
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Tan Sri Rafidah Aziz yang menang pilihanraya untuk Parlimen Kuala Kangsar, kalah kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kalah pilihanraya di Parlimen Lembah Pantai. Rafidah Aziz menang pilihanraya kalah bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kalah pilihanraya di tempatnya sendiri, menang dan diangkat menjadi Ketua Wanita UMNO.
Apa yang ditolak rakyat, itulah yang dipilih oleh ahli UMNO.
Sama juga dengan Pemuda UMNO.
Calon yang lebih teguh kedudukannya di kalangan rakyat pengundi kawasan masing-masing, ditolak oleh ahli UMNO. Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo kalah. Datuk Mukhriz Mahathir pun kalah. Calon yang menang adalah calon yang bermasalah dengan Lembaga Disiplin UMNO, bermasalah dengan keputusan pilihanraya di Parlimen beliau, malah terlebih utamanya, bermasalah dengan rakyat.
Apa yang ditolak oleh rakyat, itulah yang dipilih oleh ahli UMNO.
Jika Tan Sri Muhammad Muhd Taib, seorang senator lantikan, menang jawatan Timbalan Presiden UMNO, mengatasi Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan seorang Ahli Parlimen itu, maka comfirmlah bahawa apa yang ditolak oleh rakyat, itulah yang dipilih oleh ahli UMNO.
UMNO sedang memberikan mesejnya kepada rakyat, bahawa apa yang ditolak oleh rakyat, itulah yang dipilih oleh UMNO. Apa yang dipilih oleh rakyat, itulah yang ditolak oleh UMNO. Sesungguhnya UMNO bersungguh-sungguh untuk tidak bersama rakyat.
Pengundi di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, tentu faham maksud kenyataan ini.
Sumber:
ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
68000 Ampang
1 .Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau
tertidur lain cerita
2. .Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut
kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
3. .Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh
kerana ia membahayakan.
4. .Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
5. .Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana
berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6. .Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki
kita di kongsi syaitan.
7. .Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut
kita mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan
mewarisi kepapaan.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.
10. .Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.
13.Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan
kita hilang bahagia.
14.Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
15. .Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan
memurahkan rezeki kita.
16. .Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17. .Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang
teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
19. .Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih
utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
20. .Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab
semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.
Mohamad Mustakim Bin Sarmuji Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez