Followers
Friday, October 16, 2009
Panas Betullah Dengan Ulasan Khutbah Jumaat
Lagi-lagi isu niqab diperdebatkan di atas mimbar Jumaat hari ini. Panas jugalah telinga ini mendengar ancaman dan kritikan tidak berasas sehingga menjatuhkan maruah Masyeikh Al-Azhar terutamanya Syeikhul Akbar, Muhammad Sayyid At-Tantawi. Bukan itu sahaja, isu khitan muslimah Islam, isu Palestin, isu riba ( tuduhan kepada Syeikh Muhammad At-Tantawi yang mengatakan pandangannya halal riba) dan sebagainya juga di'goreng'.. Panas telinga mendengarnya.
Lagi panasnya, si khatib tadi mengatakan bahawasannya mereka yang terlibat dengan Masyeikh Al-Azhar di dalam isu-isu ini termasuk mereka yang memerangi agama Allah ini dan laknat besar dari Allah. Siapa dia yang sanggup mencerca ulama.Semua tahu bahawanya permasalahan ini adalah khilafiah.Untuk mengulas tajuk ini, sila rujuk kepada laman blog Ustaz Khairul.
Pada masalah khitan pula, sememangnya perkara ini termasuk dalam fiqh khilafiah. Di sini saya sertakan beberapa pandangan ulama muktabar.Para fuqaha berbeza pendapat mengenai hukum khitan menjadi tiga versi pendapat, sebagaimana diuraikan oleh Syaikh Muhammad Mukhtar Asy-Syinqithi dalam kitabnya Ahkamul Jirahah Ath-Thibbiyah wa Al-Atsar al-Mutarabbatu ‘Alaiha, h. 161-162. Ringkasnya sebagai berikut :
Pertama, khitan hukumnya wajib atas laki-laki dan perempuan. Ini pendapat ulama Syafi’iyah, Hanabilah, dan sebagian Malikiyah. (Imam Nawawi, Al-Majmu’, 1/300; Ibnu Muflih, Al-Mubdi’, 1/103; Ibnu Juzzai, Al-Qawanin Al-Fiqhiyah, h.167).
Kedua, khitan hukumnya sunnah (tidak wajib) atas laki-laki dan juga perempuan. Ini pendapat ulama Hanafiyah, Imam Malik, Imam Ahmad dalam satu riwayat, dan Imam Syaukani. (Imam Sarakhsi, Al-Mabsuth, 1/156; Ibnu Juzzai, Al-Qawanin Al-Fiqhiyah, h.167; Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 1/85; Imam Syaukani, Nailul Authar, 1/294).
Ketiga, khitan wajib atas laki-laki, tapi sunnah (tidak wajib) atas perempuan. Ini pendapat Imam Ahmad dalam riwayat lain, sebagian ulama Malikiyah, dan ulama Zhahiriyah. (Ibnu Muflih, Al-Mubdi’, 1/104; An-Nafrawi, Al-Fawakih Ad-Dawani, 1/461, Ibnu Hazm, Al-Muhalla, 2/217).
Jadi jelaslah kepada kita bahawanya hukum khitan sememangnya adalah pelbagai. Tetapi sebaliknya yang berlaku di Mesir ini adalah sebaliknya. Saya tidak mahu menghuraikan lagi dengan panjang. Sahabat boleh rujuk di dalam laman web Mufti Kerajaan Mesir, Syeikh Ali Jumaah (1) (2).
Lantaran yang demikian, apa untungnya seorang khatib mengancam dengan sekerasnya.Adakah ini akhlak seorang Muslim? Tergamak dia mengutuk para ulama di hadapan hadirin Jumaat? Lagi satu, perangai khatib tadi seumpama penganut wahabi yang ekstrim. Suka kepada menghentam dan menghina ulama.
Oleh itu, janganlah hanya setakat beberapa isu-isu khlilafiah menyebabkan seseorang itu hilang rasa hormat dan adab terhadap para ulama yang sebenar lebih tahu selok belok tentang agama kita ini. Kaji sedalamnya dan buktikan dengan hujah yang berlandaskan nas-nas yang termaktub. Wallahua'lam.
Ya Allah, Aku bersaksi kepadaMu, jikalau aku tidak mampu menjadi seorang ulama, maka cukuplah diriku menjadi khadam kepada para ulama, membela mereka daripada ditohmah walau diri ini tergadai.. Moga mereka akan memberikan syafaat kepadaku kelak dengan Rahmat dan InayahMu Ya Rabbal A'lamin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments on "Panas Betullah Dengan Ulasan Khutbah Jumaat"
Post a Comment