Followers

Sunday, February 7, 2010

Pencari Petai Tumbuk Harimau

Posted by Mohamad Mustakim Bin Sarmuji at Sunday, February 07, 2010
YOK Meneh yang dirawat di Hospital Teluk Intan menunjukkan kecederaan di tangan, kaki dan belakang (gambar kecil) akibat di serang harimau ketika mencari petai 1.3 kilometer dari rumahnya di Kampung Ras, dekat Sungkai, kelmarin.

TELUK INTAN: Tumbukan bertalu-talu ke muka seekor harimau sambil menjerit sekuat hati menyelamatkan penduduk Orang Asli, Yok Meneh Yok Din, 47, daripada dibaham 'Pak Belang' yang menerkamnya ketika mencari petai di kawasan hutan, kira-kira 1.3 kilometer dari rumahnya di Kampung Ras, dekat Sungkai, kelmarin.

Walaupun terselamat dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, Yok Meneh dari suku Asli Semai, mengalami luka parah terutama bahagian belakang badannya terkoyak, selain cedera di kaki dan tangan.

"Saya tidak tahu dari mana harimau itu datang, tiba-tiba saja diterkam dari belakang. Ketika bergelut saya menumbuk bertalu-talu ke mukanya dan menjerit kuat. Harimau itu terkejut, mungkin juga kesakitan dan melarikan diri," katanya di Hospital Teluk Intan (HTI) di sini, semalam.

Menceritakan detik cemas itu, Yok Meneh, berkata ketika kejadian, dia berseorangan berjalan kaki memasuki hutan itu dan ketika asyik mendongak ke arah pokok petai, tiba-tiba harimau jantan dianggarkan berusia tiga hingga lima tahun itu menyerangnya menyebabkan dia tersungkur.

"Terkaman kuat harimau itu menyebabkan bahagian belakang badan saya terkoyak. Tangan dan kaki saya juga cedera digigit, selain kukunya yang tajam menusuk ke bahagian rusuk saya. Saya lihat darah banyak keluar dari badan.

"Entah macam mana, saya pula berani menumbuk mukanya sambil menjerit. Mungkin matanya juga terkena tumbukan itu.
"Selepas harimau itu melarikan diri ke hutan, saya tidak membuang masa dan berlari menyelamatkan diri dalam keadaan badan berdarah sebelum kemudian terserempak dengan seorang pemandu traktor yang mengutip buah sawit. Beliau membawa saya keluar menggunakan jentera berat itu," katanya.

Yok Meneh berkata, dia dibawa ke sebuah klinik di Sungkai untuk diberi pertolongan awal, sebelum dikejarkan ke Hospital Tapah (HT) dan kemudian ke HTI akibat kecederaannya yang serius, selain mengalami pendarahan yang banyak.

Biarpun berdepan kejadian yang hampir meragut nyawanya itu, Yok Meneh sebaliknya, menyifatkan kejadian itu tidak akan menakutkannya. Padanya, dia sudah lama mengetahui risiko diserang binatang buas setiap kali masuk ke hutan.

"Kejadian itu tidak akan mematahkan semangat saya. Saya akan tetap meneruskan kerja mencari petai selepas sembuh daripada kecederaan ini, kerana itulah satu-satunya kerja yang saya tahu buat," katanya.

(Sumber: Bharian)

0 comments on "Pencari Petai Tumbuk Harimau"

Post a Comment

Ulama'

Blogger Tricks Habib Omar Dr.Yusuf
Dr.Wahbah Zuhaily Dr.Ramadhan Buoti Harun Yahya Darul Ifta' darussyifa' PUM

Tolabah

pmram PMRAM Hewi PMRAM MyMaqaz umi Pahang Perak Johor Terengganu Melaka Pulau Pinang Dumyat Mansourah Damanhur eKPKM Kedah Medic Permaya

Akhbar

Harakah keadilan TranungKite tkodaily detikdaily PahangDaily suarakampus Malaysiakini Metro beritaharian NST utusan jazeera jazeera MyKKK

Tv Online

tvkltan tvpas tvceramah RTM tv3 tv7 8TV tv9 tvseries
 

Mohamad Mustakim Bin Sarmuji Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez