Perjudian
adalah satu jenis permainan pertaruhan yang mana pihak yang menang akan
meraih
wang pertaruhan mereka yang kalah. Tidak dinamakan perjudian jika
kedua-dua
pihak mencapai kemenangan. Itulah sifat perjudian yang diharamkan di
dalam
undang-undang Islam. Malah juga dilarang oleh semua agama lain.
Oleh
itu, secara peribadi saya terperanjat (malah ramai yang lain juga)
membaca
kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien yang
menyatakan
pertimbangan sedang dibuat untuk meluluskan lessen perjudian bolasepak
sempena
kejohanan Bola sepak Piala Dunia yang akan datang ini.
HUJJAH BELIAU
Beliau dirakamkan oleh
akhabar tempatan berkata :
"Ada
beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan
lesen
membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh
cuba
mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang
daripada
pertaruhan haram)."
BANTAHAN & RASIONAL
Pegeluaran lesen atas
alasan untuk mengawal dan mengethaui jumlah wang pertaruhan adalah
tertolak di
sisi Islam. Sesebuah kerajaan dan pemimpin mestilah lebih kreatif dan
bertanggungjawab dalam mencari jalan mengawal perjudian gelap.
Kawalannya
bukanlah dengan memberi lesen kerana itu hanya akan lebih memakmurkan
gejala
tersebut. Tetapi KAWALAN adalah dengan memperkenalkan teknik banteras,
hukuman lebih
keras dan tahap efisyen yang lebih kemas bagi memerangkap mereka yang
terlibat.
Namun apabila
lesen diberikan, ia jelas merupakan satu galakan kepada kaki judi dan
seterusnya seolah-olah memberi mesej bahawa:
‘Kerajaan ingin
tumpang sekaki dalam perjudian mereka"
"Kerajaan ingin
turut merasa sedikit imbuhan hasil perjudian mereka yang berjudi, so
jika lebih
ramai berjudi, lebih baik kepada kerajaan akan mendapat sesuatu"
ANALOGI
Ia seolah-olah
kerana kerajaan ingin menbenarkan benda yang tidak benar.
Bolehkah atas alasan
mengetahui jumah sebenar & mengawal MAT REMPIT yang berempit di atas
jalan
raya secara haram, maka KERAJAAN MEMPERTIMBANGKAN PEMBERIAN LESEN
MEREMPIT
kepada mt rempit di atas JALAN RAYA AWAM. Semua mat rempit mestilah
mendaftar
dan membayar yuran untuk merempit di atas jalan raya. Bukan LESEN UNTUK
merempit
di trek lumba dan IA IBARAT memberi LESEN untuk terus merempit di JALAN
RAYA.
Merempit di jalan
raya awam banyak mudaratnya kepada mat rempit itu sendiri dan juga orang
awam. Demikian
juga kesnya membenarkan perjudian bola sepak ‘gelap' untuk dijadikan
‘terang' tetapi
tetap di atas laluan yang memudaratkan orang awam.
JUSTERU
Kerajaan yang
bertanggungjawab MESTILAH sentiasa mengurangkan aktiviti negatif di
kalangan
rakyat, bukannya meraikan dan meluluskannya.
Sedarilah, perjudian
hanya akan menjerumuskan rakyat di dalam :-
a-
Kancah hutang dan
masalah kewangan lebih serius. Kita bimbang kecenderungan masyarakat
Malaysia yang
sukakan skim cepat kaya, yang sering
diserbu, diharamkan DAN DISITA oleh kerajaan. Namun peliknya, kini
kerajaan
seolah ingin membenarkan skim tersebut, perjudian adalah salah satu
jenis skim
cepat kaya, yang sering membawa kayap.
b-
Seterusnya membawa
kepada masalah dan krisis rumahtangga.
Pergaduahan suami isteri, anak mencuri duit ibu ayah untuk berjudi,
suami curi
duit isteri dan sebagainya,
c-
Kita bimbang, hasil
lesen yang diberi, kanak-kanak akan turut
serta dalam perjudian khususnya secara online. Dan tiada sesiapa
boleh
menghalang kerana lesen telah diberi oleh kerajaan dan perbuatan itu
tidak lagi
dianggap satu kesalahan.
d-
Masyarakat tidak progresif kerana menjadi lalai untuk
meneka dan bertaruh serta menonton bolasepak secara berlebihan.
Kalau dulu penonton
hanya ‘exited' untuk melihat pasukan yang disokong, kini, bakal menjadi
begitu obsess
dan tertekan kerana keputusan perlawanan melibatkan wang yang ditaruh.
e-
Mendorong rakyat memfokuskan kepada perolehan keuntungan
secara cepat tanpa skill, namun akhirnya kerugian sahaja yang lebih
kerap
menjelma. Manakan tidak, dalam perjudian, peratusan pihak yang menang
sentiasa
lebih kecil berbanding yag kalah. Bermakna, jika seorang menang dan
bergembira
atas kemenangannya, yang kalah mungkin 1000 orang yang berduka cita.
Dukacita
tersebut mungkin tidak berhenti di situ malah berturutan kepada masalah
lain,
ibarat ‘domino effect'.
f-
Kesan buruk kekalahan; kekalahan boleh yang
menyebabkan kemarahan, memandu berbahaya di jalan raya, pergaduhan di
dalam rumahtangga,
kesan psikologi di tempat kerja menyebabkan kurang produktiviti, mungkin
dikejar ‘ALONG' kerana berhutang dengan along untuk berjudi.
g-
Pemberian lesen itu seolah menjolok sarang Syaitan, kerana kemungkinan ada indifidu yang
tidak begitu terdorong
untuk berjudi kerana merasa sukar dek kerana ia merupakan aktiviti gelap
dan
salah dis isi undang-iundang. Namun akibat lesen tersbeut, dorongannya
semakin
kuat dan dipermudah.
NASIHAT
Buat
menteri dan pihak berkuasa yang beragama Islam khususnya, sedarilah
tegahan
Allah :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ
وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ
وَإِثْمُهُمَآ
أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
Ertinya
: Mereka
bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya
itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi
dosa
keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)
Dan
juga larangan selanjutnya
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ
إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ
عَمَلِ
الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Ertinya
; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi,
(berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan
keji
termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah
perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah :
90)
Justeru
itu, saya amat berharap agar Menteri Agama dapat segera memberi panduan
dalam
hal ini. Jika Menteri Agama sependapat dengan Timbalan Menteri Kewangan,
kami
sekalu ahli akademik sangat ingin mendengar dan membaca justifikasi dan
dalil
serta hujjah keharusan tersebut JIKA tiba-tiba Menteri Agama atau
mana-mana
Mufti bersetuju dengan tindakan itu.
Perlu
difahami, hujjah maslahat TIDAK BOLEH digunakan sama sekali dalam hal
yang
JELAS BERTENTANGAN dengan teks Al-Quran dan Hadis. Tiada maslahat dan
tidak
termasuk di dalam Maqasid al-Shariah dalam mengharuskan perjudian untuk
masyarakat.
Oleh
kerana isu perjudian adalah isu ‘Qat'ie di dalam Islam, saya AMAT
BERHARAP
pihak Salafi, Wahabi, Ahbash, Tradisional Pondok, Tarekat Sufi, Syiah,
ahli
akademik universiti, tabligh dan semua pihak agar tampil menyatakan
pandangan
dan bantahan mereka. Paling minima di blog dan website rasmi mereka.
Jangan
hanya berselisih dan berdebat bertahun-tahun dengan begitu kreatif,
tetapi
SENYAP SUNYI tanpa kenyataan umum dalam hal sebegini.
Disebutkan
di dalam kaedah Fiqhiyyah yang dicatatkan oleh Al-Imam As-Sayuti
Al-Shafi'i:-
لا يُنْكَرُ المختلِفُ
فيه وإنما يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عليهِ
Ertinya
: Tidak diingkari dalam hal yang diperselisihkan (ijtihad ulama), namun
sesungguhnya keingkaran (bantahan) adalah pada perkara yang disepakati
(haramnya)( Al-Asbah wa Al-Nazair, kaedah no 35, hlm 292 )
Tanpa
syak lagi, perjudian adalah tergolong di dalam perkara yang disepakati
secara
ijma' berkenaan pengharamannya. Justeru, bantahan kita dan para ulama
terhadapnya
adalah SANGAT PERLU.
Jangan
biarkan hanya orang politik berkata, kerana apabila orang politik
berhujah dan berkata-kata,
mereka akan sering dilihat sebagai bermotif politik. Kita perlu mereka
yang lain juga agar bersuara, supaya Allah
meredhai usaha kita.
BAGI MEREKA YANG INGIN MEMBERIKAN KOMEN TERHADAP ARTIKEL INI, SAYA HARAP TIDAK PERLULAH BERPOLITIK KEPARTIAN DALAM KOMEN ANDA (KERANA IA HANYA AKAN MENGERUHKAN KEADAAN SECARA KURANG SIHAT DAN MENYERET KEPADA ISU LAIN), CUKUPLAH BAWAKAN TAMBAHAN RASIONAL DAN JUSTIFIKASI SECARA ILMU DAN BUKAN EMOSI.
Sekian
Zaharuddin
Abd Rahman
08 Mei
2010
KUALA LUMPUR 6
Mei - Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk
membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia
2010
berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti
perjudian dan
pertaruhan haram di negara ini.
Timbalan Menteri
Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, jika kerajaan tidak
mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan
pertaruhan
haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
"Ada
beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan
lesen
membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba
mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada
pertaruhan
haram).
"Kerajaan
sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan
pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir,"
katanya
kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Awang Adek
berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti
perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan
bidang
sukan di negara ini.
Awang Adek
mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen
itu,
tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga
kerajaan
membuat keputusan mengenainya.
Sumber : Ustaz Zaharuddin
0 comments on "Perjudian Bola Sepak........"
Post a Comment