Manfaat Buku

Sebelum balik Malaysia nanti, anta kena siapkan paling kurang sebuah buku untuk rakyat Malaysia. Kalau mampu tambah lagi, buat untuk ringkasan madah paling susah untuk kuliah anta. Mungkin Balaghah ke? Apa sahaja boleh"

Semanis Tawakkal

"Alhamdullilah, akhirnya imtihan dah selesai, Bolehlah ana balik selepas Asar nanti" sapaku kepada Hanif yang baru keluar dari pintu gerbang Al-Azhar. " Iya, tapi anta kena ingat kita ada syafawi ( ujian lisan) lagi. Kiranya aku bersyukur banyaklah", jawabnya sambil memandang ke arah ladang gandum.

Imam Bukhari

Imam al-Bukhari, Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari (194H-256H) adalah seorang tokoh hadis yang paling unggul dalam sejarah perkembangan ilmu Hadis sehinggalah ke hari ini, ketokohan beliau masih tiada tolok bandingnya.

Followers

Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Monday, July 12, 2010

Pemimpin PAS Selayaknya Sederhana

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, July 12, 2010 0 comments

Pemimpin PAS :
Ambillah Gaya Hidup
Yang Sederhana


1. Sebaik - baik perkara ialah pertengahannya [ sederhana ]
خير الأمور أوسطها.
Tidak melampau [ ifrat ] dan tidak terlalu bermudah - mudah . [ tafrit ] .

2. Sederhana adalah lambang keutuhan dan kemuliaan peribadi . Pemimpin yang hidup dalam kesederhanaan adalah pemimpin yang berjiwa besar justeru ia tidak dipengaruhi oleh nafsu tamak dan gelojoh .

3. Pemimpin yang mengambil gaya dan cara hidup secara sederhana juga merupakan pemimpin yang hebat justeru ia tidak terpedaya dengan bujukan nafsu dan syaithan untuk bermudah - mudah atau meringan - ringankan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang hamba terhadap tuhannya .

4. Kini rata - rata pemimpin PAS menang pilihanraya menjadi wakil rakyat samaada diperingkat DUN atau parlimen malah ada yang bergelar Menteri Besar dan exco kerajaan negeri . Alhamdulillah , ianya satu penghormatan dan kepercayaan rakyat kepada PAS . Namun berwaspadalah , agar lifestyle kalian masih kekal utuh dalam frame seorang pemimpin yang beriman , bertaqwa , berakhlak dan sederhana .

5. Usah terpedaya dan terpengaruh dengan cara hidup orang lain apatah lagi musuh . Sekalipun kalian memang layak dan memiliki kekayaan melalui cara yang benar dan halal , namun ambil lah hukum wara' atau zuhud dalam kepimpinan dan penampilan kalian . Usah bermewah dengan harta yang dimiliki tetapi tidaklah sampai kelihatan selekeh , lusuh dan tidak ceria . Sederhanalah dalam segalanya .

6. Wara' bukan bermaksud berjalan tunduk tanpa mendongak wajah dan zuhud pula bukan bermakna selekeh tanpa set pakaian yang baru dan kemas . Tetapi wara' dengan maksud tidak berlebih - lebih menggunakan nikmat kekayaan halal yang kita miliki sementara zuhud pula ialah menggunakan nikmat kekayaan yang dimiliki tanpa hati terpengaruh dan terpaut padanya.

7. Gerakan Islam seperti PAS selayaknya mendokong feqh wasatiah [ kesederhanaan ] ini dalam usaha mendapatkan tempat di sisi Allah swt dan menarik sokongan rakyat kepada perjuangan suci yang didokong . Rata -rata manusia tidak senang dan muak dengan manusia yang berlebih - lebihan dalam penampilan gaya hidup serta menunjuk kaya dan mewah mereka.

8. Feqh wasatiah bukan hanya dipakai dalam aliran pemikiran dan prinsip hidup tetapi juga dalam penampilan , cara dan gaya hidup [ lifestyle ] . Janganlah setahun dua jadi wakil rakyat , perubahan ketara dan mendadak berlaku dalam hidupnya seperti membina rumah besar , memiliki kenderaan baru dan mahal .

9. Bukanlah salah memiliki rumah luas dan kenderaan yang baik , tetapi bersederhanalah . Jika tidak , pemimpin PAS akan kehilangan haibah [ kehebatan ] dan quwwah [ kredebiliti ]. Sifat dan amalan sederhana mendekatkan pemimpin PAS dengan rakyat marhain. Mudahnya amalan bersederhana ini ialah mengambil sesuatu seperlunya . Jika ia perlukan rumah 5 bilik dengan jumlah keluarganya yang ramai maka milikilah , ia menepati keperluan . Demikianlah kenderaan , jika perlukan kenderaan yang baik kerana keperluannya berjalan jauh saban hari mengambil undangan amal islami yang diperjuangkan , maka ambillah justeru ia menepati keperluan . Apa yang tidak disenangi ialah berlebih - lebihan dari had keperluan dan bermewah - mewah .

10. Kita tidak mahu menjadi pemimpin parti yang petah mengungkap serta meriwayat contoh zuhud dan wara'nya Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz , Tuan Guru Hj Abd Hadi dan Ust Azizan Razak , walau mereka dipuncak kuasa tetapi tetap :

  • tinggal di kediaman asal yang serba sederhana ,
  • nilai pakaian mereka seperti rakyat awam ,
  • mereka mengamalkan jimat cermat dalam kehidupan sehariannya ,
  • keraian mereka tidak mewah
  • elaun mereka dikembalikan kekantung pembendaharaan negeri
tetapi malang , jika kita sendiri gagal untuk mencontohinya .

Sumber : Us Nasrudin Hassan

Saturday, May 29, 2010

M'sia Bankrap 9 Tahun Lagi Sekiranya BN Terus Memerintah

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Saturday, May 29, 2010 0 comments

Terkejut besar dengan kenyataan dari menteri yang satu masa dulu jaga kapalterbang bila katanya Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Satu kenyataan yang saya sifatkan tidak lebih dari menghalalkan tindakan BN yang akan menyusahkan rakyat. Namun tahukah Idris bahawa apa yang disubsidikan oleh kerajaan sebenarnya datang dari rakyat juga, jadi apalah salahnya subsidi ? yang jelas bagi saya negara akan bengkrap bukan kerana subsidi tetapi kerana rasuah berterusan oleh pemimpin BN sehingga wang rakyat sebenarnya banyak yang masuk poket orang politik malah lebih banyak dari subsidi yang diberikan kepada rakyat.

Bayangkan bagaimana Malaysia boleh jadi bengkrap dengan pengurusan wang dan khazanah negara seperti dibawah bila

1- Negara kehilangan hasil Minyak RM320 billion dengan penyerahan Blok L dan M kepada Brunai.
2- Sime darby rugi lebih RM1 billion
3- Komisen kapalselam kepada individu lebih RM500 juta...
4- PKFZ rugi beratus billion..
5- Pos Malaysia pun rugi lebih RM200 juta...
6- Kerajaan berbelanja RM6.89 juta setahun membayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita.Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari. Tidak lagi termasuk wang pengurusan yang juga mencecah jutaan ringgit setahu.

Senarai diatas adalah beberapa pratus dari banyak lagi penyelewangan dan pembaziran wang kerajaan yang akan menbengkrapkan negara bukannya kerana subsidi.

Termasuklah bagaimana MAS yang pernah dijaga Idris rugia dan akan bengkrap bila 3 buah lukisan yang menghiasi dinding di pejabat Pengerui MAS yang bernilai RM1.5 juta dan seorang Pengurus Kanan MAS bernama Chris Andrews, seorang warga asing yang dibayar gaji RM7,525 sehari! (bersamaan hampir suku juta sebulan ataupun RM2.7 juta setahun!)

Semuga rakyat tidak termakan usaha Idris untuk memperbodohkan rakyat itu, yang penting lagi cepat BN disungkurkan lagi cepat negara kita akan tidak bengkrap. malah bukanNya sampai kena tunggu 9 tahun, bagi saya negara kita telahpun bengkrap kerana kerakusan pemimpin BN mengambil harta rakyat setiap kali mandat diberikan.


Sumber : CinaIslam

Tuesday, May 25, 2010

DHPP Ubah Pandangan Serong Bukan Islam Terhadap Islam

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Tuesday, May 25, 2010 0 comments


Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw mengakui penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang kini sudah dinaik taraf kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) banyak mengubah sikap dan pandangan bukan Islam terhadap Islam.

Beliau yang merupakan antara tulang belakang KPP yang ditubuhkan sejak 2004 berkata, penubuhan tersebut merupakan titik tolak kepada pencerahan pemikiran orang bukan Islam yang sering dimomokkan dengan pandangan serong terhadap Islam dan PAS itu sendiri.

"Penubuhan Kelab Penyokong PAS pada tahun 2004 yang lalu , saya lihat banyak perubahan sikap di kalangan masyarakat bukan Islam PAS.

"Usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS untuk menyatukan masyarakat bukan Islam nampaknya sudah nmendatangkan hasil," katanya sewaktu berucap di majlis pelancaran DHPP, di sini, semalam.

Sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada PAS khususnya Lajnah Perpaduan Nasional di bawah Dr. Mujahid Yusuf Rawa, beliau juga meletakkan harapan agar PAS terus melaksanakan penyatuan kaum yang tidak dapat dilakukan oleh Barisan Nasional selama ini.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpinan PAS yang meluluskan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS ini dan kita harap apa yang tidak dapat dilakukan oleh Barisan Nasionl, dapat dilakukan olah PAS.

Tegasnya, beliau akan memastikan DHPP dapat mencapai misi dan visi untuk mewujudkan negara Malaysia yang aman damai dengan penyatuan semua kaum.

"Kita dalam DHPP mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah syurga, kita dapat hidup dengan aman dan harmoni. Marilah kita sama-sama merealisasikan usaha ini.

Pang Chaw juga berkata, beliau menghormati prinsip Islam yang tidak pernah menghalang sesiapa sahaja untuk melakukan kebaikan.

"Dalam Islam tidak pernah menghalang kita untuk buat kerja baik," katanya.

Nada yang sama turut disuarakan timbalannya, N. Balasubramaniam yang turut berucap di majlis tersebut.

"Saya sudah lama menanti kelab penyokong ini dinaik taraf kepada dewan dan hari ini impian kita sudah menjadi kenyataan. Kita sudah berada di sini sebagai ahli dewan.

"Saya mengucapakan terima kasih kepada Presiden PAS dan pimpinan tertinggi yang lain kerana menaik taraf kelab ini kepada dewan himpunan penyokong PAS, " katanya.

Pada majlis berkenaan, ahli DHPP turut melafazkan ikrar taat setia kepada PAS dengan diketuai oleh ketua pemuda DHPP, Balendran.

Ikrar berkenaan mengandungi lima perkara iaitu:

Pertama, menjunjung dasar parti dan mentaati prinsip perjuangannya.

Kedua, menghormati keputusan-keputusan kepimpinan parti dan kepimpinan dewan.

Ketiga, melaksanakan maksud perpauan dalam parti dan dalam negara ini.

Keempat, menghormati segala peraturan dan peraturan dewan sebagai panduan.

Dan kelima, memastikan ahli dewan menjaga nama baik PAS dan perjuangannya.

Sumber : Harakah

Monday, March 8, 2010

Prestasi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selama 2 Tahun

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, March 08, 2010 0 comments


Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir umno-barisan nasional.

Selangor

Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 6.76 billion pada tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20 753 peluang pekerjaan. Dari jumlah pelaburan tersebut, RM 2.752 billion(40.8%) merupakan pelaburan tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di Negara ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan sebanyak 3.87 peratus tahun lepas.

Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010. Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.

Pulau Pinang

Pulau Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri(ketiga tertingi). Dasar CAT (daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan belanjawan(surplus) sebanyak RM 88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM 35 juta(belanjawan 2008)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul. Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai) kepada pelajar terbaik SPM dan STPM serta para huffaz.

Bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM 97 ribu per sekolah, RM 60 ribu kepada setiap sekolah cina dan RM 63 ribu kepada setiap sekolah tamil. Jumlah keseluruhan ialah RM 11.3 billion. Berjaya membasmi kemiskinan tegar dalam masa satu tahun dan menjamin setiap keluarga mendapat RM 500 sebulan.

Kedah

Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta.

Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. Sedangkan di bawah pentadbiran umno-bn, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.

Kelantan

Semenjak 20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan. Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri. Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu.

Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan. Selain itu PMBK menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990.

Kerajaan Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan. Kemahiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh.

Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat.

Sumber : KasiPecah

Monday, March 1, 2010

Kejayaan Kerajaaan PR Selangor Mula Menyerlah

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, March 01, 2010 0 comments

Semalam akhbar-akhbar tempatan memberi ruang utama kepada Perdana Menteri apabila beliau mengumumkan yang negara telah pulih dari krisis ekonomi yang berpunca dari krisis kewangan global. Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan yang teguh pada tahun 2010 ini. Jangkaan ini berpunca dari petunjuk memberangsangkan dari keluaran dalam negara kasar untuk suku keempat 2009 apabila berjaya mencatatkan pertumbuhan 4.5%.

Ini berbanding penguncupan -1.2% bagi suku ketiga tahun yang sama.

Menurut PM Malaysia juga terus menerima pelaburan langsung asing (foreign direct investment, FDI). Pada suku keempat, aliran masuk kasar FDI meningkat kepada RM7.2 bilion (S3 09: RM6.7 bilion). Sejumlah besar pelaburan tersebut adalah untuk sektor perkilangan dan perkhidmatan.

Sebagai rakyat Malaysia sudah tentulah kita turut berbangga dengan pencapaian ini. Pastinya perkembangan positif ini adalah sumbangan dari pelbagai pihak bukan sekadar mereka yang berperanan di pusat malah sumbangan dari kerajaan-kerajaan negeri juga tidak kurang besarnya.

Semalam juga sebenarnya terbit berita berhubung pencapaian di Selangor yang diumumkan oleh EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor Teresa Kok, namun tidaklah mendapat ruang yang besar sebagaimana PM. Malah ada akhbar yang tidak melaporkan langsung.

Menurut Teresa jumlah pelaburan disektor perindustrian di negeri Selangor meningkat lipat kali ganda tahun 2009. Sasaran RM4bilion yang disasarkan kerajaan negeri bagi tahun itu telah melebihi jangkaan apabila jumlah yang direkodkan mencecah RM6.76 bilion.

Kerajaan Selangor turut berjaya mencatatkan bilangan projek perindustrian yang tertinggi dalam negara bagi tahun 2009 iaitu 278 projek yang mana 182 darinya merupakan projek baru. Selain itu Selangor juga mencatatkan peluang pekerjaan terbesar dalam negara iaitu sejumlah 22,753 pekerjaan baru!

Pelaburan asing terbesar datangnya dari Singapura dengan 20 projek baru di Selangor berjumlah RM350 juta, mencipta 1,180 peluang pekerjaan bagi anak tempatan. Ini diikuti dengan Jepun sebanyak 17 projek bernilai RM309 juta mencipta 728 peluang pekerjaan. Amerika Syarikat walaupun hanya mempunyai 6 projek di Selangor tahun lalu namun negara itu merupakan pelabur terbesar dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.7 bilion.

Tidakkah pencapaian ini membuktikan kemampuan dan kebolehan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat? Tidakkah ini memberi petanda bahawa kombinasi kepimpinan PAS, PKR dan DAP di bawah teraju Tan Sri Khalid Ibrahim berkeupayaan memacu ekonomi Selangor dan membawa kesejahteraan kepada rakyatnya, walaupun baru diuji?

Siapa kata hanya BN boleh?

Angka-angka ini terbit bertepatan dengan ulangtahun kedua kerajaan negeri Pakatan Rakyat pada 8 Mac 2010 ini. Dengan pencapaian ini dan lain-lain pencapaian disektor pertanian, pembangunan, kebajikan, agama, sosial dan sebagainya saya yakin rakyat Selangor tidak mahu menoleh ke belakang lagi selepas ini. Teruslah memberi keyakinan pada Pakatan Rakyat semoga cita-cita melahirkan sebuah negeri Selangor yang maju, bersih dan berkebajikan akan dapat dicapai dan dinikmati oleh semua.

Sumber : RoslanSms

Monday, February 22, 2010

Liwat. Percaya atau Tidak?

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, February 22, 2010 0 comments
 
Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro  dan lain-lain.
 
Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)
 
Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie  berkata :
ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة
Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)
 
Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.
 
Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-
 
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)
 
Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.
 
Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran,  Al-Qurtubi).
 
RINGKASAN SYARAT-SYARAT
 
Qazf mempunyai beberapa syarat :-
1)     Syarat kepada penuduh :
  • Beraqal
  • Sudah baligh
2)     Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf
  • Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)
3)     Syarat orang yang dituduh
  • Beraqal
  • Baligh
  • Islam
  • Merdeka diri
  • BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
 
Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-
 
ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء
 
Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)
 
Imam Malik berkata :
قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،
Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)
 
Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.
 
Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.
 
Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini.
Mungkin si pendakwa dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun Allah maha mengathui siapa yang benar dan salah, hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh, sama ada pendakwa atau tertuduh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.
Namun ingat, bukan tugas kita untuk mempercayai selagi syarat-syarat yang disebut di atas tidak dipenuhi. Apa jua keputusan mahkamah, itu keputusan mahkamah dan selaku orang yang tidak terlibat, kita tidak dipaksa atau terpaksa untuk mempercayai atau menolak.  
 
Sekian
 

Friday, February 5, 2010

Untungkah Melayu Serang Guan Eng?

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Friday, February 05, 2010 0 comments

BERBAGAI pihak dan puak yang menamakan diri mereka NGO itu dan anu telah mengadakan bantahan dan tunjuk perasaan di Pualau Pinang sehari dua ini. Tunjuk perasaan hari ini dikira terbesar. Mereka berbuat begitu kerana membantah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan bersikap kurang ajar kerana membelakang dan menyisihkan Melayu.

Kritikan terhadap Ketua Menteri yang disayangi pemimpin Pas itu juga dibuat ahli Parlimen PKR yang menjadi rakan Lim Guan Eng sendiri. Macam-macam ditala ke arah Guan Eng termasuk diktator, chauvenis dan bersikap macam komunis. Ini satu tuduhan keras dan berat.

Anih bagi saya kalau benar Guan Eng komunis, chauvenis dan diktator kenapa ia masih dihormati dan disayangi oleh rakannya bernama Pas. Pelik? Pas sebagai parti Islam tidak mungkin dapat menerima komunis ataupun mereka yang bersikap diktator.

Sesiapa pun tidak dapat menerima kalau ada diskriminasi kaum di negara ini. Apa lagi kalau diskriminasi itu dilakukan ke atas Melayu. Melayu yang merasakan mereka tuan negara ini akan terhina kalau mereka dipermain dan dinjak-injakkan.

Di sini saya tidak bermaksud berpihak ke mana-mana pihak dalam soal ini. Bukan menyokong tindakan berbagai NGO termasuk yang berpejabat di KL mengkritik dan mendesak Guan Eng itu dan bukan bersimpati berlebihan kepada Guan Eng. Kalau itu benar, bukan saja NGO berkenaan tetapi seluruh orang Melayu termasuk dari Sabah sana harus bangkit mendesak Guan Eng.

Saya nak tanya sekalian orang yang mendesak Guan Eng dan mengkritik beliau. Apakah benar Guan Eng bersikap kurang ajar dan tidak membela nasib Melayu? Saya rasa bukan saja saya, tetapi orang lain juga mahu melihat bukti-bukti apa yang dikatakan itu. Elok senaraikan apakah bentuk pengabaian terhadap orang Melayu dan jangan hanya tahu menuduh dan melolong mengatakan DAP mengabaikan Melayu.

Kita tahu DAP memerintah Pulau Pinang belum sampai tiga tahun. Sebelum ini negeri itu diperintah orang Cina menerusi parti Gerakan. Apakah selama 35 tahun lalu nasib Pulau Pinang terbela? Dan apakah pengabaian dan pilih kasih oleh Gerakan boleh dimaafi dan diamkan saja?

Kalau boleh untuk bersikap adil, NGO yang membantah Guan Eng kemukakan statistik mengenai kedudukan orang Melayu Pulang Pinang baik dalam pemilikan hartanah, pendapatan, pengangguran dan sebagainya. Bandingkan juga kehidupan orang Melayu semasa 35 tahun Gerakan memerintah dengan DAP yang baru dua tiga tahun ini.

Senaraikan jumlah orang Melayu di Pulau Pinang telah berpindah ke tanah besar sejak 35 tahun lalu dan bandingkan dengan jumlah yang ada hari ini. Ataupun orang Melayu di Pulau Pinang sudah tidak berpindah lagi kerana semuanya sudah tiada?

Kemukakan juga apakah keuntungan yang diraih orang Melayu sewaktu Gerakan dan apakah pula kerungian yang dialami orang Melayu sejak DAP memerintah. Sebut sekali nilai. Kalau pun nisbahnya berbeza disebabakan perbezaan tempoh tidak mengapa, yang penting sebut dan kemuakakan untuk dijadikan bukti.

Adalah tidak adil kalau hanya mengatakan Guan Eng, kejam kalau setakat gerai peniaga Melayu dirobohkan. Apakah selama 35 tahun dulu Majlis Bandaraya Pulau Pinang tidak pernah meroboh gerai orang Melayu? Apakah sejak 35 tahun lalu tanah wakaf milik umat Islam tidak terusik dan berkurangan sejengkal pun.

Kalau data-data dan bukti ini dikemukakan rasanya ia lebih adil dan menarik. Orang Melayu seluruhnya boleh bertindak jauh dari itu kalau nasib kaum mereka di pulau itu terbiar. Janganlah pula nasib malang orang Melayu disebabkan pemerintahan Gerakan selama 35 tahun hendak diletakkan atas belakang DAP.

Saya tidak membela DAP, tetapi mahu lihat keadilan dan realiti. Orang Melayu dan orang bukan Melayu perlu bersikap terbuka dan bertindak berlandaskan fakta dan keadilan. Kalau setakat hendak melepaskan buakan nafsu ia tidak ada guna. Kalau bakar kertas dan topeng pemimpin ia merugikan harta benda saja. Kalau api terkena jari, ia melecur tidak tentu fasal. Maksud yang dhendak dicapai tidak ke mana pun.

Kepada NGO yang lantang itu saya bimbang tindakan mereka akan dilebelkan sebagai ekstrem oleh kaum muda Cina. Realiti di Malaysia kena ingat bahawa kuasa negara ini memerlukan perkongsian dengan Cina. Apa juga yang perlu diketahui apakah kecaman ke atas Guan eng dan DAP itu turut disertai sama kalangan Cina?

Kalau orang Cina diam dan tidak ikut sama menyokong ibarat kata desakan itu tidak lebih seperti anjing kudung menyalak bukit saja. Telinga berkibas ekor terkedik-kedik, bukit tidak runtuh suara hilang ditelan angin lalu. Kerja-kejra bodoh seperti itu elok dihentikan dan carilah kaedah lain kalau pun orang Melayu Pulau Pinang inginkan kuasa di negeri itu. Cara Melayu menyerang Guan Eng saya tidak nampak ia berjaya kerana masyarakat Cina di Pulau Pinang menolak cara itu dan mereka lebih memerhati sejauh mana kemampuan Guan Eng. Orang Cina lebih terbuka dan bersikap demokratik dan bukannya emosi bodoh!


( Petikan Dari MSO )

Pulau Pinang Maju, Umat Islam dan Melayu terbela di bawah Pakatan

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Friday, February 05, 2010 0 comments

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Pulau Pinang kerana berjaya menunjukan prestasi yang begitu membanggakan selepas mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.

Hasil negeri

Walaupun Barisan Nasional yang kalah dalam Pilihanraya Umum 2008 cuba untuk menaburkan fitnah bahawa Pakatan tidak mampu tadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat akhirnya dapat melihat sendiri bagaimana cekapnya pemerintahan dibawah Pakatan.

Pada 2007, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja Kerajaan bertukar kepada Pakatan belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

Bagi Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.

Peruntukan Untuk Institusi Islam

Pada 2008 peruntukan untuk hal-ehwal Islam yang dibuat oleh Kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008 Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini.

Kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Kontraktor Melayu tidak diabaikan

Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar.

Pada 2008, 78 Kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga. Satu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

Pada 2009, 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.

Pada tahun yang sama, projek yang diberi kepada Kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu 6 Syarikat.

Peningkatan yang ketara ini membuktikan Kerajaan Pakatan masih menghormati hak kaum Melayu dan tidak menafikan hak kaum lain. Keutamaan pemberian projek adalah bergantung kepada kelayakan, kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemohon tanpa mengira kaum mereka.

Inilah bukti kesungguhan, dan iltizam pembangunan yang dilaksanakan hasil dari kepercayaan rakyat dalam Pilihanraya lalu. Pakatan sesekali tidak akan mensia-siakan harapan dan amanah rakyat apabila mentadbir mana-mana negeri.

PAS berharap akan kejayaan ini dapat diteruskan dan rakyat di negeri berkenaan dapat memberikan keyakinan serta mandat yang berterusan kepada Pakatan untuk penggal yang akan datang.

Ketua Penerangan PAS Pusat

Wednesday, February 3, 2010

Anwar Menuruni Tangga Untuk ke Sungai Buloh?

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, February 03, 2010 0 comments

Fitnah bagi seorang pejuang seperti itu begitulah. Adat seorang pejuang sebelah kakinya di luar dan sebelah lagi di dalam.

Hari ini bermulanya perbicaraan tuduhan liwat ke atas Anwar oleh pembacuh kopinya. Walaupun berbagai usaha teknikal dilakukan bagi menghalang kes ini dibicarakan, namun tidak berjaya. Kesungguhan dipihak yang ingin membawa Anwar sekali lagi ke muka pengadilan menerusi tuduhan keji begitu nampaknya berjaya. Anwar telah berusaha sedaya mungkin untuk mengelakkan dari dibicarakan, tetapi apakan daya... tidak berjaya.

Jika usaha itu - (pendakwaan) bertujuan menjatuhkan imej Anwar sebagai pemimpin dan mengaibkannya, ia berjaya. Anwar sudah kalah satu kosong. Nampaknya tidak ada kompromi dalam hal ini antara Anwar dan Perdana Menteri.

Kita menerima apa juga kesalahan perlu mendapat keadilan. Mereka yang bersalah perlu dihukum. Hukuman itulah untuk mendapat keredhaan Allah di akhirat nanti. Itulah namanya keadilan. Tetapi satu perkara perlu diingatkan, tindakan manusia selalunya tidak sekeras kanun yang disediakan oleh manusia juga. Dalam banyak hal kebijaksanaan manusia dituntut untuk melestrikan kehidupan yang bahagia.

