Parti Islam
Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Pulau
Pinang kerana berjaya menunjukan prestasi yang begitu membanggakan
selepas mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.
Hasil negeri
Walaupun Barisan Nasional yang kalah
dalam Pilihanraya Umum 2008 cuba untuk menaburkan fitnah bahawa Pakatan
tidak mampu tadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat akhirnya dapat
melihat sendiri bagaimana cekapnya pemerintahan dibawah Pakatan.
Pada 2007, Kerajaan BN mensasarkan
Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja
Kerajaan bertukar kepada Pakatan belanjawan itu mengalami lebihan RM88
juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.
Bagi
Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi
pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77
juta.
Peruntukan Untuk Institusi Islam
Pada 2008 peruntukan untuk hal-ehwal
Islam yang dibuat oleh Kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya
hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun
2008 Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk
peruntukan 2009.
Pada pembentangan Belanjawan 2009
peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini
adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam
di Pulau Pinang selama ini.
Kerajaan Pakatan juga memberi
pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5
juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.
Kontraktor Melayu tidak diabaikan
Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau
Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan
projek dinegeri itu adalah tidak benar.
Pada 2008, 78 Kontraktor Melayu,
berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui
sebut harga. Satu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu
masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.
Pada 2009, 89 kontraktor Melayu
diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan
Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.
Pada tahun yang sama, projek yang
diberi kepada Kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada
45 syarikat dan bukan Melayu 6 Syarikat.
Peningkatan yang ketara ini membuktikan
Kerajaan Pakatan masih menghormati hak kaum Melayu dan tidak menafikan
hak kaum lain. Keutamaan pemberian projek adalah bergantung kepada
kelayakan, kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemohon tanpa
mengira kaum mereka.
Inilah bukti kesungguhan, dan iltizam
pembangunan yang dilaksanakan hasil dari kepercayaan rakyat dalam
Pilihanraya lalu. Pakatan sesekali tidak akan mensia-siakan harapan dan
amanah rakyat apabila mentadbir mana-mana negeri.
PAS berharap akan kejayaan ini dapat
diteruskan dan rakyat di negeri berkenaan dapat memberikan keyakinan
serta mandat yang berterusan kepada Pakatan untuk penggal yang akan
datang.
Ketua Penerangan PAS Pusat
0 comments on "Pulau Pinang Maju, Umat Islam dan Melayu terbela di bawah Pakatan"
Post a Comment