MALAYSIA adalah negara yang mengamalkan
akidah Ahli Sunah Wal Jamaah (ASWJ) dan bersandarkan kepada mazhab Imam
Shafie.Walaupun aliran ini dominan namun, terdapat juga cubaan menyebar
fahaman lain dalam kalangan umat Islam. Antaranya adalah aliran
Wahhabi.Benarlah sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Demi diri Muhammad yang berada di tangan-Nya, pasti akan berpecah
umatku kepada 73 firqah, hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka”.
Baginda ditanya: Siapa mereka? Baginda bersabda: Mereka adalah
al-Jamaah”. (riwayat Ibn Majah)
Aliran Wahhabi ini pula bukanlah baru
keranaia sudah menjadi bualan masyarakat Islam di Malaysia sejak
1940-an lagi.Selain dikenali dengan aliran Wahhabi, ia juga kenali
sebagai Aliran Kaum Muda pada sekitar tahun 30-an.
Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN
menemubual Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Majlis Agama Islam
Selangor (MAIS), Mahfuz Muhammad bagi mengupas isu ini.Beliau banyak
mengkaji tentang fahaman Wahhabi sejak usia belasan tahun. Kajiannya
lebih teliti apabila menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar pada
1990-1997 dalam bidang bahasa Arab.Mahfuz kemudiannya menyambung
pelajaran Diploma dalam bidang Fatwa di Dar al-Ifta Mesir pada 2000
hingga 2001.
Apakah pengertian golongan Wahhabi?
Golongan ini adalah satu aliran yang
diasaskan oleh Muhammad Abd. Wahhab pada kurun ke-12 Hijrah di Najd
Jazirah Arabiah.Fahaman ini dikenali juga sebagai Aliran Kaum Muda di
Malaya dan Indonesia pada 1930-an, hingga 1950-an.Aliran ini
dinisbahkan kepada bapa beliau yang merupakan seorang ulama mazhab
Hanbali. Telah menjadi adat kaum Arab menisbahkan sesuatu itu kepada
bapa, datuk dan ke atas.
Mazhab Shafie juga dinisbahkan kepada
moyangnya sedangkan nama pengasas sebenar ialah Muhammad bin
Idris.Walaupun begitu mereka yang berpegang dengan aliran ini tidak
selesa dengan gelaran Wahhabi sebaliknya mendakwa mereka dari golongan
kaum Salaf atau kaum Ahli Sunah.
Kenapakah begitu? Ini kerana istilah Wahhabi pada hari ini mula diketahui ramai akan kesesatan dalam akidah dan cabang lain.
Oleh kerana itu harus berhati-hati
dengan kaum ini kerana mereka kadang-kadang menggunakan nama Ahli
Sunah, Salaf dan pelbagai istilah baik-baik. Semuanya untuk mengaburi
orang awam daripada mencium kesesatan pegangan mereka.
Adakah ajaran Wahhabi ini turut melibatkan akidah atau bab fikah sahaja?
Ramai orang merasakan golongan ini
hanya pembawa bidaah dalam masalah-masalah furu’ (cabang)
semata-mata.Kerana itu ramai dari kalangan pihak berwajib, ulama dan
pendakwah merasakan perkara ini tidak ada keutamaan untuk ditangani
dengan sungguh-sungguh.
Sedangkan sebenarnya Wahhabi ini membawa sebesar-besar bidaah dalam masalah akidah!
Antara ajaran yang bertentangan dengan
akidah ASWJ adalah menolak dan merendah-rendahkan pengajian Sifat 20.
Sebaliknya mereka membawa kaedah tauhid yang baru iaitu pembahagian
tauhid yang tiga.
Definasi tauhid tiga di sisi Wahhabi ialah:
Pertama, Tauhid Rububiah.
Tauhid bagi mereka yang menyembah
berhala. Kononnya mereka menyembah berhala untuk mendekatkan diri
kepada Allah. Sementara berhala merupakan pengantara antara hamba dan
Tuhannya.
Kedua, Tauhid Uluhiah.
Tauhid bagi mereka yang beribadah hanya kepada Allah semata-mata dengan tiada sebarang perantara makhluk.
Ketiga, Tauhid Asma wa Sifat.
Beriman dengan ayat-ayat mutasybihat secara zahirnya. Seperti dikatakan Allah itu bersemayam di atas Arasy dan lain-lain lagi.
Bagaimana mungkin tauhid itu terbahagi
kepada tiga? Sedangkan tauhid itu hanya satu iaitu mengesakan Allah dan
tidak sama sekali membeza-bezakan tauhid.
Dengan menerima konsep tauhid rububiah
dan uluhiah mengikut pentafsiran seperti ini maka banyak amalan yang
diperakui baik, menjadi sesat dan membawa syirik kepada pelakunya.
Contohnya, amalan Maulid Nabi SAW,
marhaban, berdiri sewaktu selawat, tabarruk (ambil berkat), tawassul
(berwasilah), ziarah makam nabi-nabi, rasul-rasul, aulia dan solehin.
Sementara tauhid asma wa sifat pula
membawa implikasi menjisimkan (visual) dan mentasbihkan (menyamakan)
zat Allah SWT dengan makhluk. Seperti menyifatkan Allah dengan tempat
dan anggota (jarihah).
Ini adalah akidah kaum Musyabbihah
Mujassimah yang wujud pada kurun ke-4 Hijrah dan dikembangkan semula
oleh Ibnu Taimiyyah pada kurun ke-7 Hijrah dan seterusnya dikembangkan
pula oleh Muhammad Abd. Wahhab pada kurun ke-12 Hijrah.
3 comments on "Waspada ‘tajdid’ Wahhaby – MAIS"
pelik ye, bile org nk ajar kita balik semula kpd quran dan sunnah, mudah2 je dituduh sesat.... ai klu org ckp tawassul tu salah, maka kene cek balik la knp diorg kata salah... klu mereka rs betul buktikan dengan buat debat ilmiah - bentang ngan hujah ilmiah seperti mana asy syafie selalu buat, bukan semberono je menuduh org sesat hanya semata-mata mereka berbeza fahaman degn kita... kedua, salahkah klu org tk ikut aliran yang dominan bile berkaitan bb fiqh.... is it wrong? adakah itu satu kesesatan? imam syafie sendiri kata klu jumpa hadith sahih yang bertentang dengan pendapatku, cmpklah pendapatku dan ambil la hadith sahih itu kerana itu la pendapatku... that is the basis yang sepatutnye dipegang oleh sume umat islam..
cam kenal je anonymous kat atas ni...
salam, oklah, cbe bukak fikiran sket...masalahnye hadith sohih yang anda jumpe tu anda pasti ke tahap kesohihannye bagaimane... adakah ilmu anda sudah setaraf dengan ulama'??? nak main campak2 je pendapat Imam Syafiee tu.... anda berani nak menentukan sama ada hadith yang anda pegang tu benar2 sohih tanpa berpandukan ulama'??? cbe jawab pertanyaan saye ni....
Post a Comment