Pakatan
Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi
memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. Pakatan Rakyat akan
sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak
orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa
Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Pakatan
Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari
prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah
perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat
menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri
Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan jika
dibandingkan dengan negeri yang ditadbir umno-barisan nasional.
Selangor
Negeri
Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 6.76 billion pada
tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20 753 peluang pekerjaan. Dari jumlah
pelaburan tersebut, RM 2.752 billion(40.8%) merupakan pelaburan
tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor
berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di Negara ini.
Kerajaan
Negeri Selangor juga mensasarkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan
dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan
sebanyak 3.87 peratus tahun lepas.
Selangor
juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu
sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada
tahun sebelumnya.
Kerajaan
Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama
Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan
pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010. Peruntukan ini diberikan
kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan
peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.
Pulau Pinang
Pulau
Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri(ketiga tertingi). Dasar
CAT (daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin
kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan
belanjawan(surplus) sebanyak RM 88 juta berbanding jangkaan defisit
sebanyak RM 35 juta(belanjawan 2008)
Kerajaan
Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk
menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul.
Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai) kepada pelajar
terbaik SPM dan STPM serta para huffaz.
Bantuan
kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM 97 ribu per sekolah,
RM 60 ribu kepada setiap sekolah cina dan RM 63 ribu kepada setiap
sekolah tamil. Jumlah keseluruhan ialah RM 11.3 billion. Berjaya
membasmi kemiskinan tegar dalam masa satu tahun dan menjamin setiap
keluarga mendapat RM 500 sebulan.
Kedah
Pelaburan
adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah
kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah
mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari
hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4
juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta.
Kini
dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak
termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan.
Sedangkan di bawah pentadbiran umno-bn, dengan keluasan yang sama,
hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu
pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang
telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.
Kelantan
Semenjak
20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan
tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan.
Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan
orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri. Begitu
juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan
marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit
kepada Kota Bharu.
Kerajaan
Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada
Air Kelantan. Selain itu PMBK menjadi agensi pelaburan utama negeri
yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990.
Kerajaan
Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan
negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di
bawah Kementerian Pendidikan. Kemahiran pelbagai syarikat multinasional
adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh.
Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat.
Sumber : KasiPecah
0 comments on "Prestasi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selama 2 Tahun"
Post a Comment