang dia sibuk dengan kerjanya, tiba-tiba terdengar olehnya desas-desus bahwa Rasulullah SAW telah dibunuh orang. Az-Zubair tidak membuang waktu lagi, lalu mengambil pedangnya keluar mencari-cari sumber berita itu. Di tengah jalan dia bertemu dengan Rasulullah SAW sedang berjalan, wajahnya tertegun. Rasulullah SAW lalu bertanya: Mengapa engkau wahai Zubair, terkejut? Jawabnya: Aku dengar berita, bahwa engkau telah dibunuh orang! Rasulullah SAW juga terkejut, lalu berkata: Kalau aku dibunuh orang, maka apa yang hendak engkau buat? Jawab AzZubair: Aku akan menantang semua orang Makkah, kerana itu! RasuluHah SAW lalu mendoakan segala yang baik-baik baginya.

·

·Ibnu Asakir dan Abu Nuaim memberitakan dari Urwah bahwa Az-Zubair bin Al-Awwam pernah mendengar bisikan syaitan yang mengatakan bahwa Muhammad SAW telah dibunuh dan ketika itu Az-Zubair baru saja berusia dua belas tahun. Az-Zubair lalu mengambil pedangnya, dan berkeliaran di lorong-lorong Makkah mencari Nabi SAW yang ketika itu berada di daerah tinggi Makkah, sedang di tangan Az-Zubair pedang yang terhunus. Apabila dia bertemu dengan Nabi SAW Beliau bertanya: Kenapa engkau dengan pedang yang terhunus itu hai Zubair?! Dia menjawab: Aku dengar engkau dibunuh orang Makkah. Rasulullah SAW tersenyum, lalu bertanya lagi: Apa yang hendak engkau perbuat, jika aku terbunuh? jawab Az-Zubair: Aku akan menuntut balas akan darahmu kepada siapa yang membunuhmu! Rasulullah SAW lalu mendoakan bagi Az-Zubair dan bagi pedangnya, kemudian menyuruhnya kembali saja. Maka itu dianggap sebagai pedang pertama yang terhunus fii sabilillah.

·(Kanzul Ummal 5:69; Al-Ishabah 1:545)

·

·Yunus menyebut dari Ibnu Ishak, bahwa Talhah bin Abu Talhah Al-Abdari, pembawa bendera kaum Musyrikin pada hari Uhud telah mengajak perang tanding, tetapi tiada seorang pun yang mau keluar menemuinya. Maka Az-Zubair bin Al-Awwam ra. keluar untuk menghadapinya. Mereka berdua bertarung sampai Az-Zubair melompat ke atas untanya, dan menariknya jatuh ke atas tanah, dan di situ dia bertarung dengan Talhah, sehingga akhirnya Az-Zubair dapat mengalahkan Talhah dan membunuhnya dengan pedangnya. Lantaran itu Rasulullah SAW telah berkata: Tiap-tiap Nabi ada pengiringnya, dan pengiringku ialah Az-Zubair. Kemudian Beliau berkata lagi: Kalau Az-Zubair tidak keluar melawannya, niscaya aku sendiri yang akan keluar dan melawannya, kerana melihat ramai orang yang tidak sanggup melawannya. (Al-Bidayah Wan-Nihayah 4:20)

·

·Yunus memberitakan lagi dari Ibnu Ishak yang berkata: Pada hari pertempuran Khandak, telah keluar Naufal bin Abdullah bin Al-Mughirah Al-Makhzumi seraya mengajak untuk lawan tanding. Maka segera keluar menghadapinya Az-Zubair bin Al-Awwam ra. dan melawannya sehingga dia dapat membelah tubuh musuhnya menjadi dua, sehingga pedangnya menjadi tumpul. (Al-Bidayah Wan-Nihayah 4:107)

·

·lbnu jarir telah mengeluarkan dari Asma binti Abu Bakar ra. dia berkata: Telah datang seorang Musyrik yang lengkap dengan senjatanya, dia lalu mendaki di sebuah tempat yang tinggi, seraya menjerit: Siapa yang mau bertanding dengan aku! Rasulullah SAW berkata kepada seseorang di situ: Boleh engkau bertanding dengan dia? Jawab orang itu: Jika engkau suruh, hai Rasulullah! Maka tiba-tiba Az-Zubair menjengukkan dirinya, maka dia dilihat oleh Rasulullah SAW seraya berkata kepadanya: Hai putera Shafiyah! Bangun menghadapinya! Az-Zubair ra. segera mendatangi musuh itu dan mendaki bukit hingga tiba di puncaknya. Mereka lalu berduel, sehingga kedua-duanya berguling- guling dari atas bukit itu. Lalu Rasulullah SAW yang dari tadi melihat peristiwa itu, berkata: Siapa yang tersungkur ke bawah bukit itu, dialah yang akan mati. Maka masing-masing Nabi SAW dan kaum Muslimin mendoakan supaya yang jatuh dahulu itu si kafir. Maka benarlah si kafir itu yang jatuh dulu, manakala Az-Zubair jatuh ke atas dadanya, lalu si kafir itu mati. (Kanzul Ummal 5:69)

·

·Baihaqi memberitakan dari Abdullah bin Az-Zubair ra. dia berkata: Pada hari pertempuran Khandak, aku masih kecil dan aku dikumpulkan dengan kaum wanita dan anak-anak kecil di tempat yang tinggi, dan bersama kami ialah Umar bin Abu Salamah. Kerap Umar membenarkan aku menaiki bahunya untuk melihat apa yang terjadi di bawah sana. Aku melihat ayahku mengayunkan pedangnya ke kanan dan ke kiri, pendek kata siapa saja yang coba mendekatinya, dihabisinya dengan pedangnya. Pada waktu petang, datang ayahku ke tempat kami untuk menjenguk, lalu aku berkata kepadanya: Ayah! Aku lihat engkau berperang pada hari ini, dan apa yang engkau lakukan tadi! Ayahku menjawab: Engkau lihat apa yang ayah buat, duhai anakku?! Jawabku: Ya. Dia lalu berkata lagi: Aku lakukan untuk mempertahankanmu, demi ayah dan ibuku!

(Al-Bidayah Wan-Nihayah 4:107)

·

·Bukhari telah mengeluarkan dari Urwah ra. bahwa para sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Az-Zubair ra. pada hari pertempuran di Yarmuk: pimpinlah kami untuk menerobos barisan musuh, kami akan ikut di belakangmu! Az-Zubair menjawab: Nanti kalau aku menggempur mereka, kamu akan duduk di belakang saja. Jawab mereka: Tidak, kami akan sama-sama menggempur! Maka Az-Zubair pun menerobosi barisan musuh serta menggempur mereka, dan tidak ada seorang pun bersamanya ketika itu, lalu dia kembali lagi ke barisannya, sedang lehemya penuh luka-luka oleh pukulan musuh. Ada dua bekas luka di situ, yang satu adalah dari bekas kena pukulan di hari Badar. Berkata Urwah r.a.: Aku pernah memainkan tempat bekas luka itu ketika aku kecil, dan ketika itu Abdullah juga masih kecil, umurnya sepuluh tahun, lalu ayah kami Az-Zubair mengajaknya naik di atas kuda, kemudian diserahkannya kepada orang lain. (Al-Bidayah Wan-Nihayah 7:11)

A Hasan Al Bashri (30-110 H)

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, May 05, 2008 0 comments


Suatu hari ummahatul mu’minin, Ummu Salamah, menerima khabar bahwa mantan "maula" (pembantu wanita)-nya telah melahirkan seo¬rang putera mungil yang sehat. Bukan main gembiranya hati Ummu Salamah mendengar berita tersebut. Diutusnya seseorang untuk mengundang bekas pembantunya itu untuk menghabiskan masa nifas di

rumahnya.

Ibu muda yang baru melahirkan tersebut bernama Khairoh, orang yang amat disayangi oleh Ummu Salamah. Rasa cinta ummahatul mu’minin kepada bekas maulanya itu, membuat ia begitu rindu untuk segera melihat puteranya. Ketika Khairoh dan puteranya tiba, Ummu Salamah memandang bayi yang masih merah itu dengan penuh sukacita dan cinta. Sungguh bayi mungil itu sangat menawan. "Sudahkah kau beri nama bayi ini, ya Khairoh?" tanya Ummu Salamah. "Belum ya ibunda. Kami serahkan kepada ibunda untuk menamainya" jawab Khai¬roh. Mendengar jawaban ini, ummahatul mu’minin berseri-seri, seraya berujar "Dengan berkah Allah, kita beri nama Al-Hasan." Maka do’apun mengalir pada si kecil, begitu selesai acara pembe¬rian nama.

Al-Hasan bin Yasar – atau yang kelak lebih dikenal sebagai Hasan Al-Basri, ulama generasi salaf terkemuka – hidup di bawah asuhan dan didikan salah seorang isteri Rasulullah SAW: Hind binti Suhail yang lebih terkenal sebagai Ummu Salamah. Beliau

adalah seorang puteri Arab yang paling sempurna akhlaqnya dan paling kuat pendiriannya, ia juga dikenal – sebelum Islam – sebagai penulis yang produktif. Para ahli sejarah mencatat beliau sebagai yang paling luas ilmunya di antara para isteri Rasulullah

SAW.

Waktu terus berjalan. Seiring dengan semakin akrabnya hubun¬gan antara Al-Hasan dengan keluarga Nabi SAW, semakin terbentang luas kesempatan baginya untuk ber"uswah" (berteladan) pada ke¬luarga Rasulullah SAW. Pemuda cilik ini mereguk ilmu dari rumah-rumah ummahatul mu’minin serta mendapat kesempatan menimba ilmu bersama sahabat yang berada di masjid Nabawiy.

Ditempa oleh orang-orang sholeh, dalam waktu singkat Al-Hasan mampu meriwayatkan hadist dari Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Abu Musa Al-Asy’ari, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Anas bin Malik dan sahabat-sahabat RasuluLlah lainnya.

Al-Hasan sangat mengagumi Ali bin Abi Thalib, karena keluasan ilmunya serta kezuhudannya. Penguasan ilmu sastra Ali bin Abi Thalib yang demikian tinggi, kata-katanya yang penuh nasihat dan hikmah, membuat Al-Hasan begitu terpesona.

Pada usia 14 tahun, Al-Hasan pindah bersama orang tuanya ke kota Basrah, Iraq, dan menetap di sana. Dari sinilah Al-Hasan mulai dikenal dengan sebutan Hasan Al-Basri. Basrah kala itu terkenal sebagai kota ilmu dalam Daulah Islamiyyah. Masjid-masjid

yang luas dan cantik dipenuhi halaqah-halaqah ilmu. Para sahabat dan tabi’in banyak yang sering singgah ke kota ini.

Di Basrah, Hasan Al-Basri lebih banyak tinggal di masjid, mengikuti halaqah-nya Ibnu Abbas. Dari beliau, Hasan Al-Basri banyak belajar ilmu tafsir, hadist dan qiro’at. Sedangkan ilmu fiqih, bahasa dan sastra dipelajarinya dari sahabat-sahabat yang

lain. Ketekunannya mengejar dan menggali ilmu menjadikan Hasan Al-Basri sangat ‘alim dalam berbagai ilmu. Ia terkenal sebagai seorang faqih yang terpercaya.

Keluasan dan kedalaman ilmunya membuat Hasan Al-Basri banyak didatangi orang yang ingin belajar langsung kepadanya. Nasihat Hasan Al-Basri mampu menggugah hati seseorang, bahkan membuat para pendengarnya mencucurkan air mata. Nama Hasan Al-Basri makin harum dan terkenal, menyebar ke seluruh negeri dan sampai pula ke telinga penguasa.

Ketika Al-Hajaj ats-Tsaqofi memegang kekuasan gubernur Iraq, ia terkenal akan kediktatorannya. Perlakuannya terhadap rakyat¬ terkadang sangat melampaui batas. Nyaris tak ada seorang pun penduduk Basrah yang berani mengajukan kritik atasnya atau menen¬tangnya. Hasan Al-Basri adalah salah satu di antara sedikit penduduk Basrah yang berani mengutarakan kritik pada Al-Hajaj. Bahkan di depan Al-Hajaj sendiri, Hasan Al-Basri pernah menguta¬rakan kritiknya yang amat pedas.

