Followers

Sunday, February 28, 2010

Nasihat Kepada Golongan Yang Fanatik Menyerang Mazhab

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, February 28, 2010


Di dalam Kitab As Sahwah al Islamiyah, Baina al Ikhtilafil Masyru' wat Taffaruqil Madzmum karangan Dr Yusuf al Qardhawi ada menyebutkan resolusi yang dikeluarkan oleh Rabitoh 'Alam Islami pada persidangannya yang ke 10 tahun 1408 Hijrah. Antara teksnya resolusi tersebut :

"Segala puji bagi Allah yang Maha Esa. Selawat dan salam ke atas Nabi yang tiada nabi selepasnya, penghulu dan nabi kita, Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam. Ucapan salam juga ke atas keluarga dan sahabatnya. "Majlis Majma' Fiqh Islami dalam persidangannya yang ke 10 di Makkah al Mukarramah bermula hari Sabtu, 24 Safar 1408H bersamaan 17 Oktober 1987 Masehi hingga hari Rabu, 28 Safar 1408 Hijrah bersamaan 21 Oktober 1987 Masehi telah meneliti topik perselisihan fikah antara mazhab yang diikuti. Juga berkenaan keta'suban yang dibenci. Ia melibatkan keta'suban sesetengah pengikut mazhab terhadap mazhab mereka sehingga terkeluar daripada batasan kesederhanaan lalu menyerang mazhab lain dan ulamanya.

(tambahan penulis : perkara ini tidak berlaku di Malaysia kerana kita meraikan mazhab lain contohnya di Masjid India terdapatnya Mazhab Hanafi, pembayaran wang zakat fitrah menggunakan wang yang diputuskan oleh Mufti bergantung kepada KEPERLUAN bukan BERMUDAH-MUDAH dan sebagainya) Majlis juga telah membentangkan pelbagai isu yang berlegar dalam minda remaja moden dan gambaran mereka terhadap perselisihan mazhab yang mereka tidak tahu punca dan kandungannya. Golongan-golongan yang menyesatkan telah menyuntik jarum mereka dengan mengatakan bahawa selagi syariat Islam itu satu, dan sumber asalnya daripada al Quran dan as Sunnah yang sabit juga satu, kenapa pula berlaku perselisihan mazhab ? juga kenapa mazhab tersebut tidak disatukan supaya orang Islam hanya berpegang kepada satu mazhab dan hanya menerima satu kefahaman dalam hukum-hukum syariat ?

Majlis juga membentangkan persoalan ta'sub mazhab dan masalah-masalah yang timbul khususnya masalah yang berlaku di antara pengikut aliran -aliran moden hari ini pada zaman kita ini. Pengikutnya mengajak kepada satu aliran ijtihad yang baru. Mereka menyerang mazhab-mazhab sedia ada yang telah diterima umat sejak dahulu lagi. Mereka juga menuduh semua imam mazhab atau sebahagiannya sebagai sesat sehingga menimbulkan fitnah di kalangan orang ramai. " Majma' Fiqh telah memutuskan memorandum kepada golongan yang mengajak supaya tidak bermazhab antaranya berbunyi : "Golongan ini ingin membawa manusia kepada satu aliran ijtihad baharu dengan menyerang mazhab yang sedia ada serta imam-imamnya. Keterangan kami sebelum ini mengenai mazhab fiqh dan keistimewaan kewujudan mazhab dan imam-imamnya, mewajibkan mereka berhenti daripada meneruskan cara terkutuk yang mereka gunakan bagi menyesatkan manusia, memecah belahkan barisan dan menghancurkan kesatuan. Sedangkan kita berada pada zaman yang teramat perlu kepada kesatuan demi menghadapi merbahaya musuh-musuh Islam. Ia amat diperlukan bagi menggantikan seruan memecah belah yang tidak diperlukan ini." (Majalah al Majma' Al Fiqhi al Islami. Tahun 2, Bil 3 m.s 173) Tambahan penulis : Sekiranya golongan fanatik yang menyerang mazhab ini terdapat di Malaysia yang pada dasarnya taksub kepada Ibnu Taimiyyah, Muhammad bin Abdul Wahhab sewajarnya juga memikirkan mengenai fatwa yang dikeluarkan oleh Arab Saudi demi menjaga kesatuan dan keharmonian iaitu :

جامع الدرر السنية 14- (375-376) : '' يقول العلماء: حسن بن حسين، وسعد بن عتيق، وسليمان بن سحمان، وصالح بن عبد العزيز، وعبد الرحمن بن عبد اللطيف، وعمر بن عبد اللطيف، وعبد الله بن حسن، ومحمد بن إبراهيم بن عبد اللطيف، وكل آل الشيخ في خطابهم: لا ينبغي لأحد من الناس العدول عن طريقة آل الشيخ، رحمة الله عليهم، ومخالفة ما استمروا عليه في أصول الدين، فإنه الصراط المستقيم، الذي من حاد عنه فقد سلك طريق أصحاب الجحيم. وكذلك في مسائل الأحكام والفتوى لا ينبغي العدول عما استقاموا عليه واستمرت عليه الفتوى منهم، فمن خالف في شيء من ذلك واتخذ سبيلا يخالف ما كان معلوماً عندهم ومفتىً به عندهم ومستقرة به الفتوى بينهم فهو أهل للإنكار عليه والرد لقوله Maksudnya: Seseorang tidak boleh berlainan daripada metod Al Sheikh (ahli ilmu keturunan Muhammad Abdul Wahab atau ulama’ wahabi) dan bercanggah dengan apa yang mereka (Al Sheikh atau ulama’ Wahabi) kekal berpegang padanya dalam usul agama. Ini kerana, ianya (pegangan Al Sheikh dan metod mereka) adalah jalan yang lurus yang mana sesiapa sahaja yang yang cenderung (berbeza) daripadanya (metod Al Sheikh) bererti telah melalui jalan ahli neraka. Begitu juga dalam masalah hukum-hakam dan fatwa, maka tidak boleh berlainan dengan apa yang ditetapkan dan dipegang oleh mereka dalam fatwa tertentu. Maka sesiapa yang bercanggah dalam fatwa daripadanya (fatwa-fatwa Al Sheikh) dan mengambil sikap untuk bercanggah dengan apa yang diketahui di sisi mereka (Al Sheikh/Wahabi) atau apa yang difatwakan di sisi mereka dan apa yang telah diputuskan mengenai sesuatu fatwa di sisi mereka (ulama’ Al Sheikh) bererti dia layak untuk diingkari dan ditolak perkataannya. ونحن نعلم : أن المسائل العلمية ، والأحكام التي يُحكم بها الناس ، والفتاوى التي يُفتَون بها لا تخلو من الخلاف ، وهذا أمر يعرفه من له أدنى معرفة ، لكن الاختلاف بين الناس خصوصًا في جهة نجد لابد أن يكون سبب شر وفساد وفتنة . وسد باب الشر والفتن والفساد أمر مطلوب في الشريعة ؛ بل هو أعظم مقاصدها ، كما لا يخفى ) . ( الدرر السنية : 14 / 375 – 376 ) . Kita mengetahui: bahawasanya dalam masalah ilmiah dan hukum-hakam yang dihukum (ijtihad) oleh manusia (ulama’) dan fatwa yang para ulama’ berfatwa mengenainya tidak sunyi dari khilaf. Ia adalah suatu perkara yang diketahui umum oleh sesiapa sahaja yang memiliki walau sedikit ilmu pengetahuan. Akan tetapi, ikhtilaf dalam kalangan manusia khususnya dari sudut di mana kita dapati boleh membawa kepada keburukan, kerosakan dan fitnah, maka menutup pintu keburukan, fitnah dan kerosakan adalah suatu perkara yang dituntut dalam Syariah. Bahkan ianya adalah tuntutan syariat yang terbesar sebagaimana yang tidak dapat disembunyikan lagi [Ad-Durar As-Saniyyah 14/375-276] Jawapan Raja Abdul Malik bin Abdul Rahman Al-Faisal kepada watikah para Masyaikh Al Sheikh tersebut antaranya menyebut: فالآن يكون الأمر على ما ذكر المشايخ أعلاه، فمن أفتى أو تكلم بكلام مخالف لما عليه الشيخ محمد بن عبدالوهاب، وأولاده: عبدالله، وعبدالرحمن، وعبداللطيف، وعبدالله بن عبداللطيف، فهو متعرض للخطر ؛ لأننا نعرف أنه ما يخالفهم إلا إنسان مراوز للشر والفتنة بين المسلمين

Maksudnya: “Maka sekarang, sebagaimana disebutkan oleh para Sheikh diatas: “Sesiapa yang berfatwa atau berbicara dengan perkataan yang bercanggah dengan Sheikh Muhammad bin Abdil Wahab dan anak-anaknya (keturunannya): Abdullah, Abdul Rahman, Abdul Lathif dan Abdullah bin Abdil Lathif, bererti sedang terdedah kepada bahaya kerana kita mengetahui bahawasanya tiada manusia yang bercanggah dengan mereka (ulama’ Wahabi dari keturunan Muhammad Abdul Wahab) bererti sedang membawa/melaksanakan keburukan dan fitnah dalam kalangan Muslimin.”

Tahun 1339 Hijrah Sumber: Ad-Durar As-Saniyyah fi Al-Ajwibah An-Najdiyyah (14/377-380) Semoga keharmonian dan kesejahteraan umat Islam di Malaysia terus berkekalan dan dijauhi dari virus-virus yang membawa permusuhan dan pecah belah umat Islam. WaLlahua'lam

sumber : al-ghari

1 comments on "Nasihat Kepada Golongan Yang Fanatik Menyerang Mazhab"

Anonymous said...

Eloklah tak jadi pentaksub mazhab,sebab setiap kata-kata boleh diterima dan ditolak,kecuali Nabi.kena ingat juga,dalam nak cari dan ikut kebenaran,ada juga pihak yg kononnya memihak kepada kebenaran,walhal merekalah pembawa kerosakan,bagitahu pada manusia jangan ta'sub mazhab,walhal dialah pentaksub mazhab...jadi,benda yg betul kena terima walaupun dari org yg kita benci/musuh,nak tahu betul ke tidak,kena dengar dulu,jangan menghukum dulu.Semoga Allah memelihara kita semua dari kesesatan.

Post a Comment

Ulama'

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

Tolabah

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya

Akhbar

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

Tv Online

tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
 

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez