Sekarang ini kecoh tentang isu purdah. Saya tertarik dengan penjelasan Ustaz Nazrul dan saya telah minta izin copy paste posting beliau dalam blog saya. Sememangnya sebagai selaku peljar tolib ilm ini seharusnya mengkaji pelbagai rangkaian maklumat yang terdapat di dalam kemudahan internet. Ambil semua rujukan dan kaji. Yang mana paling tepat dan sesuai. Pandangan Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah adalah pandangan dia sendiri. Keilmuannya sungguh tinggi. Dia lebih tahu apa yang dia lontarkan.
Cumanya saya ada pandangan sendiri tetapi bukan pada isu niqab. Sejujurnya dari saya, ada isu yang lebih besar perlu ditengahkan dan diaplikasikan dalam Al-Azhar. Ini adalah pandangan peribadi. Antaranya:
1) Tentang etika pemakaian para pelajar Al-Azhar. Alhamdulillh,rata-rata pelajar dari Nusantara menjaga adab tertib pemakaian yang menepati Islam. Ada juga yang sangat luar biasa berlaku pada pelajar kita. Bagi pelajar Arab pula, ada yang menepati dan ada yang tidak sesuai.
Oleh itu, cara pemakaian yang hampir menampak bukan identiti Islam perlu ditolak. Bagi lelaki, ada yang berbaju gaya artis Barat, berantai, tulisan Heavy Metal, baju pendek menampak bulu dada Arab. Kadang-kadang semasa muhadarah dengan doktor, pelajar tidak mengikut adab seorang pelajar langsung. Bagi perempuan, baju yang ketat yang menampakkan susuk badan, banyak labuci dan pelbagai perhiasan yang melampau juga dihidangkan pada masyarakat. Ada yang ke kuliah seolah-olah seperti gaya artis bermake-up tebal. Kesemua ini perlu ditolak dan diperkasakan larangan di peringkat universiti.
2) Dan satu lagi, apa sahaja pengurusan pejabat perlu dimantapkan lagi. Nak buat tasdiq kuliah pun boleh memakan masa sehingga berhari. Apatah lagi sijil-sijil muaqatah dan asli pun hampir berbulan. Pengalaman berurusan dengan Arab memang memerlukan kesabaran dan kegigihan yang tinggi. Terdapat juga yang cepat urusannya. Sistem perfailan juga ada kelemahan yang amat ketara yang perlu dibaiki.
Jadi, itulah pendapat peribadi saya tentang isu tatacara pemakaian yang sopan dan tatatertib pengurusan organisasi di peringkat universiti di sini.
ABU INSYIRAH,
MANDARAH, ISKANDARIAH
0 comments on "Pencerahan Semula"
Post a Comment