Saat itu tengah diadakan peresmian istana Al-Hajaj di tepian kota Basrah. Istana itu dibangun dari hasil keringat rakyat, dan kini rakyat diundang untuk menyaksikan peresmiannya. Saat itu tampillah Hasan Al-Basri menyuarakan kritiknya terhadap Al-Hajaj:

"Kita telah melihat apa-apa yang telah dibangun oleh Al-Hajaj. Kita juga telah mengetahui bahwa Fir’au membangun istana yang lebih indah dan lebih megah dari istana ini. Tetapi Allah menghancurkan istana itu … karena kedurhakaan dan kesombongannya …"

Kritik itu berlangsung cukup lama. Beberapa orang mulai cemas dan berbisik kepada Hasan Al-Basri, "Ya Abu Sa’id, cukupkanlah kritikmu, cukuplah!" Namun beliau menjawab, "Sungguh Allah telah mengambil janji dari orang-orang yang berilmu, supaya menerangkan kebenaran kepada manusia dan tidak menyembunyikannya."

Begitu mendengar kritik tajam tersebut, Al-Hajaj menghardik para ajudannya, "Celakalah kalian! Mengapa kalian biarkan budak dari Basrah itu mencaci maki dan bicara seenaknya? Dan tak seo¬rangpun dari kalian mencegahnya? Tangkap dia, hadapkan kepadaku!" .

Semua mata tertuju kepada sang Imam dengan hati berge¬tar. Hasan Al-Basri berdiri tegak dan tenang menghadapi Al-Hajaj bersama puluhan polisi dan algojonya. Sungguh luar biasa ketenan¬gan beliau. Dengan keagungan seorang mu’min, izzah seorang muslim dan ketenangan seorang da’i, beliau hadapi sang tiran.

Melihat ketenangan Hasan Al-Basri, seketika kecongkakan Al-Hajaj sirna. Kesombongan dan kebengisannya hilang. Ia langsung menyambut Hasan Al-Basri dan berkata lembut, "Kemarilah ya Abu Sa’id …" Al-Hasan mendekatinya dan duduk berdampingan. Semua mata memandang dengan kagum.

Mulailah Al-Hajaj menanyakan berba¬gai masalah agama kepada sang Imam, dan dijawab oleh Hasan Al-Basri dengan bahasa yang lembut dan mempesona. Semua pertanyaan¬nya dijawab dengan tuntas. Hasan Al-Basri dipersilakan untuk pulang. Usai pertemuan itu, seorang pengawal Al-Hajaj bertanya, "Wahai Abu Sa’id, sungguh aku melihat anda mengucapkan sesuatu ketika hendak berhadapan dengan Al-Hajaj. Apakah sesungguhnya kalimat yang anda baca itu?" Hasan Al-Basri menjawab, "Saat itu kubaca: Ya Wali dan PelindungKu dalam kesusahan. Jadikanlah hukuman Hajaj sejuk dan keselamatan buatku, sebagaimana Engkau telah jadikan api sejuk dan menyelamatkan Ibrahim."

Nasihatnya yang terkenal diucapkannya ketika beliau diundang oleh penguasa Iraq, Ibnu Hubairoh, yang diangkat oleh Yazid bin Abdul Malik. Ibnu Hubairoh adalah seorang yang jujur dan sholeh, namun hatinya selalu gundah menghadapi perintah-perintah Yazid yang bertentangan dengan nuraninya. Ia berkata, "Allah telah memberi kekuasan kepada Yazid atas hambanya dan mewajibkan kita untuk mentaatinya. Ia sekarang menugaskan saya untuk memerintah Iraq dan Parsi, namun kadang-kadang perintahnya bertentangan dengan kebenaran. Ya, Abu Sa’id apa pendapatmu? Nasihatilah aku …"

Berkata Hasan Al-Basri, "Wahai Ibnu Hubairoh, takutlah kepada Allah ketika engkau mentaati Yazid dan jangan takut kepada Yazid¬ketika engkau mentaati Allah. Ketahuilah, Allah membelamu dari Yazid, dan Yazid tidak mampu membelamu dari siksa Allah. Wahai Ibnu Hubairoh, jika engkau mentaati Allah, Allah akan memelihara¬mu dari siksaan Yazid di dunia, akan tetapi jika engkau mentaati Yazid, ia tidak akan memeliharamu dari siksa Allah di dunia dan akhirat. Ketahuilah, tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam ma’siat kepada Allah, siapapun orangnya." Berderai air mata Ibnu Hubairoh mendengar nasihat Hasan Al-Basri yang sangat dalam itu.

Pada malam Jum’at, di awal Rajab tahun 110H, Hasan Al-Basri memenuhi panggilan Robb-nya. Ia wafat dalam usia 80 tahun. Pendu¬duk Basrah bersedih, hampir seluruhnya mengantarkan jenazah Hasan Al-Basri ke pemakaman. Hari itu di Basrah tidak diselenggarakan sholat Ashar berjamaah, karena kota itu kosong tak berpenghuni.

sumber: http://myquran.org/forum/index.php/topic,11274.0.html

Khalifah Saidina Umar Al-Khattab

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, May 05, 2008 0 comments

Umar Ibn al-Khattab adalah khalifah kedua, dan mungkin terbesar dari semua khalifah Islam. Dia sejaman namun lebih berusia muda ketimbang Nabi Muhammad. Dan seperti juga Muhammad, dia kelahiran Mekkah. Tahun kelahirannya tidak diketahui, tetapi menurut taksiran tahun-586.

Asal-muasalnya `Umar Ibn al-Khattab merupakan musuh yang paling ganas dan beringas, menentang Muhammad dan Agama Islam habis-habisan. Tetapi, mendadak dia memeluk agama baru itu dan berbalik menjadi pendukung gigih. (Ini ada persamaannya yang menarik dengan ihwal St. Paul terhadap Kristen). `Umar Ibn al-Khattab selanjutnya menjadi penasihat terdekat Nabi Muhammad dan begitulah dilakukannya sepanjang umur Muhammad.

Tahun 632 Muhammad wafat, tanpa menunjuk penggantinya. Umar dengan cepat mendukung Abu Bakr sebagai pengganti, seorang kawan dekat Nabi dan juga mertua beliau. Langkah ini mencegah ada kekuatan dan memungkinkan Abu Bakr secara umum diakui sebagai khalifah pertama, semacam "pengganti" Nabi Muhammad. Abu Bakar merupakan pemimpin yang berhasil tetapi beliau wafat sesudah jadi khalifah hanya selama dua tahun. Tetapi, Abu Bakr menunjuk `Umar jadi khalifah tahun 634 dan memegang kekuasaan hingga tahun 644 tatkala dia terbunuh di Madinah oleh perbuatan seorang budak Persia. Di atas tempat tidur menjelang wafatnya, `Umar menunjuk sebuah panita terdiri dari enam orang untuk memilih penggantinya. Dengan demikian lagi-lagi kesempatan adu kekuatan untuk kekuasaan terjauh. Panitia enam orang itu menunjuk `Uthman selaku khalifah ke-3 yang memerintah tahun 644-656.

Dalam masa kepemimpinan sepuluh tahun `Umar itulah penaklukan-penaklukan penting dilakukan orang Arab. Tak lama sesudah `Umar pegang tampuk kekuasaan sebagai khalifah, pasukan Arab menduduki Suriah dan Palestina, yang kala itu menjadi bagian Kekaisaran Byzantium. Dalam pertempuran Yarmuk (636), pasukan Arab berhasil memukul habis kekuatan Byzantium. Damaskus jatuh pada tahun itu juga, dan Darussalam menyerah dua tahun kemudian. Menjelang tahun 641, pasukan Arab telah menguasai seluruh Palestina dan Suriah, dan terus menerjang maju ke daerah yang kini bernama Turki. Tahun 639, pasukan Arab menyerbu Mesir yang juga saat itu di bawah kekuasaan Byzantium. Dalam tempo tiga tahun, penaklukan Mesir diselesaikan dengan sempurna.

Penyerangan Arab terhadap Irak yang saat itu berada di bawah kekuasaan Kekaisaran Persia telah mulai bahkan sebelum `Umar naik jadi khalifah. Kunci kemenangan Arab terletak pada pertempuran Qadisiya tahun 637, terjadi di masa kekhalifahan `Umar. Menjelang tahun 641, seseluruh Irak sudah berada di bawah pengawasan Arab. Dan bukan cuma itu: pasukan Arab bahkan menyerbu langsung Persia dan dalam pertempuran Nehavend (642) mereka secara menentukan mengalahkan sisa terakhir kekuatan Persia. Menjelang wafatnya `Umar di tahun 644, sebagian besar daerah barat Iran sudah terkuasai sepenuhnya. Gerakan ini tidak berhenti tatkala `Umar wafat. Di bagian timur mereka dengan cepat menaklukkan Persia dan bagian barat mereka mendesak terus dengan pasukan menyeberang Afrika Utara.

Sama pentingnya dengan makna penaklukan-penaklukan yang dilakukan `Umar adalah kepermanenan dan kemantapan pemerintahannya. Iran, kendati penduduknya masuk Islam, berbarengan dengan itu mereka memperoleh kemerdekaannya dari pemerintahan Arab. Tetapi Suriah, Irak dan Mesir tidak pernah peroleh hal serupa. Negeri-negeri itu seluruhnya di-Arabkan hingga saat kini.

`Umar sudah barangtentu punya rencana apa yang harus dilakukannya terhadap daerah-daerah yang sudah ditaklukkan oleh pasukan Arab. Dia memutuskan, orang Arab punya hak-hak istimewa dalam segi militer di daerah-daerah taklukan, mereka harus berdiam di kota-kota tertentu yang ditentukan untuk itu, terpisah dari penduduk setempat. Penduduk setempat harus bayar pajak kepada penakluk Muslimin (umumnya Arab), tetapi mereka dibiarkan hidup dengan aman dan tenteram. Khususnya, mereka tidak dipaksa memeluk Agama Islam. Dari hal itu sudahlah jelas bahwa penaklukan Arab lebih bersifat perang penaklukan nasionalis daripada suatu perang suci meskipun aspek agama bukannya tidak memainkan peranan.

Keberhasilan `Umar betul-betul mengesankan. Sesudah Nabi Muhammad, dia merupakan tokoh utama dalam hal penyerbuan oleh Islam. Tanpa penaklukan-penaklukannya yang secepat kilat, diragukan apakah Islam bisa tersebar luas sebagaimana dapat disaksikan sekarang ini. Lebih-lebih, kebanyakan daerah yang ditaklukkan dibawah pemerintahannya tetap menjadi Arab hingga kini. Jelas, tentu saja, Muhammadlah penggerak utamanya jika dia harus menerima penghargaan terhadap perkembangan ini. Tetapi, akan merupakan kekeliruan berat apabila kita mengecilkan saham peranan `Umar. Penaklukan-penaklukan yang dilakukannya bukanlah akibat otomatis dari inspirasi yang diberikan Muhammad. Perluasan mungkin saja bisa terjadi, tetapi tidaklah akan sampai sebesar itu kalau saja tanpa kepemimpinan `Umar yang brilian.

Memang akan merupakan kejutan—buat orang Barat yang tidak begitu mengenal `Umar—membaca penempatan orang ini lebih tinggi dari pada orang-orang kenamaan seperti Charlemagne atau Julius Caesar dalam urutan daftar buku ini. Soalnya, penaklukan oleh bangsa Arab di bawah pimpinan `Umar lebih luas daerahnya dan lebih tahan lama dan lebih bermakna ketimbang apa yang diperbuat oleh Charlemagne maupun Julius Caesar.

Seratus Tokoh yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah, Michael H. Hart

sumber: http://media.isnet.org/iptek/100/Umar.html

Ulama'

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

Tolabah

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya

Akhbar

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

Tv Online

tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
 

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez