1. Tidak salah mahu berhibur dan
bergembira tetapi mestilah TIDAK keterlaluan dan melampaui batas dalam
meruntun hawa nafsu yang sememangnya tidak pernah kunjung puas biar 1001
keseronokan dianjurkan. Sementelah pula majlis hiburan dan keseronokan
melampau yang membawa implikasi buruk pada moral , minda , akhlak dan
peradaban seperti seks bebas , tarian lucah , pil ectasy , pil kuda dan
lain - lain .
2. Biasanya menjelang tahun baru
atau lainnya termasuklah meraikan hari - hari perayaan tertentu dalam
negara kita, akan ada pelbagai bentuk keraian melampau yang diraikan
oleh mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap moral masyarakat. Apa
yang mereka fikir ialah happy dan enjoy sehingga tergamak melanggar
batas agama dan norma tatasusila serta adab orang timur .
3. Saya menggesa supaya pihak
berwajib mengambil serius perkara ini agar tidak terlepas pandang
pelbagai aktiviti mungkar yang boleh merosakkan akhlak dan minda
masyarakat lalu meletakkan mereka dan negara tercinta ini di bawah
kemukaan Allah swt .
4. Terlebih penting bagi pihak
kerajaan sendiri agar mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang cuba
merosakkan moral dan nilai diri manusia justeru ia juga sebahagian dari
usaha menjaga pembangunan seimbang rakyat dan negara. Negara akan musnah
dan binasa jika rakyatnya hanya disogok dengan pembangunan material
tanpa pembangunan spiritual atau ruhani mereka .
5. Akhlak dan moral yang rosak
inilah akhirnya meningkatkan kadar bencana sosial , jenayah , rasuah ,
salah laku seks dan 1001 pencemaran moral yang lain . Jangka panjang
negara ini akan binasa . Saya mendapat maklumat bagaimana sambutan
Krismas kali ini [ 25 Dec 2010 ] juga ada pihak tertentu yang mengaku muslim mahu menganjur parti yang menjerumus ke arah seks bebas di kelab malam tertentu.
Aktiviti seperti inilah yang saya maksudkan supaya pihak berwajib tidak
berdiam diri atau hanya menunggu laporan kes setelah aktiviti itu
selesai dilangsungkan .
[ Maklumat yang saya terima
: Seorang perempuan berusia 20 tahun. Melayu dan beragama Islam
menganjurkan satu pesta yang diberi nama Christmas Party Foam yang
dijadualkan pada 25 Dec ini . Dia juga berkerja sebagai model sambilan.
Dia ambil gambar bogel dan paparkan di internet utk cari rezeki. Dia
anjurkan event krismas. Jualan tiket sedang berjalan , ada jualan arak.
dan tak boleh pakai baju. kena pakai bikini sahaja dan ianya dianjurkan
di kelab malam .]
Kini kempen party ini di
facebook tidak lagi boleh diakses tetapi belum tentu penganjuran party
tersebut dibatalkan. Harap pihak berkuasa memantaunya
6.
Cegahlah sebelum parah justeru realitinya saya lihat aktiviti ini ia
tidak terhenti setakat bergaul bebas lelaki perempuan dengan mabuk -
mabukan atau khayal - khayalan dengan arak , pil kuda , ectasy serta
penzinaan atau seks bebas malah ia akan mengheret pelaku yang terjebak
dalam kancah nafsu liar ini sehingga mengisytiharkan diri mereka murtad .
7. Selamatkan Negara dari anasir
mungkar seperti ini . Generasi muda atau generasi baru hari ini sudah
muak dan jelek dengan hiburan yang keterlaluan ini . Apa yang anak
muda mahu ialah hiburan yang berinformasi , hiburan yang mendamaikan
jiwa , hiburan yang menenangkan perasaan dan hiburan yang tidak
mencabar kesucian minda , moral dan akhlak mereka .
8. Pemikiran positif generasi muda baru di zaman ini ialah fokus bagaimana mereka mahu membangunkan negara , memurnikan sosial dan meningkatkan nilai suci pada modal insan atau sumber manusia yang akan menjadi mengisi ruang kemerdekaan negara yang telah dicapai sekian lama .
9. Tentunya generasi muda hari
ini tidak mahu mindanya kembali dijajah oleh budaya dan cara hidup
penjajah biarpun mereka tidak lagi datang menjajah tanahair sebagaimana
episod penjajahan sebelum merdeka . Tiada ertinya merdeka andai minda
dan jiwa masih dibawah pengaruh cara dan gaya hidup penjajah . generasi
muda pasti menuntut satu nilai dan harga diri yang mulia dan bebas dari
pengaruh penjajah .
10. Inilah sinar baru buat
negara dan rakyat . Negara dan rakyat yang hebat. Tidak runtuh peribadi
dan nilai integriti sebaliknya memiliki kualiti nilai yang tinggi .
Disegani dan dihormati dan apa yang paling penting ialah diiredhai Tuhan
rabbul izzati .
Sumber : Us Nasarudin Tantawi
2 comments on "Cegah Pesta Seks Bebas"
台灣辣妹直播聊天室 , 台灣辣妹直播聊天室 , 台灣辣妹直播聊天室 , 台灣辣妹直播聊天室 , 台灣辣妹直播聊天室 , 台灣辣妹直播聊天室 , 台灣辣妹直播聊天室 , 台灣辣妹直播聊天室 , 台灣辣妹直播聊天室 , 台灣辣妹直播聊天室
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
Post a Comment