Manfaat Buku
Sebelum balik Malaysia nanti, anta kena siapkan paling kurang sebuah buku untuk rakyat Malaysia. Kalau mampu tambah lagi, buat untuk ringkasan madah paling susah untuk kuliah anta. Mungkin Balaghah ke? Apa sahaja boleh"Semanis Tawakkal
"Alhamdullilah, akhirnya imtihan dah selesai, Bolehlah ana balik selepas Asar nanti" sapaku kepada Hanif yang baru keluar dari pintu gerbang Al-Azhar. " Iya, tapi anta kena ingat kita ada syafawi ( ujian lisan) lagi. Kiranya aku bersyukur banyaklah", jawabnya sambil memandang ke arah ladang gandum.Imam Bukhari
Imam al-Bukhari, Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari (194H-256H) adalah seorang tokoh hadis yang paling unggul dalam sejarah perkembangan ilmu Hadis sehinggalah ke hari ini, ketokohan beliau masih tiada tolok bandingnya.Followers
Friday, October 2, 2009
Bersama Muslimin Di Masjid Qoid Ibrahim
Tuesday, September 29, 2009
Walau Apa Keadaan Sekalipun, Kita Tetap Menitip Ukhuwah
Malam itu, bicara siswa yang dianjurkan oleh SPR MKKK menarik minat ramai di kalangan mahasiswa Islam dan Perubatan di Mesir. Ramai betul yang datang. Majlis yang pada asalnya ingin juga menampilkan wakil dari ISMA dan UMNO telah mencuit hati para mahasiswa untuk melihat sayembara minda ini. Walaupun ISMA dan UMNO tidak dapat menghantar wakil ke majlis tersebut, saya mengharapkan para hadirin yang datang malam itu dapat mengkaji bait-bait hujah yang para panel utarakan.
Benar. Saya tidak bersetuju dengan ISMA. Apatah lagi dengan UMNO. Saya juga telah nyatakan secara terbuka malam itu agar dapat diamati dan dihalusi oleh para ilmuan bahawa sangat wajar hari ini untuk seluruh gerakan-gerakan Islam di Malaysia bersatu dan bekerjasama.
Saya sering tidak bersetuju dengan teori-teori berbunyi "Kita mesti bersatu atas dasar Islam. Ketepikan fahaman politik. Tanamkanlah sikap berkasih sayang sesama muslim" dan macam-macam slogan lagi yang menyanyi-nyanyi di "JAPUIK BAKECEK" saya.
Itu semua ada teori asas sebelum dipraktikkan di alam sebenar. Memang. Kita perlu bersatu di atas dasar ISLAM. Memang. Kita perlu mengetepikan fahaman politik. Memang kita perlu menjaga ukhuwah Islamiah. Ini semua adalah sikap dan konsep asal sebelum kita melihat realiti.
KITA PERLU BERSATU DI ATAS DASAR ISLAM.
Kalau kita melihat realiti dan kanvas perjuangan Islam di Malaysia, bukankah jamaah Islam yang begitu lama ingin menyatukan umat Islam yang bengong fikirannya agar kembali kepada dasar Islam adalah PAS? Maka wajar umat Islam bersatu untuk menegakkan Islam di Malaysia dengan wadah PAS. Sekiranya anda merasakan bahawa "tidak mengapa sekiranya kita tidak membantu PAS dan mendokong PAS, yang penting bersatu di atas dasar ISLAM", bukankah kenyataan ini adalah kenyataan kosong tanpa usaha? Bagaimana cara yang paling ideal dalam menobatkan Islam di Malaysia?
Saya kira para pembaca yang berfikrah Islam akan menyatakan secara jujur bahawa medan perjuangan ISLAM di Malaysia adalah PAS. Saya kita figur-figur Cream of the Cream juga akan memangkah PAS dalam pilihanraya.
Soalan saya: adakah satu tindakan yang wajar untuk kita mahu PAS kuat dan berjaya di dalam pilihanraya sedangkan kita tidak menyalurkan tenaga untuk membantu harakah Islamiah ini. Kita mahu dia menang tapi tak nak bantu dan dokong. Bahkan kita membazirkan tenaga dengan menubuhkan gerakan-gerakan dakwah yang lain.
Saya boleh bersetuju dengan ISMA, JIM, ALAMI dan lain-lain untuk bergerak cergas dalam kumpulan-kumpulan mereka sekiranya tenaga yang diperlukan oleh PAS untuk bergerak cergas sudah melebihi daripada kuantiti yang diperlukan. Katakan PAS memerlukan 500 ribu penggerak dan kita sudah memiliki 700 ribu tenaga yang boleh menggerakkan PAS. Saya boleh bersetuju untuk pertubuhan-pertubuhan ini bergerak kerana kuantiti tenaga yang diperlukan oleh PAS melebihi tahap yang diperlukan.
Realitinya adakah teori itu berlaku. Hasil pengalaman saya menyatakan bahawa PAS memang tak cukup tenaga. Para pimpinan PAS memegang jawatan-jawatan yang perbagai hasil daripada ketidakcukupan tenaga.
Maka adakah relevan untuk teman-teman ISMA bergiat bersungguh-sungguh untuk mencari cream of the cream yang saya kira mereka akan ditarbiah untuk membantu ISMA dan tidak diasuh untuk menjadi tenaga belakang kepada PAS?
Malam itu saya menyatakan kepada para hadirin bahawa "melihat kepada realiti perjuangan PAS di Malaysia, ISMA, JIM dan lain-lain memang MELAMBATKAN KEMENANGAN ISLAM. KEMENANGAN YANG BOLEH DICAPAI DALAM TEMPOH SEPULUH TAHUN AKAN TERLAMBAT 100 TAHUN."
KETEPIKAN FAHAMAN POLITIK.
Bagaimana ISLAM ingin ditegak di Malaysia tanpa politik. Slogan agar mahasiswa ISLAM tidak terlibat dalam politik sebenarnya amat menyenangkan golongan UMNO yang berhempas pulas inginkan kuasa politik. Fikir-fikirkan suara saya ini.
PENTINGKAN KASIH SAYANG.
Kita bertentang dari sudut ideologi. Kita bertegang urat dari sudut kefahaman. Namun ukhuwah Islamiah tidak akan terguris semata-mata perbezaan idea dan perjuangan. Saya memang tidak bersetuju dengan ISMA yang melambatkan kemenangan ISLAM. Namun adakah saya mesti mencaci ahli-ahli ISMA dan menjadikan umpatan dan mendedahkan aib peribadi mereka sebagai zikir harian saya?
Sedangkan antara muslim dengan non muslimpun kita diwajibkan untuk menjaga hak mereka sebagai manusia, apatah lagi hubungan ikatan aqidah antara sesama muslim. Ya. Saya akan terus mengecam ISMA yang melambatkan kemenangan ISLAM di Malaysia. Namun mereka tetap teman seIslam saya yang wajib saya sambungi tali kasih sayang ini.
Moga para teman semua akan mendokong kepada PAS hanya semata-mata inginkan Islam itu dimahkotakan di singgahsana kerajaan. Tinggalkanlah ideologi-ideologi yang melawan kebangkitan ISLAM seperti UMNO (maaf yer saudara Izo) atau yang melambatkan kemenangan Islam.
Kalau sayang Islam, terus menjadi tenaga buruh buat PAS yang mahu menegakkan Islam secara jelas di Malaysia.
Alah teh. Den ado kajo lain. Banyak bando den kano buek agar Islam dapet dijulang. Kalau inyo managak an Islam, taghuih mambantu. Kalau indak, lantaklah ken.
Saturday, September 26, 2009
Penantian itu satu kesabaran
Saya dan zaujah ternanti-nanti juga dan tidak sabar untuk menyambut serta mendodoinya. Hampir setiap hari kami berpesan kepada baby kami supaya lahir segera dan sihat walfiat. Agaknya baby mengidam rendang dan pelbagai jamuan pada hari raya.
Tapi bukan setakat rendang, nasi impit, kuah kacang, kuih raya, nasi kerabu ( Us Zam masak sedap sangat malam semalam) , nasi Dagang ( Us Shamsudin dan Ahnaf),kuih lode dan keropok Ganu. Semuanya dah dimakan.
Apa-apa halpun, perancangan Allah itu lebih tepat dan sesuai dengan qodiah kami sebagai bakal Umi dan Abi. Ya Allah mudahkanlah segala urusan kami di dunia ini dan jadikanlah zuriat kami penyejuk mata kami.Amin.
Thursday, September 24, 2009
Gambar Hari Raya UMI 1430

Gambar di atas ini diambil selepas solat Aidil Fitri di Dewan Zajlatul Abidah. Terima kasih kepada Pengerusi DPMI kerana membenarkan kami memanfaatkan kesempatan ini. Cuba teka siapa jejaka yang paling hensem , tampan , segak lagi bergaya melecun. Tentunya yang pakai baju berkilat sekali. Hihi ( Perasan lah tu )

Gambar ini pula masa duduk khusyuk dengar khutbah raya yang disampaikan oleh Us Khairul. Hihi. Teringat masa saya dipaksa membaca khutbah nikah.

Background yang cantik dibelakang kami itu di rumah Us Fadhil. Siapa nak ketenangan yang menyeronokkan, boleh lah serbu rumah dia. ( Fadil, jangan marah tau)

Ha. Ini pula kali kedua saya dijemput jadi peNASYID. Menggeletar juga. Suara itu, boleh tahan sedap. Tapi yang paling mantap, suara Us Naim digabungkan lagi dengan Us Fadil dan Us Salam. Yang lain itu, back-up sahaja. Apa-apa hal pun, terima pada abang Firdaus, Us Hafiz, Us Nawi dan MANDUB kita, Us ZulFauzi. Gentlemen.
Dan gambar-gambar yang lain itu, tak larat nak komen. Oklah.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN



Wednesday, September 23, 2009
Gambar Raya Di Teratak Kami



Oklah. Kalau ada berita terbaru, saya akan posting baru. Selamat Hari Raya.
Sunday, September 20, 2009
Selamat Hari Raya
" Selamat hari raya, abang minta maaf banyak-banyak kesalahan abang pada sayang ", rintihanku selepas selesai menunaikan solat Isyak.
" Sayang pun nak minta maaf. Raya ni adalah raya yang pertama kita, kan abang. Doakan sama-sama anak kita lahir dengan selamat amin.", rintih isteri saya ketika bersalaman dengan saya.
" Mudah-mudahan Ramadhan kali ini yang terbaik untuk kita dan semoga Allah mengampunkan dosa kita semua dan akan tempatkan kita dari kalangan hamba-hambanya yang beriman", saya menjelaskan dengan baik.
Hari Raya Pertama di Perantauan
Tahun ini, kami sekeluarga menyambut hari raya di bumi Kinanah. Banyak kenangan yang manis sepanjang tahun ketiga pengajian kami yang berbaki setahun. Tahun depan, kami mesti balik ke Malaysia. Mudahan takdir Allah menentukan yang terbaik untuk kami.
Dan Syawal kali akan lebih bermakna sekali dengan ketibaan cahayamata kami yang pertama. Alhamdulillah. Kami berdoa semoga Allah memudahkan urusan kami di sini. Amin.
Kepada pengunjung blog ini, kami ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin ke atas segala kesalahan kami dari hujung kaki hingga hujung rambut.
Sunday, September 13, 2009
Fasa Ketiga Ramadhan
" Jadi selepas itu, apa-apa sahaja manfaat yang ada, gunakan dengan sebaik yang mungkin. Mudah-mudahan Allah akan mudahkan kita untuk beramal dengan baik ", saya menjelaskan kepada pelajar yang hadir dalam sesi pengajian kitab Riyad As-Solihin.
Minggu ini mungkin minggu terakhir saya bersama pelajar perubatan cawangan Iskandariah. 3 minggu yang lepas, saya dijemput untuk mendikusikan kitab Riyadh As-Solihin. Saya bukan sehebat ustaz yang sudah berpengalaman dalam menyampaikan ilmu Allah ini melalui tulisan agung Imam Nawawi yang menghimpunkan beribu-ribu hadis sandaran Rasulullah. Tapi atas dasar untuk menyampaikan sedikit ilmu ini, maka sudah menjadi kepastian ia mesti disebarkan untuk maslahah umat akan datang.
Sememangnya benarlah yang Rasulullah pernah bersabda dalam hadis yang bahawanya kefarduan menyampaikan dan menyebarkan ilmu ini adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Tidak ada pilihan yang lain sama ada mereka yang bergelar ustaz, pensyarah mahupun doktor. Ia adalah fardu ain. Teringat juga kalam saya ketika itu.
" Saya juga berminat dengan hasil karya bakal doktor-doktor di hadapan ana ini. Gabungkanlah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas untuk membantu agama Islam ini. Ini tanggungjawab semua orang " , saya menerangkan semasa membahaskan hadis mengenai kepentingan ilmu dan ulama.
Oleh yang demikian, bersempenakan fasa ketiga ramadhan, sewajibnya kita menggabungjalinkan ilmu dan amal dalam merebut piala terakhir dalam pusingan final. Teruskan bersama Ramadhan yang berbaki hanya 7 hari lagi. Jadi, rebutlah Lailatulqadr yang menjadi taruhan terakhir kita sebelum kita bertemu dengan kegembiraan yang terbesar walaupun dengan mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir serta tahlil. KEGIRANGAN bertemu dengan pencipta kita, ALLAH.

.jpg)



