Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.
Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera.
Tantawi
banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan
menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.
Tantawi
dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar
sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor
di dunia Islam.
Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.
Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli
keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya
meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah
perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam," katanya.
2 comments on "Perginya Syeikhul Akbar, Dr Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah.."
Alfatihah kepada beliau..
Harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama..
semoga dirinya diberkati.
Post a Comment