Bukan tidak pernah kes-kes berat yang diselesaikan secara kebijaksanaan manusia yang berlaku di negara ini! Banyak! Tetapi dalam kes Anwar ini kebijaksanaan semua manusia nampaknya seperti sudah termansuh sama sekali. Semua seakan melupai akan hikmah atas kebijaksanaan itu. Semuanya kerana amarah dan kegilaan manusia untuk berkuasa dan berseronok, hibbu dunia!

Tidak dapat tidak kes pendakwaan Anwar bermula hari ini ia memberi kesan negatif kepada politik negara ini. Belum tahu sama ada Anwar bersalah atau tidak, mahkamah akan membicarakannya. Tetapi yang nyatanya kes ini memberi satu masalah baru dan kegemparan yang berulang. Malaysia akan mengambil masa untuk menghuraikan perisitwa ini dan ini satu kerugian dari segi moral kepada Malaysia sebagai sebuah negara.

Dunia luar akan memberi fokus semula kepada Malaysia. Walaupun ia tidak sehangat pada tahun 1998 di mana ketika berlaku kes pertama dahulu, namun kes kali ini tetap menjadi perhatian dunia.

Impilikasinya juga kepada Mohd Najib Razak selaku perdana menteri. Walaupun Naib cuba mengelakan dan mencuci tangan, cuba menyatakan dia tidak bertanggungjawab dan ada niat buruk ke atas Anwar, dunia akan tetap menyuluh Najib ada perananya. Najib ada saham di sebalik pendakwaan itu. Istilah konspirasi kedua akan terus dijaja dan ia tidak dapat tidak akan mengaitkan Najib.

Dunia akan melihat pendakwan ke Anwar bukan berlandaskan kepada kebenaran dan fakta lagi walapun ia benar begitu, tetapi berlandas kepada nafsu dan kerakusan Najib sebagai orang nombor satu negara. Kebimbangan Najib kepada kehebatan dan ketokohan Anwar. Paling buruk orang akan menganggap tindakan ke atas Anwar itu sebagai penerusan kerja-kerja jelek dan tidak berperikemanuisaan dilalukan Dr Mahathir Mohamad oleh Najib.

Orang yang mengkaumi Anwar dan taksub dengan sandiwara politik Anwar akan mencongak pendakwaan ke atas Anwar itu adalah sebagai membalas dendam. Atau satu cara untuk menutup mulut Anwar dan orang-orangnya dari becakapa hal pembunuhan kejam Altantuya. Lebih buruk lagi orang akan menganggap ialah ada strategi politik Najib untuk mendapat mandat baru dari rakyat. Kerana itu ada orang mengira sebaik saja Anwar direngkupkan ke dalam penjara Najib akan bersiap sedia mengadakan pilihan raya umum ke-13.

Pada saya perkiraan itu silap sama sekali. Benar, pengaruh Anwar nampak bekurangan. Namun simpati dan sokongan di bawah masih banyak. Hari ini pun sudah nampak bayang-bayang tokoh yang bakal mengambil tempat Anwar selaku ketua pembangkang. Kalau Najib mengharapkan dengan mengurungkan Anwar beliau dapat bergerak bebas ia adalah silap. Najib tidak boleh lupa di luar sana pengaruh dan penyokongnya masih melambak.

Kelemahan kerajaan hari ini bukan kerana kehebatan dan aura yang ada kepada Anwar. Kelemahan kerajaan hari ini juga kerana kelemahan orang menguruskannya. Populariti Najib sebagai pemimpin masih berada di tahap bawah. Apa yang perlu beliau lakukan bukan memanjarakan Anwar tetapi membebaskannya! Mengelakkan tragedi yang dicetus Mahathir berulang.

Najib akan lebih disanjung dan dilihat gentleman berbanding Mahathir.

Perbicaraan tidak dapat ditunda lagi. Apa yang diharapkan biarlah perbicaraan kali ini berjalan dengan tertib dan tidak ada elemen untuk mengaibkan Anwar. Sebanyak 21 saksi yang dikemukakan biarlah saksi yang bukan fasik. Berilah keterangan dengan jelas dan bukan mengikut naluri politik pihak tertentu.

Begitu juga kalau ada barang-barang bukti seperti bantal dan tilam umpamanya, sewaktu membawanya ke mahkamah janganlah diusung tinggi, cukuplah dikelek saja. Berpadan patutlah kalau kita ingin memngemukakan bukti dan menampilkan jangan sampai kita semua malu.

Harapan saya biarlah perbicaraan berjalan secara baik dan ia juga tidak patut kalau dijadikan modal politik oleh mana-mana pihak

( Sebahagian dari nukilan MSO )

Tuesday, June 30, 2009

Apa sebenarnya terjadi di Iran?

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Tuesday, June 30, 2009 1 comments
Salah kalau kita mengatakan bahawa tunjukan perasaan di Tehran dan kota-kota lain di Iran sebagai protes hanya tentang pilihanraya sahaja. Hakikatnya Mahmoud Ahmadinejad telah menang.

Juga salah untuk mengatakan bahawa tunjuk perasaan ini antara golongan liberal yang menentang golongan konservatif alias kolot. Hakikatnya kedua-dua kumpulan yang sedang bertelagah sama-sama mewakili theocracy yang kolot.

Mir Hossein Mousavi sebelum ini pernah menjadi perdana menteri dari 31 Oktober 1981 hingga 3 Ogos 1989. Kemudian jawatan perdana menteri dilupuskan.

Memang betul Amerika Syarikat semenjak dari zaman George W Bush menganjurkan dan mengeluarkan dana untuk membuat kerja-kerja jahat terhadap Iran. Amerika Syarikat menyokong kumpulan-kumpulan dan parti-parti politik yang menentang kerajaan di Tehran. Ia memang tugas kuasa imperial Amerika Syarikat.

iran election protest khamenei for leadership 190609 02Tetapi Mousavi dan Ahamadinejad tidak pro-Amerika - ini amat jelas. Mereka bukan boneka Amerika.

Amerika Syarikat masih dianggap sebagai "setan dunia" oleh kelas pemerintah di Iran. Tidak ada pemimpin politiknya secara terang-terangan yang akan berani membuat dasar pro-Amerika kerana sebab-sebab sejarahnya.

Pada 1953, Mohammed Mosaddeq memenangi pilihanraya dan dilantik sebagai perdana menteri Iran. Mosaddeq yang menjalankan dasar nasionalis telah memiliknegarakan semua telaga minyak Iran. Mosaddeq akhirnya telah ditendang keluar.

Rampasan kuasa menendang Mosaddeq ini perancangan agensi perisikan CIA. Setelah Mosaddeq ditendang, syarikat minyak Anglo-Amerika dibawa masuk kembali.

Untuk menggantikannya, Shah Ahmad Reza Pahlavi dinobatkan oleh CIA sebagai raja sehingga tahun 1989 apabila revolusi Iran melupuskan sistem beraja di Iran.

Maklumat ini fakta sahih. Pada 4 Jun lalu, presiden Amerika Syarikat yang baru Barack Obama sendiri mengakui perkara ini dalam ucapan di Kaherah. Ucapan Obama kepada "warga Islam" sejagat dibuat dalam usaha Amerika ingin berbaik-baik kembali dengan Iran.

Mari kita memahami siapa penyokong Ahmadinejad dan siapa pula penyokong Mousavi.

Semua yang menyokong Mousavi dan Ahmadinejad adalah orang Iran atau Parsi. Mereka semua beragama Islam – aliran Syiah. Hanya wujud kumpulan kecil di beberapa wilayah seperti di Baluchistan yang bermazhab Sunni.

Mereka ini amat bersedia untuk menjadi khadam Amerika. Dua minggu sebelum pilihanraya dijalankan, ada letupan bom di Zehdan – ibu kota Baluchistan. Pengeboman ini kerja barua Amerika. Hakikatnya mazhab Sunni amat kecil untuk dapat melakukan apa-apa perubahan sosial.

tehran protest iran election crisis 220609 02Jadi apa sebenarnya yang berlaku di Tehran?

Semua analisis akhiranya menjurus kepada kepentingan ekonomi dan kelas.

Ahmadinejad mewakili golongan bawahan – kaum tani di kampung-kampung dan kaum buruh di kota. Wajib difahami bahawa Iran bukan Tehran sama seperti Kuala Lumpur bukan Malaysia. Kaum tani dan kaum buruh ini dimanifestasikan melalui organisasi Basij.

Basij asalnya kumpulan anak-anak muda kampung dan anak muda miskin kota yang direkrut ketika Iran dan Iraq berperang – 1980-1988.

Basij berasal dari kumpulan sukarelawan tetapi dua tahun lalu ia diserap dalam pentabiran Ahmadinejad, sebagai presiden. Basij mendapat kontrak pembangunan, lesen-lesen dan memegang jawatan di lembaga-lembaga di beberapa pusat pentabiran kerajaan yang ditubuhkan oleh Ahmadinejad.

Lembaga ini samalah seperti perbadanan kemajuan ekonomi negeri atau SEDC yang ditubuhkan oleh perdana menteri Razak Hussein dahulu.

Ahmadinejad juga mendapat sokongan Pasdaran atau soldadu Penjaga Revolusi. Ia adalah pasukan tentera yang muncul di zaman Ayatolah Khomeini untuk memantapkan revolusi.

Pasukan ini muncul sesudah revolusi untuk membersihkan tentera Iran di bawah pentadbiran Shah yang banyak menjadi tali barut Amerika Syarikat. Pasukan Pasdaran ini mendewasa dalam kancah perang Iran-Iraq.

Basij dan Pasdran kini asas sokongan yang amat kuat untuk Ahmadinejad di kawasan luar bandar dan kawasan miskin di kota. Kuasa ekonomi baru Basij yang telah dilembagakan ini mula menghakiskan dua kumpulan kelas ekonomi lama.

Kumpulan pertama adalah kelas borjuis industri yang diwakili oleh Rafsanjani, seorang multibilionaire.

tehran protest iran election crisis 220609 06Rafsanjani – wakil kelas borjuis nasional - melihat dasar Ahmadinejad telah mengetatkan lagi sekatan ekonomi yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat terhadap Iran.

Rafsanjani taukeh kacang Pastichio ini sedang melihat bertan-tan kacangnya tidak dapat dieksport. Kelas ini juga ingin berkembang luas – dari borjuis nasional untuk menjadi pemodal yang besar – multinasional - untuk mencari pasaran dunia.

Mereka juga bercita-cita untuk menjadi kelas industri tetapi telah gagal kerana wujudnya sekatan ekonomi.

Kumpulan kedua pula adalah apa yang dikenali sebagai Bazaari – ini kelas lama yang mucul dari zaman feudal. Bazaari adalah peniaga tradisional. Kalau di Malaysia mereka ini peniaga-peniaga Cina yang memiliki jaringan kedai-kedai perniagaan.

Bazaari muncul sebagai kelas ekonomi yang kuat kerana mereka memonopoli dan mengendalikan jual beli di Iran. Ketika gerakan anti-Shah dahulu, kumpulan Bazaari ini menyokong Ayatolah Khomeini sehinggkan Iran menjadi lumpuh dan Ahmad Reza Pahlavi lari.

Kelas bazaari ini juga memiliki pertalian yang amat kuat dengan struktur Syiah yang berpusat di Qum, kota suci penganut Syiah. Mereka memerlukan satu sama lain.

Golongan agamawan di Qum memerlukan sokongan ekonomi alias duit kelas bazaari. Kelas ini pula memerlukan fatwa untuk "menghalalkan" apa sahaja perniagaan mereka, termasuk pelacuran yang ditafsirkan sebagai "nikah sementara".

Kelas peniaga kecil ini melihat perniagaan di bazar mereka terbantut dan kelas mereka tidak dapat berkembang. Pelancong tidak masuk. Permaidani mereka tidak terjual dan tidak dapat dieksport.

Kelas bazaari yang komprador - yang bergantung perniagaan dengan peniaga luar - kini melihat barangan mereka amat susah untuk diimport atau dieksport kerana sekatan ekonomi.

Justeru amat jelas ada pertentangan kelas di sini. Ada pertentangan kepentingan ekonomi. Kumpulan borjuis lama - borjuis nasional dan kelas komprador yang diwakili oleh Rafsanjani-Mousavi sedang bertempur dengan kumpulan ekonomi kelas baru – kapitalis daulah yang diwakili oleh Ahmadinejad.

Justeru, keadaan ini membuktikan bahawa apa yang berlaku di Iran sekarang tidak ada sangkut-paut dengan Islam, dengan mazhab Syiah atau dengan agama.

iran protest election results 190609 01Krisis di Iran hari ini adalah pertentang kelas dan perebutan ekonomi.

Jangan kita lupa, ada lagi satu kumpulan – monarki – saki-baki penyokong Shah Ahmad Reza Pahlevi. Mereka ini kelas feudal yang sedang menggelabah seperti polong tidak bertuan.

Tuannya Reza Pahlavi anak Shah kini tinggal di Kaherah kerana menjadi menantu Anwar Sadat, bekas presiden Mesir.

Kumpulan feudal kelas elit atasan ini bersarang di bahagian utara Tehran – kawasan ini samalah seperti Bukit Kenny di Kuala Lumpur atau Country Height di Kajang.

Kumpulan ini berkumpul bawah televisyen satelit yang dimiliki oleh Reza Pahlavi yang dipancarkan dari Kaherah.

Kelas feudal dan elit atasan ini – kumpulan Gucci dan Louis Vuitton – ini tidak ada sangkut-paut dengan demokrasi. Mereka ini lintah darat yang hidup senang-lenang ber-shopping di hujung minggu di London dan Paris di zaman Shah dahulu.

Mereka ini sama dengan kaum keluarga anak beranak kroni-kroni Mahathir Mohamad. Mereka melihat "gaya hidup" mereka menjadi kacau-bilau sesudah berlakunya revolusi tahun 1979.

Jadi, siapakah pula yang berdemonstrasi di jalan raya yang membantah keputusan pilihanraya?

Semua yang kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka tidak selari dengan dasar Ahmadinejad sedang turun bermandi darah di jalan raya.

Mereka bersatu bawah bendera dan slogan "undur-undur Ahmadinejad". Ia sama seperti slogan zaman Reformasi (1998) ketika rakyat satu Malaysia berdemonstrasi untuk menjatuhkan regim Mahathir.

Awas! Dari semua kumpulan ekonomi ini ada lagi satu kumpulan. Mereka ini kumpulan anak-anak muda yang tidak memiliki kepentingan ekonomi atau kelas.

Mereka inilah yang gugur ditembak oleh peluru Basij. Mereka inilah yang sedang bertempur dengan tentera dan polis antirusuhan.

iran election recount protest 180609 01Anak-anak muda ini datang dari semua kelas. Mereka adalah kaum pelajar muda. Mereka juga adalah "penanam anggur" yang tidak memiliki kerja dan masa depan.

Mereka melihat Ahmadinejad sebagai musuh yang mengganggu-gugat gaya kehidupan muda mereka. Mereka adalah Mat Rock dan Mat Kool dari utara Tehran. Mereka juga Mat Rempit dari kawasan miskin wilayah selatan Tehran.

Mereka sedang mendobrak segala nilai kolot yang menyusahkan kehidupan harian mereka. Mereka adalah generasi Myspace, Facebook dan Friendster.

Ibu bapa mereka adalah Siti Internet dan Lebai Google. Bapa saudara mereka adalah Blogspot Dot Com. Mereka adalah pembuat filem di YouTube. Mereka adalah wartawan SMS dan Twitter.

Mereka bermazhab Ali Shariati, tokoh sarjana yang membakar semangat kebebasan. Mereka menganuti fahaman Mao, Lenin, Bakunin dan Che Guevara.

Seperti biasa anak-anak muda inilah yang menjadi barisan hadapan untuk membawa perubahan. Mereka jugalah yang sedang bermandi darah membuka harapan baru untuk Iran.

Mereka ingin membebaskan Iran daripada theocracy yang kolot.

Hakikatnya dasar Ahamadinejad dan dasar Mousavi tidak ada bezanya. Dasar ini ingin men-tua-kan naluri muda mereka. Di tahap sejarah pada Jun 2009 ini, anak-anak muda ini sedang berpayung bawah lambang Mousavi kerana pekikan perjuangan yang dilaungkan olehnya.

Untuk sementara waktu, Ahmadinejad adalah presiden Iran yang terbukti telah menang dalam pilihanraya. Ahmadinejad akan terus berkuasa. Amerika Syarikat bawah Barack Obama – untuk kepentingan berjangka panjang – tidak akan menggugat Iran.

Waspada! Iran memiliki tradisi perjuangan dan tamadun yang lama. Ia memiliki tradisi Tudeh yang memimpin kaum buruh di industri minyak. Iran, memiliki tradisi Fedayeen Al-Khalaq.

Iran memiliki tradisi Mujahideen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi tempur Syiah yang dinobatkan sebagai Islam Kiri oleh Ali Shariati.

Tiga kumpulan inilah penyusun dan penjana awal revolusi Iran 1979 sebelum dirampas oleh Ayatollah Khomenei yang dilihat oleh kuasa Anglo-Amerika pada ketika itu sebagai kuda yang lebih selamat.

Akhirnya anak-anak muda ini akan mengundur dan menilai kembali garis perjuangan mereka. Yakinlah dalam masa yang tidak lama akan muncul kembali satu pertempuran yang lebih tersusun.

Anak-anak muda di mana sahaja di dunia ini akan berkumpul apabila terdengar pekikan perjuangan. Ia adalah sifat dan naluri anak muda. Anak-anak muda di Iran memiliki waktu untuk menunggu.

Sumber : Hishamuddin Rais

Monday, June 22, 2009

Gambar Yang Sangat Membahagiakan

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Monday, June 22, 2009 0 comments


Alhamdullilah hatiku terasa nyaman dan aman mengenai Pas. Setelah laut bergelora, angin laut bertuip kencang di dalam gerakan Islam terbesar di Malaysia, Pas akhirnya idea asal Kerajaan Perpaduan yang dilontarkan oleh Tuan Guru Hadi Awang telah batalkan.

Oleh itu, langkah yang seterusnya adalah memantapkan parti dalam Pakatan Rakyat dengan mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang akan datang.

Pas telah menyelesaikan kemelut di dalam partinya mengenai salah faham mengenai unity government khususnya antara Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz dengan Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa.

Jadi gambar Ustaz Nasharudin bersalaman dengan TGNA sangat membahagiakanku diwaktu fikiranku serabut dengan pelbagai spekulasi dan tribulasi ijtihad unity goverment. Alhamdullilah.


Ya Allah, teguhkan hati-hati kami dalam menyelusuri bahtera perjuangan Islam ini dan jauhkan akan kami anasir yang membawa kepada perpecahan di antara kami. Amin.



Sunday, June 21, 2009

Pertemuan Yang Membahagiakan

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, June 21, 2009 0 comments


Alhamdulillah selepas saya baca artikel dari blogger terkenal Mohd Sayuti tentang pertemuan delegasi Pas Pusat yang diwakili timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din dengan ketuannya, Tuan Guru Nik Aziz (TGNA), pagi ini terasa sangat damai dan tenang. Saya pelik kenapa ramai sangat dari Jemaah Pas tidak begitu faham mengenai tentang perselisihan faham antara TGNA dan TGHA. Yang pelik, sebahagian jamaah buat saya bikin panas. Selapas itu mungkin Ayah Cik dan Ustaz Nasa. Mudah-mudahan di situ ada jalan penyelesaian yang terbaik.

Cuba kita fikirkan balik, api dah marak selepas itu ditambahkan lagi api jadilah ia semakin membesar. Kan eloknya seorang jemaah itu memperhalusi dengan gaya kefahaman TARBIAH dan kesedaran SOSIAL. Baru kita mampu memikirkan apakah natijah dan rahmat disebalik perselisihan ijtihad di antara kedua-dua orang tok guru.

Ditambahkan lagi dengan kurang adabnya sebahagian ahli Pas dengan menghaburkan kata-kata yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada seseorang yang hanya melontarkan ijtihadnya. Belum pun lagi sampai tahap perbincangan idea apatah lagi pelaksanaan yang jauh sekali.

Dan satu lagi kelakuan 10 ahli parlimen Pas yang menyatakan tidak sokongnya terhadap UG. Sepatutnya mereka mestilah pengadakan pertemuan tertutup dengan mereka yang hanya melontarkan pandangan dan ijtihad untuk mengetahui apakah objektif, peranan dan kesannya. Barulah terzahirnya semangat ukhuwah dalam menerima sesuatu pandangan.

Oleh itu, memaksa seseorang berpegang dengan pendapat kita dan menolak pandangan orang lain itu bukan langkah yang terbaik. Jadinya, jalan yang terbaik adalah berlapang dada dengan pelbagai pendapat.

Jadi semua ini adalah pendapat saya. Setiap daripada ijtihad ulama perlu dinilai dengan neraca pertimbangan yang adil dan saksama. Sata sayangkan TGNA dan TGHA. Islam untuk semua.

Thursday, June 18, 2009

Berlapang Dada Dalam Berbeza Pendapat

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Thursday, June 18, 2009 0 comments


Ikhtilaf atau perbezaan pendapat adalah lumrah bagi manusia. Ia berlaku di kalangan para anbiya’, dan turut berlaku di kalangan para sahabat. Ia juga berlaku di zaman Rasulullah, sama ada sewaktu Baginda masih hidup apatah lagi setelah Baginda wafat.

Ikhtilaf berlaku dalam belbagai keadaan sama ada berpunca dari penafsiran sesuatu nas dalil yang mempunyai pelbagai makna, lahjah yang berbeza atau sudut pandangan seseorang. Namun ianya tidak pernah dianggap negatif dalam sejarah para ulama' sehingga terkeluar kata-kata mahsyur:

“Perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah rahmat"

Kata-kata ini ditahkik oleh Dr Yusuf Qardhawi sebagai ‘la aslalah’ (tidak diketahui punca riwayat sebenar), kerana beliau melihat kalau perbezaan pendapat menjadi rahmat, bermakna muafakat adalah bala’, dan ini tentunya bertentangan dengan sifat Islam sebagai rahmat, serta dalil-dalil yang lain.

Saya tidak berhasrat membicarakan persoalan tersebut dari sudut tahqiq atau para perawi, tetapi ianya adalah mahsyur. Lantaran itu rahmat yang disebut dalam kata-kata itu tentulah lahir dari pelbagai natijah hasil ikhtilaf tersebut.

Para ulamak telah membuat huraian panjang lebar berhubung dengan persoalan adab dalam ikhtilaf. Namun adab hanya akan diikuti bila mana adanya tasawur yang jelas terhadap apa yang diikhtilafkan. Sebagai sebuah jamaah Islam, ikhtilaf hendaklah berjalan di atas landasan ukhuwah, bukan kebencian dan memandang rendah kepada sahabat. Ikhtilaf boleh berlaku di kalangan pimpinan dan pengikut demi memperkukuhkan jamaah, ia akan lahir setelah adanya sikap hormat kepada perbezaan pandangan, kerana kemampuan berfikir manusia tidak sama.

Dari sudut jamaah, kita terikat dengan akhlak dan adab jamaie, yang menuntut kita agar berlapang dada dengan perbezaan pendapat, dan tidak memaksa pandangan kita ke atas jamaah, kecuali dalam perkara yang terikat dengan nas yang bersifat qatie. Selagi ianya bersifat ijtihadi, maka ia terikat untuk dibahas, dibincang, diterima atau ditolak.

Sikap Tasaamuh (berlapang dada) dalam ikhtilaf sangat-sangat dituntut. Terkadang kita memandang baik kepada sesuatu perkara, sedangkan ianya tidak baik bagi kita, bahkan terkadang kita membenci sesuatu, sebaliknya ia baik bagi kita. Itulah yang diingatkan oleh Allah - “dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, tetapi ianya baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu mengasihi sesuatu, tetapi ia tidak baik bagi kamu; Allah mengetahui, sedangkan kamu sebenarnya tidak mengetahui."

Oleh kerana perkara masa depan adalah dalam ilmu Allah, maka setiap perbezaan pandangan hendaklah mengharapkan kebaikan dari Allah. Berlapang dadalah dengan perbezaan ini. Apatah lagi kalau kedua-duanya untuk kebaikan jamaah. Kita mempunyai saluran dalam melahirkan perbezaan pandangan, maka gunakan saluran parti bagi menyatakan perbezaan pandangan agar ia tidak merosakkan ukhuwah dalam jamaah.

Kita mempunyai pengikut yang ada kecenderungan tersendiri, sama ada untuk mengikuti pandangan seseorang atau membencinya. Kebencian ini akan memberi ruang kepada musuh untuk memasukkan jarum fitnah, yang boleh menjurus kepada hilangnya wala’ pada pimpinan sedangkan wala’ adalah rukun dalam jamaah.

Sebagai pimpinan kita tidak seharusnya meletakkan ahli dan pengikut dalam situasi serba salah, antara bersetuju dengan sesuatu pendapat dan pandangan atau sebaliknya. Kerana rasa bersalah yang wujud dalam diri ahli untuk menerima atau menolak sesuatu pandangan pimpinan, mendorong kepada dua situsi;

  • Apa orang lain akan kata kepadanya, dan sekiranya ia berlaku, ia mendatangkan kesan besar selepas itu. Tidak mustahil ada yang akan tersinggung, menyisih diri, merajuk dan seterusnya hilang dari jamaah
  • Menjadi golongan kecewa dengan apa yang berlaku dan terus mengambil sikap berdiam diri dari aktif dalam jamaah.

Kedua-dua situasi ini tidak menguntungkan jamaah dan paling besar merugikannya bila mana ia mengadap Allah di akhirat. Lantaran itu, ikhtilaf hendaklah di dalam lingkungan adab berjamaah, ia dikawal dari sikap melampau, membuka ruang kepada musuh, apatah lagi menjerumus kepada hilangnya sikap hormat, kecewa, dan tidak memperdulikan jamaah.

Awasi perangkap musuh yang membesar-besar perbezaan pendapat, meracuni pemikiran ahli agar hilang wala’ pada pimpinan, dan memberi peluru kepada musuh untuk merosakkan jamaah.

Semoga Allah memelihara kita dari fitnah ini.

Dipetik dari angkasanuri.blogspot.com

Wednesday, June 10, 2009

Kerajaan Perpaduan: Kenapa kita berpolemik?

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Wednesday, June 10, 2009 0 comments

Oleh : TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Bilamana Presiden mengutarakan gagasan kerajaan perpaduan, ramai di kalangan kita membuat pelbagai tafsiran dan andaian. Ada pandangan terkeluar dari akhlak jamaah dan sebahagian besarnya masih dalam batas berjamaah. Kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan. Idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan pakatan Rakyat. PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternative bagi rakyat.

Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada presiden disamping mengikuti penjelasan daripadanya. Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya. Saya suka jelaskan bahawa YB Dato’ Sri Presiden akan membuat dan memperhalusi gagasan ini dalam masa terdekat dan satu wacana kepimpinan akan diadakan. Namun bagi mengurangkan sedikit polimik yang sengaja dibesarkan oleh media arus perdana, saya suka menggambarkan beberapa prinsip yang ujud dalam gagasan ini.

Antara asas utama dalam kerajaan perpaduan ini ialah bertolak kepada firman Allah “ dan bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong Bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Konsep taawun yang melahirkan muafakat yang disaran oleh Allah menjadi asas dalam pembinaan Negara perpaduan. Kita mesti membina Negara berasaskan kepada al-bir( Kebaikan ) yang meliputi semua elemen kebaikan bagi rakyat. Kita mesti menyedari pembinaan Negara perpaduan tidak akan lahir dari sistem yang kelam kabut, rasuah dan penyelewengan, pimpinan yang tidak berakhlak, sistem yang penuh dengan kezaliman, dan akta yang digunakan bagi menindas rakyat. Apakah al-bir dari sistem begini. Kita mesti letakkan asas al-bir ini untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Asas ini dittuntut oleh Allah, apakah ada diantara kita yang tidak inginkan kebaikan?

Asas kedua ialah taqwa. Negara mestilah menjurus ke arah melahirkan pimpinan yang bertaqwa, agar rakyat yang kita urus bukan hanya selamat melalui al-bir ( kebaikan sistemn Negara ) tetapi mestilah ujud elemen taqwa. Pemimpin mestilah bertaqwa kepada Allah. Asas al bir bersifat umum, tetapi asas taqwa bersifat khusus bagi pimpinan yang ingin menerajui kepimpinan Negara perpaduan. Semua parti p[olitik yang pimpinannya terdiri dari mereka yang menerima Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul hendaklah sedar bahawa kehidupannya tidak berakhir di dunia. Bagaimana kita ingin melahirkan rakyat yang baik, seandainya kita sendiri bergelumang dengan dosa dan maksiat. Kepimpinan gagal menjadi model bagi rakyat, isteri pimpinan menjadi elemen yang meruntuhkan akhlak dan jati diri bangsa. Hidup tanpa batasan agama dan kawalan wahyu. Negara yang baik lahir dari kepimpinan yang baik, dan taqwa adalah asas bagi semua kebaikan. Rakyat mestilah menyedari betapa Negara kini sangat-sangat memerlukan pemimpin yang bertaqwa bagi memandu Negara.

Kami menawarkan asas yang Allah menyuruh kita berpegang; apakah ada panduan yang lebih baik dari panduan Ilahi?. Apakah parti-parti politik bersedia kearah itu, dan seandainya tidak bersedia apakah alasan dihadapan Allah nanti di akhirat bila Allah meminta kita menjelaskan kenapa dan mengapa.

Asas ketiga ialah kita menyatakan bahawa kita tidak akan berkompromi dalam pembentukan kerajaan ini sabuah kerjasama kearah durhaka kepada Allah. Konsep al-ism yang sangat luas menjadi sempadan pembinaan kerajaan perpaduan. Kita sebagai pimpinan mesti berusaha agar rakyat tidak terdedah kepada dosa dan maksiat. Kita perlu membina Negara yang soleh melalui pemimpin dan rakyat yang soleh. Kita mesti meletakkan asas utama agar semua elemen yang mendatrangkan dosa bagi rakyat dihapuskan; kerana kebaikan tidak akan lahir dari maksiat dan munkar.

Setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, pelbagai sistem yang mendedahkan dosa dipaksakan ke atas rakyat. Amalan riba yang berterusan, pusat-pusat meksiat diberi ruang yang luas oleh pemerentah, program maksiat mendapat tempat di hati rakyat sehingga lahirlah pelbagai gejala social, jenayah dan penyelewengan. Akibat Negara yang tidak diasas kepada benteng kawalan yang menjadi syarat utama kebaikan bagi rakyat. Inilah syarat kami bahawa kami tidak akan berkompromi dengan perkara dosa dan durhaka kepada Allah yang diizinkan oleh pemimpin Negara perpaduan. Apa makna perpaduan, kelau untuk durhaka kepada Allah, kerana tiada makna kemajuan dan perpaduan kalau ia dibentuk kea rah maksiat dan dosa.

Asas keempat yang dinyatakan oleh Allah ialah kami tidak akan berkerjasama kearah permusuhan. Kita mesti menghentikan sebarang elemen perkauman sempit yang mendorong ujudnya jurang antara kaum di Negara ini. Kecintaan kepada bangsa sendiri adalah fitrah manusia. Islam tidak menghalang setiap kaum menyintai kaumnya, tetapi Islam menentang tindakan zalim kepada kaum lain. Kerana kaum, bangsa dan warna kulit adalah ketentuan Allah, bukan pilihan manusia.

Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan sebarang elemen kearah permusuhan, samada di kalangan kaum melayu, cina, India dan lain-lain. Pertembungan antara dalaman setiap keum akan merugikan Negara. Kita tidak akan membiarkan permusuhan antara orang melayu sebagaimana kita tidak akan izinkan permusuhan sesama kaum India dan cina. Ini asas kita. Tindakan mengapi-api permusuhan, elemen genstarism dan kongsi gelap, gerakan anti perpaduan serta membiarkan jurang kaya dan miskin melampau, elemen penindasan dan kezaliman golongan kaya berpengaruh ke aras rakyat miskin dan tertindas akan menjurus ke arah permusuhan.

Saya ingin tegaskan bahawa inilah antara beberapa asas dalam kerajaan perpaduan. Andainya ada pihak yang menentangnya, apakah alasan kalau inilah yang digariskan oleh Allah dalam konsep al-taawun. Taawun sebagai satu gagasan, bukan hanya terikat dengan taawun fardiyyah; tetapi satu gagasan besar yang hebat dari Allah. Di samping asas tersebut, terdapat beberapa asas lain yang akan dijelaskan kamudian.

Saturday, June 6, 2009

Demokrasi juga maqasid syariah?

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Saturday, June 06, 2009 0 comments


Dr. Murat Cizakca (kiri) menyampaikan syarahan pada forum awam anjuran Institut Antarabangsa Pengajian Islam Lanjutan Malaysia, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

APABILA salah seorang pendengar bertanya apa makna demokrasi, Dr. Murat Cizakca tanpa ragu menjawab: "Mudah sahaja, demokrasi bermakna peluang untuk rakyat menjatuhkan pemimpin mereka (tanpa pertumpahan darah)," katanya.

Jawapan Pengarah Penyelidikan Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) itu menyebabkan seluruh hadirin di forum awam anjuran Institut Antarabangsa Pengajian Islam Lanjutan Malaysia, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, tersenyum dan tidak kurang tergelak besar.

Beliau menghabiskan hampir dua jam untuk menyampaikan syarahan bertajuk 'Demokrasi, Pembangunan Ekonomi dan Maqasid al-Syariah'. Kupasannya cukup menarik dan begitu mengajak kita supaya berfikir dan mengambil pelbagai pengajaran daripadanya.

Dr. Murat mempunyai kewibawaan yang cukup tinggi sebagai bukan sahaja pakar atau ahli akademik terkemuka dunia tetapi beliau juga dianggap pemikir besar dan mujtahid Islam. Ini apabila beliau mampu menunjukkan jalan keluar dalam apa juga kemelut terutama dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam.

Beliau bukan sahaja tokoh memperkenalkan wang tunai yang juga boleh digunakan untuk tujuan wakaf (wakaf tunai) tetapi tidak kurang juga kini dalam bidang politik itu sendiri.

Dalam forum kali ini, beliau mencadangkan elemen sistem politik dan pentadbiran, demokrasi dan pembangunan ekonomi menjadi satu komponen baru dalam maqasid syariah.

Maqasid syariah bermaksud matlamat-matlamat syariat dan rahsia-rahsia (asrar) yang ditentukan oleh Allah untuk setiap hukum.

Ilmu maqasid pula merupakan ilmu yang mengkaji tentang asas-asas yang menjadi sasaran syarak melalui penetapan hukum yang terdapat dalam al-Quran dan Sunnah.

Lalu seperti yang disepakati oleh Imam Syartibi dan Al Ghazali, matlamat-matlamat syariat untuk mestilah untuk lima komponen maqasid yang berikut iaitu Hifz al Aql (akal), Hifz al-DinHifz al-Mal (harta), Hifz al Nafs (nyawa) dan Hifz al Nasb (keturunan). (agama),

Iaitu setiap perundangan hukum itu mestilah bertujuan melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan nasab atau keturunan.

Dr. Murat baru-baru ini dilantik sebagai Pengarah INCEIF iaitu institusi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau berkata, sistem demokrasi wajar menjadi komponen baru dalam maqasid syariah apabila beliau mendapati sistem demokrasi itu begitu menyerlahkan rekod yang baik selama pernah diamalkan di dunia ini.

"Lalu wajar sekali agar sistem ini menjadi satu komponen baru sesuai dengan perkembangan semasa dan penyelesaian kepada banyak masalah hari ini," katanya.

Soalnya mengapa sistem demokrasi? Mengapa tidak lain-lain sistem termasuk ideologi komunis yang berjaya menjadikan China misalnya menjadi satu kuasa ekonomi dunia yang baru dan kekuatan pertahanan yang ditunjukkan oleh Rusia?

Namun kata Dr. Murat, pengertian demokrasi perlu difahami sebagaimana yang dijelaskan oleh Ray (1998), Ahlmark (1998) bahawa sebuah negara itu dikira sebagai negara demokrasi jika:

1) Pemimpin untuk kuasa eksekutif dan legislatif kerajaan adalah dipilih melalui pilihan raya yang kompetitif dan bersih,

2) Sekurang-kurangnya dua parti yang bebas bertanding dalam pilihan raya,

3) Sekurang-kurangnya separuh dari populasi yang dewasa mengundi dalam pilihan raya,

4) Parti yang berkuasa akan bertukar sekurang-kurangnya sekali dalam pilihan raya bebas.

Lanjutan dari itu, demokrasi merupakan apa yang dinamakan peraturan undang-undang adalah yang tertinggi untuk memberi kesaksamaan kepada semua penduduk dan kepatuhan kepada negara (pemimpin) terhadap undang-undang tersebut.

"Antara lain pemimpin, mesti menghormati hak rakyat untuk bebas bersuara, berfikir, beribadat, perniagaan, memiliki harta dan sebagainya dengan kuasa tentera mesti berada di bawah kerajaan sivil yang dipilih secara demokrasi itu," katanya yang terkenal sebagai pakar sejarah ekonomi dunia.

Beliau yang merupakan pensyarah di beberapa buah universiti terkenal seperti di di Bogazici, Koc, Fatih dan Bahcesehir Istanbul, Turki dan pada tahun 2006 di Universiti Ludwig Maximillian Munich, Jerman seterusnya menyenaraikan pelbagai faktor bagi memungkinkan sistem demokrasi itu menjadi salah satu dari komponen tambahan dalam Maqasid al Syariah.

"Statistik menunjukkan dari 20 negara yang kaya pada tahun 2003, 19 dari mereka merupakan negara demokrasi kapitalis. Lazimnya dengan status negara yang kaya itu, ia dijadikan kayu pengukur oleh pihak antarabangsa sebagai negara yang berjaya.

"Jadi kita perlu menerima sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi itu sebagai negara-negara yang berjaya," katanya.

Alasannya? Beliau mendapati kebanyakan negara yang mengamalkan demokrasi merupakan negara yang begitu menghormati hak-hak asasi yang paling asas iaitu kemanusiaan.

Menurut Dr. Murat, jika dilihat demokrasi dan kaitannya dengan peperangan, 70 peperangan telah meletus sejak tahun 1816 sehingga tahun 1991, iaitu mengambil masa selama 175 tahun setelah berakhirnya peperangan era Napoleon. Iaitu siri-siri perang yang melibatkan 353 pihak-pihak yang berperang.

"Daripada jumlah ini peperangan yang melibatkan negara yang bukan demokrasi dengan negara lain yang juga bukan demokrasi sebanyak 198 kes manakala peperangan yang melibatkan negara demokrasi dengan negara bukan demokrasi sebanyak 155 kes.

"Dan yang menariknya tiada peperangan yang berlaku melibatkan permusuhan antara sebuah negara demokrasi dengan sebuah negara demokrasi yang lain," jelasnya.

Perkara ini membuktikan demokrasi memberikan kesejahteraan kerana pembangunan ekonomi dapat bergerak dengan cergas tanpa dihalang oleh api-api permusuhan dan peperangan.

"Jelas sekali, terdapat hubungan yang cukup rapat antara demokrasi dan pembangunan ekonomi, justeru kita perlu melahirkan lebih banyak negara yang mengamalkan demokrasi atau menjadikan demokrasi sebagai satu sistem pentadbiran paling utama dalam politik dunia," kata Dr. Murat.

Antara fakta lain yang menarik perhatian adalah apabila Dr. Murat menceritakan mengenai kekejaman peperangan yang telah membunuh berjuta-juta umat manusia, iaitu akibat sistem demokrasi tidak menjadi amalan.

Katanya, dari tahun 1900 sehingga 1987, hampir 170 juta umat manusia terbunuh hanya berpunca dari sebab-sebab politik bukan disebabkan sebagai anggota tentera di medan atau zon-zon peperangan.

"Apabila dipecahkan angka itu, didapati negara yang mengamalkan pemerintahan secara totalitarian dan autokrasi telah membunuh seramai 166 juta umat manusia manakala pembunuhan yang berlaku di negara pengamal demokratik akibat serangan bom hanya mengakibatkan seramai dua juta penduduknya yang mati.

"Dari keseluruhan jumlah manusia yang mati terbunuh tersebut, 98 peratus darinya adalah terdiri dari rakyat sivil atau penduduk awam yang tidak berdosa yang dibunuh oleh pemimpin-pemimpin diktator mereka," kata beliau.

Dr. Murat turut menyenaraikan jumlah pembunuhan beramai-ramai di sepanjang abad ke 20 lalu, iaitu melibatkan negara bukan demokratik yang membunuh rakyatnya sendiri.

1) Empayar Uthmaniah membunuh hampir satu juta rakyatnya yang berbangsa Armenia,

2) Komunis Soviet Union membunuh seramai 62 juta rakyat,

3) Komunis China membunuh seramai 35 juta rakyat

4) Nazi Jerman membunuh seramai 21 juta rakyat

5) Rejim Polpot membunuh seramai dua juta rakyat

6) Rwanda dalam tempoh tiga bulan satu juta penduduk awam

7) Pembunuhan penduduk Bosnia oleh Serbia, seramai 200,000 mangsa, 40,000 penduduk diperkosa dan dua juta lagi terpaksa melarikan diri.

Tegas Dr. Murat, pembunuhan terhadap 170 umat manusia ini, malah dijangka angka tersebut jauh melebihi pada hari ini merupakan plak atau kekotoran yang begitu mencemari kehidupan, yang didakwa semakin bertamadun dan dalam peradaban yang tinggi.

"Bagi mencuci plak-plak kotor ini boleh dilakukan dengan pemisahan kuasa eksekutif, legislatif dan perundangan serta usaha perlu ditumpukan untuk memberi perubahan besar kepada kepada peraturan dan undang-undang di samping tumpuan yang sama perlu diberikan untuk menguatkan kebebasan hak-hak asasi manusia," ujarnya.

Beliau turut memberikan hujah bagaimana demokrasi mampu menjadi jalan penyelesaian kepada masalah kebuluran. Dr. Murat memberi contoh yang berlaku di India selepas negara itu mencapai kemerdekaan dari penjajahan British dan mengamalkan sistem demokrasi (terbesar di dunia) pada tahun 1943.

Menurutnya India mampu mengatasi masalah kebuluran itu walaupun soal kemiskinan masih menghantui pada sebahagian dari penduduknya yang padat itu.

"Masalah kebuluran didapati hanya berlaku di negara-negara yang dijajah oleh kuasa asing seperti Ireland dan India atau di negara yang ditadbir oleh rejim-rejim komunis dan para diktator. Ini termasuklah seperti Sudan dan Korea Utara," katanya.

Dr. Murat menguatkan hujah mengenai pro demokrasi kerana sistem itu sama sekali tidak berlawanan atau bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam.

"Ini apabila Rasulullah SAW sendiri tidak pernah atau enggan menentukan sendiri pengganti baginda apabila baginda wafat.

"Baginda tidak pernah menamakan sesiapa sama ada dari kaum keluarga mahupun pengikut baginda sebagai pemimpin Islam yang baru.

"Situasi ini boleh diterjemahkan sebagai satu asas atau prinsip demokrasi dalam Islam apabila baginda menyerahkan kepada kebijaksanaan terutama kalangan para sahabat bagi menentukan pilihan yang paling sesuai untuk mengetuai umat Islam ketika itu," katanya.

Beliau terus menegaskan bahawa pemerintahan oleh diktator secara hierarki adalah berlawanan dengan prinsip dan roh Islam.

"Ini kerana pemerintahan negara yang baik atau hakimiyyah adalah milik Allah dan apa sahaja yang menjadi milik kepada Allah dan sebagai manusia kita sama sekali tidak boleh bertindak mengikut hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri," katanya.

Sumber : Utusan

Ulama'

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

Tolabah

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya

Akhbar

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

Tv Online

tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
 

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez