Perlaksanaan Hukuman Sebat :
Mengikut Hukum Syara'
di Malaysia
Cabaran dan Halangannya.
Mengikut Hukum Syara'
di Malaysia
Cabaran dan Halangannya.
- Alat
sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat daripada rotan atau ranting
kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22
meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 cm.
- Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.
- Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan.
- Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.
- Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
- Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan disebat dalam keadaan duduk.
- Sebatan
hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat tidak
boleh mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit
pesalah.
- Pegawai
Perubatan Kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh
menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.
- Pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut Hukum Syarak.
- Selepas mengenakan satu sebatan,tukang sebat hendaklah mengangkat alat sebatan ke atas dan tidak menariknya.
6.
Antara isu yang ditimbulkan adalah bilangan maksima 6 sebatan yang
boleh dikenakan terlalu jauh dengan jumlah yang ditetapkan oleh Allah
(lihat cara perlaksanaan hukuman sebat oleh penjara). Namun secara
dasarnya, walau berapapun jumlah yang boleh dijatuhkan ianya wajib
dilaksanakan kerana itulah kemampuan Mahkamah Syariah. Baki yang diluar
bidangkuasa yang diberikan maka tinggalkanlah kepada penggubal dan
mereka yang meluluskan undang-undang menanggung dosanya. Kaedah Feqah
menyebutkan; Apa yang tidak mampu dilakukan semuanya maka janganlah ditinggalkan kesemuanya.
7.
Buruk sangka terhadap hukuman ini sebenarnya masih menebal kerana
masyarakat melihat beberapa kes yang terjadi di negara-negara tertentu
sebagaimana yang dilaporkan berlaku di Lembah Swat, Pakistan pada awal
bulan ini. Iaitu apabila seorang remaja perempuan disebat, sama ada
dengan rotan atau kayu oleh anggota Taliban sebanyak 34 kali hanya
kerana menemui seorang lelaki bukan muhrim.
8.
Islam sebenarnya memperuntukkan hukuman rotan kepada dua jenis
kesalahan syariah iaitu hudud dan takzir. Hudud melibatkan hukuman
kesalahan-kesalahan seperti persetubuhan haram atau zina, tuduhan qazaf
dan minum arak.
9.
Sementara takzir yang bermakna hukuman yang menjadi pengajaran dengan
menjadikan rotan merupakan hukuman utama dalam kesalahan-kesalahan
takzir yang serius.
10.
Rotan adalah satu bentuk hukuman yang berkesan terutama kepada
penjenayah-penjenayah yang merbahaya dan didapati sudah sebati dengan
kesalahan-kesalahan tersebut.
Sumber: Ustaz Nasrudin At-Tantawi
0 comments on "Perlaksanaan Hukuman Sebat"
Post a Comment