Banyak orang macam still nak salahkan al-Syeikh Muhammad Sayyid
Tantawi. Hasil temuramah majalah al-Musowwar dengan beliau menjelaskan
mengapa beliau mengambil tindakan meminta pelajar wanita yang masih
kecil itu untuk membuka purdah. Ini kerana beliau terperanjat ada
pelajar perempuan yang memakai purdah di dalam bilik kelas yang hanya
ada pelajar perempuan.
Suka untuk mendedahkan kepada para
pembaca bahawa kelas di dalam sekolah rendah, menengah dan universiti
al-Azhar tidak mencampurkan antara pelajar lelaki dan perempuan.
Maka
diharap masyarakat Malaysia tidak terlalu cepat dalam membuat
kesimpulan berbaur negatif terhadap al-Syeikh Muhammad Sayyid
al-Tantawi.
Saya sertakan di bawah kenyataan rasmi MANHAL PMRAM.
*******************
Berikut
adalah pendirian MANHAL PMRAM berhubung dengan isu niqab yang
membabitkan al-Imam al-Akbar Prof. Dr. Muhammad Sayyid Muhammad Tantawi.
1.
Permasalahan pemakaian niqab/purdah bagi wanita adalah merupakan
perselisihan dalam perkara cabang (furu') di dalam perbahasan hukum.
Berikut adalah kesimpulan pandangan para fuqaha terhadap masalah
pemakaian niqab/purdah:
Mazhab Hanafi: Wajah dan pergelangan
tangan bukanlah aurat tetapi diharamkan bagi lelaki ajnabi untuk
melihatnya apabila disertai dengan syahwat.
Mazhab Maliki: Wajib bagi seorang wanita untuk menutup muka dan pergelangan tangan apabila berada bersama lelaki ajnabi
Mazhab
Syafi`e: Tidak wajib menutup muka dan pergelangan tangan. Namun
pandangan muktamad di sisi Mazhab Syafi`e adalah wajib menutup muka dan
pergelangan tangan.
Mazhab Hambali: Wajib menutup muka dan pergelangan tangan.
2.
Kenyataan Imam al-Akbar Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi yang telah
disiarkan oleh media tempatan dan luar adalah tidak tepat dengan
situasi sebenar bahkan telah diputarbelitkan.
3. Majlis
Tertinggi al-Azhar al-Syarif yang bersidang pada 8/10/2009 telah
membuat beberapa keputusan berkenaan isu pemakaian purdah seperti
berikut:
a) Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki
premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak
boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif
b) Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar
c)
Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam
bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini
berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan
d)
Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu
peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan
berlangsung hendaklah di kalangan wanita.
e) Majlis Tertinggi
al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam
kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab
dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan
kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi
pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup
adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.
4. Setelah meneliti
dan mengkaji perkara di atas, Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasilan
Penyelidikan ( MANHAL ) PMRAM menegaskan beberapa perkara untuk diambil
perhatian:
a) Memahami bahawa masalah khilaf tidak sepatutnya menjadi pertikaian dan perselisihan berdasarkan kaedah yang berbunyi:
" لا يُنْكَرُ الْمُخْتَلَفُ فِيْهِ ، وَإِنَّمَا يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عَلَيْهِ "
yang bermaksud:
"Perkara
yang berlaku khilaf tidak perlu untuk dipertikaikan sebaliknya perkara
yang perlu untuk dipertikaikan adalah apabila perkara tersebut
merupakan perkara yang disepakati oleh para ulama secara Ijmak."
Oleh itu, umat Islam dibolehkan untuk mengambil mana-mana pandangan para fuqaha.
b)
Menghormati al-Azhar al-Syarif sebagai satu institusi keilmuan Islam
yang diiktiraf sejak dulu hingga sekarang kerana bermanhaj dengan
manhaj ilmu yang sederhana (wasatiah)
c) Bersangka baik dengan
para ulama sekiranya timbul usaha untuk melaga-lagakan antara mereka
dalam sesuatu isu serta merujuk terus kepada sumber yang boleh
dipercayai
d) Tidak melupakan isu utama yang disepakati oleh ulama iaitu wajib menutup aurat disebabkan terlalu membesarkan masalah furu'.
e)
Semua pihak perlu menghormati ketetapan yang diluluskan oleh al-Azhar
al-Syarif dan membenarkan pemakaian niqab/purdah di premis-premis dan
rumah-rumah negeri.
Kenyataan ini telah disepakati melalui perbincangan pihak felo MANHAL PMRAM seperti berikut:
1. Mohd Juzaili b. Juhan
2. Mohd Khairi b. Abdullah
3. Hairul Nizam b.Mat Husain
4. Mohd Fakerei b. Mahyudin
sumber: Hairul Nizam b.Mat Husain
Followers
Saturday, October 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments on "Kenyataan Rasmi MANHAL PMRAM: Isu Pemakaian Niqab/Purdah"
((..Ini kerana beliau terperanjat ada pelajar perempuan yang memakai purdah di dalam bilik kelas yang hanya ada pelajar perempuan))
ya syeikh! anda faham atau tdk kaedah pemakaian niqab ni sebenarnya? pelajar itu kembali pakai niqab hya ketika rombongan syeikh tantawi berada di dpnnya dan dia tdk memakainya ktk kelas berjalan kecuali di dpn guru lelaki..
;jayyid jiddan
Post a Comment